“Academy. Tambah 50 mata bonus!” Ifza angkat-angkat kening.
“You just got lucky, girl!” Qays herot bibir. Issh tak adil betul!
Qays merenung tujuh buah blok huruf di rak hurufnya. Apa perkataan yang boleh dibuat dengan lima huruf A, satu huruf J dan D? Issh, mula menyesal ajak Ifza main Scrabble. Sepatutnya ajak main catur tadi. Dah sah-sah dia boleh menang.
“Auntie Ifza menang?” tanya Fera yang duduk di riba Ifza.
“Ya, kalau Uncle Qays mengaku dia dah kalah.”
Ifza ketawa. Padan muka Qays. Itulah belum main dah riak. Tak pernah kalah konon. Hah!
“Saya akan mengaku kalah kalau...” Berhenti dan senyum. “you say you will wear my ring. Be my wife.” Sambungnya.
Sengaja sambung dalam bahasa yang Feza tidak faham. Budak-budak tak boleh dengar. Lagi-lagi budak yang suka bertanya. Ha ha ha.
Ifza ketap bibir. Lelaki ni dah mula nak buat hal.
“Memang taklah saya nak terima.”
“Ah rugi! Hanya dengan gabungan dua huruf, Y dengan A, awak boleh kalahkan saya.”
“Huh! Awak memang dah kalah pun. Mengaku sajalah.” Ifza ambil tujuh huruf baru.
“Belum kalah.”
Lelaki mana boleh kalah kepada perempuan. Ego. Qays mula perah otak nak bina perkataan. Emm apa yer? Yap dah dapat. Dia sambung huruf J, A dan D ke huruf E yang terdapat dalam perkataan academy Ifza.
“Saya letak perkataan jade saja. Giliran awak sayang.”
“Uncle Qays sayang Auntie Ifza?”
Fera terkebil-kebil. Mana boleh Uncle Qays sayang Auntie Ifza. Berdosakan?
“Panggilan sayang tu bukan untuk auntie tapi untuk Fera.”
Ifza jeling. Tala kepada Qays. Jangan berani awak nafikan. Hantar telepati. Qays hanya senyum. Tangan dah ambil tiga buah blok huruf baru.
Fera pula hanya pandang Qays. Tak faham. Uncle Qays kata, giliran awak sayang. Dia tak main pun, jadi giliran apa? Bosanlah kat sini. Dia berdiri dan berlari anak mendapatkan abangnya yang masih leka melukis dengan Wan Iqah.
“Awak nak terus main atau nak mengaku kalah?’ Usik Qays. Padahal kalau ikut kiraan, dia yang sedang kalah.
“Main.”
Ifza belek-belek tujuh buah blok hurufnya. Senyum. Lihat papan Scrabble. Mana nak letak? Wah, adapun ruang sambung. Wallah, perkataan equility disambung kepada huruf Y dalam perkataan academy. Yes, habis lagi kesemua huruf.
“Ha ha ha saya menang!” Ifza berdiri dan terlonjak-lonjak gembira. Dia menang. Qays kalah.
Qays ternganga. Wah, comelnya! Hati lelaki dah cuit suruh raih kedua-dua tangan Ifza dan turut lonjak gembira. Dah habis lonjak, boleh peluk. Dia senyum seindah suria pagi. Bayangan ini membahagiakan.
Pantas Ifza berhenti. Aip, kenapa Qays perhati dia seperti beruang nampak sarang lebah?
Sebab awak terlonjak-lonjak macam monyet. Awak perempuan kot. Tak tahu malukah? Cik Akal tampar. Dah ditampar, terus diam. Ifza duduk semula. Iyalah Cik Akal betul.
“Giliran awak. Jalanlah.”
Nak rai kemenangan pun tak boleh. Merungut Cik Hati. Dua kali strike kot.
Qays ambil huruf I dan C untuk bina perkataan ice.
“Ice. Itu saja?” Ifza sakat. Tala senyum kambing.
“Ya. Awak boleh letak Queen lepas ni. Macam awak, Ice Queen. Beautiful but heartless.”
“Hah! Kata lelaki ego yang berdiri di hujung titi kekalahan. Tunggu masa nak jatuh.”
Ifza tidak ada huruf yang boleh dia bina perkataan Queen tapi dia ada tiga huruf yang boleh buat Qays bertambah geram. Dia sambungkan huruf K, N dan G ke perkataan I dalam equility.
“King. Ice King, a lonely man driven insane by the magical crown.”
Qays pecah ketawa. Setidak-tidaknya dia jadi king. Gadis ini tidak pernah membosankan.
Cik Hati terpegun. Lawalah dia ketawa. Cik Akal tepuk dahi. Dah tertarik pula. Bahaya!
“Kak ni dah kenapa? Tak dengar kah?”
Isha sandar di tiang gazebo. Kedua-dua tangan di seluk ke dalam poket jubah.
Aip, bila pula Isha muncul? Bukan tadi Isha rehat di bilik ibukah?
“Maaf, kak tengah fikir perkataan apa nak letak.” Issh, pandai betul Cik Akal kelentong.
“Saya jawab call ni kejap.” Ujar Qays apabila iPhone miliknya berbunyi. Dia berjalan pergi.
“Kak, kita kena balik. Abah hantar mesej, dia ada di rumah.” Isha berdengus kecil.
“Laa kenapa? Bini muda dia mana?” Ifza berdiri dan dekati adiknya.
“Manalah Isha tahu.”
Isha lontar pandangan ke taman di mana ibunya sedang melayan mesra beberapa orang kanak-kanak melukis. Dia senyum pahit. Ibu dah lain.
“Ibu tak perlu kita.” Ujar Isha perlahan.
Terkejut Ifza mendengar. Dia melihat ibunya. Dia faham maksud Isha. Ibu dah bina kehidupannya di sini. Anak-anak di sini dah jadi keutamaan ibu.
“Kita anak dia. Tentu sekali dia perlu kita seperti mana kita perlukan dia.”
“Sampai bila keadaan ini nak berterusan kak?”
“Maksud Isha, sampa bila ibu nak lari daripada abah?”
“Iya. Ibu masih tidak mahu abah tahu di mana dia berada. Letak saja alasan ibu, sebab dia masih marah, masih kecewa tapi bagi Isha, ibu masih sayang abah. Perasaan sayang itu yang buat ibu tak boleh nak berdepan dengan abah. Ibu takut dia lemah. Kelemahan yang dia rasa akan jerat diri dia dengan kehidupan yang lalu.”
Sayu Ifza mendengar. Ibu tak nak dijerat. Mungkin ibu nak bebas daripada abah. Ya Allah...
Qays kembali dan menyandar di tiang gazebo. Silang tangan di dada. Lihat Ifza dan Isha. Bukan main serius kedua-duanya. Kenapa?
“Abang Qays, kami nak balik.” Ujar Isha sebelum melangkah pergi dengan muka monyok.
“Apa hal pula nak balik?”
Qays tercenggang. Baru pagi tadi mereka tiba, dah nak balik? Mereka sepatutnya habiskan hujung minggu di sini seperti minggu-minggu yang lepas sejak mereka tahu Auntie Iqah di sini. Ifza dan Isha akan tidur bersama ibu mereka. Dia pula tidur di hotel berdekatan.
“Abah kita orang ada di rumah.” Ujar Ifza.
Dia mula mengutip blok-blok huruf ke dalam karung dan masukkan papan Scrabbles ke dalam kotak.
“So? Biarlah dia kat rumah tu.” Qays merungut. Geram. Issh rosak rancanganya.
“Encik Qays, lelaki kan penakut. Mana boleh tinggal kat rumah sorang-sorang. Mereka takut hantu tapi sebenarnya mereka tu yang hantu.”
Ifza ketawa. Mana mai dialog tu? Siapa ajar?
“Funny!”
Sakit hati Qays bila Irfa terus ketawa. Berani betul gadis ni jatuhkan status lelaki.
“Biar Isha balik, awak tinggal sini. Saya dah atur rancangan untuk kita berdua.”
Ifza terkebil-kebil. Rancangan apa? Masalahnya, kenapa mereka berdua saja?
“Jangan mengarut.”
Ifza angkat kotak Scrabbles yang telah di susun kemas. Dia hanya senyum bila mendengar Qays melepaskan keluhan kasar.
“Ifza.” Haziqah melangkah menaiki anak tangga kazebo. Kerisauan terpapar di wajah.
“Ibu, kenapa ni?” Ifza letak semula kotak Scrabbles di atas meja. Dia raih tangan ibunya.
“Ibu risau tengok Isha. Masam saja muka dia. Ibu panggil pun, dia buat tak tahu. Dia ada masalah kah?”
“O fasal Isha. Abah hantar mesej kat dia. Abah kat rumah. Suruh kita orang balik. Mungkin dia tension sebab itu.”
Haziqah tunduk. Suami ada di rumah sedangkan dia... di sini. Ya Allah...
“Ibu pergi minta maaf kat dia. Ibu tak sepatut susahkan sesiapa begini.”
Haziqah mula nak melangkah tapi langkahnya terhenti bila Ifza memaut bahunya.
“Tolonglah bu, berhenti minta maaf. Ibu tak salah pada Isha, pada Ifza mahupun pada abah. Tak perlu ibu hukum diri sendiri sebab ibu suka berada di sini.”
Ifza memeluk ibunya. Air mata dah berenang di kelopak mata seperti ibunya.
“Ibu berhak bahagia.” Bisek Ifza. “Ibu jangan susah hati fasal Isha. Tahulah Ifza handle dia.”
Haziqah angguk lemah. Dia akur dengan kata-kata Ifza. Ifza seorang kakak yang baik.
“Dahlah, ibu pergi melukis. Ifza nak naik atas.”
Dia tak boleh biarkan mood Isha ganggu perasaan ibu. Ibunya melangkah semula ke laman. Ifza ambil kotak Scrabbles untuk disimpan semula. Qays tidak kelihatan. Hai, ke mana pula lelaki tu. Nasib baiklah kali ini dia ke sini dengan memandu kereta sendiri. Berkeras tak nak ikut naik kereta Qays seperti minggu-minggu yang lepas.
Di bilik Ifza dekati Isha yang sedang termenung di jendela. Dia menyentuh lengan Isha.
“Isha masuk tadi tanpa pedulikan panggilan ibu. Isha tak dengar atau Isha sengaja buat tak dengar?”
“Dengar tapi... Isha...” Ayat Isha tergantung. Rasa berdosa.
“Sengaja nak sakiti hati ibu.” Ifza sambung. Itu kenyataannya.
Isha pejam seketika. Bila diangkat kelopak mata, air matanya mengalir.
“Isha minta maaf.”
“Minta maaf pada ibu. Kita tak berhak hukum dia hanya kerana dia nak duduk di sini. Bukan dengan kita.”
“Tapi ibu macam buang kita kak. Sama macam abah. Kita tak penting pun. Mungkin bagi kakak ok tapi tak bagi Isha. Hati Isha sakit kerana Isha sayang mereka. Terlalu sayang. Tapi mereka kecewakan Isha.”
“Isha selfish.” Ujar Ifza perlahan.
“Ok, kak boleh kata Isha selfish tapi... tak salahkan? For once kak, Isha nak rasa yang Isha ni penting. Yang diperlukan. Yang somebody dalam hidup mereka. Bukan insan yang diikat dan diletak tepi bila mereka ada masalah. Yang hanya kena faham. Kena terima. Tak adil.”
Ifza tercenggang. Ya Allah... inikah perasaan setiap anak bila ibu bapa mereka berpisah. Lebih teruk bila ibu bapa mereka dengan senang hati nak bina rumah tangga lain demi kebahagiaan diri mereka sendiri. Rela atau tak, anak-anak ini kena terima. Siapa yang selfish?
“Kak faham. Tapi, Isha beri ibu masa, ok? Kalau Isha tension begini, kakak takut ibu lagi tension tengok Isha. Kalau dia jatuh sakit, macam mana? Kasihan dia.”
Isha raup wajahnya. Sama sekali bukan niatnya nak sakiti hati ibu. Ah, kenapa dia begini? Sejak semenjak ni dia terlalu emosi.
“Isha tension ni, bukan hanya sebab ibu dan abah kan? Ada sebab lain.”
“Mana ada.”
“Kakak tak percaya. Semalam Isha sebut nama Faaz dalam tidur.”
“Merapulah kak ni.”
“Isha, kakak tidur sebelah Isha. Bukan sekali tapi tiga kali. Isha seperti marah dia. Apa Faaz buat dekat Isha? Jangan kata tak buat apa.” Ifza tuding jari dekat batang hidung adiknya.
“Ok, dia kata dia cinta Isha. Dia nak kahwin dengan Isha. Dia tak kan berputus asa selagi Isha tak jadi isteri dia.” Isha lepas keluhan. Sedar kakaknya akan meletup pasal ini.
“What!” Meletup suara Ifza. Lelaki tu memang dah tempah maut.
Isha tak tunggu. Cepat-cepat capai beg galasnya sebelum kakaknya meletup. Dia keluar cari ibu. Tubuh ibu dipeluk erat sebaik saja dia menemui ibunya. Dia akui kesilapannya. Dia seharusnya letak perasaan ibu dahulu. Tak boleh ambil risiko ibu sakit sebab sikap pentingkan diri sendirinya saja.
Nasib baik sepanjang perjalanan pulang ke rumah, kakaknya tidak banyak bicara. Tak sentuh langsung bab Faaz. Tapi dia yakin kakak tentu dah rancang sesuatu. Apa agaknya?
Oh ya, Abang Qays juga ikut balik KL. Sekarang ni kereta Abang Qays ada di belakang kereta mereka. Katanya nak pastikan mereka balik dengan selamat. Peliklah Abang Qays ni. Mereka bukan budak-budak.
Hai, inilah padah kalau hidup kejar cinta manusia. Bodohkan diri sendiri.
Iyakah? Macam kena batang hidung sendiri saja. Dia senyum. Memang betul pun. Tapi sekarang dia dah pandai. Faaz yang bodoh. Kejar cintanya.
Ha ha ha... Sedih....
Tiba saja di rumah, Ifza dan Isha terus ke bilik. Letak beg galas masing-masing sebelum turun semula ke bawah. Hairan bila kedengaran suara budak. Suara dari televisyen agaknya. Emm pelik. Abah dah mula minat tengok dramakah?
“Ifza, Isha masuk tak beri salam pun.” Tegur Hafiy. Dia letak piring yang terdapat potongan buah tembikai di meja kecil di tepi sofa.
“Papa, Ariq nak ais krim.” Teriak Ariq dari ruang tamu.
Lantunan suara Ariq bagai halilintar yang menerjah gegendang telinga Ifza dan Isha. Pucat kedua-duanya. Rumah mereka telah dicerobohi musuh. Kepucatan di wajah diganti dengan kemerahan tak kala muncul Nida dan Ariq. Nida terus merangkul lengan abah mereka. Pancarkan riak sinis yang menunjukkan dia berhak berada di situ. Rumah ini rumah suaminya.
“Keluar! Jangan pijak rumah ni lagi!” Isha jerit. Tajam melihat Nida.
Berdesing telinga Hafiy. Baginya Isha tak berhak nak halau sesiapa. Ini rumahnya.
“Isha, jangan kurang ajar!” Dengus Hafiq. Digenggam kasar lengan Isha.
“Abah yang buat Isha kurang ajar. Dulu Isha sayang, hormat abah tapi tidak lagi!” Isha menolak tangan abahnya. Hati dipahat sayu. Tidak pernah abah bersikap kasar begini.
“Dengar sini Isha, terima hakikat yang Nida ini ibu tiri kamu dan Ariq adik kamu. Mereka juga berhak berada di rumah ini.”
“Abah juga terima hakikat yang Isha dan mungkin ibu juga tak mahu hidup dengan abah. Isha tak akan tinggal dalam rumah ni lagi.”
Hati Hafiy ibarat ditoreh. Berdarah luka. Betulkah Haziqah tidak mahu hidup dengannya lagi? Ya Allah...
“Isha dah lah. Apa pun dia abah kita.” Isha cuba menenangkan adiknya.
“Abah apa kak? Dia pedulikah perasaan kita? Lebih-lebih lagi perasaan ibu. Kak ingat abah ni kesah lagikah tentang ibu? Agaknya kalau kita letak mayat ibu depan dia pun sekarang ni, dia tak kesah...”
Panng...
Secepat tangan yang menggayun ke pipinya, secepat itu juga Isha melangkah ke belakang. Kesakitan di pipi tak boleh dibandingkan dengan ribuan kesakitan yang menghancurkan hatinya.
“Jangan hina abah!” Terketar-ketar tangan yang menampar anaknya. Inilah pertama kali
“Abah yang hina kami dengan bawa perempuan tu ke sini!”
Isha melangkah keluar. Langkah dipercepatkan bila terasa air mata mula mengalir. Dia tidak akan menangis depan abah. Lebih-lebih depan perempuan yang musnahkan segala-galanya.
“Ifza juga nak jadi seperti Isha, salahkan abah?” Bentak Hafiy bila Ifza nak ikut jejak Isha. Kali ini menarik pula tangan Ifza.
“Abah sedar tak apa yang abah buat? Ini rumah ibu! Rumah kita orang!” Letus Ifza.
“Abah hanya nak satukan keluarga abah. Kalau Nida boleh terima, nak berbaik, kenapa kamu dan Isha tak boleh bergerak ke arah itu? Kamu dan adik kamu jangan selfish.”
“Siapa yang mula-mula selfish?” Ifza tembak soalan. Dia tarik tangannya dan terus keluar.
Hafiy menolak rambut ke belakang. Melepas keluhan kasar. Ugh, mula menyesal dengan tindakan sendiri. Ternyata Ifza dan Isha masih nak memberontak. Tak mahu terima kenyataan. Mereka dah besar kot. Bukan budak-budak tak cukup akal. Move on tak bolehkah? Bodoh!
Di luar, Ifza menoleh kiri kanan. Tidak ada. Nak buat apa sekarang? Ditepuk-tepuk dahi. Carilah! Pekik Cik Akal. Naik kereta? Tak payah, sebab kena masuk ke dalam untuk ambil kunci kereta. Dia sama sekali tidak mahu menghadap abah. Ah, cari dulu di kawasan sekeliling. Dia ambil langkah ke kanan. Berjalan melintasi beberapa buah rumah dan deretan kedai yang terdapat di hujung kawasan perumahan. Tak nampak pun kelibat Isha. Mungkin Isha ke kiri tadi. Mana nak jumpa. Diusap peluh yang dah mengalir hingga ke hujung dagu. Sekarang nak ke mana? Patah balik atau terus ke depan saja?Arg ke mana... Isha... Isha... Isha...
Tiba-tiba sebuah kereta berhenti di sebelahnya. Qays? Lelaki ni tak tahu balikkah?
Qays turunkan cermin kereta. Wajahnya serius. “Masuk.”
Ifza mendongak. Lurut dada. Cik Akal suruh sabar walaupun Cik Hati dah mula membakar dek kepenatan mencari Isha dan masalah yang abah bawa masuk ke rumah ibu.
“Masuk kalau awak nak jumpa Isha.”
“Huh? Awak culik dia?”
Buat apa Qays culik Isha? Baik culik dia. Betulkan Cik Hati?
Soalan bodoh apa ni Cik Ifza? Tendang Cik Akal. Pening dengan tuan tanah. Masalahnya, betulkan Isha dengan Qays dan kenapa Qays sekarang dah macam bom nak meletup?
“Masuk Ifza!” Meletus dua perkataan Qays.
“Ok ok” Ifza rasa tak guna nak berbalah. Tak faham kenapa Qays marah.
Qays terus memandu keretanya hingga ke taman permainan berdekatan. Dia parkir ke tepi dan keluar. Menyandar di pintu kereta dengan bersilang tangan di dada. Masih tension.
“Pergi cakap dengan adik awak.” Arahnya. Tala mata ke arah Isha yang sedang duduk di kerusi taman yang tak jauh dari mereka.
Ifza pantas mendekati adiknya. Duduk di sebelah.
“Isha ok?” Ifza melurut-lurut lengan adiknya.
“Nak ok apa kak! Kalau ibu tahu perempuan tu kat rumah kita tentu dia...”
Isha raut wajah. Tak sanggup nak teruskan ayat.
“Isha, kita kan ada untuk ibu. Kita jaga ibu.”
“Macam mana nak jaga ibu kak? Ibu lebih gembira hidup kat rumah amal tu. Bukan dengan kita. Abah pula lebih sebuk nak kita terima perempuan gila tu.”
Isha menyepak batu-batu kecil di depannya. Kalau boleh dia nak jerit sekuat hati. Ifza meraih tapak tangan Isha. Dia sedar sukar untuk dia menembusi kemarahan dan kekecewaan Isha. Dia sendiri tak tahu bagaimana nak atasi masalah mereka. Mungkin, kalau dia yang pujuk, ibu akan balik. Masalahnya kalau balik, tapi jiwa ibu tak tenang. Nak buat apa? Masalah akan lebih teruk kalau abah buat kerja gila bawa isteri muda balik jumpa ibu. Iyalah abah kan dalam proses nak satukan keluarga? Arghhhhh...
“Isha sabar yer. Kak akan cuba cari jalan selesaikan masalah keluarga kita.”
“Hanya satu saja jalan yang Isha nampak. Abah dan ibu ber...”
Ifza terus memeluk adiknya erat. Tidak benarkan adiknya habiskan ayat. Perkara itu tak kan berlaku. Tidak akan ada perceraian. Air matanya mengalir. Ya Allah...
“Isha, itu bukan jalan penyelesaian.”
“Kenapa tak kalau itu yang terbaik?” Isha renggangkan pelukan.
“Untuk siapa? Ibu, abah atau untuk Isha sendiri?” Tukas Ifza.
Dia kecewa dan geram dengan kata-kata adiknya.
“Untuk semua. Termasuk kakak.”
“Isha jangan merapu. Kakak tak kan biarkan...”
“Sebab kakak terlalu sayang abah. Kakak rahsia kecurangan abah daripada ibu sebab kakak tak nak berlaku perceraian antara mereka. Kakak tak nak abah tinggalkan kakak. Itu sebab sebenarnya, kan?” Ujar Isha perlahan.
Ifza berdiri kaku. Pucat. Jauh di dalam hati, itulah sebab sebenarnya. Dia terlalu sayang abah. Mungkin, lebih daripada Isha sayang abah. Penceraian akan buat abah tinggalkan dia. Dia senyum pahit. Dalam usia begini dia tak sepatutnya takut kehilangan abah. Bukankah dia dah dewasa untuk itu. Ya Allah...
Qays lepas keluhan. Sayu melihat Ifza yang dah melangkah pergi. Tak kesah dengan panggilan Isha.
“Isha biarkan. Beri dia ruang.”
Qays terpaksa menahan Isha. Pada hal kalau ikutkan hatinya, dia sendiri nak ikut Ifza. Tenangkan Ifza dalam pelukannya. Ah, ternyata akan semakin sukar untuk dia milik Ifza.
“Isha tak sepatutnya kata begitu.” Isha kembali duduk. Penyesalan meruntun di hati.
Qays terus melihat Ifza yang semakin jauh meninggalkan mereka. Berdoa Ifza akan balik ke rumah dan berdoa juga Uncle Hafiy akan bawa isteri muda dan anak mereka pergi. Tak perlu nak menyemak dalam rumah tu.
“Kenapa kakak Isha sensitif sangat fasal abah Isha?”
“Kakak terlalu sayang abah. Dulu masa kecil, kalau ibu beritahu abah nak balik, kakak yang paling excited. Awal pagi dah bangun. Mandi, siap dan tunggu depan pintu. Sarapan pun tak nak. Puas ibu pujuk sebab abah nak sampai rumah pun waktu tengah hari. Tapi kakak tak peduli. Tetap tunggu di situ. Tapi Isha taklah segila kakak. Isha siap boleh sarapan depan dia.”
Isha ketap bibir. Teringat tingkah kakak ketika tu. Baju yang kakak pilih semestinya yang paling cantik dalam almari mereka.
“Satu hari tu, kakak pulang dari sekolah dan terus masuk bilik. Masa tu kakak errr darjah lima kalau tak silap Isha. Isha ikut dia. Muka dia pucat. Isha tanya kenapa. Dia kata kawan baik dia, Lutfia menangis kat sekolah. Papa dan mama Lutfia tu baru bercerai. Papa dia nak ikut isteri baru ke Mesir. Tinggal kat sana selama-lamanya. Lutfia kata papa dia dah tak sayang dia. Buang dia. Memang betul pun kata Lutfia sebab papa dia langsung tak balik tengok dia walaupun setelah mama dia meninggal dunia. Lutfia terpaksa tinggal dengan nenek dia.”
“Itu yang kakak Isha takutkan. Perceraian.” Ujar Qays perlahan. Ahhhh lagi satu penolakan.
Isha tunduk. Dia juga tidak mahu penceraian berlaku. Tapi, kalau sikap abah yang terus-terusan pentingkan isteri muda. Tak kesah tentang ibu, bukankah penceraian itu jalan terbaik?
Sementara itu Ifza telah pun sampai ke pintu pagar rumahnya. Dia tidak masuk. Sekadar berdiri. Dia termangu. Fikirannya kusut. Kata-kata Isha bermain lagi. Bagaimana kalau penceraian benar-benar terjadi? Abah dah tentu akan menjauhkan dirinya. Ya Allah...
Kita doa perkara tu tak jadi. Pujuk Cik Hati. Ibu tentu tak kan berpisah dengan abah. Ibu cinta abah. Cinta yang abah dah retakkan. Jentik Cik Jantung. Ah tak apa. Dia perlu cakap dengan abah. Desak abah tawan hati ibu semula. Masalahnya ibu belum bersedia nak jumpa abah. Tolak Cik Akal. Nak tawan macam mana. Ish, susah macam ni!
Ifza menolak pintu pagar. Buka pintu depan. Terpa suara tinggi ibu tirinya.
“Anak you memang kurang ajar. Dia orang ingat I nak rumah ni. Mereka tak tahu rumah yang you beli dekat I, dua kali lebih besar daripada rumah ni.”
Nida cekak pinggang. Geram bila suaminya pertahankan tindakan Isha. Suruh dia sabar. Sampai bila? Hah!
“Kalau dah besar, pergi balik!” Muka Ifza dah merah. Sombongnya perempuan ini.
“Ifza.” Hafiy berdiri. Issh bakal berlaku amukkan lagikah? Pening macam ni.
Ifza melangkah ke biliknya. Geram. Awal-awal lagi abah dah tak adil. Sayang sangat dengan isteri muda. Itu belum lagi anak lelaki kesayangan penyambung zuriat abah. Mungkin semua harta abah dah letak nama budak tu. Eee sakitnya hati. Dia terus capai beg tangannya dan Isha. Ambil kunci kereta dan terus keluar.
Ke mana nak bawa adiknya? Tentu sekali tak boleh balik ke rumah amal. Ibu tak boleh tahu sama sekali abah tega bawa perempuan tu ke sini.
Dia juga tak boleh ganggu Qays. Hai, kenapalah lelaki itu sentiasa ada masa dia hadapi masalah keluarga. Tak faham betul. Arg...
Hahaha satu lagi bab hari ini just for you guys. Esok kena travel. Balik hujung minggu. So, mungkin tak boleh nak update cerita ni. Anyway, yang kerja, happy working. Yang rajin membaca, enjoy yourself. Hopefully bila saya start semula, ada lebih banyak follower. Hahaha... keep dreaming...
Share this novel