PROLOG

Drama Series 15366

Lari Iris! Lari!!

Iris benar-benar tidak merasakan langkah kaki sama sekali sekarang. Iris bagaikan tidak merasa langsung sentuhan kasar tanah di tapak kaki. Iris berlari bagaikan di awangan, Iris cuma teruskan berlari tanpa tuju. Cuma berlari dan terus berlari. Jauh dari insan itu.

Shushhhh… Shushhhh… Shushhhh…

Bunyi gerakan dedaunan yang bagaikan baru dilalui seseorang, berlalu di telinga Iris bagaikan alunan nada muzik yang sangat tajam dan kuat. Bagaikan memberi amaran. Lari!

Lagi pantas Iris menggerakkan kaki. Dia sudah tidak peduli apa yang berada di hadapan dan apa sedang menunggu. Asalkan bukan yang berada di belakangnya sekarang. Yang sedang mengejar tanpa lelah. Yang memanggilnya tanpa silu.

“Ris……I……Risssssss…….”

Jangan layan! Lari! Hanya lari! Lari!

“Hihihihihi….”

“My rosey…….” Terus memanggil dalam tawa yang berpanjangan.

“You know that without me you had die right? In that hand. You should be grateful for that. Should not you, my rose?”

"Rosey........"

"Rosey........"

"Rosey........"

Jangan terpengaruh! Jangan takut! Lari! Lari!

“Roseyyyyyy!!!!!!!!”
Jeritan bergema. Kuat dan nyaring. Cukup membuatkan burung-burung yang berehat tenang di pohon-pohon berterbangan lari dan berciut dahsyat. Dengan penuh kehijauan di keliling…. Dengan awan yang mula berubah warna….Dengan ciutan burung yang makin bergema dan terus berdecit nyaring….Hati Iris mula menjadi kosong.

Kekosongan yang penuh dengan ketakutan gelap menghitam.
Menghantui dalam terang. Lebih dalam gelap.

Kaki sudah sampai batasnya. Dalam larian yang makin lemah, Iris berdoa tanpa henti. Memohon agar ini bukan pengakhirannya.

Lari..... Lari..... Lari..... Lari.....

Hinggalah.

‘Iris! Stop!’ Bagaikan mendengar jeritan hati, pantas kedua kaki menghentikan langkah.

Seiring itu juga, terbuntang matanya. Membulat dalam ketakutan yang makin menggebu.

“Ya Allah…..” Matanya mula menampung air.

Jurang. Ya. Jurang.

Itulah yang terbentang di hadapannya sekarang. Jurang hitam. Gelap dan dalam. Iris langsung tidak dapat melihat penghujungnya. Itulah tahap hitam dan kelamnya.

Jantung mula berdegup dalam kesakitan. Iris telah sampai di penghujung bukit. Yang semestinya bukan yang dirinya harapkan apatah lagi inginkan. Lebih-lebih lagi apabila dia mula mendengar suara itu kembali.

“Unexpected huh?”

Mata makin tidak mampu menahan genangan air. Kepanasan aura yang dirasai makin menyerlahkan diri di belakang tubuh. Cukup dekat. Bahangnya cukup memberitahu dan menceritakan. Mata dipejamkan dan bibir mula menyeru membaca basmalah secara perlahan. Cuba untuk mencari kekuatan dari dalaman.

Dengan ketenangan yang mula memeluk, Iris memusingkan badan.

Menghadapnya. Dengan mata yang ingin untuk membunuh.

Perkara pertama yang menyapa matanya adalah sebuah senyuman. Ya. Cukup manis bagi sesiapa yang tidak tahu siapa sebenarnya ‘dia’. Tapi cukup ngeri bagi insan yang tahu.

Dan itu adalah dirinya sendiri. Iris.

“Well…..Well…..Well.” Senyumannya belum mati. Malah makin sinis membentuk.

Langkahnya sedikit demi sedikit…. Perlahan-lahan makin menuju ke arah wanita itu. Melihatnya mendekat, tanpa sedar Iris mula melangkah ke belakang.

Menuju ke arah jurang.

Satu demi satu kaki itu melangkah. Iris dapat rasakan 'dia' seperti sengaja makin memperlahankan langkah. Mungkin cuba untuk mewujudkan tekanan emosi antara mereka berdua. Dan semestinya khusus untuk Iris. Tidak usah ditanya. 'Dia' hampir berjaya.

"Rosey, Rosey."
“Aku rasa dah tiba masa untuk kau……..” Tanpa langsung sebarang tanda amaran, 'dia' pantas melajukan langkah. Berlari kencang ke arah wanita itu. Dan dia…. Wanita itu… Juga semakin melajukan langkah ke belakang. Jurang makin memanggil.

“Mati.” Tanpa langsung sebarang sentuhan dan dengan langkah kaki yang digerakkan sendiri, Iris…..

“Arghhhhhhhhh!!”

Awan yang mulanya dekat dengannya mula menjauhi diri. Jauh dan makin menjauh.

Deruan angin semakin lama semakin laju membelai dahsyat seluruh tubuh. Bagaikan taufan sedang memakan diri.

Bunyi-bunyian bagaikan satu campuran muzik yang langsung tidak seirama. Makin memecahkan gegendang telinga. Menghasilkan pendarahan yang makin mengalir keluar.

Dalam keadaan itu, cuma dua ayat yang terlintas di fikiran.

‘Mawar. Adakah benar itu aku bagi kamu, A……..’

Dan dia makin jatuh ke dalam.

Menyambut bisikan jurang.

Bersama senyuman yang melihatnya dari atas.

Senyuman manis.

Share this novel

CY
2023-01-04 21:52:48 

Menarik! sila sambung part baru pleaseeee


NovelPlus Premium

The best ads free experience