BAB 37

Drama Series 15366

Cukup tiga hari Iris ditahan di wad hospital. Dia benar-benar bersyukur ianya hanyalah sekadar tiga hari. Kalau tidak? Dia sepertinya sungguh akan mati kebosanan.

Jauh di dalam hati, Iris menginginkan Afnan menjemputnya pulang. Tapi sayang. Ianya cuma satu khayalan dongeng yang begitu mustahil. Lelaki itu sudah memilih wanita lain. Bukan dia.

Namun Iris bersyukur. Dia masih lagi mempunyai sahabat terbaiknya di sisi. Tidak hanya itu, Iris benar-benar tidak menyangka Adam juga di situ. Waktu menjemputnya, Adam langsung tidak membuka mulut sama sekali. Dia cuma setia diam menunggu.

Sama seperti ketika waktu itu. Adam yang setia diam menunggu Iris berhenti menangis. Memberikan privasi namun dalam yang sama tidak meninggalkan dia sendirian sepertimana yang dilakukan oleh lelaki itu. Untuk itu, Iris benar terhutang budi dan dirinya sudah berjanji untuk membalas pada waktunya nanti.

Iris sudah memberitahu pada keluarganya akan tali pertunangan yang bila-bila masa sahaja menunggu untuk terputus. Hanya menunggu pihak Afnan untuk memutuskannya terlebih dahulu. Untuk pihak Iris, dia tidak mahu melakukan itu. Biar lelaki itu yang menyapu debu-debu yang berterbangan akibat perbuatannya sendiri.

Dia bukan pengemas sampah orang.

“Betul ke ni, Irina? Irina betul-betul dah fikir panjang?” Satu suara di hujung telefon yang penuh dengan nada kerisauan. Suara sayu seorang ibu apabila melihat anaknya dalam kesusahan.

“Ya, ma. Irina dah fikir panjang. Tak mungkin Irina akan terima lelaki yang jadikan Irina sebagai satu pilihan, sebagai suami, ma. Itu namanya Irina khianati diri Irina sendiri.” Tenang Iris utarakan dalam esakan.

“Irina takkan bahagia dengan dia, mama. Takkan.”

“Irina sayangkan dia? Cintakan dia?”

Iris diam. Tidak mampu untuk menjawabnya.

Bohong kalau dia katakan perasaan itu sudah menghilang. Tapi bukan itu yang sedang menyakitkan hatinya sekarang.

Tapi perasaan itu kepada Afnan. Sepatutnya dia membenci lelaki itu.

Namun, entah kenapa.

Dia benar-benar merindukan lelaki itu. Benar-benar menginginkannya.

“Mama, Irina…….” Iris sudah tidak mampu menahan tangisan. Perasaan yang sepatutnya mulai menghilang, malah makin menebal.

Hatinya benar-benar merindukan lelaki itu. Betapa sakitnya.

“Irina. Balik rumah okay? Mama tunggu. Dan Irina kena ingat. Kasih mama sentiasa ada untuk Irina.”

Iris mengangguk laju diselang esakan walau dia tahu insan di sebelah sana tidak dapat melihatnya.

Pantas Nada memeluk sahabatnya itu. Erat dan kuat. Bersama juga dengan tangisan di mata.

“Baliklah, Iris. Tenangkan hati.” Iris makin mengalirkan air mata.

“Dan kembali menjadi orang baru.”

Dia menangis. Dan terus menangis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience