BAB 45

Drama Series 15366

Tamat.

Iris bagaikan terpaku dengan apa sahaja yang baru berlaku. Tepukan yang sekali lagi bergema bagaikan sepi di telinga. Sebelum menjadi satu nada indah. Yang selalu menjadi kegilaannya.

“Wow! Wow! Wow! Wow!” Encik Hilman bagai benar terpana. Dia melihat leraian benang yang tergantung antara dua jari. Iris juga. Adam juga. Melihat betapa benang yang berkilau itu mengikat kuat dua insan.

“Satu tarian yang benar-benar sangat memukau. Begitu dan begitu…..” Encik Hilman menarik satu nafas panjang dan menghembus perlahan sebelum tersenyum.

“Tapi saya benar-benar keliru mengenai sesuatu. Boleh terangkan maksud benang ini?”

Iris merenung benang yang terikat di jari sebelum memandang Adam yang tersenyum padanya, mengangguk.

“Benang takdir merah. Atau juga dikenali sebagai Red Thread Of Marriage. Itu adalah apa yang digelarkan sebagai tali benang ini.”

Iris menyentuh benang yang terikat kuat di jari.

“Dikatakan sepasang kekasih yang benar-benar ditakdirkan untuk berjodoh atau sehidup sejiwa, akan diikatkan dengan satu huraian halus benang yang berwarna merah. Terikat kepada jari masing-masing. Sebagai tanda ikatan cinta.”

Kali ini Adam yang menyentuh benang di sebelah penghujung yang lain dan menyambung.

“Benang tersebut mungkin akan tersimpul mati dan juga mungkin menipis, namun tidak akan pernah mungkin akan terlerai. Walau dijarakkan oleh era waktu, destinasi mahupun ruang, benang itu tidak akan terputus. Tidak akan sama sekali. Malah akan makin memanjang dan terus memanjang. Mengikat dua insan yang ditakdirkan untuk bersama. Dua insan yang dipilih untuk menjadi satu pasangan yang abadi. Yang tidak mungkin akan dapat dipisahkan.”

“Konsep takdir benang merah ini amat terkenal di negara Jepun, walaupun asli asalnya adalah daripada negara tembok besar iaitu China. Ianya dikenali atau digelar oleh rakyat sana sebagai Unmei no Akai Ito.”

“Ianya sama. Seiring dengan konsep pepatah Melayu yang berbunyi ‘Kalau sudah jodoh tidak akan ke mana’. Pergilah. Menjauhlah. Kalau benar memang ditakdirkan, akan jua kembali walau beribu tahun kemudiannya nanti.” Iris menamatkan dengan senyuman, menghadap para penonton, yang bagaikan terpana.

Sekali lagi bergema tepukan di dewan itu. Reaksi wajah Encik Hilman juga seperti benar-benar kagum dan puas. Iris dan Adam menunduk separuh badan sebelum berlalu pergi ke belakang dewan.

Melepasi Afnan dan Amira Sofea.

“Baiklah. Tanpa membuang masa, dipersilakan pasangan yang terakhir. Afnan dan Amira Sofea! Dipersilakan!”

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tidak seperti tarian yang lain, kumpulan Afnan dan Amira Sofea lebih memilih konsep yang lebih gelap. Ketara penceritaan mengenai dendam yang tersimpan antara dua pasangan yang berdendam mati. Ingin membunuh, tapi tidak. Ingin memusnahkan, namun itu juga bermaksud diri sendiri juga akan turut termusnah. Tapi bukan juga bermakna kebahagiaan yang akan dipilih untuk diberikan. Menyebabkan cerita itu tergantung. Dan terus bergantung. Menunggu salah seorang untuk berputus asa. Atau mengorbankan diri.

Cukup membuatkan sesiapa yang melihat merinding. Ianya terlalu gelap dan hitam. Bukan lagi satu kisah pencintaan, namun obsesi. Bukan lagi cinta, tapi alat untuk menunjukkan kekuasaan.

Iris menenangkan bulu roma yang menegak tajam. Dia sungguh benar merinding. Tidak dia ketahui siapa antara mereka yang menciptakan idea persembahan yang sebegini. Sebuah persembahan gelap yang membuatkan Iris terfikir siapa antara kedua itu yang tersimpan rapi aura sebegitu. Siapa antara mereka yang memiliki imaginasi sedahsyat itu.

Orang itu adalah seseorang yang sangat berbahaya. Itu yang Iris yakin dan pasti.

Iris memandang sekeliling. Semua muka bagaikan sedang tegang. Melihat atas dewan yang penuh berdarah. Iris yakin semua sedang menyoalkan satu persoalan yang sama di fikiran.

Who. Is. The. Mastermind?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience