BAB 10

Drama Series 15366

Tak sangka.

Tak sangka inilah pengakhirannya.

Zaman sekolah atau patut lebih digelar…..

Zaman cinta monyet.

Iris tersenyum.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi Iris sudah berjaya menamatkan ‘zaman cinta monyet’ dengan jayanya. Melihat pengawas peperiksaan mengutip kertas peperiksaan terakhir Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) untuk tahunnya bagaikan mengetuk dia dengan satu fakta.

‘Ah! Aku dah dewasa.’

‘Ah! Aku dah tua!’

Satu fakta yang amat begitu mengusik jiwa. Bukan hanya Iris. Tapi dia yakin kesemua yang sedang berada di dalam dewan bersama dengannya pada waktu ini. Ada wajah yang kelihatan gembira…. Ada yang wajah bagaikan suram menanti hujan. Perubahan ini sungguh tidak mudah dan ianya amat memberi kesan yang sangat mendalam kepada mereka. Iris yakin akan itu.

“Bangun!” Ketua pelajar memberikan arahan.

Masing-masing pelajar bangun dan menghadap ke arah kiblat.

Mengarah ke Kaabah. Kiblat kedua umat Islam.

Lutut-lutut hamparkan di atas tanah. Kedua tapak tangan pula sejuk menyentuh di hadapan. Dahi dan hidung dipasakkan kukuh mencium tanah yang menjadi saksi sujud.

Saksi tanda kesyukuran atas rahmat-Nya yang tidak pernah hilang walau sesaat.

“Alhamdulillah”. Seiring mereka mengucapkan kata khalimat suci tersebut.

“Alhamdulillah.” Seiring itu juga bergema tangisan para guru yang menjadi saksi sujud syukur para pelajar dari atas pentas.

Pergorbanan mereka selama lima tahun hanya Allah yang tahu. Perit dan jernihnya perjalanan itu biarlah menjadi rahsia antara mereka dan Sang Maha Pencipta.

“Guru.”

“Terima kasih atas kasih sayang dan pedangmu yang berkilau indah bertajam. Yang menerangi hati kami sebagai bekalan untuk generasi yang seterusnya. Penyambung legasi umat bernama manusia. Hingga bertiupnya tiupan sangkakala pertama.”

=================================================================

“Iris!” Hampir sahaja badannya terjatuh asbab pelukan Nada yang mencul secara drastik.

“Opocot Nada!!!” Nada cuma ketawa melihat reaksi Iris. Dia takkan pernah luak sama sekali walau Iris hamburkan segala jenis lahar api kepadanya. Nasib kawan baik. Kalau lah si Zuyin? Sah dah masuk alam kubur!

Melihat Iris yang sedang ralit memandang parut luka di tangan, Nada mula menyilangkan tangan dan tajam memandangnya. “Zuyin. Kau tahu kan dia akan dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun?”

“Tahu.” Sebagai mangsa, Iris merupakan insan pertama yang telah mendapat tahu mengenai hal ini daripada pihak polis dan pendakwa.

“Pandai tapi bodoh!” Nada mula menghamburkan kemarahan. “Masa depan dia pasti cerah kalau tak diikutkan hasad dengki dengan cemburu dia tu!”

Iris cuma mendengar tanpa mengeluarkan sebarang kata.

“Dia beruntung sebab kau selamat dan dia masih di bawah umur. Kalau tak… Tu! Seksyen 302 menanti!”

Iris memandang salah satu bunga ros merah yang sedang mekar menumbuh. Cuba menyejukkan hati dari mengingati trauma lampau. Rasa sakit dan takut itu tak mungkin dapat dia lupakan. Sama sekali tidak akan.

Iris menunduk. Mencium keharuman bunga tersebut.

Harum. Sangat harum. Sesuai dengan identitinya sebagai bunga cinta. Kesukaan hampir setiap wanita dunia.

Makin Iris menundukkan kepala. Mencium haruman itu sekali lagi. Tapi kali ini, bukan dengan mata tertutup seperti tadi.

‘Zuyin. Aku….. sangat puas. Dengan kehancuran kau. Masa depan yang sangat kau agung-agungkan selama ini….Sekarang sudah selamat dalam genggaman tangan aku. Kau….. Tak patut bermusuh dengan aku dari awal lagi. Itu kesilapan kau yang pertama.’ Betapa indahnya perasaan itu sampaikan Iris tidak menyedari senyuman yang mula terukir di bibir.

Dia begitu bahagia.

Sangat bahagia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience