“So…. How?” Iris pandang Adam dan Adam pandang Iris kembali. Keduanya janggal dengan keadaan yang sekarang.
Sekarang, mereka berdua di tengah lapangan dewan. Yang akan menjadi tempat ujian untuk pemilihan wakil tarian duet yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.
Mereka berdua tidak keseorangan. Ada beberapa pasangan juga di situ, bersama mereka. Masing-masing sedang serius berbincang mengenai langkah tarian terbaik yang akan ditarikan. Ada yang suasananya tenang dan ada juga yang menunggu masa untuk menarik rambut masing-masing.
Iris dan Adam? Di tengah-tengah. Tidak tenang namun juga tidak dalam fasa bagai anjing dengan kucing. Jadi, dalam erti kata lain, kejanggalan yang melampau. Mereka sedari tadi langsung tidak berbicara. Cuma menjeling sama sendiri.
“Adam?”
“Yap. Jadi……”
“Jadi?”
Krik. Krik. Krik. Krik. Krik. Krik.
Dan dek kerana sudah tidak mampu untuk melawan kejanggalan, akhirnya keduanya ketawa. Masing-masing terhibur dengan situasi yang sedang terjadi.
“Hahhhh…….” Keduanya mengambil dan melepaskan nafas panjang.
“Forget and start new, okay?”
“Okey.”
“Hi, I’m Adam. Adam Affan.”
“Assalamualaikum, Adam Affan. Saya Lee Iris Irina.”
“Waalaikummussalam……”
“….Irina.”
Dan akhirnya. Dua bibir menggariskan satu garisan yang sangat indah.
Menandakan tibanya waktu untuk babak baru bermula.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Jadi, kita nak buat tarian apa?”
“Herm… Tarian joget itik?”
Sepantas itu juga Iris mencepuk bahu Adam. Geram dan puas hati bersatu.
“Alang-alang tu apa kata kita terus buat tarian singa? Awak depan, saya belakang. Boleh, Encik Adam?” Sinis dan berapi Iris menjawab.
Adam ketawa terhibur. “Okay, okay. Sebelum kita pilih step tarian, apa kata kita tetapkan dulu do’s and don’ts?”
“Do’s and don’ts?”
Adam mengangguk. “Supaya kita dua selesa dengan satu sama lain. Ingat kan chemistry pasangan sebagai faktor utama pemilihan nanti? Keselesaan dulu. Baru chemistry itu akan terwujud kemudiannya secara semula jadi.”
Iris mengangguk tanda setuju. Pasangan yang terbaik adalah pasangan yang berasa nyaman apabila berada dekat dengan satu sama lain.
Adakah dirinya berasa nyaman apabila dekat dengan Adam? Mungkin.
Adakah Adam berasa nyaman apabila dekat dengan dirinya? Entahlah.
Tapi yang Iris pasti, kedua mereka sedang cuba melakukan yang terbaik. Mereka berdua akan mencari apa sahaja yang diperlukan untuk mencari rasa itu. Asal masih dalam batasan.
“The do’s?”
“Jujur.” Iris mulakan dan memandang Adam untuk menyambung yang seterusnya.
“Touching but not really touching.” Keduanya faham akan maksud tersebut. Prinsip yang sama diterapkan sejak awal sesi lagi oleh pelatih mereka sendiri. Iris dan Adam juga berfikiran yang sama. Walau apa pun yang terjadi, usahakan yang terbaik mengikut dasar agama.
“Kerjasama.”
“Komunikasi yang terbaik.”
“The don’ts?”
“Khianat sesama sendiri.” Kali ini Adam mulakan.
“Tikam belakang.”
“Bohong.”
“Bersentuhan secara langsung.” Iris dan Adam serentak menjawab.
“So deal, darling?”
“Absolutely.” Iris mengangkat kedua bahu.
“Wait. What?!”
Dan itulah dia. Adam yang sedang ketawa lepas dan Iris yang menjeling dengan wajah penuh kegeraman. Sangat.
Share this novel