“What?”
“Amira Sofea adalah bekas tunang saya.”
“Kejap… Kejap.” Terus Iris meraup wajah dan melihat sisi cermin. Cuba untuk sedaya mungkin menghadam segala-galanya yang baru sahaja didengar. Di sebalik degupan jantung yang mula berentak asing.
“Okay, okay.” Setelah beberapa minit, Iris memusingkan kepala dan memandang Afnan tepat.
“If so, what are she doing there?” Jantungnya mulai sakit. Sakit dengan degupan kuat yang tiada henti.
“She’s my second cousin.”
“And that’s why.”
Iris seperti dapat merasakan kejujuran dalam kata-kata Afnan. Namun entah mengapa, dengan dia yang tidak mampu untuk bertentang mata, rasa jujur itu bagaikan tiada erti. Bagaikan hanya satu omongan kosong walhal tidak.
“Kami putus sebab……” Akhirnya mata mereka bertentang.
“Awak ingat tak saya pernah beritahu yang awak adalah cinta pertama saya?”
Iris mengangguk sekali.
“And that’s why.”
Dan Iris cuma ternganga. Keliru dan terpinga-pinga.
“Pertunangan kami adalah disebabkan oleh aturan kedua pihak keluarga. Sounds cliche. Tapi ya. Itulah kenyataan yang banyak terjadi dalam kalangan kita.”
“Pada mulanya saya cuba. Cuba mewujudkan rasa cinta untuk dia. Saya dah cuba segala benda. Semua, Iris! Tapi… Betulah. Hati dan perasaan memang tak akan boleh dipaksa. Saya tak mahu berdosa asbab memainkan perasaan dan hati seorang wanita.”
“Dan perkahwinan adalah satu ibadah. Tak mungkin saya akan melakukan ibadah yang dicipta atas dasar penipuan. Itu namanya penganiayaan. Untuk saya, dan lebih-lebih untuk dia.”
Mata masih bersatu dan Iris mula memahami segalanya.
“Bagaimana dengan reaksi Amira Sofea? Dia boleh terima awak putuskan pertunangan?”
Afnan mengambil nafas panjang dan mengeluh sebelum menjawab.
“Tak. Sama sekali tidak.”
Huh?
“Dia…...” Iris tidak mampu untuk mengucapkan ayat itu.
“Dia cintakan saya? Maaf, Iris. Tapi…. Ya.”
Ok.
“Tapi saya cintakan dia? Maaf, tidak pernah terdetik sama sekali.”
“Mula-mula memang macam-macam perkara yang berlaku. Macam-macam! Tapi saya tetap bertegas dan jelaskan segalanya secara baik-baik. Dan lama-lama akhirnya kedua-dua pihak keluarga dapat menerima dengan baik dan begitu juga dengan antara saya dan dia.”
Afnan silap.
Masih terbayang dengan jelas dalam fikiran Iris akan kejadian itu. Persoalan pelik kenapa ada keluarga yang memandangnya dengan pandangan keji yang membuak di majlis sebentar tadi akhirnya terjawab dengan jelas.
“HAHAHAHAHAHA.” Iris mengeluarkan tawa penuh sinis.
“Iris?”
“Saya betul-betul harap apa yang dijangkakan oleh awak itu betul, Afnan. I really hope so. Really.” Iris benar-benar sakit hati.
Afnan mendiamkan diri dan Iris juga mendiamkan diri. Mereka bertatapan dalam senyap. Hanyut dalam fikiran masing-masing. Cuba mengharapkan takdir yang terbaik untuk mereka di hadapan jalan yang masih lagi kelabu.
“Ya Allah, permudahkanlah….” Kedua bibir berbisik perlahan.
===================================================================
“Wei serius la?”
“Ya. Aku tengah serius sekarang ni, Nada!” Iris membalas.
“Aku pun tak sangka yang dia tu…….”
“Aku faham.” Nada memeluk tubuh yang mula mengecil itu. Iris tahu Nada berusaha untuk menenangkan dia yang sedang gundah-gulana.
“Jadi, apa yang kau akan buat sekarang? Apa keputusan kau?”
Sumpah Iris tidak tahu untuk menjawab soalanitu. Tapi ada satu yang dirinya pasti.
Pasti yang cinta bukan bertepuk sebelah tangan itu masih ada. Dan masih tersimpan dengan rapi. Sangat-sangat rapi.
Dan hanya ada satu cara untuk dirinya memastikannya.
Dia harus berdepan.
===================================================================
“Baiklah. Akhirnya tiba juga hari yang paling kita semua nantikan. Setelah seminggu akhirnya kita berjumpa lagi. Bertemu untuk mengetahui pemenang bagi penulis yang bakal mencipta legenda baharu. The next Gold Novel.”
Bergema tepukan yang begitu gemuruh. Bagaikan sedang menantikan ‘kelahiran’ legenda yang seterusnya. Iris yakin bukan hanya tangan yang sedang bertepukan rancak. Tapi juga jantung masing-masing. ‘Tepukan’ yang sangat indah!
“Semua!”
Tepukan yang tadinya agak gemuruh dan meriah, yang bagaikan tiada niat untuk menemui penghujung, terhenti secara serentak. Sangat satu keajaiban.
“Sila lihat screen yang berada di belakang saya.”
Iris melihatnya tanpa sedikit pun niat untuk mengedipkan mata sama sekali.
Ada lima wajah terpapar.
“Ya. Ada lima. Ini merupakan lima yang terbaik yang telah dipilih sebagai top 5 untuk edisi kali ini. Jutaan tahniah diucapkan.” Tepukan yang gemuruh untuk kali yang kedua. Termasuk Iris. Dia benar-benar menikmati saat ini.
“Kelima-lima top 5 ini sila tampil ke hadapan pentas. Ada legenda di antara kalian. Dipersilakan dengan penuh bangga.”
Legenda. Tidak terasa bibir sedang menguntumkan senyuman apabila mendengar kata tersebut.
Iris melihat peserta pertama lima terbaik bangkit dari kerusi dan mula melangkah ke pentas.
Yang kedua juga sudah mula menggerakkan kaki.
Yang ketiga sedang menangis berpelukan dengan sahabat di sebelahnya. Keduanya mengalirkan air mata. Iris tersenyum. Satu suasana yang mengharukan.
Yang keempat. Iris melihat dia. Yang juga sedang melihat dia.
Amira Sofea.
Iris langsung tidak terkejut. Malah dia akan justeru benar-benar terkejut andai yang satu itu tidak termasuk dalam lima yang terbaik. Bayangkan kalau itu yang terjadi. Satu universiti akan kecoh! Sebegitu hebat aura dan kuasanya di dalam dunia penulisan.
Amira Sofea mula melangkahkan kaki menuju pentas di hadapan. Dan sebaik sahaja itu, terus kesemua mata memandang dia.
Ya, dia. Iris.
Peserta lima terbaik yang terakhir.
Iris bangun dan mula menghampiri pentas dengan nafas yang entah kenapa agak sukar untuk dia tarik dan hembus sedari tadi.
“Ya Allah…..” Iris benar-benar gemuruh.
Iris memegang tempat jantung berada dan dirasakan jelas degupan yang sangat laju. Dirinya mula kehilangan nafas. Hatta cuma untuk mengambil satu tarikan nafas, ianya amat sangat menyakitkan.
Istighfar demi istighfar diucapkan di kedua-dua bibir dan juga hati. Cuba mengumpulkan kembali serpihan-serpihan ketenangan yang telah berderai pecah.
Iris menundukkan kepala dan berusaha untuk menarik nafas sekali lagi. Dan akhirnya kepalanya diangkat kembali dan mata memandang pentas di hadapan dengan satu pandangan dan langkah yang penuh dengan keyakinan.
Yakin bahawa kalah atau menang, dia adalah tetap dia.
Tiada yang boleh mengambil nama itu darinya.
Tiada.
Share this novel