BAB 30

Romance Completed 25825

Belaian angin malam masih setia dengan Isha. Bersama melayan renungan Isha ke dada malam. Sekali sekala melintas cahaya bulan. Amannya bumi Allah. Jika hanya ia boleh terus begitu. Aman di hati hampaNya.

Isha lepas keluhan. Diubah kedudukan hingga dia dapat memaut kedua-dua lutut ke dada. Dagu diletak di atasnya. Adegan di rumah Faaz bagai disusun satu persatu di depan mata. Fadl teruja mendapatkan mereka malah memeluk Isha. Sayangnya, selepas itu Fadl dah ambil balik karektor masa mula-mula Isha berjumpa dengannya. Patuh kepada karektor disiplin yang menyedihkan. Tak tunjuk pun yang dia sakit. Mungkin dah sihat atau, kalau masih sakitpun tidak menunjukkannya. Sebab apa? Nisreena?

Nisreena Fahad Al Jawhar tetap cantik. Nisreena seperti boneka dengan sepasang mata yang lebar, bulu mata lentik dan bola mata warna abu-abu. Pasti saja ramai lelaki yang tertarik hanya dengan melihat matanya saja. Faaz tak terkecuali.

Faaz kenalkan Isha kepada Nisreena sebagai PA dia. Titik. Tak adapun Faaz nak keluarkan kesah lama yang dia dan Isha pernah belajar di sekolah yang sama. Agaknya Faaz malu nak mengaku mereka pernah berkawan dan PA bodohkan diri jatuh cinta dengannya.

Hah! Isha tampar pipinya. Perlahan tapi berkali-kali. Perlu buang perasaan kecewa yang mencengkam dada. Tak perlu layan perasaan cemburu dan marah kepada Nisreena yang sentiasa berjaya miliki cinta Faaz. Kayla Farisha akan tetap jadi nombor dua bagi Faaz atau mungkin dah tak ada nombor lagi. Ah, bodoh bodoh bodoh!

“Isha ok?” Menyelinap perlahan suara Ifza.

“Ok.” Ujar Isha perlahan.

Isha turunkan kaki. Duduk menyandar. Ifza duduk di sebelah dan renung wajah Isha.

“Isha tahu apa yang Isha harus buat, kan?”

Tak perlu nak olah maksud soalan. Ifza yakin Isha faham. Ex Faaz dah kembali.

“Lari.” Isha menelan gumpalan keras di kerongkongnya.

“No stupid!” Ifza cubit lengan Isha. Geram.

“Isha memang stupid.”

Ayat sayu Ifza dibawa angin menghilang ke luar jendela. Faaz juga pernah kata dia bodoh.

“Isha masih sayang dia.” Itu kenyataan.

“Iya. Isha dah cuba kak. Tapi, dia tetap ada di hati Isha. Isha benci dia. Tapi, Isha lebih benci diri Isha sendiri. Hati Isha masih berpaut di hujung ranting kasih dia walaupun ranting itu akan patah akhirnya. Isha yang akan terus sakit.”

“Isha seperti ibu. Terlalu setia.” Keluh Ifza. Ah, hati perempuan.

Wajah ibu dibawa angin melabuh di hati mereka berdua. Masing-masing tidak bicara. Bagi Isha, situasi dia dengan ibu lain. Setia ibu, setia seorang isteri. Tapi dia? Dia tak perlu setia. Faaz tak pernah dan tak akan jadi miliknya.

“Nisreena masih cantik.” Keluh Isha. Kecantikan yang ikat mati hati Faaz.

“Isha juga cantik. Faaz tu yang buta.”

“Bukan buta kak. Dia cuma tak cinta Isha.”

Cuma Isha yang buta nak cinta dia. Cinta yang ikhlas. Bukan cinta sampingan. Bukan cinta yang dipaksa. Argh... bodohnya.

“Isha perasan tak, Nisreena tu pandang semacam jer kata Isha masa kat rumah Faaz. Lebih-lebih lagi bila
Fadl peluk Isha. Sebelum ni, dia kenal Ishakah?”

“Mana ada kak. Kami tak pernah bersemuka pun. Faaz pernah tunjuk gambar dia kat Isha masa dia tergila-gila kat ex dia dulu. Isha pernah intai masa mereka pergi dating. Romantik sungguh. Kalau masa tu, semut lalu depan Nisreena pun, Faaz tentu melutut kutip semut tu. Takut semut gigit kaki Nesreena yang putih melepak.”

Isha senyum tawar. Boleh tak Cik Akal jangan tayang adegan romantik mereka dulu? Cik Hati dah nak meletup macam letupan nuklear. Yang musnah diri sendiri.

Telefon bimbit Isha tiba-tiba berdering. Ditatap skrin. Mesej dari Faaz.

Faaz - Saya nak jumpa awak. Saya ke rumah awak sekarang.

Isha - No

Faaz - Please Isha. We need to talk.

Isha – Tak ada apa nak cakap.

Faaz – Ini berkenaan Nisreena.

Isha – Tak ada kena mengena dengan saya.

Faaz – Awak kena tolong saya. Tolong Fadl.

Isha – Tak.

Isha matikan talian. Ingat aku ni buka kaunter kebajikan untuk diakah? Issh...

“Siapa?” Hai kenapa adik semakin tension ni?

“Faaz. Dia nak datang sini jumpa Isha.”

“Kenapa?” Grrr lelaki tu memang cari nahas!

Isha hanya angkat bahu. Dia dah penat nak fikir. Lantaklah.

“Kak jom keluar.”

“Sebab takut Faaz datang sini?” Ifza dah merah muka. Isha ni nak lari dari Faaz lagi.

“Taklah. Isha bosan. Isha perlu boost my mood. Kakak pun sama.”

“Kenapa pula?”

“Kakak nampak seperti helang yang rindu nak terbang kepada pasangannya.”

Argh budak ni! Ifza ketuk kepala adiknya.

“Kak tak perlu terbang ke mana-mana. Helang ini tak perlu pasangan.”

“Ok-ok. Jomlah keluar. Bosanlah.”

Ifza berkira-kira. Malas sebetulnya. Tapi, ok juga kalau mereka keluar. Dia pun bosan juga. Hai, kenapa Qays tak kacau dia sejak balik dari rumah Faaz? Pelik.

“Iyalah. Kita berdua boleh jadi helang. Tak payah terbang. Jalan saja. Pijak di bumi nyata. Tapi Isha boleh cari pasangan. Mana tahu ada Encik Helang di luar sana yang terus zapp bawa Isha terbang. Kakak akan doakan dari bawah. Janji dia bukan Faaz. Hah gitu!” Ifza senyum.

“Ok juga. Mata Encik Helang ni mesti ikut warna mata burung helang sebenar. Unik.”
Isha ikut senyum. Faaz sama sekali tidak memiliki mata burung helang. Tapi kenapa Cik Hati boleh tertarik? Isssh kacau.

Sejam kemudian mereka dah berada di Blastacars. Tentu sekali Isha yang cadang mereka ke sana. Katanya tempat baru untuk release tension. Hahaha betul pun. Mereka berlumba di sekitar trek dengan menggelongsor dan drift sekitar selekoh litar. Memang menyeronokkan.

Selepas itu, mereka singgah di Secret Recipe. Isha nak makan kek kegemarannya Chocolate Indulgence. Mereka oder dua hirisan kek yang sama dan Aglio Olio. Isha senyum senang. Emm nanti balik tak payah nak masak. Namun senyuman dia mati bila ternampak Qays dengan seorang gadis. Bukan main Qays merangkul bahu gadis yang memakai blouse labuh Adyra dengan seluar slack putih. Tudung bawal yang dikenakan gadis itu sama corak dengan blouse. Gadis itu bukan Qaisara. Gadis itu lebih muda daripada Qaisara. Mungkin pelajar universiti. Siapa agaknya?

Ifza kalih. Ikut aliran mata kepada apa yang dilihat adiknya. Kalau manusia diizinkan jadi patung macam Patung Cendana, dialah manusia itu. Buat pertama kali, dari hujung rambut ke hujung kaki, semuanya bagai berhenti membuat kerja yang diamanahkan.

Tick. Tick. Tick... Ah, kenapa tidak ada yang bergerak? Masakan waktu pun berhenti?

“Kak ok?”

Pertanyaan Isha merayap perlahan. Begitu juga dengan jari yang menyentuh lengannya.

Ifza rasa seperti baru saja dilontar daripada tingkat sepuluh. Sakit. Untuk apa kesakitan ini? Ah, kalau Qays nak keluar dengan seribu wanita pun, itu bukan urusan dia. Qays bukan hak dia. Jadi, Isha tak perlu nak tunjuk muka simpati kepadanya. Dia tak perlu. Dia boleh survive tanpa cinta lelaki.

“Ok.” Ifza sambung makan. Hai, kenapa kek ini rasa tawar pula?

Issh mana mai ok pula? Muka merah dah jelas bukti yang kakak sedang marah. Eh, mungkin kecewa. Mungkin juga hati kakak dah mula ada bibit-bibit perasaan cemburu. Kasihan kakak.

Isha ketap bibir. Issh kenapa Abang Qays juga seperti abah? Kata suka Kak Isha tapi boleh pulak berpoya-poya dengan perempuan lain. Ah, lelaki! Tentu saja nak yang muda saja dari mereka. Gila!

Hai guys. Sorry hari ini lambat update. Hahaha still cari arah penyelesaian setiap watak. Actually saya suka cabaran penyelesaian ini. Harap tak terlalu cliche and hopefully you guys still with me. Good night for now.

Share this novel

Rimatanti Rasyid
2023-10-17 17:35:08 

aduh Ways buat apa pulak tu, jln dgn sapa pulak. dh lah Ifza ni anti lelaki yg mcm tu.. alahalah


NovelPlus Premium

The best ads free experience