“Wah…. Cantiknya tempat ni Iris!” Iris cuma ketawa memandang Nada yang teruja berpusing-pusing melihat sekeliling. Ya. Dia juga tidak menafikan dia juga sama. Siapa saja yang tidak terkesima memandang keindahan universiti terbaik ini.
Universiti Aura. Universiti peringkat pertama di negara ini. Juga di Asia Tenggara.
“Dari sekolah asyik muka kau je.” Iris ketawa. Sungguh kepasrahan yang sangat pasrah.
“Dekat universiti pun sama?!” Nada membalas dengan penuh menyampah dan bosan.
Akhirnya mereka cuma mampu untuk ketawa. Redha.
“Tahniah, ma rival.” Iris menghulurkan tangan kanan.
“Tahniah, ma enemy.” Nada menyambut.
“Kita…….” Tangan bersatu.
“Berjaya!!!!” Serentak melepaskan jeritan. Betapa bahagianya mereka pada saat ini. Darah dan air mata yang mengalir sepanjang perjalanan menuju destinasi ini..…..
Hanya Allah yang tahu.
Dan inilah dia.
Iris dan Nada masing-masing berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Aura setelah keduanya berjaya mendapatkan sijil matrikulasi beberapa bulan lepas. Kini terbentang luas sebuah universiti idaman mereka berdua. Iris yang memilih untuk berada di bidang penulisan dan Nada di bidang kimia. Dan ini adalah perhentian ketiga mereka. Sebelum tiba di destinasi akhir.
Ini adalah perjuangan yang seterusnya.
Yang dia yakin berada di tahap yang berbeza.
=================================================================
“Penulisan adalah lukisan dari hati.”
Itulah ayat pertama pada kelas pertama dari pensyarah pertamanya di universiti ini.
“Lukisan dari hati. Kadang-kadang tanpa sedar, penulis menulis apa yang terpendam di dalam sudut hati. Mungkin tidak secara keseluruhan, tapi ianya ada. Lihat kembali penulisan kalian. Akan ada sekurang-kurangnya satu yang datang dari kata hati. Mungkin ianya adalah hasil pengalaman hidup atau keinginan untuk masa hadapan. Mungkin juga gabungan keduanya. Jadi, itulah definisi penulisan adalah lukisan dari hati.” Tenang pensyarah yang berada di hadapan mengucapkan kata itu sambil memberikan senyuman yang manis. Iris yakin pengalaman-pengalaman beliau yang menciptakan kata-kata ini.
“Tapi Prof. macam mana dengan penulisan seram dan thriller atau yang berbentuk psiko? Adakah penulis tersebut mempunyai keinginan untuk menjadi seorang penjenayah atau yang sewaktu dengannya?”
Hening seisi dewan. Iris agak terkejut dengan persoalan yang diutarakan oleh pelajar tersebut. Soalan yang agak panas. Namun dalam masa yang sama, dia juga agak menanti-nantikan jawapan dari insan yang seperti kagum dan terhibur dengan soalan tersebut.
“Herm…….” Matanya meliar memandang isi dewan.
“Hasil dari pengalaman hidup juga mungkin. Tiada siapa yang dapat menafikan adanya kewujudan seseorang penjenayah. Tiada siapa dapat menidakkan tidak hanya fizikal seseorang manusia yang mampu menyatakan kesakitan. Anda juga tidak menafikan tontonan sesuatu di televisyen juga boleh menjadi sebuah inspirasi, bukan? Pengalaman hidup merupakan takhta tertinggi dalam membentuk jiwa dan personaliti manusia. Hanya iman dan akal menjadi tapisan andai manusia membenarkannya.”
Masih lagi dengan senyuman yang sama beliau mengutarakan teori yang kedua. “Hasil dari keinginan untuk berada dalam suatu situasi juga mungkin. Mungkin penulis tersebut ingin merasakan idea perasaan ketika berada dalam situasi tersebut. Cuma dengan berakalnya otak serta sifat manusiawi dan juga lindungan dari undang-undang, hal tersebut disemat jauh-jauh dalam diri. Tiga hal tersebut adalah benteng dari seorang manusia menjadi seekor iblis. Adakah penjelasan saya cukup untuk menjawab soalan saudara tadi?”
Gamat seisi dewan dengan tepukan gemuruh. Insan yang bertanyakan soalan tersebut juga kelihatan sangat berpuas hati dengan jawapan yang diperoleh. Juga dengan Iris yang mendengarnya. Semakin dia jatuh cinta dengan penulisan……
Yang merupakan sebuah lukisan dari hati.
=================================================================
Semester pertama. Semester untuk para pelajar tahun pertama untuk mencari kelab-kelab atau persatuan-persatuan sebagai markah tambahan untuk memupuk skil komunikasi dan jaringan. Jangan ditanya apakah jaringan tersebut. Semuanya arif mengenainya sedar atau tidak.
“Nada. Kau nak masuk kelab apa?” Khemah-khemah yang dipenuhi para senior yang cuba untuk merekrut pelajar baharu untuk memasuki persatuan atau kelab masing-masing Iris pandang dengan penuh minat.
“Cheer Squad?” Iris melihat kelab yang dipandang Nada dengan penuh teruja. Iris sudah lama tahu yang Nada amat meminati pasukan sorak sejak dari zaman persekolahan lagi.
“Nada? I think it’s calling for you.” Ujar Iris sambil memandang mata teruja Nada. Iris yakin Nada tidak akan mungkin melepaskan peluang ini. Tidak akan sama sekali. Lebih-lebih lagi bila……
“Hai adik. Welcome to Cheer Squad! Herm……” Berpusing senior tersebut mengelilingi Nada.
“Nah!” Tersentak Nada melihat kertas yang tiba-tiba berada di tangan.
“Sebelum dua petang esok. Permohonan selepas pukul dua tidak akan dilayan sama sekali. See yah!” Sempat senior lelaki tersebut melayangkan flying kiss sebelum melangkah pergi yang Iris yakin kalau mampu digapai secara fizikal, sudah lama memasuki bersama sampah oleh dia.
“I like.” Mata Nada benar-benar memaparkan keterujaan.
“Excuse me, Nada?” Iris bagaikan separuh tidak percaya.
“Aku dah jumpa kelab apa yang aku nak masuk.”
Ha sudah! Terus Iris menepuk dahi.
=================================================================
Jadi begitulah ceritanya. Nada memilih untuk menyertai kelab sorak manakala Iris sendiri membuat pilihan untuk memasuki kelab tarian. Hampir sama tapi bukan. Dan hari ini adalah hari pertama.
“Selamat datang ke kelab tarian. Kelab terpopuler di universiti terbaik Asia Tenggara!” Ujar ketua kelab, Chia diselangi dengan tepukan gemuruh. Ha! Mulalah tu kembang hidung. Iris…. Iris.
Habis sahaja ucapan ringkas dan pengenalan diri dari para senior, kini tiba pula masa untuk para junior memperkenalkan diri. Satu persatu mula memperkenalkan diri masing-masing dan mereka yang berjumlah seramai lima puluh orang menyukarkan Iris untuk mengingati nama masing-masing.
Sehinggalah lelaki itu bangun.
“Hi! Perkenalkan nama saya Muhammad Nur Adam Afnan dari jurusan seni bina (Arkitek). Salam perkenalan.” Tenang si dia memperkenalkan diri. Tapi tidak Iris yang mendengar dan melihatnya.
Gemuruh tepukan yang diberikan untuknya. Bakal pelajar popular. Iris boleh nampak dengan jelas.
“Ha! Yang dekat hujung kiri tu! Yang bertudung biru. Sila perkenalkan diri awak.” Terus Iris memandang helaian fabrik yang melindungi kepala. Oh dia rupanya.
“Hi! Salam perkenalan. Nama saya Lee Iris Irina. Saya dari jurusan seni penulisan. Selamat perkenalan sekali lagi.” Iris memandangnya secara rawak dan mata mereka bertentang. Lelaki itu menunjukkan reaksi terkejut yang teramat. Sama seperti waktu Iris sendiri tadi apabila melihatnya bangun. Akhirnya mereka berdua cuma mampu tersenyum lucu. Lucu dengan fakta bahawa betapa kecilnya dunia.
=================================================================
“Iris!” Iris menbalikkan badan ke belakang. Mencari insan yang memanggil.
“Afnan.” Tersenyum melihat dia yang menghampiri sambil berlari anak.
“Awak…..” Termengah-mengah berhenti di hadapan. Sampaikan tidak mampu untuk berbicara. Iris ketawa terhibur.
“Afnan. Do you need some water?” Ujarnya diselangi tawa.
“No. No. I’m okay. Really.” Lelaki itu juga.
“Tak sangka kan? Kita jumpa lagi. Satu universiti pulak tu.”
“Itulah. Saya pun tak sangka dapat berjumpa dengan awak sekali lagi, Iris. Awak tahu tak betapa terkejutnya saya bila nampak awak tadi masa perkenalkan diri.”
“Saya pun. Terkejut gila masa dengar nama awak. Kecilkan dunia?” Terhambur ketawa mereka berdua.
“Itulah. Dalam banyak-banyak U dekat Malaysia ni, tak sangka kita dapat jumpa dekat sini. Sebagai pelajar tempat yang sama pulak tu!” Makin galak mereka ketawa.
“Afnan. We need to go.”
“Oh ya! Kita ada kelas kan? Sorry Iris. I need to go now. Catch up later?”
“Yah, sure! Why not.” Akhirnya Iris dan Afnan bertukar nombor telefon. Senang untuk berhubung sekiranya ada urusan lagi selepas ini.
“Oh ya! Perkenalkan. Sahabat saya dari zaman saya kecil lagi. Dia pun sama kelab dengan kita. Nama dia……” Afnan menunjukkan insan yang berada di sebelah.
“Adam.”
Share this novel