Masing-masing mereka cuba sedaya upaya mengali tanah yang berada di bawah.. Tapi entah kenapa bagaikan tiada penghujungnya. Gali…Masih bertanah.
Gali….Masih lagi bertanah.
Langsung tiada bayang sebarang kotak yang tertanam. Kena scam ke apa ni?
“Penat la, Iris.” Zuyin mengeluh lemah.
“Itulah. Aku pun sama. Tapi nak tak nak kita kena gali cepat. Malam makin larut dan aku tak mungkin akan bermalam dekat rumah tu. Orang gila pun akan fikir dua kali.”
Berirama keluhan kami berdua. Tangan masih teguh menggali. Makin pantas dan pantas dan seterusnya……
“Kotak!”
Kotak berwarna putih emas yang agak berkilau di bawah cahaya rembulan bulan. Cantik. Sangat cantik. Ukiran yang sangat indah. Iris bagaikan terpaku melihatnya. Tangan perlahan-lahan mengapai kotak tersebut. Zuyin pula pantas memasukkan kunci ke dalam mangga.
“HIHIHIHIHI!!!! Takut?”
“HIHIHIHIHI!!!! Takut?”
“HIHIHIHIHI…..Takut ke tu…..?”
“Ya Allah!!!!” Menjerit mereka berdua. Boneka yang secara tiba-tiba melompat keluar dari kotak dengan helaian ketawa yang seram memang berjaya mengejutkan mereka berdua. Iris awal-awal sudah menendang kotak tersebut asbab rasa terkejut yang melampau. Zuyin pulak bagaikan tidak dapat menerima kenyataan dengan apa yang sedang baru berlaku.
Dengan langkah geram, Iris mendapatkan kotak tersebut dan terus mencari kertas petunjuk di dalamnya. Perasaan hendak membelah dua patung tersebut dan membaling ke dalam hutan untuk diberi makan sang harimau cuba dia endahkan.
‘Gunakan kompas ini dan terus bergerak menuju ke arah selatan. Penanda warna merah telah dilekatkan pada pokok penanda. Ikut dan jangan sesekali mengubah arah. INGAT! JANGAN UBAH ARAH.’
Kompas yang berada di sebelah boneka tersebut Iris capai. Cuma ada satu. Sempat dirinya menjeling panas kedua boneka tersebut.
“Bagi aku!” Terpana dia dengan tindakan sebegitu dari Zuyin. Kompas yang telah beralih tangan Iris cuma pandang penuh ragu. Entah kenapa. Dia agak berasa tidak sedap hati. Seolah-olah membiarkan Zuyin memegangnya adalah satu kesilapan besar dan tak sepatutnya dia lakukan sama sekali.
“Dah. Ikut aku.” Dingin.
Iris cuma mampu mengikut jejak langkah Zuyin. Satu-satunya kompas ada di tangannya. Salah atau tidak perjalanan kami adalah sepenuhnya bergantung pada Zuyin. Mereka berdua cuma diam melangkah. Mengharungi sepi dan dinginnya udara malam.
“Eh? Ada laut la!” Kedengaran jelas bunyi rembusan air terjun tidak jauh dari tempat mereka berada. Iris begitu teringin untuk melihat keindahan air terjun pada waktu malam. Ini adalah pengalaman kali pertamanya. Tapi dirinya khawatir hal tersebut hanya akan menganggu perjalanan mereka berdua. Lebih-lebih lagi kabus malam mula makin menebal.
“Kau teringin nak tengok air terjun tu?” Ujar Zuyin sambil memandang ke arah bunyi lautan tersebut.
“Teringin. Tapi kita dah lambat. Lagipun aku takut kita tersesat nanti. Malam makin tua.” Iris menjawab jujur walaupun sebenarnya hatinya sedang berkata lain.
“Kompas kan ada? Ala…. Kita pergi sekejap je. Jom.” Kuat Zuyin menarik tangan Iris berlari ke arah bunyi tersebut.
“Wahhh….” Dengan penuh diiringi kerlipan indah kelip-kelip dan di bawah cahaya rembulan bulan, suasana air terjun yang memukau memang sangat cantik pada pandangan mata. Iris melihat pantulan kilauan cahaya di air yang bagaikan kilauan permata yang sedang bersembunyi di dasar lautan.
Indah. Sangat terlalu indah.
“Cantik, Iris?”
“Cantik. Sangat cantik.” Iris begitu asyik melihat air terjun yang mengalir. Bagai disihir olehnya.
“Teringin nak masuk dalam air tu?”
“Ya.” Masih lagi terpaku.
“Betul?”
“Ya.” Masih dalam keadaan yang sama.
“Ok.”
Zuyin memegang bahu Iris dan menolak kuat.
“Arghhhhhhhhhhh!”
Berderain air yang masuk ke dalam tubuhnya. Luka di tubuhnya bagaikan sedang menjerit kesakitan apabila bersentuhan deras oleh air.
“Tajamnya, Ya Allah…….”
“Sakit! Perit! Jantung aku! Ya Allah! Panasnya!” Bibirnya menjerit.
Air yang keluar berbuih-buihan dari mulut bagaikan cuba mencari udara di luar. Mengasihani insan yang sedang bertarung nyawa di dalam.
Tangan dan kaki yang gila mengayun sebentar tadi akhirnya mulai lemah mengjatuh. Badannya… Sudah tidak mampu dia gerakkan.
Dia benar-benar kesakitan.
Bawah……. Dan makin ke bawah…..… Gelap….… Dan semakin hitam.
‘Ya Allah..… Diri ini pedih. Sangat Ya Allah…..’
‘Sesiapa sahaja tolong! Tolong!!!! Tolong!!!! Tolong…….’ Hatinya menjerit deras.
‘To….. Long.’ Tangannya cuba menggapai bayangan atas matanya.
Dengan linangan air mata terakhir, Iris harus akur untuk memejamkan mata.
Dia benar-benar kesakitan. Dia juga benar-benar ingin tidur. Ingin lari ke alam mimpi.
Dan itulah akhirnya. Semua menjadi gelap. Kegelapan yang menghitam.
Share this novel