BAB 17

Drama Series 15379

“Aku dah lambat! Lambat!!!!!!”

Kelam kabut Iris berlari ke arah bilik tarian yang berada di bangunan B. Hari ini adalah hari Sabtu dan mungkin kerana ini adalah kali pertama latihan untuk kelab tarian…

Iris bangun lambat.

“Hampeh la Iris! Yang kau pergi kunci 8PM dah kenapa?! Memang tak la jam tu bunyi pukul 8 pagi! Ini nasib si Nada tu gerak. Kalau tak….” Tak henti-henti Iris membebel memarahi diri.

“!!!^%*&!&*&(!*()*(!!!!&*(.” Sambungan mencarut dalam bahasa hanya Alien yang mengetahui dan dapat menterjemahkan.

Tak lekang mulut Iris bukak tutup bukak tutup sepanjang perjalanan. Dah sampai berlagu carutan dia. Sila jangan ikut perangai. Dah la lambat! Mencarut pulak tu! Memang double sins! Harap maklum ianya bukan Sin Cos Tan ea! Sekian.

Termengah-mengah Iris berdiri di depan pintu kelab tarian. Tangan pantas Iris sandarkan pada pintu. Kalau tak, dia dah jadi buah busuk. Jatuh berdebum. Iris cuba menghirup udara sepantas dan sepanjang mungkin. Jantungnya tengah sangat memerlukannya.

“Lee Iris Irina……” Sudah muncul. Pengajar tarian khusus untuk kelab tarian Universiti Aura, Encik Hilman. Tersengih-sengih Iris memandangnya diselangi nafasan kuat. Iris membuat muka kepenatan bagaikan baru lepas bergaduh dengan Mak Cik Gayah. Cuba untuk mendapatkan belas kasihan.

“Letak tangan dekat telinga. Turun….. Naik…. Ha satu! Dua! Tiga!” Melepas…… Ingatkan menjadi. Malah menjadi-jadi pulak.

Cukup sepuluh pusingan, akhirnya….. “Dah masuk!”

Lega!

Bagaikan dugong kepenatan, Iris memasuki kelas.

======================================================================

Sakit hati pulak apabila melihat kedua kawan baik tersebut sedang ketawa mengertawakan dirinya. Tidak apa. Ada hari dia akan balas. Iris cuma menjeling dan terus duduk di bahagian pelajar perempuan. Antara hal yang membuatkan dia jatuh cinta. Walaupun ianya sebuah kelas tarian, tapi sehabis mungkin cuba dielakkan sesuatu yang boleh dielakkan.

“Hari ini merupakan kelas latihan pertama untuk kelab tarian. Jadi, untuk pelajaran pertama, kita akan belajar dua langkah tarian yang asas iaitu tarian asas bersolo dan tarian asas berpasangan yang saya gelarkan The Dance Of The Moon dan The Dance Of Romeo And Juliet. “

“Untuk yang pertama, The Dance Of The Moon. Kenapa ianya digelarkan sebagai tarian bulan? Boleh sesiapa terangkan?” Seisi kelas cuma diam dan hanya menantikan Encik Hilman untuk memberikan jawapan sendiri.

Encik Hilman ketawa nipis dan meneruskan ayat seterusnya. “Bulan. Sesuatu yang diciptakan tiada pasangan. Mungkin kalian akan berhujah mengenai bintang. Tetapi bintang adalah bintang dan mempunyai pasangan masing-masing dalam golongannya sendiri. Manusia diciptakan berpasangan. Ini bukan mengenai pernikahan tetapi kewujudan lelaki dan wanita yang hidup dalam bulatan dunia yang sama. Berpasangan. Aku dan kau. Tapi tidak bulan. Ianya cuma satu. Sendirian. Tapi sudah cukup hanya satu untuk menyinari kegelapan malam.”

“Kewujudannya bagaikan satu harapan dalam penghujung jalan kegelapan. Dengan hanya dirinya sahaja…. Cukup untuk memukau dan menafikan kewujudan ribuan bintang di sekelilingnya. Jadi itulah kenapa tarian solo digelarkan sebagai The Dance Of The Moon. Cukup satu untuk menyinari dan cukup satu untuk memiliki hati.”

Bergema tepukan seisi kelas. Cukup satu untuk menyinari… Cukup satu untuk memiliki hati. Ayat yang amat mendalam. Tanda cinta pada diri sendiri.

“Jadi baiklah. Saya akan tunjukkan langkah asas The Dance Of The Moon. Langkah yang pertama…….”

Setelah genap satu jam tiga puluh minit, akhirnya tamat latihan untuk tarian pertama. Langkah yang diajarkan cuma asas pun cukup untuk membuat Iris berpeluh. Nama sahaja langkah asas tapi sangat laju dan penuh drama.

“Untuk tarian yang kedua, The Dance Of Romeo And Juliet. Tarian berpasangan. Lelaki dan wanita. Penyatuan dan pernyataan cinta antara dua hati yang berdegup satu. Walaupun tanpa sentuhan secara langsung, namun entah kenapa. Kepedihan dan keindahan cinta itu sangat dirasai oleh hati yang tersimpan rapi. Dan itulah kuasa tarian The Dance Of Romeo And Juliet. No touching but so touchy.

Tidak menyentuh tapi juga menyentuh. Hanya langkah tarian yang tepat dan penjiwaan yang mendalam oleh kedua penari yang mampu untuk menciptakan aura sekuat ini.

“Baiklah. Untuk latihan pertama ini, pasangan akan ditentukan secara rawak. Sila cabut nombor di dalam kotak ini dan sesiapa yang mendapat nombor yang sama akan menjadi pasangan.”

Iris melihat kotak tersebut dihulurkan dari seorang ke seorang dan akhirnya hinggalah gilirannya. Iris menggocak kertas di dalam kotak dengan penuh doa agar mendapat pasangan yang mampu mengeluarkan aura tersebut bersama dirinya. Dengan bacaan basmalah, Iris menarik sehelai kertas lantas membuka melihat nombor yang tertulis di dalamnya.

Angka lima.

“Baiklah. Saya akan menyebut satu persatu nombor. Nombor yang disebut sila angkat tangan dan duduk secara berpasangan.” Encik Hilman memberikan arahan.

“Nombor satu.”

“Nombor dua.”

“Nombor tiga.”

“Nombor empat.”

Iris melihat keempat-empat pasangan tersebut bangun dan duduk bersama. Ada yang kelihatan mula berbual sesama sendiri. Mungkin sedang cuba untuk mencari atau boleh dikatakan berusaha untuk mencipta keserasian.

“Lima.”

Iris mengangkat tangan sambil mata memandang Encik Hilman yang berada di hadapan sebelum muncul satu suara yang tidak asing menyapa telinganya.

“Saya, Encik Hilman.” Pantas kedua matanya mencari pemilik suara tersebut dan seiring itu juga bibirnya tersenyum. Mula berasa tenang apabila memandangnya kerana Iris yakin dirinya akan mampu untuk mencipta aura keserasian itu. Iris pantas melajukan langkah kaki menuju ke barisan tengah. Lelaki itu juga.

“Kuat betul jodoh kita ea?” Kedua mereka terhibur dengan apa yang sedang berlaku sekarang ini. Benar-benar sangat terhibur.

“Itulah. Salam berpasangan, my Romeo.”

“Salam berpasangan, my Juliet.”

Iris dan Adam tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience