“Selamat tengah hari, cik. Ini makanan untuk makan siang. Dan disebelahnya ada beberapa ubatan yang cik perlu makan dalam tempoh 30 minit selepas makan. Selamat menjamu selera.”
“Terima kasih.”
Iris memandang makanan yang terhidang di hadapannya. Ada beberapa jenis lauk-pauk yang tersedia. Mengikut tepat 100% undang-undang piramid makanan.
Sepinggan nasi putih. Dua ketul ayam goreng. Sup sayur campur dan juga dua potong buah tembikai merah. Tidak dilupakan juga segelas air teh bunga yang langsung tiada gulanya. Tapi yang penting, ianya adalah berais. Kesemuanya bersatu membentuk satu wangian yang mampu untuk membangkitkan suara itu dari perut.
Iris berar-benar tersenyum melihatnya.
Dengan bacaan doa makan, Iris menghirup sedikit air teh bunga tersebut. Manisan yang nipis namun cukup untuk menaikkan rasa. Iris tersenyum menikmati keharuman dan kemanisannya. Tanpa membuang masa, Iris mengambil sudu serta garfu dan mula membiarkan dirinya digoda.
Baru sahaja ingin menyuapkannya ke dalam mulut, tidak semena pintu biliknya dibuka dari luar. Dengan mulut yang ternganga, Iris merenung pintu tersebut. Lihat sahaja insan yang berada di pintu, terus Iris meletakkan kembali segalanya. Perutnya sudah tidak lapar. Sudah tidak lagi apabila melihat insan jijik itu. Dia yang menyebabkan dirinya berada di sini. Di atas katil ini.
Tajam Iris memandangnya. Tangannya begitu kuat mengenggam katil. Ingin sahaja dia membaling kesemua makanan ini ke muka itu. Biar dia puas! Biar semuanya hancur! Namun dia masih ada iman dan juga kawalan kendiri. Walau makin menghilang kerana muka itu.
Sekurang-kurangnya untuk sekarang.
Ya. Untuk sekarang. Dia tidak janji untuk kemudiannya nanti. Itu bukan kuasa dia.
Try me, Afnan. Try me.
Itu yang mesej matanya berikan kepada lelaki itu.
Tidak cukup dengan itu, dia tidak sendirian datang.
“Amira……” Iris pantas menggapai garfu di hadapan dan mengenggam kuat. Dia cuma tunggu masa untuk membaling.
“Awak gila ke, Afnan? Tak cukup awak datang sini, awak boleh bawak belakang awak tu sekali? Senada Iris menuturkan. Nada suara tenang yang begitu indah didengari tapi dia yakin Afnan tahu.
Tahu bahawa Iris hanya tinggal beberapa langkah dari mula menggila.
“Iris….” Amira cuba untuk menggapai tangan namun pantas ditepis kasar oleh Iris. Dengan tatapan berapi, Iris memandang Afnan.
“Masalah ini……. Benda ni. Adalah antara aku dan Afnan. Bukan kau. Jadi, dengan segala hormat…….”
Terus matanya dialihkan kepada Amira Sofea. Tangannya turut ditarik kuat. Rapat ke atas meja.
“Berambus.” Dipacakkan garfu tersebut tepat di sebelah tangan itu. Cukup satu sentimeter membezakan. Bulat mata Amira memandang garfu tersebut dengan tidak percaya lalu pantas berlari keluar pergi.
“Perempuan gila!” Iris cuma tersenyum mendengar sayup-sayup kata itu.
Bagaikan tiada apa yang baru terjadi, Iris memandang Afnan. Dengan senyuman di mata dan bibir.
“Baiklah Afnan. Kita patut mulakan dari mana?”
=====================================================================
“Tadi……”
“Jangan risau. Saya masih belum cukup gila untuk keluarkan darah.” Pantas Iris mencelah.
“Cukup hanya hati saya yang berdarah sekarang.” Dengan bersahaja Iris menghirup teh.
“Sayang. Saya dan Amira hanya kawan. Kawan yang……”
Afnan berdehem sebelum menyambung dengan mata yang langsung tidak memandang Iris.
“Yang boleh dikatakan agak rapat.”
Mendengarnya, Iris terus ketawa kuat tanpa henti. Sungguh! Da benar-benar terhibur. Terhibur dengan ayat itu. Bagaikan menggeli di telinganya.
Dia sungguh benar terhibur.
“Sayang?”
“Stop called me like that! Sayang! Sayang! Do you even love me?”
“Do you?!” Iris menjerit.
“I’m asking you! Do you?!”
“Do you, Afnan….… Do you…..” Iris merintih. Tangannya sudah lelah dari memukul dada lelaki itu.
Afnan langsung tidak membalas. Cuma diam terpaku memandang luar tingkap dengan mata yang bergenang.
“Afnan……”
“I’m sorry.” Afnan melangkah pergi. Meninggalkan tangisan itu yang terus berterusan.
Dan berterusan.
Share this novel