Cukup satu minggu di kampung, Iris kembali ke kampus. Ya. Hatinya masih lagi ada luka itu namun untuk membiarkan luka tersebut menghancurkan hidupnya? Oh tidak akan. Tidak sekurangnya untuk sekarang.
Tapi, mungkin ini adalah benar-benar adalah satu hampatan ujian untuknya. Yang datang bertubi-tubi.
Lihatlah sekarang. Matanya tajam memandang insan itu. Yang sedang tersenyum sinis memandangnnya dari depan.
“Baiklah. Hari ini kita ada menerima satu ahli kelab yang baharu. Memang sudah agak terlambat tapi dia adalah kes istimewa. Disebabkan adanya persembahan kelab tahunan tak lama lagi, pihak universiti telah membenarkan Cik……”
“Amira Sofea.”
“Cik Amira Sofea untuk mendaftarkan diri dalam kelab tarian. Pihak universiti telah memberitahu tentang kemahiran tariannya dan saya juga sudah mengesahkannya. Jadi kehadiran Cik Amira Sofea akan banyak membantu untuk melengkapkan tarian untuk persembahan nanti.”
Gemuruh tepukan yang diberikan.
“Next. Semua tahu kan kita ada dua jenis persembahan. Pertama, berkumpulan dan yang kedua, The Dance Of Romeo And Juliet. Untuk tarian berkumpulan, kesemua akan melibatkan diri. Manakala untuk tarian yang kedua, hanya dua pasangan yang akan terpilih.”
“Encik. Macam mana pasangan akan dipilih?”
“Keserasian. Dan ini menunjukkan pentingnya untuk kamu memilih pasangan yang tepat.”
“Kami boleh memilih sendiri?”
“Ya. Dan keserasian yang terbaik yang akan dipilih sebagai wakil untuk tarian duet. Jadi, sila berhati-hati dalam memilih. Good luck!”
Iris yang sedang menunduk kerana kebosanan mendengar, mengangkat kepala dan pantas memandang ke arah kiri. Dia dapat rasakan ada yang sedang memandangnya dalam keramaian. Dia mencari. Namun tidak menjumpai.
Akhirnya Iris cuma biarkan perasaan itu berlalu dan cuma memandang mereka yang sedang mencari-cari pasangan yang bersesuaian dengan diri.
“Iris. Do you mind for being my dance partner?”
Iris memandang dia yang mata penuh dengan pengharapan.
Dengan gelengan dan senyuman, Iris membalas. “Nope at all, Adam. Let us.”
Di hujung yang bertentangan arah, Afnan khusyuk berborak dengan wanita yang telah dipilih sebagai pasangannya dengan wajah yang bercahaya.
Walau bibir sibuk melayani wanita yang berada di hadapan, namun mata lebih memilih wanita lain.
Yang sedang ketawa riang bersama dengan insan yang sedang berperang dingin dengannya.
“Afnan?”
‘Afnan?’
“Hey!” Amira Sofea mengoyangkan tangan di mata. Cuba menarik balik ‘roh’ lelaki itu.
“Herm?” Afnan kembali memandang Amira Sofea dengan senyuman.
“Apa yang awak tengokkan sampai……” Amira Sofea memandang ke arah yang dipandang oleh lelaki itu sebelumnya.
Namun pantas dihalang dengan tangan Afnan di pipi, yang menarik kembali wajahnya.
“Nothing, babe. Nothing.” Masih sama dengan senyuman di bibir.
“I’m yours. All of me.” Afnan mengusap lembut pipi itu.
Amira Sofea mengangguk dan memejamkan mata. Menikmati sentuhan itu. Dan sepantas itu juga mata Afnan kembali memandang ke arah wanita itu.
Yang akhirnya bertembung dengan mata lelaki yang berada di samping wanita itu.
Mata Adam yang sedang memandang tajam kepadanya.
===================================================================
“Baiklah. Sila hantar nama pasangan masing-masing kepada saya sekarang.”
Setiap wakil pasangan bangun dan memberikan nama masing-masing. Termasuk Adam dan Afnan mewakili pasangan masing-masing.
“10 hari!”
“Masa untuk kamu melakukan persediaan sebaik-baiknya. Genap sahaja sepuluh hari, iaitu pada waktu sesi yang seterusnya, saya akan memilih dua pasangan yang terbaik sebagai wakil untuk persembahan duet nanti.”
Iris memandang Adam dengan keresahan. Dan Adam membalas kembali dengan senyuman yang penuh keyakinan.
“Believe me. And us.” Ujarnya perlahan. Cukup membuatkan Iris menguntumkan senyuman kecil.
“Fighting hard. Class dissmissed.”
Share this novel