Akhirnya semua persembahan sudah selesai dibentangkan dengan sangat rapi. Semua muka bagaikan kepuasan. Puas dengan aksi terbaik yang telah diberikan masing-masing.
Dan kini.
Tibalah masa yang dinanti-nantikan.
“Baiklah. Tanpa ingin membuang sebarang masa, saya akan mengumumkan dua wakil pasangan yang akan mewakili kelab kita untuk persembahan festival tahunan terbesar Universiti Aura.”
Bergemuruh tepukan beserta siulan. Diketuai oleh Adam. Iris yang berada di sebelah cuma mampu redha dan ketawa.
“Markah antara dua kumpulan yang terpilih ini cuma berbeza hanya dengan beberapa angka. Satu perbezaan yang sangat-sangat nipis. Keduanya benar-benar paling mengagumkan saya sepanjang tempoh sepuluh tahun saya mengajar di univerisiti ini. Walau aura yang ditonjolkan oleh keduanya adalah seperti langit dan bumi. Dan seperti air dan api.”
Encik Hilman ketawa tidak percaya. Malah ketara seperti terhibur yang teramat.
“Tanpa membuang masa lagi, saya menjemput dua pasangan terbaik untuk kelab edisi tahun ini. Adam Iris dan Afnan Amira! Tahniah diucapkan sebesar-besarnya!” Tidak henti Encik Hilman menepuk tangan.
Para penonton yang sepertinya terpana untuk beberapa saat, mula menepuk tangan laju. Bergemuruh, serentak.
Dendam dan takdir benang merah. Benar-benar sekali…….
Menyatu.
Iris pandang Adam.
Adam pandang Afnan.
Afnan pandang Amira.
Dan Amira kepada Iris.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Serius la Iris? Kau, Adam, Afnan dengan Amira tu? Sekali? Dalam satu pentas? Berempat?” Bertubi-tubi Nada menanya tanpa henti. Sah! Nada ni robot. Tak perlukan pernafasan sama sekali.
Iris mendiamkan diri. Dia juga seperti sedang cuba untuk menhadap dengan apa yang sedang berlaku. Dia, Afnan dengan Amira? Sumpah perang dunia nanti. Sumpah dia tidak boleh bayangkan. Sumpah!
“Wei. Aku tanya ni!” Nada mengoncang kuat bahu Iris. Sakit hati.
“Habis la nanti wei. Aku tak boleh bayang apa yang akan jadi nanti. Kira memang satu keajaibanlah kalau tak dak darah atas pentas tu nanti.” Mata Iris kosong memandang syiling di atas kepala.
“Habislah……” Tak jemu kata itu terucap keluar dari bibirnya hatta seribu kali.
“Aku nak buat apa, Nada?” Kali ini Iris yang mengoncang bahu Nada. Kuat.
“Kau nak surrender ka?”
“Kau gila? Susah payah kot nak dapat tempat dua terbaik tu.”
“Lagipun, kesian dekat Adam.” Iris mengeluh kecil.
“Adam kata apa pasal benda ni?”
“Adam kata apa?” Iris ketawa separa lucu.
“Nothing.”
“Nothing?”
“Herm. Nothing.”
“Dia tak ada kata apa-apa?”
“Yap. Satu apa pun tak. Dia macam tak peduli. Dia buat Afnan tu macam halimunan. Macam tak wujud.”
“Kau tahu? Tadi Afnan cuba try nak speak up dengan dia . Kau tahu apa Adam buat? Dia blah macam tu ja! Macam tu ja!” Iris memetik jari.
“Serius?!” Mata Nada teruja.
“I am, girl.”
Nada ketawa lepas. Dia seperti benar terhibur.
“Cool gila!”
Iris cuma ketawa nipis sambil menggeleng beberapa kali. Dia juga seperti tidak percaya Adam boleh jadi sedingin itu.
“Jadi bila persembahan tu?” Tanya Nada usai redanya ketawa yang masih sedikit lagi bersisa.
“Bulan depan. Waktu festival U kita nanti.”
“Tak sabar aku.” Galak mata Nada. Seperti sedang membayangkan sesuatu yang benar-benar mengujakan.
Dan Iris cuma pasrah melihat sahabatnya yang semakin menggila dan terus menggila ketawa.
Share this novel