BAB 1

Drama Series 15366

Iris.

Lee Iris Erina.
Dia merupakan seorang pelajar perempuan yang sedang berada dalam ‘tahun neraka’. Tahun di mana dia akan mengambil satu musim peperiksaan yang justeru akan melihatkan serba sedikit apa yang akan terjadi padaku di masa hadapan. Entah bahagia atau derita yang menanti. Dia langsung tidak ingin peduli.
Just focus on the present. Itu matlamat hidupnya. Tapi tidak pernah juga dia nafikan apa yang dia lakukan sekarang akan juga memberi kesan pada kehidupannya kelak. So gotta play safe, baby!
“Iris!”
Jantung terus berdetak laju. Terkejut. Terus Iris menghadap si pemanggil dengan menghulurkan senyuman yang paling manis menggugat.
“Dah lama hidup, Nada?” Makin lebar Iris memberikan senyuman.
Nada Talina. Sahabat yang paling dekat dengannya. The most bff. Bff la sangat. Hampir mati dia dibuatnya tadi. Huh!
“Ala…. Sorry la Iris. Kau la. Khusyuk sangat baca novel tu. Aku dah cuba panggil kau banyak kali tapi kau macam fokus sangat dengan buku tu. Dah macam terbuai-buai aku nampak.”
Iris cuma sengih malu. Ya. Itulah dia. Dapat sahaja buku novel, sumpah dah tak kenal dunia. Dia seakan-akan dapat membayangkan keseluruhan cerita dalam minda. Imaginasinya memang kuat. Guru-guru di sekolahnya pun tidak asing mengetahui hal ini. Asbab itu Iris selalu menyertai dan memenangi pertandingan penulisan bebas, Tidak kira dari peringkat sekolah mahupun dari peringkat daerah. Iris sekarang dalam proses mempersiapkan diri untuk pertandingan penulisan bebas peringkat negeri. Peringkat tertinggi di tahun terakhirnya di sekolah ini.

“Eh Iris! Tadi aku pergi lah masuk bilik guru sebab nak jumpa Guru Besar, Kau tahu tak? Masa aku lalu tempat Cikgu Arina dengan Cikgu Mustafa, aku dengar diaorang macam tengah bincang sesuatu.”
“Sesuatu?” Spill the tea, gurl!
“Zuyin!”
Dah kenapa dengan nama tu? Iris cuma mengangkat kening dan menunggu penjelasan lebih lanjut dari Nada.
“Zuyin buat petisyen dekat Guru Besar! Dia tak puas hati pihak sekolah pilih kau untuk pertandingan penulisan bebas peringkat negeri tu nanti,”
Lagi tinggi Iris meninggikan kening.
“………….”
“Tengok? Kau pun terkedu. Sepanjang tingkatan satu sampai sekarang, pernah ke si Zuyin tu kalahkan kau? Sekali pun tak, kan? Apa hak dia nak buat petisyen lepas satu sekolah dah decide untuk pilih kau sebagai wakil nanti?”
Pertandingan tersebut akan berlangsung dalam satu minggu. Satu minggu! Dia yakin Zuyin sengaja cuba ingin memanaskan keadaan pada saat-saat akhir seperti ini. Waktu paling genting. Sengaja membuat helah untuk menganggu konsentrasi yang dirinya cuba untuk menjaga sedaya mungkin.
“Jadi, sekarang kau nak buat apa?” Nada cuba untuk mengetahui tindakan lanjut yang akan diambil oleh Iris. Tidak mungkin sahabatnya itu akan berdiam diri.
“Aku nak tengok apa tindakan lanjut guru akan ambil nanti. Cuma itu yang aku boleh buat sekarang. Semua di tangan para guru.” Salah satu usaha untuk menjaga konsentrasi. Tapi dia juga tidak bodoh.
‘Lawan pada waktu yang tepat’. Antara prinsip tertinggi hidupnya.
Kring! Kring! Kring!
“Dah! Jom masuk kelas.” Iris pantas berlari seiring dengan Nada menuju ke arah kelas. Harus cepat! Nahas kalau lambat.
Kelas Cikgu Arina tu……….. Maut menanti sekiranya lewat. Huhu.

======================================================================


Nasi lemak pun masih belum dihadam sepenuhnya lagi. Timbul pula isu Zuyin yang mula menganggu ketenangan yang cuba dijaga sedaya mungkin. Lagi susah untuk menghadamnya. Iris cuma mampu menghelakan nafas.
“Bangun!”
Bunyi deretan tarikan kerusi bergema serentak. Iris dan seluruh kelas berdiri menyambut kehadiran guru yang dihormati.
“Selamat pagi, cikgu.” Ketua kelas memberikan salam. Kuat. Diiringi dengan rakan sekelas yang lain.
“Selamat pagi. Silakan duduk.” Cikgu Arina membalas sambil melajukan langkah ke arah meja yang telah dihias indah oleh kami diselangi dengan beberapa kuntuman bunga, yang disediakan khusus untuk para guru yang mengajar.
“Okey, kelas. Sila keluarkan buku teks Bahasa Melayu dan buka muka surat lapan puluh dua.” Tegas.

======================================================================

Kring! Kring! Kring!

Akhirnya! Kelas tamat! Semua menarik nafas lega.

Kelas yang berlangsung selama satu jam itu dirasakan agak lama. Entah kenapa. Sukar untuk dirinya mengfokuskan diri. Kepalanya dirasakan sangat kusut.

“Iris! Zuyin! Datang ke hadapan.” Cikgu Arina memberikan arahan.

Iris yang berada tidak jauh cuma memandang sipi ke arah Zuyin dan terus bangun mengerakkan kaki menuju ke arah Cikgu Arina.

“Ya cikgu?”

Iris memulakan kata. Menunggu kata-kata seterusnya dari beliau. Menunggu penjelasan walaupun tahu akan sebabnya.

“Ya cikgu?”

Zuyin menghentikan kaki di sebelah. Iris cuma mengfokuskan mata ke arah Cikgu Arina. Tak kuasa memandang sebelah. Iris terus menjarakkan tiga langkah.

“Iris. Berapa lama pertandingan penulisan bebas peringkat negeri akan berlangsung?” Cikgu Arina menyoal sambil mengemas barang-barangnya yang berselerakan di atas meja.

“Lebih kurang satu minggu, cikgu.” Iris menjawab senada.

“Apa yang menyebabkan awak mempertikaikan keputusan sekolah untuk memilih Iris sebagai wakil sekolah, Zuyin?” Ujar Cikgu Arina sambil memandang tepat ke arah Zuyin. Tatapan yang sangat kosong namun penuh dengan ketegasan disebaliknya, menginginkan jawapan.

“Pihak sekolah memilih Iris berbanding saya tanpa melakukan penilaian adil terhadap kami berdua terlebih dahulu!” Bergema ucapan Zuyin. Iris yang berada di sebelah cuma terkedu mendengar jawapan tersebut. Tidak terkecuali satu kelas juga.

“Penilaian adil? Ok, baiklah. Tolong jawab soalan saya tanpa sebarang prejudis, Zuyin.” Cikgu Arina makin menegaskan nada suara.

Iris cuma terpaku melihat perbualan antara kedua-duanya. Ingin diam-diam memerhati terlebih dahulu. Ianya penting sebelum masuk ke arena perlawanan.

“Dari awal tingkatan sampailah pertandingan penulisan yang telah diadakan di sekolah pada baru-baru ini, beritahu saya Zuyin. Siapa pemenangnya? Sila jawab dengan jujur dan tanpa sebarang prejudis seperti yang saya telah sebutkan sebelumnya.” Tajam memandang insan yang disebutkan.

“.……………” Diam. Namun tidak bahasa tubuh badannya. Jelas menahan kegementaran. Iris tersenyum sipi.

“Jawab Zuyin!” Cikgu Arina mula mendesak meminta jawapan. Iris memandang Zuyin sebelum kedua mata mereka bersabung. Iris cuma membalasnya dengan pandangan kosong tanpa perasaan. Poker face.

“I………”

“I apa?” Bentak Cikgu Arina. Cukup mengejutkan kesemua yang berada di kelas. Apatah lagi insan yang sedang dituju itu.

“Iris, cikgu.” Perlahan Zuyin membalas sambil cuba untuk mengelak dari bertentang mata.

“Untuk peringkat negeri, sekolah ini telah terpilih untuk menghantar wakil asbab kemenangan-kemenangan yang telah berjaya diperoleh oleh Iris sebelum ini. Pihak atasan khusus meminta pihak sekolah untuk menghantar Iris sebagai wakil negeri kita untuk pertandingan penulisan bebas tersebut. Tetapi pihak sekolah juga telah maklumkan kepada pihak atasan tersebut bahawa sekolah ini mempunyai dua pelajar yang amat mahir dalam bidang penulisan. Bukan cuma satu.” Cikgu Arina menghentikan kata-kata sambil memandang Iris dan Zuyin bersilih ganti.

“Oleh kerana itu, kedua-dua pihak telah bersepakat untuk mengadakan satu pertandingan penulisan bebas. Yang diadakan baru-baru ini. Pertandingan tersebut diadakan khusus untuk memilih siapa yang terbaik antara kamu berdua untuk dihantar sebagai wakil untuk pertandingan tersebut.”

“Ya. Semestinya tanpa pengetahuan kamu berdua. Pihak sekolah menyamarkan pertandingan tersebut sebagai pertandingan terbuka untuk kesemua para pelajar demi melihat apakah kamu berdua mengambil serius akan sesebuah pertandingan walaupun ianya hanya sekadar peringkat kecil.” Sambung Cikgu Arina.

“Dan apakah kamu benar-benar mengambil serius semasa pertandingan itu, Zuyin?” Cikgu Arina mengutarakan soalan.

Bertambah hening seisi kelas. Bagaikan berada di kuburan.

“Keputusan pertandingan tersebut cukup untuk menceritakan. Betul?”

Zuyin menundukkan kepala.

“Apakah cukup penerangan saya untuk jawapan balasan petisyen awak, Zuyin?”

“.……………” Diam.

“Apakah perlu untuk saya lebih menegaskan fakta tersebut, Zuyin?” Makin menunduk dan terus menunduk.

“.……………” Kaku.

Cikgu Arina menghelakan nafas panjang. Seperti mencari kesabaran dan ketenangan yang mula menghilang.

“Saya anggap jawapan awak adalah ‘Ya’, Zuyin. Sekarang saya minta awak berjumpa dengan Guru Besar untuk tindakan lanjut atas petisyen yang awak berikan.”

Terus laju langkah Zuyin meninggalkan kelas. Tanpa sebarang pamitan. Cikgu Arina hanya memandangnya sekilas. Mungkin sudah penat untuk melayan karenah pelajarnya itu.

“Dan awak, Iris.”

Terus laju Iris mengfokuskan mata. Tepat ke arah yang memanggil.

“Saya harap isu ini tidak akan menganggu fokus awak untuk pertandingan itu nanti. Anggaplah ini merupakan ‘duri’ yang perlu awak tempuh untuk mendapatkan satu kejayaan. Saya doakan yang terbaik untuk awak. Begitu juga dengan seluruh sekolah. Kami menyokong dengan sepenuh hati.”

Riuh sorakan yang diberikan seisi kelas. Bagai membuktikan kata-kata tersebut. Iris memberikan senyuman paling manis sebagai balasan.

Berusaha menjadi yang terbaik.

Itu janjinya.

Demi temannya.

Dan semestinya khusus untuk dirinya sendiri.

Demi masa depan.

Masa depan dia yang bernama Lee Iris Irina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience