“Mengumumkan ketibaan mempelai pengantin lelaki dan wanita ke dalam dewan.”
Berterbangan bunga-bunga menari-nari di ruang udara. Bau haruman bunga menyelubungi seluruh penjuru dewan. Dengan diselangi iringan muzik yang sangatlah romantik, Iris benar-benar jatuh cinta. Jatuh cinta akan suasana. Bergema tepukan demi tepukan. Tanda restu menggebu untuk pengantin yang sedang berjalan indah dan elegan bak raja dan permaisuri menuju sang takhta.
“Should we do like this too later?”
“Apa?” Iringan muzik yang kuat diselangi dengan bunyi tepukan membuatkan Iris tidak dapat mendengar ayat yang disebut oleh Afnan.
Melihat gelengen Afnan dengan senyuman yang terukir di bibir, Iris berfikir mungkin ianya bukanlah sesuatu yang penting. Kerananya Iris hanya membalas senyuman itu dan terus menghalakan pandangan ke arah pengantin yang sedang berjalan menuju keindahan syurga pelamin.
“Cantik kan, Afnan?” Ujar Iris tanpa mengalihkan pandangan. Masih merenung pelamin yang berada di hadapan dan juga terbangan bunga di udara.
“Cantik.” Tanpa Iris mengetahui pandangan mata itu sedang tertuju kepada dirinya.
===================================================================
“Awak tunggu kejap ye. Saya nak pergi tandas.” Iris mengangguk.
“Nah Irina. Sotong goreng tepung. Iris suka kan?” Ujar Ibu sambil meletakkan beberapa kepingan sotong di pinggan bersama dengan senyuman yang langsung tidak lekang dari bibir.
“Suka. Terima kasih, ibu.” Iris membalas senyuman. Ibu mengelus kepala sebelum tunduk mula menjamah makanan.
Iris mencucuk sotong tersebut dan mengunyahnya perlahan.
Sedap! Iris yakin kedua matanya sedang membulat penuh keterujaan. Sotong yang diselaputi tepung berempah, empuk dan pedas. Memang agak menagihkan dan mengiurkan. Melihatnya Ibu ketawa dan menambahkan beberapa kepingan lagi di pinggan Iris. Makin lebarlah senyuman di bibirnya.
Sambil enak mengunyah, dia meliarkan mata ke sekeliling. Memerhati. Ada tetamu sedang enak berborak dan juga ada yang sedang menjamah makanan.
Dan mata itu terhenti pada dua insan yang sedang bicara penuh mesra di hujung dewan. Begitu sangat mesra. Lelaki itu bagaikan tiada langsung niat untuk menepis sentuhan sang wanita kepadanya. Malah kelihatan menikmati.
Tidak pernah Iris melihat lelaki itu melepaskan tawa seindah dan sebebas itu. Terus Iris menghalakan pandangan melihat insan di sisinya. Insan yang berjaya membuatkan Afnan mampu seketawa itu.
Mata mula tajam melihat.
Melihat insan yang berjaya itu.
Yang mula membakar hatinya.
Insan yang langsung tidak diduga sama sekali mempunyai sebarang ikatan hubungan dengan sang lelaki yang mula bertakhta di hati.
Insan yang begitu terang-terangan dengan jelas merenung sinis dirinya dari situ. Mengetawai Iris yang cuma mampu melihat dari jauh.
Insan yang benar-benar tidak jemu menyakitkan hatinya.
“Amira Sofea.” Iris mengetapkan bibir.
===================================================================
Iris sekadar meneruskan suapan dengan reaksi normal walaupun hati sedang bergelora dahsyat yang teramat. Kerusi di sebelah ditarik dan Iris hanya melirik sambil meneruskan suapannya.
“Sorry for the late.”
Iris cuma tersenyum dan meletakkan beberapa kepingan sotong goreng tepung di pinggan Afnan.
“Awww… Thanks, love.” Afnan menyebut dengan penuh bersahaja.
Iris menjeling ibu di sebelah. Ibu yang hanya bereaksi biasa namun Iris yakin cuma ‘direka’ semata. Sungguh ketara senyuman nipis di hujung bibir Ibu.
“Love?” Iris berbisik dengan nada tidak percaya.
“Herm.” Afnan mengangguk.
“Or should I called you……..”
“What?” Iris membeliakkan mata tanda menyampah.
“My future wife?”
“Uhuk! Uhuk!” Hampir tersembur nasi dalam mulut Iris.
Ibu yang setia mendengar dalam diam sedari tadi sudah tidak mampu untuk mengawal riak wajah dan mula melampiaskan ketawa.
“Ibu tak boleh bayang nanti bila korang dah kahwin. Riuh satu rumah! I can’t wait, Afnan.” Ibu mengenyitkan mata. Iris? Semestinya dengan mulut yang ternganga.
Dia dan Afnan hanya ketawa sebagai balasan. Yang membezakan dirinya dan Afnan adalah satunya merupakan ketawa bahagia dan satu lagi ketawa janggal. Iris menyiku pinggang Afnan dan apa yang dia dapat? Hanya satu kenyitan mata. Lagi kuat Iris kembali menyiku pinggang.
“Auch!”
“Afnan! Kenapa? Okay ke?” Iris menanyakan sambil membuat riak risau. Tiada sebarang serba salah di situ.
“Afnan okay, ibu. Cuma tiba-tiba pinggang ni rasa pedih. Macam kena siku dengan harimau.” Ujar Afnan sambil memandang Iris. Iris hanya menunjukkan riak wajah keliru sambil membuat comel dengan membulatkan kedua mata.
‘Dare say my name, Afnan. Aku ada satu lagi siku. Saja beritahu awal.’ Mesej yang dilontarkan dari mata yang merenung Afnan tajam.
“Macam-macam la.” Ibu menyambung suapan yang tergendala dek aksi kebudak-budakkan mereka berdua. Begitu juga Iris dan Afnan.
Di sebalik suapan, mata Iris masih tidak bosan melihat dia yang sedang memerhati dan merenung dirinya dari arah sana.
===================================================================
“Terima kasih banyak-banyak ibu sebab jemput Iris.” Iris menyalam dengan lembut.
“Terima kasih jugak sebab sudi datang, anak ibu.” Ibu menyium kedua pipi dan memeluk tubuh Iris erat.
“Iris tahu tak? Ramai tadi yang puji Iris.”
“Maksud ibu?” Iris tidak mengerti.
“A beautiful and educated woman. Afnan beruntung. Itu yang diaorang kata berulang kali kepada ibu.”
Iris tersenyum dan menundukkan kepala.
Melihatnya, Ibu menarik sekali lagi tubuh itu ke dalam pelukan. “Ibu benar-benar berharap Irislah yang akan menjadi menantu ibu nanti. Ibu tidak sabar hendak hadiahkan sebuah pelamin penuh dengan sutera dan bunga-bunga untuk Iris dan Afnan. I will keep the best for only the best. Itu janji ibu kepada Iris. Dan juga untuk anak kesayangan ibu.”
Lihat sahaja majlis perkahwinan hari ini. Begitu mewah dan sangat memukau. Kalau benar manusia boleh merasakan adanya syurga di dunia, Iris rasa inilah dia.
Majlis perkahwinan yang dirancang dan dikelolai sepenuhnya oleh ibu. Dari mula hingga akhir. Inilah kuasa seorang wedding planner yang benar-benar kelihatan jelas begitu banyak pengalamannya.
“Iris tunggu. Dan Iris juga pegang janji ibu.” Iris membalas pelukan dan malah makin mengeratkan.
===================================================================
“Siapa Amira Sofea?”
Masuk sahaja ke dalam kereta, Iris terus menanyakan soalan yang berlegar-legar bingit di dalam kepala sedari dalam dewan.
Afnan yang mendengarnya memilih untuk membisu dan hanya memfokuskan pandangan pada pemanduan.
Untuk Iris menyerah?
Tidak. Ini Iris.
“Peluang kedua dan terakhir, Afnan. I’m asking you for the last time. Siapa Amira Sofea?”
Srekkkkkkk!
Terkejut dirinya dengan tindakan Afnan yang tiba-tiba menghentikan kenderaan yang sedang bergerak laju di jalan raya di tepi penghujung jalan.
Afnan menundukkan kepala dan mengambil satu nafas panjang sebelum memusing seluruh tubuhnya menghadap ke arah Iris.
“Macam mana awak boleh kenal Amira Sofea?” Afnan bertanyakan dengan nada suara perlahan yang cukup keras. Cukup untuk membuat Iris merinding dan gerun.
“Kelas.” Cukup dan padat. Cuba untuk menghalau rasa tidak enak yang mula timbul di hati.
“Macam mana awak boleh kenal Amira Sofea?” Kali ini, Iris pula yang bertanyakan kembali.
Afnan memandang tepat mata itu tanpa sebarang kerlipan. Bagaikan cuba memberitahu bahawa jawapan yang akan diberikan mungkin akan sangat melukai hati wanita itu.
“Bekas tunang.” Padat dan tepat. Tepat pada sasaran. Menoreh hati yang mula berdarah.
Tekaan Afnan tepat. Hati Iris benar-benar sedang terluka.
Share this novel