“Adam ajak kita pergi birthday event dia. Minggu depan.” Ujar Iris sambil mengelap rambut panjangnya yang kebasahan di atas katil. Semerbak bau shampoo Moon menyebulungi bilik. Yang cuma akan terjadi seminggu sekali.
“Siapa?” Nada yang sedang enak menghirup Maggi Kari dengan mata yang memandang tepat drama Korea di laptop, menjeling Iris sekilas. Sah dia tak dengar! Fokus sangat dekat oppa-oppa dia tu.
“Eh! Ada Wang Yi Bo lah!” Selain oppa-oppa, dia juga minat versi gege-gege.
“Mana-mana?!” Laju Nada bangun meninggalkan oppanya sendirian dan menjengukkan kepala ke tingkap, kiri dan kanan berulang kali. Dia dah lupa ke ni kawasan universiti? Celah mana datang Wang Yi Bo?! Iris benar-benar ketawa keras. Mendengar sahaja ketawa itu, Nada bagaikan tersedar dan terus ‘menumbuk’ Iris dengan bantal yang berada berdekatan. Bertubi-tubi makian yang terkeluar. Lagi keras Iris ketawa.
Beberapa saat berlalu. Pergaduhan tersebut telah terhenti. Sekarang sudah tiba waktu sesi memujuk. Dengan senyuman ketawa yang cuba disembunyikan sedaya mungkin, Iris memeluk lengan Nada. Dengan Nada yang memeluk kedua lengan, melihat arah yang bertentangan, dengan riak wajah yang sedaya dimasamkan dan dicomelkan, makin kuat keinginan tawa itu untuk tersembur dengan jayanya.
Terus Iris berpusing dan menundukkan kepala. Menarik satu nafas panjang di selang tawa yang tidak henti-henti berusaha untuk mewujudkan kewujudan. Sebelum dia berpusing kembali menghadap Nada yang sedang menjelingnya sedas. Penuh berapi. Bagaikan api dalam salju. Bayangkan sendiri.
“Wang Yi Bo memang tak dak dekat sini. Tapi tuh.” Iris memuncungkan mulut ke arah laptop Nada. “Ada dekat situ.”
Nada kembali memusingkan badan. Menghadap dinding.
“Jom marathon movie terbaru dia malam ni? Born To Fly. Sambil makan McD. On me.”
“Serius?” Ujar Nada sambil menghadap dinding. Ada tahi cicak ke kat situ?
“Serius……..” Berharakat.
“McD kau belanja?” Nada menjeling Iris sipi.
Iris mengangguk.
“Tadi kau kata birthday event siapa?” Terus Nada memusingkan badan menghadap Iris.
“Adam.”
“Adam? Serius? Kau betul-betul serius?” Nada membeliakkan mata.
Iris mengangguk dalam kebingungan. “Kau kenapa?”
“Adam.”
“Dan Afnan.” Nada menundukkan kepala seperti serba salah untuk menyambung ayat yang seterusnya.
“Okay. Aku faham maksud kau. Nada, walau apa pun yang terjadi, Afnan tu tetap sahabat baik Adam sejak kecik. So, wajarlah nanti dia akan datang sebagai seorang kawan atau sahabat. It’s normal, babe.” Iris ketawa nipis. Nada ni….. Ingatkan apalah tadi.
Iris bangun dari katil. Cawan di meja digapai dan air di dalamnya dihirup dengan tenang. Bersama dengan suara ketawa yang masih lagi sedikit tersisa.
“Ya, betul. Dia akan datang." Nada pegang pipi Iris kuat.
"Tapi bukan sebagai seorang sahabat. Tapi abang.”
Share this novel