Tak pergi? HAHAHAHAHA. Alasan!
Tengoklah dia di mana sekarang. Terserlah jelas satu perumahan banglo yang sedang terang berkilau dengan lampu-lampu. Iris sedikit menjeling ke dalam di sebalik cermin keretanya. Ada beberapa kanopi putih yang terbuka luas.
Teringat jelas perbalahan dia antara Adam pada waktu sesi latihan mereka. Sehari selepas Nada memberitahu segalanya kepadanya. Hinggakan Encik Hilman terpaksa memberikan mereka berdua ruang untuk menyelesaikan masalah tersebut sebelum menyambung latihan. Sampai begitu dahsyat perbalahan antara mereka berdua.
Iris tidak perasan bila pergelangan tangannya ditarik Adam. Yang dia pasti, muka Adam lebam selepas itu.
“Maaf.” Adam melarikan pandangan.
“Walaupun berlapik, ingat! Tetap tak boleh. Faham?” Keras suara yang keluar dari mulut Iris. Cukup untuk menegangkan lelaki itu.
Adam mengangguk dan kini mata mereka berdua mula bertentang. Aura tegang yang sudah mula terbentuk dari atas dewan mulai kembali menyelubungi.
“Kenapa?”
Iris menajamkan pandangan dan mula melangkah rapat. Dan Adam makin melangkah ke belakang.
“Kenapa awak dan Afnan……”
Iris semakin kedepan dan Adam semakin ke belakang.
“Adik beradik?!” Bergema kuat. Iris tahu Encik Hilman ada di hadapan pentas dan mula mengecilkan suara.
“Awak tahu kisah saya dan Afnan.” Iris terus melangkah.
“Awak tahu saya tahu apa yang ada dalam hati tu.” Terus melangkah.
“Tapi kenapa awak begitu teringin nak ciptakan satu api? Kenapa?!” Iris separa menjerit dan akhirnya mereka berdua berhenti melangkah. Tepat apabila belakang badan Adam menyentuh permukaan dinding yang sejuk.
“Jawab, Adam.” Mata merah Iris merenung tepat mata hazel itu. Baru dia sedari. Bola mata Afnan dan Adam. Keduanya mempunyai warna yang sama. Walau bentuk dan aura yang berbeza. Mata Afnan lebih kepada Puppy-eyes manakala Adam lebih kepada Cat-eyes.
Keduanya diam menyabung mata. Berlawan dan terus berlawan. Tidak kelihatan siapa yang ingin mengalah dalam perlawanan itu. Tiada.
Dengan mata yang masih menyabung, kedua mereka bagaikan bertukar roh. Kali ini, Adam yang makin melaju ke hadapan dan Iris kini yang mula ke belakang. Laju. Sangat laju. Iris memandang belakang sesaat. Hanya dalam beberapa langkah, kepalanya mungkin akan terhentak dengan dinding yang makin didekati. Jarak makin mendekat dan langkah makin melaju.
Pap!
Iris memejam mata. Otaknya mula memberikan amaran akan kesakitan yang akan dialami kepalanya tidak lama lagi.
Tapi……
Otak Iris mula mencerna sesuatu. Kepalanya…. Tidak rasakan sebarang hentakan.
Bukan! Bukan tiada.
Tapi dihalang.
Oleh satu tangan yang berada di tengah-tengah antara dinding dan kepalanya. Lebih tepat, Adam sedang memegang kepalanya. Menghalang hentakan tersebut.
Pantas Iris membuka mata. Tepat memandang Adam yang wajahnya hanya berjarak beberapa inci.
Iris diam. Bukan kerana tiada kata. Tapi kerana terkunci. Terkunci dengan sabungan mata hazel itu. Redup dan tajam dalam masa yang sama.
Iris terpaku apabila Adam mula mendekatkan wajah. Dekat dan mendekat.
Dan terhenti tepat di sebelah telinga kanan Iris yang berlapik tudung yang berwarna merah.
“Listen, my sweety Irina.”
Iris boleh rasakan hembusan nafas itu.
“Afnan. Adalah Afnan. Dan Adam adalah Adam. Ya. Berbinkan satu nama yang sama. Tapi itu tak bermakna bermaksud orang yang sama.”
“Kisah awak dan Afnan, biar terhenti pada awak dan dia. Sungguh! Kisah awak dan dia langsung tiada kaitan dengan saya. I ask you again. Am I Afnan? Am I, Irina?”
Iris menghembuskan nafas panjang. “Ya, saya tahu. Tapi apa-apa pun itu, awak dan Afnan tetap ada kaitan. Hubungan darah! Hubungan yang tak akan ada penghujung. Awak dengar sini, Adam. Bila saya dapat tahu segalanya, awak tahu? Setiap kali saya nampak dan pandang awak, saya boleh nampak bayang-bayang Afnan. Bersatu! Bergentayangan!”
Adam mengalihkan wajah. Menghadap tepat pada mata Iris. Merah. Bagaikan Iris baru sahaja menghamburkan minyak pada api yang sedang marak menyala hebat.
Melihat mata itu, Iris tahu. Bulu romanya mula menegak. Bagaikan ditiup oleh satu angin sejuk.
Melihat Iris yang penuh ketakutan, Adam pantas mengalihkan wajah ke tepi dan mula memadamkan api itu dengan satu nafas panjang.
Seminit.
Dua minit.
Tiga minit.
Adam masih tetap dalam posisi yang sama. Cuma kali ini dengan mata yang terpejam. Wajahnya yang juga merah tadi telah hilang sepenuhnya. Kembali kepada cahaya asal. Iris yakin Adam sudah tenang. Namun, dia masih belum mahu mengeluarkan sebarang kata.
“A…..” Iris cuba bersuara.
“Iris. Saya minta maaf.”
Iris tergamam dan cuma terkebil-kebil memandang.
“I’m really sorry. Saya janji itu kali terakhir mata saya akan pandang awak dengan aura yang…..” Adam redup memandang dengan wajah yang penuh serba salah. “I’m sorry Irina.”
Adam menjarakkan jarak kembali. “Please. Afnan is Afnan. And me is me. Please, Irina….” Mungkin Iris salah dengar. Namun suara itu…. bagaikan merintih.
Merintih kepadanya.
“Please come to my birthday. As a friend of mine. Herm?”
Iris mengigit bibir dan merenung ke bawah. Memikirkan apa yang perlu difikirkan.
“As a friend of yours, saya dan Nada akan datang.”
“Promise?”
Iris mengangguk kecil.
“Irina? Promise?” Adam ingin dengar sendiri janji itu keluar dari bibir wanita itu.
Iris sedikit tersenyum. “Ya, saya janji.”
“Thanks! Really thanks!” Melihat keterujaan itu, Iris ketawa.
Dengan dua hati yang sudah mulai tenang sepenuhnya, Iris dan Adam kembali ke dewan.
Menjadi…….
Romeo dan Juliet.
Share this novel