BAB 29

Drama Series 15366

“Mikayla Rose.”
“Daniel Yusof.”
“Nur Zafran Mikael.”
“Amira Sofea.”
“Dan juga Lee Iris Irina.”

“Inilah peserta-peserta yang berjaya menempatkan diri dalam kalangan lima terbaik. Dan seperti kata saya tadi, ada legenda di antara mereka.”

“Namun siapa?”

Bergema seisi dewan melaungkan nama-nama yang dijangkakan oleh mereka akan menjadi legenda tersebut.

Semestinya, nama Amira Sofea yang paling menjadi kegemaran. Kuat laungan namanya antara yang lain.

“Jadi, siapakah? Adakah Amira Sofea?” Bergema siul-siulan. Iris memandangnya yang berada tidak jauh, yang sedang melayangkan senyuman kebanggaan.

“Adakah ianya akan menjadi Daniel Yusof?” Menjerit hampir keseluruhan dewan dalam mengiyakannya.

“Baiklah.” Ujar penyelia diselangi dengan tawa nipis. Beliau kelihatan sangat-sangat menikmati suasana ini. Suasana meriah dan panas! Iris tak mampu menafikan aura itu.

“Saya akan umumkan dari peringkat paling bawah iaitu tempat kelima hinggalah peringkat teratas iaitu juara. Dia. Insan yang bakal menjadi legenda yang seterusnya.”

Hening. Yang tadinya bagaikan begitu meriah dan menggila, namun berubah hanya dalam sedetik seperti heningnya kuburan.

“Tempat kelima! Jatuh kepada…….” Deng! Deng! Deng! Deng! Deng!

“Daniel Yusof! Tahniah diucapkan.” Dia yang wajahnya kelihatan ketara kecewa namun berusaha seupaya mungkin dalam mengaburinya dengan senyuman, Iris tatap dalam diam. Dia kagum akan sikap profesional lelaki itu. Iris yakin dengan sikapnya itu, dia tidak akan mengambil masa yang lama untuk memusingkan kembali rodanya ke atas. Iris menepuk tangan bersama dengan yang lain. Tempat kelima bukanlah tempat yang mudah untuk dicapai. Ianya dari beribu penyertaan. Sangat tidak mudah.

“Tahniah sekali lagi saya ucapkan kepada Daniel Yusof. Seterusnya!” Deng! Deng! Deng! Deng! Deng!

“Tempat keempat. Dimenangi oleh……..” Deng! Deng! Deng! Deng! Deng!

“Mikayla Rose! Tahniah sejuta-juta tahniah!” Wanita itu tersenyum melangkah penuh teruja dalam mengambil piala. Riak bangga jelas terpampang di wajahnya.

“Tahniah, sis!” Iris mengerakkan bibir tanpa suara kepadanya. Dia ketawa dan mengangguk laju. Suka Iris melihat susunan gigi putihnya yang amat menyinar. Tips, sis!

“Setelah dua pemenang diumumkan, kini tinggal hanya tiga lagi. Legenda, siapakah di antara anda bertiga?” Berpusing penyelia mengelilingi ketiganya. Bagaikan sedang menikmati bulatan api di perkhemahan. Melihatnya, kepala Iris mula kepeningan.

“Tempat ketiga. Dipersilakan……” Deng! Deng! Deng! Deng! Deng!

“Nur Zafran Mikael!”

Sekali lagi tepukan gemuruh. Seperti tadi, beserta juga dengan siulan demi siulan yang penuh rancak.

“Tahniah, tahniah. Baiklah. Kita hampir mengetahui siapakah bakal legenda itu. Di kiri saya, Amira Sofea!” Telinga jarang membohongi. Bohong kalau Iris katakan yang dirinya tidak menyedari bahwa jeritan yang dilancarkan seisi dewan sebaik sahaja nama itu disebut adalah yang paling kuat dan meriah antara yang lain. Tanda menghormati, Iris juga menepuk tangan sambil melayangkan senyuman nipis.

“Dan di kanan saya….. Lee Iris Irina!” Jeritan tadinya masih lagi yang terbaik. Jeritan ini tidak akan mampu melawan yang tadi. Tapi ini Lee Iris Irina! Apa-apa pun yang berlaku, dia bangga! Bangga dengan diri sendiri.

“Kedua-duanya mempunyai bakat dan pernah menjuarai pertandingan yang disertai oleh masing-masing.”

“Namun itu bukan kayu ukurnya. Pertandingan ini adalah berdasarkan bakat anda pada waktu sekarang dan sesiapa pun boleh memenanginya walaupun asalnya dia adalah seorang underdog.”

“Untuk pengumuman pemenang atau juara untuk edisi kali ini dan bakal legenda, kami akan menayangkan sebuah video yang akan memetik beberapa petikan dari penulisan yang ditulis oleh juara tersebut.”

Seisi dewan digelapkan dengan segelapnya. Dan cahaya di skrin besar mula memancarkan sinarnya ke seluruh dewan. Dan menjadi gelap kembali sebelum beberapa tulisan petikan-petikan mula memunculkan diri di skrin bersama dengan satu suara pembaca.

~
Haris melangkah.
Melihat matahari yang mula menyembunyikan diri.
Yang sedar diri bahawa dirinya bukan untuk dinikmati sepanjang waktu.
Yang mengetahui dirinya tidak mungkin akan menjadi peneman seseorang, sepanjang waktu.

Tapi Haris tidak peduli akan fakta itu!
Tidak akan pernah!
Kali ini, biar dia yang menjadi peneman matahari.
Sekiranya matahari pergi menyembunyikan diri,
Dia juga akan pergi mengikuti.
Menyembunyikan diri dari dunia.

Dia memilih mengikuti matahari.
Di kala seluruh jiwa dan hatinya
Memilih bulan.
Dan itulah pengakhiran cerita mereka.
Yang akhirnya memilih pengakhiran yang dipilih walau bukan dari hati.

Pengakhiran yang menunjukkan bahawa…
Haris milik bulan.
Dan Zahra milik matahari.

Berbeza.
Namun menyatu dalam cara mereka tersendiri.
Dalam cara bulan dan matahari itu bersatu.
~

“Wei…… Siapa tulis tu, doh? Sakit weh!”

“Petikan tu sikit ja. Tapi menusuk tu….. Tajam!”

“Serius la diaorang meninggal? Wei, serius la?!”

“Bapak doh penulis ni. Sampai wei ayat dia!”

Habis sahaja tayangan tersebut, terus bergema bisikan-bisikan halus yang tidak berapa halus. Cerita Haris dan Zahra. Berjuang hingga ke akhir hayat dalam mencari definisi cinta yang setulusnya. Cerita yang sangat memerlukan banyak emosi dan rujukan untuk ditulis.

Bagaimana Iris tahu?

Kerana penulis itu adalah dia.

Dirinya.

“Menjemput Lee Iris Irina! Sebagai juara untuk edisi kali ini. Tahniah!!”

Iris melihat kelopak bunga yang berjatuhan dari atas. Berterbangan. Berwarna putih dan emas. Salah satu jatuh di tangannya. Iris melihat dan menyentuhnya dengan lembut. Kelopak mawar. Harum dan sangat mewangi. Membuatkan dirinya teringat pada saat itu. Kedua-duanya sama-sama merupakan saat yang paling terindah dalam hidupnya.

Iris melangkah menghampiri penyelia. Mengambil hadiah.

Trofi.

Sejambak besar bunga mawar gabungan putih dan emas.

Sijil.

Dan wang ringgit.

Penuh.
Iris melihat si dia yang berada di penghujung dewan. Muka pucat. Bibir mula menunjukkan aura kepanikan.

‘Bagaimana dengan kekalahan ini, sayang? Manis, kan? Kau patut bersyukur aku tak hantar kau ke hospital sama macam yang kau dah lakukan dekat aku dulu, Amira Sofea.’

‘You should be grateful for that.’

‘Oh ya! Kau kan suka berlakon. So…. Should be begin now?’

Dengan senyuman manis, Iris melangkah ke arah dia yang kepucatan. Dia yang makin ke hadapan, dan wanita itu yang makin mula ke belakang.

Huh!

Wanita itu benar-benar sudah terlambat. Tiket sudah dibeli. Dewan sudah penuh. Pentas sudah tersedia. Untuk dia dan Iris memainkan watak.

Mungkin dari tepi Iris kelihatan sedang manis tersenyum kepadanya. Namun dari hadapan, hanya Iris dan wanita itu yang tahu akan kepanasan yang sedang membara di antara mereka berdua.

Iris meletakkan hadiah ke bawah dan kembali memandangnya. Sekali lagi dia cuba membelakangkan, tapi pantas kedua tangan yang sedang kosong itu melingkar ke bahunya. Menarik ke dalam pelukan.

Erat.

Jelas di telinga bisingan tepukan yang makin lama, makin membingitkan. Tanda benar menyukai pentas yang sedang dilakonkan oleh mereka berdua.

Iris mendekatkan bibir ke salah satu telinga Amira Sofea. Dengan sinisan dia membuka mulut.

“Gigi untuk gigi. Mata untuk mata. Tangan untuk tangan. Darah untuk darah. Mungkin itu yang orang lain akan lakukan. Pembalasan yang setara. Tapi sayang. Bukan aku. Tak kira gigi atau mata atau darah sekali pun yang kau ambil. Kesemua milik aku dan milik kau, aku akan rampas kembali. Amira…. Amira. Kau betul-betul silap orang untuk dijadikan musuh.”

Iris beralih ke telinga kiri.

“And welcome to the real Irina, sayang. ” Pucat. Sangat pucat. Begitu pucat wajah itu di pandangan Iris. Dia masih tidak berpuas hati. Namun untuk sekarang, sudah memadai. Iris mencebikkan mulut menunjukkan muka kasihan. Dengan dia yang kemenggeletaran.

“Smile.” Iris memegang kedua pipinya.

“Kau tak nampak ke peminat-peminat kau dekat bawah tu? Kau tak nak kan kena pandang serong dengan diaorang sebab tak boleh terima kekalahan? So… smile!” Ujar Iris dengan senyuman yang makin lama makin dia maniskan.

Iris melihat dia.

Sambil cuba menghilangkan takungan air di mata, Amira Sofea menarik senyuman sedikit demi sedikit. Tanpa membuang masa, Iris menariknya ke arah penyelia untuk menerima hadiah sambil memeluk bahunya erat. Pentas masih belum selesai.

Tepukan makin bergema. Tidak disangka pentas ini akan menjadi kesukaan ramai. Jadi, dirinya harus menamatkannya dengan sekemasnya.

Mereka berdua berdiri di hadapan pentas bersama-sama. Tanpa sebarang niat untuk melepaskan tangan di bahunya, Iris menarik Amira Sofea menunduk sekali bersama dengannya. Menghadap penonton yang masih setia menonton. Dan diakhiri sekali lagi dengan satu pelukan yang erat.

Makin liar tepukan-tepukan itu. Tanda sangat dan sangat kagum akan penamat yang ditayangkan.

“Smile!”

Ckrek!

Satu persembahan yang sangat sempurna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience