BAB 8

Drama Series 15366

“Uhuk! Uhuk! Uhuk!”

Iris tidak berapa pasti berapa banyak air yang keluar dari mulutnya. Tapi yang pasti badannya begitu berasa ringan selepas habis membuangnya.

“Aku dekat mana ni?” Pasir yang entah sejak bila berada di gengaman Iris pandang. Hutan di sekeliling Iris pandang. Lautan yang menjadi saksi juga.

“Auch!” Pantas dia memegang kepala yang mula mencucuk kuat. Perit! Tanpa membuang masa, Iris baringkan kembali badannya yang mulai menunjuk reaksi lemah.

Kepala dia palingkan ke kiri.

“Herm?”

Tangan kiri cuba Iris gerakkan perlahan. Cuba untuk menggapai benda tersebut. Mata dia pandang sekeliling. Cuba mencari sumber asal benda yang berada di tangannya.

“Wangi.” Rose merah yang berada di tangan dia dekatkan ke hidung. Menikmati keindahan baunya. Bunga yang masih segar dan cantik bermekar. Dia kehairanan kerana tiada sumbernya langsung berdekatan dengannya. Kedudukan bunga tersebut sewaktu dirinya jumpa juga bagaikan baru sahaja diletakkan oleh seseorang secara sengaja.

Bagai memang menginginkan dia untuk memilikinya.

“Argh!!”

Badan yang kengiluan cuba Iris bangunkan sekali lagi. Sakit di kepala cuba dia endahkan sedaya mungkin. Dia harus balik kembali ke tapak perkhemahan.

Harus!

======================================================================

“Iris! Iris! Iris! Iris!”

“Cikgu!! Mana Iris?” Nada mula menghamburkan tangis kerisauan.

Semua para pelajar serta para fasi dan guru mula menggerakkan misi mencari. Cahaya dari lampu suluh mula menerangi seisi hutan.

“Tenang, Nada. Tenang. Kita akan berusaha cari Iris secepat dan sepantas mungkin.” Cikgu Irina memeluk Nada lembut. Cuba menenangkan hati masing-masing.

“Hei Zuyin! Mana Iris, hah?! Mana?!!!!” Jerit Nada. Tangan cuba menarik Zuyin yang sedang berselindung di sebalik belakang salah seorang sahabatnya.

“Aku…..Aku…..”

“Cakap!” Nada suara Nada mula naik satu oktaf.

“Aku tak tahu….. Masa kami berdua tengah cari kunci dekat dalam rumah, tiba-tiba dia lari. Dia…… Dia tinggalkan aku! Seorang! Dalam hutan! Seorang diri! Kau faham tak?!” Zuyin menghamburkan amarah. Matanya menghamburkan api.

“Kau tahu tak apa perasaan aku? Dengan tanpa petunjuk! Dengan tanpa petunjuk, Nada……..” Air mata mula mencurah.

“Aku bernasib baik sebab bertembung dengan kumpulan yang lain. Kalau tak? Aku boleh mati kau tahu tak?!” Zuyin menjerit sekuatnya.

Nada hanya melihat. Cuba mencari kebenaran dan menghadam kata-kata apa yang baru diucapkan oleh Zuyin. Dia tidak percaya. Langsung tidak.

“Kau………” Nada cuba membangkang. Namun terhenti dengan bunyi tepukan yang kuat.

“Wow. Wow. Wow. Wow.”

“Pandai kau erk?”

Semua mata membulat.

“Berlakon.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience