“Kau dah prepare untuk pertandingan novel tu nanti?” Ujar Nada walaupun mulut sedang penuh dengan makanan.
“Lagi sebulan kan pertandingan tu?” Iris mengangguk sambil enak menghirup air sirap bandung laici. Sangat menyegarkan dalam cuaca yang panas.
Pelbagai persiapan yang telah Iris lakukan. Segala buku-buku dari penulis yang diiktiraf dan terkenal telah dia hadam dan pelajari ilmu-ilmu di sebaliknya. Dari aspek gaya penulisan hinggalah kepada perkembangan plot. Untuk menarik minat seseorang pembaca, ayat-ayat ‘pembuka selera’ dan perkembangan plot yang halus harus diterapkan sedaya mungkin dengan mengikut kreativiti kendiri.
Mendengar dan mempelajarinya mungkin kelihatan mudah. Namun untuk mengaplikasikannya? Hanya kreativiti kendiri yang dapat menentukanya sebagai sebuah kejayaan ataupun sebuah kegagalan.
“Amira Sofea.”
Suapan Iris terhenti dan mata memandang tepat ke arah Nada.
“Kau….. Kenal kan dia?”
“Amira Sofea. Boleh ke kau kalahkan dia?” Nada menyambung apabila melihat Iris yang kosong tanpa sebarang reaksi.
Iris yang terkedu mendengarkan soalan tersebut memilih untuk mendiamkan diri. Sumpah. Dirinya tidak mempunyai jawapan untuk persoalan itu.
“Amira Sofea……..” Iris bergumam lemah sambil mata menikmati kebun bunga mawar yang berada tidak jauh dari tempat duduknya.
Dalam analoginya, kalau Iris berjaya dalam peringkat negeri, Amira Sofea sudah berada beberapa langkah di hadapan walaupun tidak pernah menyertai pertandingan negeri yang dianggap paling berprestij bagi pelajar tahun akhir persekolahan yang ingin melanjutkan pelajaran ke universiti terbaik dalam bidang penulisan.
Sepuluh terbaik dalam pertandingan The World Creative Story.
Pemenang Pertandingan Jari Menaip Eksklusif yang merupakan laman web penulisan online terbesar di Malaysia dan kedua di Asia.
Dan yang terakhir……
Amira Sofea juga mempunyai dua buah novel yang telah diterbitkan dan kedua-duanya berjaya menjadi best seller pada waktu penjualan. Ya! Keduanya.
Iris masih teringat pada waktu kelas pertama kuliah di hari pertama. Dirinya sedia maklum bahawa dia telah berjaya apabila memasuki universiti ini namun dia juga tidak mampu untuk menyembunyikan rasa terkejut apabila melihat insan itu melangkah masuk ke dalam dewan kuliah.
Dia benar-benar beranggapan Amira Sofea akan melanjutkan pelajaran di universiti luar negara. Kerana dengan prestasi akademiknya, Amira Sofea sememangnya sudah lebih dari layak untuk memohon.
Tapi lihatlah sekarang.
Sungguh dia tidak akan mampu untuk memenangi atas insan itu.
Lagi-lagi apabila pensyarah mengumumkan akan pertandingan tersebut. Terus dia memandang wanita hebat itu.
Masa itu juga Iris mulai yakin.
Yakin bahawa peluangnya untuk menang pertandingan tersebut adalah…..
Bawah kosong.
Ya. Anda tidak salah baca.
Ianya adalah…..
Naehe!
Haprak!
Negatif!
Terus Iris menggaru kepala laju tanda kerunsingan yang teramat. Lagi runsing apabila mendengar suara Nada yang sedang ketawa terbahak-bahak mengelakkan dirinya yang kemasaman.
===================================================================
“Aku nak kau kalahkan dia! By hook or by crook! Walau apa pun yang terjadi!” Menjerit wanita itu. Penuh asap yang keluar dari bibir. Wanita itu sangat menikmati kehirupan dan kewangian asap itu. Dua tiga orang di sampingnya juga melakukan yang sama. Ini adalah begitu syurga bagi mereka.
“Kau dengar tak?” Tajam wanita itu memandang insan yang berada di hadapan. Yang sedang enak menyuntik jarum dalam pembuluh darah. Membenarkan benda itu untuk menyalur ke dalam seluruh badan. Entah yang ke berapa kali.
“Dengar. Aku dengar.” Balas dalam bayangan penuh khayalan.
“Dia dah berjaya rampas sekali. Rampas kemenangan yang sepatutnya milik aku! Aku!!!” Berterbangan barang-barang di sekeliling. Wanita itu tidak peduli berapa mahal atau murah barang tersebut. Ada yang tercedera? Lagi dia tidak peduli.
Yang penting dia puas!
“Aku janji!”
Melihat wanita itu mengenggam kuat tangan, insan tersebut menghampiri perlahan. Darah yang mengalir laju di tangan wanita itu dia pandang.
“Aku janji aku akan buat dia bayar balik atas apa yang dia dah rampas dari kau. Aku. Akan. Buat. Dia. Hilang. Satu. Persatu.” Perlahan namun keras suara itu menyebut.
“Dan!” Pantas tangan tersebut beralih ke pipi wanita itu. Yang sedang bergetar dahsyat.
“Mati perlahan-lahan.”
“Mati perlahan-lahan.” Dua kali.
Jatuh. Dari mata ke pipi. Wanita dan insan itu. Keduanya cuma membiarkan air mata itu mengalir.
Menjadi saksi betapa pahitnya dendam kesumat ini akan menjadi selepas ini.
===================================================================
Jelas memori itu bergetayangan.
“Aku…. Akan kembalikan apa yang sepatutnya dikembalikan. Akan rampas segala yang dirampas dan apa yang akan kau punya. Dari sekecil-kecil batu hingga yang sebesar-besarnya. Satu demi satu, Iris. Satu. Demi. Satu.”
Iris yang disitu bersama sahabatnya dipandang dengan satu pandangan kosong namun berapi di sebaliknya.
Iris yang sedang enak bergelak ketawa. Bagaikan dunia miliknya. Bagaikan kebahagiaan itu selamanya.
Selamanya?
Amira Sofea ketawa lalu berlalu pergi.
Share this novel