“Sesi pertama telah tamat. Sila masukkan sekarang nombor ID dan lakukan pengecaman wajah untuk menutup komputer riba masing-masing.” Penyelia memberikan arahan penutup sejurus sahaja tempoh pertandingan sesi pertama mencecah empat jam. Iris melihat jam di tangan. Tepat empat jam. Sangat mengagumkan sama sekali.
“Dalam masa satu jam, sila kembali ke dalam dewan untuk sesi yang terakhir. Terima kasih.” Pantas Iris mengangkat punggung dan mengambil beg tangan di loker yang telah disediakan oleh pihak penganjur di sebelah dewan. Tanpa membuang masa, dirinya terus melajukan langkah ke arah kafe yang berada tidak jauh. Perutnya sudah lama memberikan alamat. Jadi, tunggu apa lagi?
Nasi goreng Sehah. Lauk-pauk Kelantan. Nasi kandar Penang. Western food. Masakan kampung.
Iris melihat deretan kedai-kedai tersebut bersilih ganti. Perut mula makin kuat memberikan alamat namun nafsu makannya masih belum mahu memberikan kerjasama. Cukup merenung selama lima minit, Iris mengerakkan kaki ke arah satu kedai makan yang bertanda besar ‘Western food’.
“Akak. Saya nak order satu pasta ayam buttermilk. Extra pedas.” Iris menghulurkan sekeping duit kertas berwarna merah.
“Baik. Adik duduk meja nombor berapa?” Peniaga tersebut memberikan empat helai duit kertas berwarna biru kembali.
“Nombor 10.”
Tanpa membuang masa, Iris menuju ke destinasi seterusnya. Kedai air.
Selesai sahaja membeli, Iris menuju ke arah meja sambil membawa air sirap limau kurang ais. Makanan yang bersusu atau berlemak harus berlawan dengan sesuatu yang berasid. Untuk mengelakkan rasa muak datang terlalu cepat. Itu yang diajarkan oleh ibunya sedari kecil dan juga berdasarkan dari pengalaman dirinya sendiri.
Lima minit kemudian, meja yang dihuni Iris sudah penuh dengan air dan pasta ayam buttermilk. Haruman mentega dan daun kari bagaikan menari-dari di hujung hidung. Bibir perlahan-lahan menguntumkan senyuman. Dengan bacaan doa makan, Iris mula menjamah sedikit rakus kerana hanya tinggal empat puluh lima minit sahaja lagi masa rehat yang tinggal. Hirupan demi hirupan Iris lakukan dengan laju. Namun juga dipastikan dengan penuh kenikmatan.
Namun, kenikmatan itu tidak kunjung lama sebelum kerusi hadapannya ditarik oleh seseorang. Seseorang yang bukan muka yang ingin dia lihat dalam tempoh kenikmatan yang penuh kesingkatan itu.
Iris mengangkat kepala dan memberikan riak wajah kosong memandangnya sebelum tunduk kembali menjamah makanan. Mengendahkan kewujudannya yang langsung tidak diingini sama sekali. Insan itu memang harus ditarbiah cukup-cukup andai masih belum memahami lagi. Iris yakin dia tidak bodoh. Tapi dia juga yakin insan itu juga sanggup untuk berbuat-buat bodoh.
Dia tidak dipedulikan dan Iris makan seperti biasa.
“Iris….”
Habis sahaja suapan dan hirupan terakhir, Iris berdiri dan berlalu pergi. Tapi sempat dia menjeling keras ke arahnya. Tanpa mengeluarkan sebarang suara, Iris mengerakkan bibir seperlahan mungkin.
“D.I.D.” Sinisan berapi.
Tanpa membuang masa, Iris terus menuju ke arah surau yang berada berdekatan. Panggilan azan yang sedang bergema indah di langit bagaikan memanggil dia untuk meninggalkan hal sia-sia itu.
“Allahhuakbar….Allahhuakbar.”
“Allahhuakbar….Allahhuakbar.” Iris menjawab.
“Lailahailallah….”
“Lailahailallah….” Hati mulai sepenuhnya tenang apabila habis sahaja seruan ayat terakhir itu dijawab. Iris melajukan langkah kaki dengan senyuman.
===================================================================
“Ya Allah. Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.” Iris mengangkat tangan tinggi dengan pejaman kedua mata.
“Yang menguasai hati-hati dan kehidupan. Yang menggelapi dan menerangi. Yang melindungi hati-hati yang ingin dilindungi dan mengurniakan cinta kepada yang ingin dicintai.”
“Diri ini berserah kepada-Mu, Ya Allah atas segala-galanya. Kehidupan di dunia, alam selepas kematian dan juga akhirat. Terangilah Ya Allah. Dan bungakanlah kehidupanku dengan bunga yang paling indah. Bunga yang penuh dengan segala rahmat-Mu, keampunan-Mu, cinta-Mu dan juga syafaat dari kekasih kita. Rasul yang teragung.”
“Semoga kejayaan ini adalah milikku dari-Mu.”
Iris menyapu telapak tangan ke muka.
“Aamiin.”
===================================================================
Iris menyimpan beg ke dalam loker dan mengunci rapi. Sebelum…..
“Ya Allah…. Amira Sofea!” Iris menyapu dada yang sedikit terkejut. Melihatnya ketawa bagaikan ini adalah satu lawakan membuatkan dia mula berang.
Amira Sofea mendekat dan berhenti tepat di sebelah telinga.
“Jangan bermimpi. Gold Novel bukan untuk sembarangan orang. Aku yakin kau tahu kan aku siapa?” Iris melihat sinisan di hujung bibirnya.
“Kau? Kau tahu tak siapa diri kau? Kalau kau tahu dan kalau kau benar-benar yakin, kau tak patut rasa macam ni, Amira Sofea.”
Amira mengerutkan dahi. “Rasa? Rasa apa?”
“Insecure.” Iris mengembalikan sinisan yang diberikan dan berlalu memasuki dewan.
===================================================================
“Seperti sesi pertama, sila nyalakan kembali komputer dan lakukan langkah-langkah pengecaman.”
Iris menaip nombor ID dan mendekatkan diri ke kamera untuk pengecaman wajah.
“Sudah?”
“Sudah!!” Seisi dewan bergema.
“Baiklah. Saya merasmikan sesi kedua pertanding novel ini. Tanpa membuang masa, empat jam untuk sesi kedua bermula…..”
Iris menuturkan basmalah.
“Sekarang!”
Tik. Tik. Tik.Tik. Tik. Tik.
===================================================================
“Berhenti!” Bagaikan dipanah dengan kejutan elektrik, pantas tangan menjauhkan diri dari papan kekunci. Yang lain juga melakukan hal yang sama.
“Empat jam telah berlalu. Ini bermakna sesi kedua pertandingan telah tamat dengan jayanya. Sila lakukan pengecaman terakhir untuk penutupan. Tahniah saya ucapkan atas kerja keras kalian selama lapan jam ini. Demi gelaran ‘Gold Novel’. Saya doakan yang akan memenanginya nanti akan menjadi legenda penulis yang seterusnya. Doa terbaik saya untuk kalian. Sekali lagi, saya ucapkan tahniah.” Gemuruh tepukan yang diberikan.
“Terbaik untuk yang terbaik. Moga itu aku.” Iris mengucapkannya perlahan dengan mata yang sedikit bergenang.
===================================================================
Tanpa membuang masa, Iris pantas mengambil beg di loker dan melajukan langkah ke arah kolej kediaman. Malam ini, salah seorang saudara ahli keluarga Afnan akan mengadakan kenduri kahwin di sebuah dewan hotel.
Masuk sahaja pintu bilik, pantas Iris mengambil barang yang sepatutnya dan bergegas lari masuk menuju bilik mandi. Mandi, solat maghrib dan make-up semuanya dalam waktu satu jam. Fikirkanlah betapa seksanya.
Selesai sahaja mandi dan solat fardhu maghrib, Iris terus melajukan pergerakan tangan untuk melakukan riasan di wajah. Dia begitu sangat bersyukur kerana bukan hanya dua tangan yang melakukannya. Tapi empat.
“Thanks Nada sebab tolong aku. Kalau kau takdak, sumpah aku dah meraung gila sekarang.”
“Jumpa bakal family mertua kot! Jangan harap hang ingat aku nak biaq hang pi lagu dok pi beli ikan dekat market!” Ha. Keluar dah slang mami dia. Tanda kemamian dalam diri Nada sudah mula memunculkan diri.
“Sayang jugak hang kat aku noh.” Iris memeluk bahu Nada erat.
“Dah berambus!” Dan selaju itu juga Nada menolak.
“Bye!” Selesai sahaja Iris menyarungkan kasut tumit tinggi berwarna nada sama seperti baju yang tersarung di tubuh, tangga Iris langkah bagaikan hospital itu neneknya yang punya.
===================================================================
Iris dan Afnan berjalan memasuki hotel beriringan dan bersebelahan. No touching as usual. Prinsip yang masih lagi teguh dipegang oleh kedua mereka. Afnan yang segak dengan sut berwarna merah jambu dan Iris yang bagaikan bidadari dengan sarungan gaun labuh sutera yang berwarna sama. Permintaan Afnan dan dia juga baru mengetahui warna ini adalah merupakan warna khusus yang telah ditetapkan untuk keluarga dan saudara pengantin. Dan sungguh Iris tidak menjangka dirinya juga termasuk.
Dia datang dari sebuah keluarga yang berprinsip selagi belum adanya hubungan rasmi, selagi itu si dia masih dianggap sebagai orang luar dan diletakkan batasan seperti yang luarnya juga. Budaya keluarga yang sangat jauh berbeza tapi Iris yakin mereka berdua akan berusaha sepenuh hati untuk mendapatkan titik tengah.
Untuk keluarga kecil mereka kelak.
“Ibu.” Iris menyalami tangan ibu Afnan penuh sopan. Satu tangan yang lembut bagaikan kainan sutera. Serupa seperti tangan umi.
“Irina.” Ibu membalas dengan ciuman di dahi. Iris cuma tersenyum mendengar nama panggilan yang disebut oleh wanita kesayangan lelakinya itu. Selain keluarga kandungnya sendiri, hanya Ibu yang memanggil dirinya dengan panggilan nama kedua.
“Hai ibu…. Iris je ke?” Afnan memuncungkan bibir. Iris dan Ibu ketawa lalu seperti yang diberikan kepada Iris tadi, wanita itu juga mencium kedua pipi anak kandung kesayangannya itu.
“Cemburu la tu.” Iris mencebikkan bibir. Tanda sengaja ingin mengusik. Ibu yang melihatnya hanya menghamburkan tawa lepas dan melangkah masuk ke dalam dewan meninggalkan Iris dan Afnan berdua.
Melihat Ibu yang memasuki dewan, Afnan pantas mendekatkan bibir ke arah telinga di sebalik tudung.
“Can’t wait.” Lalu dia juga berlalu memasuki dewan. Meninggalkan Iris yang terpinga sendirian di luar.
Eh?!
Share this novel