BAB 30

Drama Series 15366

“Tak guna! Tak guna! Tak guna!!!”

“Aku suruh kau kalahkan dia kan? Kan?!”

“Tapi apa yang kau buat?”

“Apa yang kau buat, setan??!!!!”

Prang! Prang! Prang!

Balingan-balingan wanita itu Amira Sofea cuba elak sedaya mungkin. Bantal dan buku sudah penuh melayang dan juga di atas lantai.

“Apa kau buat hah, Sofea?! Apa?!!!” Serentak itu juga balingannya melayang lepas tepat di sebelah pipi.

Dan Amira Sofea cuma tetap berdiri kukuh di situ. Pandangan Amira Sofea langsung tidak lepas dari menatap wanita itu. Cecair panas yang mula mengalir deras di tepi kepala dia hiraukan. Tidak dipedulikan sama sekali. Amira Sofea tahu apa itu. Cukup warna di atas lantai itu membuktikan kewujudannya.

Tapi cukup setakat itu. Cukup apabila tangan wanita itu mula menggapai bekas yang dia tahu apa isi di dalamnya. Terus Amira Sofea berlari dan menarik tangannya. Sebelum cecair yang sama itu mula merebak dan menjadi lautan di lantai.

Dan dia benar-benar tidak ingin itu terjadi. Sekurangnya tidak dengan darah wanita itu.

“Cukup!”

Tangkas tangannya mencengkam pipi wanita itu. Amira Sofea mencari matanya. Cuba untuk mendapatkan fokus insan yang penuh dengan amarah itu dan dengan perlahan-lahan membuang pisau di tangannya.

“Dengar sini.” Amira Sofea menarik dia ke dalam pelukan dan berbisik halus.

“Aku akan pastikan aku akan rampas segala kebahagiaan dia. Kalau bukan trofi tu, roh dan nyawa dia yang akan aku rampas! Aku akan rampas sesiapa pun yang pegang hati dia. Sampaikan waktu dia merasakan kematian itu adalah lebih manis dari hidup!”

“Sakit, Sofea….…….. Sakit….……..”

Nyaring tangisannya di bahu.

‘Sekali lagi, Iris! Sekali lagi kau jatuhkan air mata dia. Kau patut tunggu. Sebab aku akan pergi. Menghadap kau. Membuka pintu neraka.’ Jerit hati. Salah atau benar? Jenayah? Sumpah! Dia sudah tidak peduli.

Amira Sofea mengeratkan pelukan dan melihat tangan. Percikan demi percikan air yang sangat panas. Dirinya langsung tidak sedar bila kedua mata mengeluarkan airnya.

Tapi satu yang dia yakin.

Ia akan menjadi saksi.

Saksi kepada satu kehancuran.

Sama ada itu dia…..

Atau dia, Lee Iris Irina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience