BAB 33

Drama Series 15366

Iris menapak laju pada insan yang hanya berada jauh beberapa meter darinya. Dari sat awal insan itu menjejakkan kaki di sini, dia sudah memerhatikan segalanya. Entah bagaimana insan itu langsung tidak menyedari kewujudannya yang hanya selang beberapa meja. Mungkin kerana asyik dengan dia. Sang wanita itu.

Sudah tiga jam. Cukuplah. Dia sudah penat. Penat dengan melihat realiti itu. Dan sekarang sudah tiba masa untuk dia berdepan.

“Hi sayang. Buat apa dekat sini?” Dengan senyuman manis, Iris menarik kerusi dan duduk di sebelah Afnan yang terkejutan.

“Hi.” Iris cuma memandang mata Afnan yang berlari-lari memandang sekeliling. Bagaikan sedang mencari sesuatu. Atau seseorang.

“Study?”

Afnan mengangguk tersenyum. Tapi matanya…… Tidak.

“Kan kita dah nak final exam.”

Iris mengangguk.

“Awak? Tiba-tiba je datang library. First time saya nampak awak kat sini. Tak pernah-pernah.” Ujar Afnan diselangi tawa. Iris juga cuma tersenyum.

“Bak kata awak. Final!” Iris mengenyitkan mata. Keluar tawa nipis sekali lagi dari bibir Afnan. Melihat itu, hatinya benar-benar rasa gembira. Namun sayang. Sakit hatinya lagi melampaui.

“Saya ingat awak sorang. Tapi beg tu…..” Iris memandang beg berwarna hijau emas yang berada di sebelah Afnan. Sangat menarik mata. Dan sangat dikenali olehnya.

“Oh beg tu……” Afnan tergagap. Matanya melilau seperti cuba mencari jawapan terbaik yang dapat diberikan untuk pendengaran wanita itu.

Afnan……..

Iris cuba menyembunyikan air mata yang mula bertakung.

Tahan, Iris. Tahan!

“Ni milik…...”

“Hi, Iris.”

Iris memandang dia yang elok menarik kerusi di sebelah Afnan tanpa segan silu. Tempat beg itu berada sebelumnya.

Ya. Amira Sofea pemilik beg itu.

“Hi, Amira.” Ramah Iris menegur dengan bibir yang tersenyum. Namun tidak matanya yang sedang tajam merenung Afnan.

“Study together?” Iris beralih mata memandang wanita itu.

“Like you see.” Tanpa rasa bersalah dengan senyuman manis di bibir. Nampak selesa kepalanya dilentokkan ke bahu Afnan. Iris cuma memandang perbuatan itu kosong tanpa sebarang riak.

Benar-benar kosong. Sama seperti perasaan hatinya.

“Herm…. Like I see.” Iris juga menghulurkan kembali jenis senyuman yang sama.

“But different course, though?” Sambung Iris dengan kembali memandang Afnan dengan pandangan yang langsung tidak dilepaskan.

“We are related, though.”

“By what?” Dengan pandangan yang masih setia melihat Afnan.

“Relationship?” Sinis Amira melayangkan senyuman dan pandangan kepada Iris. Menunjukkan kemenangan hakiki.

Iris mengangkat kening tanda meminta penjelasan. “Afnan?”

Cakap Afnan! Cuma dengan itu hati yang panas boleh terpadam.

“Err…. Saya…… Iris…. Saya……” Afnan tidak mampu bersuara. Matanya cukup menggambarkan perasaan bersalah yang menonjol.

Okay. I’m done.

Iris menarik keluar kerusi dan melangkah pergi. Membawa hati yang berapi.

=================================================================

“Iris! Tunggu!” Afnan cuba mengejar sebelum satu tangan memegang lengannya kuat.

“You going, we’ll over.”

“You going, my heart will never be yours, again.”

“Sofea…” Terserlah jelas wajah Afnan yang mulanya keliru namun akhirnya terhasut masuk ke dalam bola mata hazel itu.

“Duduk, sayang.” Lelaki itu akur dan Amira Sofea benar-benar tersenyum bahagia dalam pelukan lelaki itu.

Lelaki itu sudah memilih dia.

Afnan sudah memilih untuk memberikan hatinya sepenuhnya.

Afnan kini bukan lagi milik Lee Iris Irina.

Tapi Amira Sofea.

Ini bukan kemenangan dirinya.

Tapi wanita itu.

Jelas satu bayangan wajah yang sedang tersenyum penuh kemenangan padanya.

=================================================================

Hujan yang berderaian langsung tidak dihiraukan. Basah di seluruh badan membawa satu kedinginan yang sangat mencengkam. Namun langsung tidak mampu mendinginkan sesuatu yang sangat harap untuk diinginkan.

Iris berpeluk tubuh mengharung hujan. Berjalan tanpa arah tuju dengan kepala yang ditundukkan. Dia tahu bahaya dengan angin yang sedang kencang dan guruh yang mula berpasak-pasak menyabung. Tapi dirinya bagaikan tidak dapat mengerti semua itu. Kepalanya terlalu panas. Dan dia perlukan sesuatu untuk menyejukkannya. Walau akhirnya ianya mungkin akan menyebabkan kesakitan dalam diri. Dia tidak peduli semua itu. Tidak kira bahaya atau mati yang menanti asalkan hatinya mendingin dengan tenang.

Dia betul-betul menginginkan kedinginan.

“Iris?” Iris bagaikan mendengar seseorang seperti sedang menyebut namanya namun tidak dihiraukan. Dia terus berjalan. Mengharungi ketajaman dan kedinginan hujan.

“Iris!”

“Iris!”

“Iris!”

Terus dan terus berjalan. Hatinya inginkan kedinginan.

Kedinginan…… Kedinginan…… Kedinginan……

Kepalanya kosong. Tapi tarikan pelukan yang diberikan itu sungguh membuatkan dirinya teresak. Dia menangis dan terus menangis. Menangisi diri. Hatinya masih belum dingin. Namun sekarang…. Sekurang-kurangnya pelukan itu bagaikan hembusan-hembusan angin sejuk yang cuba menghambat jauh kepanasan itu pergi.

Iris mengeratkan pelukan. Matanya dipejam rapat. Dia langsung tiada niat untuk menghentikan tangisan yang makin mendahsyat. Dia ingin melepaskan. Melepaskan segalanya agar jiwa tidak menjadi gila. Dan sungguh. Ketenangan ini yang dia perlukan. Sekurang-kurangnya untuk sekarang. Pelukan yang makin kuat di bahunya langsung tidak dihiraukan. Siapakah dia langsung tidak ingin Iris ketahui. Biarlah sesiapa pun. Biarlah. Benarkan dia untuk menenangkan hati walau hatta cuma untuk seketika. Hati dia benar-benar berdarah. Bagaikan rasa ingin mati tapi Tuhan menghalang. Dan Iris amat mensyukuri untuk itu.

Iris tidak sedar bila dirinya mula hilang pertimbangan. Yang dia tahu, kakinya mulai melemah dan dia akhirnya hilang kawalan diri. Mata langsung tidak mampu untuk dibuka. Tangannya longlai yang membuatkan pelukan tersebut akhirnya terlerai dengan sendirinya. Sebelum dirinya sekali lagi terjatuh ke dalam pelukan yang sama. Pelukan yang benar menghangatkan untuknya.

“Iris! Bangun, Iris! Iris!!!” Iris dapat rasakan goncangan di bahu dan usapan di pipi yang berulang kali. Dia ingin menjawab namun kekuatan itu bukan miliknya sekarang. Dirinya begitu lemah. Iris cuba untuk membuka mata. Namun dek kerana hujan deras yang mengenai wajah tanpa henti, penglihatannya kabur. Insan yang sedang memeluknya itu bagaikan satu bayang-bayang nipis. Akhirnya Iris tewas dan suara itu sayup-sayup mulai menghilang.

“Rosey! Bangun!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience