Iris jangkakan ianya tidak akan terlalu jauh dari tapak perkhemahan. Tapi kenyataannya? Sudah hampir 30 minit mereka berjalan kaki memasuki ke arah selatan dari tapak perkhemahan. Fasi yang berada di hadapan dengan jelas menerangkan bahawa tempat tersebut masih merupakan sebahagian dari tapak perkhemahan. Namun bukan untuk aktiviti perkhemahan biasa. Tapi khusus untuk aktiviti berbentuk liar.
“Kamu semua akan berpasangan. Pilih nombor dalam kotak dan sila beratur di sebelah orang yang memiliki nombor yang sama.”
Setelah memilih, Iris dan Nada serentak membuka kertas yang berada di tangan.
“Ala Iris………” Jelas ketidakpuasan hati yang ditunjukkan Nada.
Iris cuma ketawa sambil memandang nombor lapan yang terpampang di atas kertas. Semua sudah berdiri di samping pasangan masing-masing. Kecuali dirinya, Nada, Suraya yang merupakan kawan kelas sebelah dan……..
“Wei Iris. Tunjuk nombor kau.” Zuyin.
Iris pandang Zuyin. Langsung tak lepas.
“Suraya. Berapa nombor kau?” Iris tidak menghiraukan Zuyin.
“12.”
Nada cuma senyum kasihan melihat Iris. Terpampang jelas maksud pandangan mata yang diberikan untuknya.
‘Sorry. Jodoh korang kuat sangat.’
‘Ngek!’ Jerit hati Iris.
Iris memandang Zuyin dari sisi mata. Menjeling dalam bahasa lainnya.
‘Eh minah ni?! Boleh tersenyum indah pulak dekat aku!’ Lagi kuat hati memprotes. Ikutkan hatinya, ingin sahaja berlakon acah kesakitan sekarang. Biar si Zuyin kering seorang di dalam hutan.
Iris pandang Nada. Nada pandang Iris. Memaksudkan pandangan yang sama.
‘Sah! Ada suis kepala otak yang terbakar.’
======================================================================
“Ha……..”
Iris cuma mampu mengeluarkan keluhan kecil sambil memandang Zuyin yang berada di sebelah. Yang masih tersenyum apabila mata mereka bertentang. Iris sangkakan suis dah habis terbakar. Tapi bersambung dengan suis sebelah pulak.
“Iris! Tunggu lah!” Zuyin cuba untuk menandingi langkah. Iris cuma memberikan jelingan tajam sambil mata juga mencari-cari reben yang berwarna hijau yang telah dilekatkan di pokok. Terngiang kembali arahan yang diberikan oleh para fasi sebelum merekai mula berpecah.
“Jumlah kumpulan adalah sebanyak 50 kumpulan. Seterusnya, akan dibahagi kepada separuh. Kumpulan kedua akan bergerak 30 minit selepas bergeraknya kumpulan pertama. Itu untuk kumpulan induk. Untuk kumpulan kecil, 25 kumpulan akan digerakkan mengikut warna yang diperoleh dan juga dalam jarak 5 minit bagi setiap satu kumpulan. Reben-reben warna telah dilekatkan pada pokok-pokok sebagai penanda arah. Jangan sesekali mengikut warna yang bukan warna anda! Dan jangan sesekali mengambil jalan yang tidak sepatutnya. Kesimpulannya, cari reben warna anda. Warna anda sahaja!”
“Iris! Tu! Warna biru! Reben warna biru!” Jerit Zuyin sambil jari telunjuk menunjukkan pokok yang dimaksudkan.
Terus Iris laju menarik tangan Zuyin ke arah pokok tersebut. Di sini dirinya cuma ada Zuyin. Dan Zuyin cuma ada dia. Semusuh-musuh mereka, belum lagi gila untuk meninggalkan satu sama lain di dalam hutan seorang diri. Sekurang-kurangnya bagi dirinya. Bagi Zuyin, hanya dia dan Allah sahaja yang tahu. Just being husnudzon. Better in this kind of situation, at least. Itu prinsipnya sekarang, sekurangnya.
Iris dan Zuyin terus melanjutkan perjalanan mengikut reben biru yang telah diletakkan di setiap pokok penanda. Dan akhirnya, ianya membawa mereka kepada sebuah rumah yang boleh dia katakan…..
Agak usang. Di tengah-tengah hutan. Kosong. Lagi menyeramkan.
Perasaan dia?
Usah ditanya. Sudah bagaikan gunung berapi.
“Iris.”
Zuyin memandang Iris dan rumah usang tersebut bersilih ganti.
“Kau ingat kan apa yang fasi kata sebelum kita semua bergerak tadi?” Iris tahu Zuyin cuba memujuk dirinya untuk lari dari sini.
“Aku ingat. Tapi rumah tu……..”
“Nak tak nak kita kena masuk dan selesaikan misi. Kalau kita tak selesaikan misi, kita tak akan ada petunjuk untuk balik ke tapak perkhemahan. Berbelit dan sesat kita nanti. Ini hutan! Kau kena ingat.” Sedaya upaya Iris cuba ingatkan dan kuatkan Zuyin. Hanya dengan memasuki ke dalam rumah itu mereka berdua akan dapat kembali dengan selamat. Tiada pilihan sama sekali.
Go or die. Pepatah yang sangat tepat sekali untuk menggambarkan situasi mereka sekarang.
Iris menarik lengan Zuyin dan mereka masuk membuka pintu perlahan-lahan.
Perlahan-lahan yang dimaksudkan dengan sangat perlahan.
“Assalamualaikum. Ada orang tak?”
Zuyin memberi salam. Iris pandang tidak percaya.
“Ha! Waalaikummussalam! Woi! Hang gila ka apa?!” Sergah Iris.
“Kau ingat kita tengah pergi beraya ke?’ Jegil matanya memandang Zuyin. Memang sah suis dalam kepala otaknya sudah terbakar. Terus Iris menarik tangan Zuyin masuk ke dalam rumah.
Serentak bauan menyengat menyinggah kedua hidung mereka. Pantas tangan menutupi hidung. Cuba menghalang otak dari mendefinisikan bau tersebut.
Bau rumah usang yang sangat dan agak tengik. Tapi terdapat juga sedikit bauan bunga.
Bunga?!
Iris memandang Zuyin. Dan Zuyin juga memandang Iris. Kedua mereka mengangguk tanda masing-masing sememangnya dapat menghidu.
Mungkin kerana di tengah hutan? Tapi satu bunga pun mereka berdua tidak nampak sedari perjalanan tadi. Adakah kerana gelap? Biar alam menceritakan.
Ya. Iris sedang berusaha untuk berhusnudzon sekali lagi. Entah untuk yang keberapa kalinya.
Iris dan Zuyin terus mencari-cari misi apakah yang harus dilakukan di dalam rumah ini. Mereka terus mengjelajah keseluruhan rumah sehinggalah…..
“Iris! Tengok tu.” Pantas mata Iris tertuju ke arah yang dimaksudkan oleh Zuyin. Dia menarik satu helaian kertas kecil yang dilekatkan di sebuah pintu peti sejuk lama. Sehelai kertas yang berwarna putih dan bertulisan merah menyala.
“Darah ke ni?” Zuyin bertanya.
Dan Iris dengan naifnya mencalitkan sedikit ke jari dan merasanya.
“Tak. Water colour.” Pantas Iris meludahkan kembali.
“Woi! Agak-agaklah Iris! Kau dah kenapa?!”
“Kau rasalah. Baru kau tahu kenapa.” Iris menghulurkan kertas.
“Oh….Hahahaha….Tak sanggup…..” Meleret jawapan. Baru dia tahu.
======================================================================
Arahan yang cukup mudah untuk difahami. Tapi Iris yakin bukan proses untuk melakukannya.
‘Cari kunci yang berwarna merah emas di dalam rumah ini. Kunci tersebut adalah untuk kotak berwarna putih emas yang terdapat di belakang kawasan rumah. Dalam tanah.’
“Kejap. Tanah? Dalam? Aku tak salah baca kan?” Iris pandang Zuyin yang kelihatan masih asyik membaca arahan di atas kertas tersebut. Dia kelihatan agak……
Teruja.
Okay Iris mengaku Zuyin benar-benar tengah menakutkan dia sekarang.
Iris melihat arahan seterusnya.
‘Ya. Dalam tanah. Anda tidak salah membaca.’
Eh! Eh!
Eh?
‘Jangan risau. Ada tanda di mana kotak tersebut ditanam. Hanya ada satu tanda yang berada di tanah belakang. Sebaik anda melihatnya, anda akan terus dapat mengetahuinya. Tidak kisah anda ingin mencari kotak atau kunci terlebih dahulu. Anda harus mendapatkan kedua-duanya untuk keluar dari sini. Tanpa keduanya, anda berdua akan terperangkap. Dapatkan kunci untuk keluar dari rumah ini dan juga kotak tersebut untuk peroleh petunjuk kembali ke tempat asal kalian.’
Krit!
Eh?!
Pantas keduanya berlari ke arah pintu. Kuat tangan Iris memulas tombol pintu. Langsung tidak terbuka. Iris tergamam.
“Pintu tak boleh bukak, Iris.” Zuyin memandang Iris penuh cuak. Iris yakin mukanya juga sedang menunjukkan riak yang sama sekarang.
“Kita dah terkunci dalam ni. Bukan! Kita dah kena kunci!”
Kami dikuncikan dengan sengaja. Iris yakin. Dia dan Zuyin patut pantas mencari kunci sekarang. Iris menarik bahu Zuyin menghadapnya.
“Aku tahu kau takut. Aku jugak. Tapi nak tak nak kita kena cari juga kunci tu sekarang. Kalau tak, kita akan terperangkap. Boleh?” Lembut Iris mengutarakan. Ketenangan adalah aspek paling penting dalam keadaan sekarang. Itu adalah kunci utama.
“Boleh.” Mereka berdua terus mencari kunci dengan laju. Dari satu bilik ke satu bilik. Dari tingkat atas dan akhirnya ke tingkat bawah. Tapi kunci tersebut tetap masih belum berjaya dijumpai.
“Iris….. Mana kunci ni?” Iris dan Zuyin kemengahan. Penat. Dengan tiada airnya langsung sama sekali.
Iris memusingkan kepala melihat sekeliling rumah. Dia cuba mengingati kembali tempat-tempat yang telah mereka jelajah sebelumnya. Takut terlepas pandang tempat yang menyebabkan mereka masih belum menjumpai kunci tersebut. Kepalanya terus dipusingkan dan akhirnya berhenti pada satu tempat.
“Zuyin. Tandas tu.”
Zuyin menghalakan pandangan ke arah tandas yang Iris tunjukkan.
“Satu-satunya tempat yang kita tak pergi lagi…. Situ kan?”
“Eh? Ada bilik dekat situ? Aku tak perasan langsung masa kita masuk mula-mula tadi.”
“Tandas. Jom.”
Iris dengan pantas berlari anak menuju ke arah tandas tersebut. Berada agak tersorok. Lebih-lebih lagi dalam keadaan gelap seperti sekarang. Memang wajar mereka baru menyedarinya.
Pantas Iris dan Zuyin melakukan pencarian di sebalik peralatan-peralatan yang ada. Dari singki, ruang sabun, lantai dan akhirnya.……
“Jumpa!” Tangan yang basah disebabkan oleh air di dalam tangki flush tidak Iris hiraukan sama sekali. Lebih tepat cuba untuk tidak menghiraukan. Terus dia menarik tangan Zuyin menuju ke pintu utama.
Krit!
Terbukak! Laju mereka berdua berlari ke tanah belakang. Cangkul yang berada di samping satu pohon Iris sambar kuat. Dia tidak sabar untuk lari dari sini!
“Iris.”
“Apa?”
“Tu.”
“Haish!” Kuat Iris mengeluh dan mencarut di situ.
Agak-agak la nak guna penanda pun! Melampau sangat ni kalau sampai tahap guna batu nisan!
Batu!!! Nisan!!!
Memang nahas siapa yang punya idea gila ni!
Share this novel