~ Aku berjalan.
Menuju ke arah tempat pertemuan pertama kita.
Tempat saksi mulanya pertembungan takdir antara kita.
Kenangan indah yang terlalu manis untuk dibicarakan.
Sampai aku dapat merasakan bungaan akan keluar dari bicaraku andai menuturkannya.
Empat tahun kenangan indah tersebut mengelilingi takdir kita.
Tanpa jemu.
Tapi kerana engkau menjadikan aku rumah singgah dan dia sebagai destinasi……
Maka aku jadikan tanah ini sebagai destinasimu dan pohon di atasnya sebagai ‘pelindungmu’.
Bersama dengan senyuman yang terukir di bibir, aku tamatkan takdir kita di sini.
Salam. ~
“Selesai!” Lega!
Akhirnya! Siap jugak penceritaan bebas yang sangat memecah otak. 3 jam masa yang diperuntukkan sememangnya digunakan Iris sepenuhnya tanpa langsung sebarang pembaziran.
‘Good job, Iris.’ Ucap Iris dalam hati sambil menepuk bahu perlahan. Tepuk bahu sendiri sahaja yang mampu.
“Para peserta. Anda cuma memiliki satu minit sahaja lagi. Sila lakukan penelitian terakhir seperti yang sepatutnya. Terima kasih.”
Mendengar arahan tersebut, tanpa membuang masa, terus Iris melakukan penelitian terakhir seperti yang sepatutnya. Andai ada sebarang kesalahan kosa kata, habis segala markah akan ditolak. Seiring dengan pantasnya tangan Iris menyelak kertas untuk memeriksa, matanya juga pantas menangkap sepasang mata yang sedang memandang ke arahnya. Jelas dia dapat merasakannya. Namun, tidak dihiraukan sama sekali. Cuma cukup menjeling sipi. Masa makin pantas berlalu.
Serentak matanya memandang titik noktah terakhir, maka pengumuman menandakan tamatnya waktu penulisan pun bergema di seluruh dewan. Yakin dan tawakal. Itu sahaja yang mampu Iris lakukan setelah berhempas pulas mencurahkan segala idea di atas kertas selama tiga jam tadi. Tiga jam bukan waktu yang lama. Lagi-lagi untuk pertandingan seperti ini. Ianya benar-benar menguji kekuatan mental. Rasa mengantuk dan penat begitu meluah-luah. Cuma katil di dalam fikirannya sekarang.
Kertas selesai dikutip dan Iris melangkah keluar. Namun, dengan cuma beberapa meter dari pintu keluar, Iris tiba-tiba merasakan kemerindingan. Terasa bulu romanya tegak berdiri. Terus matanya dipancarkan ke sekeliling. Dia dapat merasakan seperti ada mata yang sedang tajam memerhati. Tapi entah kenapa…..
Mata itu bagaikan wujud tapi tiada. Dan perasaan merinding itu makin menguat.
Iris pantas melajukan langkah. Mencari Cikgu Mustafa dan Cikgu Arina.
===================================================================
~ Di satu sisi yang lain. ~
Pantas!
Cerbikan senyuman di hujung bibir terpancar sipi.
Kepala ditundukkan dan ketawa halus terpancar dari bibir.
Cuba berlagak normal.
Seolah-olah bukan diri ini yang sedang dicari.
Not now………
Rosey.
Seperti dia, kakinya juga melangkah ke arah pintu keluar.
Sekali lagi. Berlagak normal.
===================================================================
Alhamdulillah.
Setelah segala-galanya selesai di pertandingan yang mengambil masa beberapa hari, akhirnya Iris telah kembali ke sekolah selayaknya seorang pelajar biasa yang berumur 17 tahun. Hari ini merupakan hari Isnin. Hari di mana perhimpunan mingguan akan dilakukan. Hari yang paling dibenci malah mungkin tidak bagi sesetengah orang.
Iris melangkah masuk ke dewan dan semua mata memandangnya. Dia menjadi tumpuan seluruh dewan. Termasuk dari para guru yang berada di atas pentas. Iris yakin semua sedang menanti apakah hasil pertandingan tersebut. Adakah ianya satu kejayaan atau masih satu kegagalan yang berpanjangan untuk sekolah ini?
Majoriti mungkin ingin mendengar berita gembira. Tapi satu yang dirinya pasti. Majoriti itu bukan dia.
Zuyin.
Terus Iris menghalakan mata ke arahnya.
Pandangan mata Zuyin yang tajam memandangnya….. Sungguh menusuk kalbu.
Jelingan mata yang cukup menghiburkan Iris. Sangat berapi.
‘But I like it hotter, sis! Do it better!’ Ujar Iris dalam hati.
Tapi ini Iris lah. Dia langsung menghadiahkan satu senyuman manis dan kenyitan mata yang sangat menawan, khusus untuk pandangan Zuyin. Makin membesar matanya. Mungkin tidak menyangka Iris akan membalasnya serupa itu.
Iris cuma ketawa nipis lalu menuju ke hadapan.
Akhirnya insan yang dicari-cari dari sebentar tadi muncul di depan mata.
Nada!
Pantas kakinya melangkah laju ke arah sahabat baiknya itu. Sampai sahaja di belakangnya, terus Iris hadiahkan satu tumbukan halus di bahu.
“Woi! Dah lama hidup? Tahulah rindu. Ada ke patut ditumbuknya aku? Cuba bagi bunga ke…..KFC ke….” Nada menunjukkan reaksi cemberut. Iris cuma menghamburkan tawa. Nada yang tadinya marah juga akhirnya turut ketawa bersamanya.
“So…..how? The result.” Nada menanyakan setelah ketawanya mulai reda.
Iris cuma mengangkat bahu. Tanda tidak tahu atau sebenarnya tidak ingin beritahu. “Tunggulah nanti.” Dan akhirnya dia menutup mulut. Nada cuma memandang sahabatnya itu hairan sambil mengerutkan dahi.
“Kau kalah ke?” Bisik Nada halus di tepi telinga sebalik tudung. Sekali lagi Iris mengangkat bahu dan memusingkan badan ke arah pentas.
“Okey……” Jawab Nada ala merajuk dan terus memusingkan badan ke depan sepertinya. Iris tersenyum nipis dan akhirnya mata mula memberikan perhatian terhadap sesi perhimpunan yang akan dimulakan bila-bila masa sahaja lagi.
===================================================================
“Okey. Diucapkan ribuan terima kasih kepada puan pengetua atas ucapan yang diberikan sebentar tadi.” Cikgu Arina merupakan MC bertugas untuk perhimpunan pada minggu ini. Mikrofon masih dipegangnya dan mata memandang liar ke seluruh isi dewan. Melihatnya, seisi dewan mulai senyap. Terlalu senyap sehingga dapat rasakan kuburan juga tidak sesunyi ini.
Itulah aura Cikgu Arina.
“Haha.” Cikgu Arina ketawa halus. Iris tahu bahawa seisi sekolah sebenarnya tertunggu-tungu dan ingin mendengarkan keputusan pertandingan itu. Semua bagaikan teruja-tuja menanti pengumuman keputusan tersebut sejak dari awal mulanya sesi perhimpinan lagi.
Iris menundukkan kepala dan cuma tersenyum. Dia sudah sedia maklum akan jawapannya. Mungkin keputusan tersebut adalah yang terbaik berdasarkan kepada usahanya sendiri. Dia redha.
“Saya yakin semua yang sedang berada di sini sedang tertunggu-tunggu akan keputusan pertandingan penceritaan bebas yang baru berlangsung baru-baru ini. Ya, kan?” Cikgu Arina menyambung.
“Ya!!!” Bergegar satu dewan dengan jeritan.
“Apa yang boleh saya katakan adalah…….” Cikgu Arina menghentikan ayat. Makin sepi seisi dewan. Ini kalau ada yang bersin, Iris yakin walau halus ianya akan menjadi ala bunyi gempa yang sangat dasyat. Melihat keadaan para pelajar yang berada di bawah, Cikgu Arina ketawa.
Beliau menyambung ayat yang seterusnya. “Di sini saya akan umumkan keputusan pertandingan pemceritaan bebas peringkat negeri yang baru tamat baru-baru ini. Sila perhatikan slide yang sedang ditayangkan di kedua-dua bahagian kanan dan kiri saya. Saya akan paparkan gambar waktu sesi penerimaan hadiah untuk para pemenang dari peringkat tiga hingga satu. Cikgu Mustafa.”
Cikgu Mustafa mengangguk dan akhirnya terpancar jelas satu gambar di kedua-dua bahagian dewan.
Tempat ketiga.
Terpancar jelas wajah seorang pelajar lelaki dengan pakaian seragam sekolah. Jelas kelihatan lencana sekolah di bahagian dada.
“Untuk tempat ketiga. Dimenangi oleh wakil SMK Kenari Pelangi. Wakil dari negeri Cik Siti Wan Kembang. Kelantan.”
Seisi dewan masih sunyi. Cuma beberapa yang menepuk tangan. Aura ketegangan terasa makin kuat menyelubungi. Iris? Seperti tadi. Masih menunduk.
“Baiklah. Untuk tempat kedua. Jatuh kepada……..” Bunyi deruan pukulan alat muzik drum mengiringi.
Seperti tadi, terpancar jelas wajah pelajar yang menerimanya. Makin tercengang seisi dewan.
“Tahun lepas, sekolah kita dapat nombor dua kan? Tapi ni……”
“Takkanlah tempat kedua pun kita tak dapat? Sekurang-kurangnya sekolah kita dapat tempat top 3 kot sepanjang pertandingan. Ni……..”
“Seriuslah, Iris? Patut Zuyin ja yang wakilkan sekolah kita.”
“Top 3 pun kau tak mampu dapat ke? Sadis gila.”
Kecoh seisi dewan. Berbisik-bisik. Iris makin menundukkan kepala.
Nada menjeling gambar wajah wakil SMK Pelangi Mentari yang memenuhi kedua-dua bahagian dewan. Wakil dari negeri Pahang berjaya memperoleh tempat kedua. Terpancar jelas senyuman gembira di gambar itu. Tempat kedua dalam negara. Siapa sahaja tidak bangga?
Dewan mulai panas. Semua sudah tidak senang duduk. Ada yang masih berapi berbisikan. Hal ini demikian kerana ini bermaksud sama ada Iris mendapat tempat pertama atau……….
Yang terakhir.
Kepala itu masih sama. Menghadap kaki di lantai.
“Okey semua. Tenang! Tenang! Mohon tenang!” Jerit Cikgu Mustafa.
“Gambar yang terakhir ini akan memberikan jawapan kepada persoalan yang berngiang-ngiang di fikiran semua sedari tadi. Ada yang sedang marah, betul? Saya harap semua akan berlapang dada dengan apa jua keputusan yang akan ditunjukkan sebentar lagi. Iris. Awak sudah lakukan yang terbaik. Terima kasih atas usaha awak.” Makin tunduk kepala itu. Dirinya cuma berharap semua akan menerima dengan baik akan apa sahaja keputusan yang akan ditayangkan sebentar lagi.
“Cikgu Mustafa. Sila tayangkan gambar yang terakhir.” Pinta Cikgu Arina. Pantas Cikgu Mustafa menekan keyboard komputer ribanya.
Dan….. Hening.
Iris mengangkat kepala dan bibir perlahan-lahan menguntumkan senyuman. Tepat sebelah kanan. Berbentuk sinisan yang penuh kebanggaan.
Ya!
Tempat pertama itu.
Adalah milik dia.
Terpampang jelas wajah dan namanya.
Dia yang bernama Lee Iris Irina.
Nama pertama yang berjaya membawa pulang trofi utama.
“Semua! Berikan tepukan gemuruh kepada Lee Iris Irina kerana telah berjaya membawa pulang pingat johan dan mencipta sejarah menjadi pelajar pertama yang berjaya memenangi pertandingan ini sejak bertahun lamanya! Syabas diucapkan!”
“Tahniah! Tahniah!”
“Wei gila…… Tempat pertama tu.”
Bergema satu dewan dengan tepukan gemuruh yang bagaikan tidak mahu berhenti.
Iris tersenyum. Kerana meja begitu sahaja terbalik. Begitu mudahnya.
“Alhamdulillah.” Perlahan dirinya menuturkan ayat suci tersebut sambil menyambut huluran pelukan dari satu-satunya sahabat terbaiknya, Nada yang berada di hadapan. Sedikit tangisan menjadi peneman antara mereka berdua.
“Lee Iris Irina. Sila datang ke hadapan untuk menerima pingat dan memberikan sedikit sepatah dua kata.” Iris melepaskan pelukan dan mereka berdua ketawa lucu. Mungkin terhibur dengan wajah hodoh masing-masing.
Tanpa menunggu lebih lama, Iris mengangkat kaki dan melangkah dengan penuh ucap syukur kerana telah berjaya membuktikan kepada semua orang bahawa dirinya memang layak dan adalah pilihan yang tepat untuk menjadi satu-satunya wakil sekolah. Mata terus ditujukan ke arah Zuyin. Dengan mata yang tepat memandang Zuyin dan tanpa sebarang suara, bibirnya bergerak menguturkan kata.
“See?” Bersama sinisan nipis. Cukup cuma untuk pandangan insan tersebut.
Tangan yang digenggamkan. Bibir yang digigit kuat dan mata yang berair merah, benar-benar menghiburkan.
Iris mengalihkan kepala dan memandang tepat ke arah pentas dewan. Lebih tepat kepada pingat emas yang sedang terpampang indah di atasnya. 11 tahun dia menunggu hari ini. 11 tahun dia menunggu pingat tersebut terukir nama ‘Lee Iris Erina’. Pingat yang amat menyusahkan dirinya Sangat-sangat. Hingga ke saat-saat terakhir. Tapi betullah apa yang orang kata. Makin susah untuk mendapatkan sesuatu, makin sesuatu itu akan dihargai.
Dan itu membuatkan kilauan pingat itu makin menyinar. Begitu terang indahnya. Kilauan yang memanggil-manggil.
Makin gemuruh tepukan yang diberikan sebaik sahaja kaki melangkah tangga pentas. Lagi gemuruh apabila mic berwarna putih itu mula disentuh oleh tangan. Dan akhirnya menjadi hening bila salurnya suara itu ke seluruh dewan.
“Ermm……..” Iris memandang sekeliling. Baru kala ini dirinya menyedari betapa luasnya dewan ini. Yang hanya diketahui pada tahun terakhirnya. Keluasannya yang sangat besar. Sangat. Sama seperti apa yang hatinya sedang merasakan saat ini.
“Go Iris!” Jerit Nada. Bibir Iris mengulumkan senyum. Riuh ketawa satu dewan mendengar jeritan tersebut. Bayangkanlah betapa kuatnya.
“Alhamdulillah. Syukur kepada Allah atas anugerah ini. Kepada ibu bapa, rakan-rakan terlebih lagi sahabat terbaik saya…… Nada Mikayla.” Semua memandang Nada. Bergema siulan dan tepukan. Yang berada di bawah itu cuma tersenyum memandang yang berada di atas. Dan begitu juga sebaliknya. Tanpa sokongan Nada, tak mungkin dirinya akan mampu berdiri di atas pentas sekarang. Malah mungkin diri Zuyin. Sekali lagi mata Iris memandang tepat ke arah Zuyin yang berwajah kemasaman di bawah pentas. Sama seperti tadi. Dengan mata yang berairan merah.
Pemandangan yang sangat indah. Iris melontarkan senyuman yang paling bahagia dan menyambung.
“Dan juga kepada para guru lebih-lebih lagi Cikgu Arina dan juga Cikgu Mustafa yang telah banyak membimbing saya dari awal sampai ke akhir pertandingan. Yang bersama-sama dengan sama dari detik terawal hinggalah detik terakhir. Tanpa sokongan-sokongan ini, tidak mungkin kedua kaki ini mampu menjejakkan langkah di atas pentas pada saat ini. Oleh kerana itu, terima kasih setinggi-tingginya saya ucapkan. Jasa guru-guru ini tidak akan mampu untuk saya membalas. Walau dengan darah dan nyawa.” Iris memberikan tunduk hormat dan menghadiahkan satu senyuman indah kepada kedua guru tersebut. Tak terlepas dari pandangan berkacanya mata kedua-dua insan tersebut.
Iris menyambung sambil mata tajam memerhati seluruh dewan. “Tak semua proses itu indah apabila kita ingin mendapatkan sesuatu. Kesakitan….Pengkhianatan….” Terus mata menangkap insan tersebut.
“Itu semua adalah lumrah. Tapi sememangnya adalah berbaloi. Berbaloi dengan apa yang kita akan peroleh di penghujung perjalanan. Cuma adakah kita akan dapat menamatkan langkah kaki di destinasi terakhir yang menjadi tujuan? Itu yang akan menjadi penentu. Yang memulakan sesuatu adalah diri kita sendiri. Dan yang cuma mampu menamatkannya adalah jua….. diri kita sendiri.”
Bergema sekali lagi tepukan gemuruh di seluruh dewan. Akhirnya perhimpunan pagi diakhiri dengan sesi foto antara Iris dengan para guru. Bersama dengan kilauan itu.
Dengan Nada?
Jangan risau.
Iris bukan lah baik sangat.
Yang tahu je tahu.
HAHAHAHAHAHAHA.
Share this novel