BAB 31

Drama Series 15366

“Ahhhhhhh….. Segar.” Ujar Afnan dengan penuh nikmat. Mana tidaknya. Dia baru sahaja menghabiskan larian mingguannya yang sepanjang lapan kilometer itu. Afnan memegang kakinya yang mula sedikit kesakitan. Halus keluhan yang keluar dari bibirnya. Namun dalam keluhannya juga Afnan tahu dan sedar bahawa inilah jalan yang dirinya telah pilih. Jalan yang amat perit perjalanannya namun membawa kepada satu destinasi akhir yang sangat mengujakan.

Perjalanan dalam menjadi seorang pemain badminton profesional. Setidaknya dalam kalangan era universiti ini. Dia bukan seorang Lee Zii Jia. Yang merupakan antara pemain dunia terhandal. Tapi untuk menjadi seorang ‘Kampus Lee Zii Jia’? Mengapa tidak, bukan? Afnan ketawa dalam melayan kata hati bodohnya itu.

Lee Zii Jia konon.

Afnan merasakan bahawa satu air botol adalah langsung tidak mengcukupi sama sekali. Badannya memerlukan cecair yang lebih dari itu. Afnan bangun dan mula menapak ke arah mesin air yang berada tidak jauh dari tempat dirinya merehatkan diri. Sebelum langkahnya terhenti dengan sebuah botol air yang kesejukan dan penuh menggoda yang hampir memenuhi keseluruhan pandangannya.

“For you, Af.”

Afnan kelihatan teragak-agak untuk menerima air tersebut. Manakan tidak? Dia langsung tidak mahu melihat wajah insan yang berada di hadapannya. Dan tidak sepatutnya mereka berjumpa. Cukuplah kejadian malam itu antara dia dan tunangnya. Apatah lagi dengan menerima air darinya sendiri. Seorang wanita dengan rambut panjang mengurai yang disanggulkan. Messy bun dalam kata lain. Leka Afnan mengira helaian rambut yang bagaikan terlepas dari ikatan itu. Geram dengan tidak kekemasan itu!

Walaupun pada mulanya dia kelihatan sedikit teragak, namun pada akhirnya Afnan memberanikan diri untuk menerima air tersebut. Dia lantas membalikkan sedikit badan ke arah kanan sebelum meneguk air itu dengan rakus. Mendengar satu suara tawa, Afnan kembali membalikkan badan. Mengangkat kening kepada wanita itu meminta penjelasan.

“Comel.” Diselangi dengan ketawa yang semakin menipis.

Lagi tinggilah Afnan meninggikan keningnya.

“Minum perlahan-lahan. Air tu takkan lari. Saya pun takkan ambil. Kan saya sendiri yang berikan air itu kepada awak. Don’t worry, Af. It’s yours. Fully and truly yours.” Ujar wanita tersebut sambil tersenyum manis.

“Okay.” Afnan menghabiskan minuman dan mengemekkan botol tersebut.

“Anyways, thanks.” Afnan melangkah pergi meninggalkan wanita itu sendirian.

“Eh. Tunggu, awak!” Wanita itu mengejar Afnan laju dan akhirnya mengdepakan tangan di hadapan Afnan. Menghalangnya dari melangkah lebih pergi.

“Saya sebenarnya…………” Malu-malu.

“Agak ketara.”

“Apa?”

“Awak sangat ketara. Tapi mungkin juga saya silap. Maaf. Tapi…. You like me?”

Wanita itu seperti agak terkejut dengan soalan yang agak tepat menembak dari Afnan itu. Namun, tidak lama. Hanya beberapa saat sebelum riak wajahnya bertukar menjadi serius dan matanya tajam memandang ke arah mata Afnan.

“Ya.” Dengan ketegasan, wanita itu menjawab soalan yang ditanya tanpa sebarang ragu.

“Maaf. Tapi saya dah ada yang berpunya. Saya tak tahu sama ada awak aware atau tak. Tapi sekali lagi maaf. Hati saya cuma boleh ada dua pemilik. Saya sendiri… Dan juga dia.”

“Tahu. Awak kan dah kenalkan dia dekat dunia awak. Semua orang yang ada dalam dunia awak tahu akan kewujudan dia. Termasuk saya sendiri.”

“Jadi?”

“Girlfriend. Not wife. Right?” Sinis.

“She’s my future.” Tegas.

“And I’m your first love.” Tegas berganda.

“But not the last, though.” Tajam menikam. Habis sahaja mengutarakannya, Afnan pantas melangkah ke belakang beberapa langkah.

“Afnan! Af!”

“Stop calling me like that, Amira Sofea! Enough ie enough! Really! We’re really done! It’s over!” Dan akhirnya Afnan melajukan langkah pergi. Laju meninggalkan wanita tersebut di belakang. Tanpa sebarang niat untuk menoleh kembali.

Melihat lelaki tersebut telah hilang sepenuhnya dari pandangan, akhirnya Amira Sofea juga melangkah pergi. Bersama dengan satu senyuman di bibir.

“Yakinnya.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience