“Senyum-senyum nampak.” Terjah Nada sambil elok berbaring di atas katil sahabatnya. Dari pandangan Nada, mungkin Iris kelihatan seperti orang gila yang tengah termenung sambil menghulurkan sengihan-sengihan misteri. Iris cuma menjeling sipi sebelum melanjutkan melihat bintang di langit melalui tingkap bilik. Entah kenapa malam ini bintang di langit terlihat lebih terang dan menyinar dengan sangat cantik. Sampaikan dia langsung tidak mampu mengalihkan pandangan sama sekali. Tapi satu yang pasti. Keropok di tangan tak pernah lekang dari menyumbat ke dalam mulut. Food is a must bebeh!
“So, tu lah crush kau? Herm?” Sengih-sengih Nada melihat Iris. Dah mula la tu misi perli memerli amalan mulia.
“Kau rasa dia macam mana?” Iris ingin meminta pendapat dari pemilik mata selain dirinya. Mungkin ada benda yang Nada nampak tapi lutsinar untuk matanya. Dan kerana itu, dia memerlukan mata ketiga dan keempat.
“Macam mana apa?” Sambil menyumbat keropok Mister Potato ke dalam mulut.
“Dia okay atau tak maksud aku. Dalam bahasa lain, bendera merah atau bendera hijau?” Macam pelik pulak bila tukar dalam Bahasa Melayu. Lebih terbukti apabila Nada sedang ketawa berguling-guling atas katil. Iris buat tak endah dan mengekalkan ekspresi yang sama. Tanda serius.
“Okay… Okay.” Nada berdehem cuba untuk mencari aura serius yang sepatutnya ada tapi tiada.
“Selain dari cerita-cerita yang selalu kau cerita dengan aku dan berdasarkan pada malam ni……” Nada menghentikan ayat separuh jalan. Sengaja membuat Iris bertambah gelisah. Melihat reaksi sahabatnya yang tercengang-cengang, makin berguling-guling si Nada ketawa.
“Nada!! Cepat la!!” Kan dah kena baling bantal sedas.
Nada berhenti ketawa dan duduk menegak. Dah sudah! Kenapa pulak tiba-tiba jadi askar tak terlatih?
“Hijau. Sangat hijau.”
“Maksud kau?”
“Approved! So approved!”
Share this novel