BAB 44

Drama Series 15366

Tirai dibuka.

Lagu mula berbicara nadanya.

Romeo menghulurkan tangan.

Juliet menyambut dengan senyuman manis terukir.

Bersentuhan.

Dengan kain yang dipegang oleh kedua tangan masing-masing erat.


Romeo berpusing. Mengelilingi pujaan hati.

Juliet mengikuti. Mengikut putaran cinta hati.

Berpusing dan terus berpusing.

Sebelum berhenti sesaat melihat indahnya cahaya pantulan wajah di bola mata yang sedang memandang lunak.

Romeo menyentuh pundak hidung Juliet, halus dengan belaian lembut kain.

Juliet yang terpegun berlari jauh kerana malu.

Romeo yang melihat, mengejar Juliet.

Dan mereka berlari bersama serbuk kilauan yang berkilau.

Penuh di tangan dan hilang mengikut gerak tari.

Membentuk satu garisan bunga.

Yang diberi nama mawar.

Tepukan yang sangat dahsyat bergemuruh kedengaran jelas.

Namun Romeo dan Juliet masih dalam kemabukan tari.

Kedua berhenti.

Menarik nafas panjang.

Mengumpulkan oksigen yang makin kehilangan.

Sebelum Romeo mengeluarkan satu gulungan benang yang juga berkilau.

Juliet yang melihat menyambut huluran hujung benang.

Dan diputuskan.

Juliet dengan lembut meminta huluran tangan Romeo.

Diikatkan satu hujung benang di jari yang dikatakan menyambung tepat ke hati.

Romeo seperti Juliet, meminta huluran tangan dengan senyuman dan mata penuh cinta.

Satu lagi penghujung benang diikatkan ke jari manis Juliet.

Sebagai satu simbol cinta.

Bernama takdir benang merah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience