BAB 18

Drama Series 15366

“Baik. Sila ambil tempat masing-masing. Wanita di bahagian kanan dan lelaki di bahagian kiri. Sila beri salam pengenalan dan hormat kepada pasangan masing-masing.” Kesemua sama-sama menundukkan kepala kepada pasangan masing-masing sebagai tanda pengenalan dan keizinan sebagai penyatuan pasangan tarian.

Sebelum masuk rumah orang, ketuk pintu dan bagi salam dulu. That’s the point.

“1. 2. 3. Sun And Moon oleh CY. Start!”

~
The sun.
And the moon.
That is me and you.
Keep being separated but strongly to be one.
~

Mata mereka, keduanya tak lepas dari memandang satu sama lain. Menari dan terus menari. Kaki Iris melakukan bulan dan dia melakukan bintang. Dua langkah yang begitu berbeza namun begitu menyatu. Bagaikan berada di bawah sinaran yang sama yang cuma ada mereka berdua.

~
The sun.
And the moon.
The love of two lovers that never be.
Because being one meant it’s over for nothing.
~

Iris berpusing. Tangannya dan tangan lelaki itu bersatu walau tanpa sentuhan. Bagaikan ada cermin di antaranya. Namun tidak kelihatan. Yang hanya dapat dipecahkan dengan kalimah ‘Aku terima nikahnya.’ Tangan mula meninggi. Iris ke kiri dan dia ke kanan. Indah. Sangat indah bayangan diri Iris di matanya. Dia benar-benar cantik di mata itu dan itu membuatkan dia hanyut. Hanyut dalam lautan mata indahnya.

~
Moon and sun.
Lighting the night and day.
Alone without each other.
For others to be happy.
~

Iris makin hanyut sebelum tersedar dengan satu helaian kain melayun lembut di wajah. Dia menghulurkan hujung kain ke tangan. Dan mereka menari dengan ikatan kemas di kedua tangan. Dia dan juga dia.

~
Sun and moon.
Never be one.
Pyhsically.
But by heart.
~

Diakhiri dengan dia menarik Iris hampir ke dalam pelukannya. Laju. Dan seperti tadi. Terhenti oleh ilusi cermin.

“Bravo!” Encik Hilman menepuk tangan dan kelas latihan bersurai usai beliau selesai memberikan taklimat untuk kelas seterusnya.

Mata Iris terus mencari insan yang diinginkan sedari tadi. Ya. Iris makin yakin dengan perasaan itu. Dan dia juga yakin…

Dia juga sedang merasakan yang sama. Cukup renungan matanya kepadanya sekarang membuktikan.

Melihat dia yang sedang menghampiri. Dengan renungan mata yang langsung tidak lepas dari memandangi. Bibirnya tiada sebarang senyuman. Namun matanya terlalu jelas menguntumkan senyuman yang terindah. Sekuntum mawar merah yang berada kemas di pegangan tangannya amat menggoda Iris. Bagai memanggil sang pemilik untuk memiliki.

Dia berhenti tepat di beberapa inci dan menghulurkannya.

Sekuntum bunga mawar merah yang memerah indah dan wangi.

“Untuk awak.”

“Terima kasih…..” Iris mencium bunga itu lalu memandang redup mata hazel di depannya. Hati Iris makin teguh mengatakan bahawa dirinya memang benar-benar sangat indah di mata ini.

“Afnan.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience