Jari dah ketuk-ketuk meja. Irama sebaris tap tap tap tap. Emm dah berkali dah tap tap ni. Tak muncul-muncul juga. Lihat jam. Dah masuk sepuluh minit. Sepuluh minit dah rasa seperti sepuluh tahun. Boleh berjanggut.
“Encik Faaz nak apa?” Soalan terpa sebaik saja masuk.
“Nak awak.”
Ah, soalan itu sepatutnya tak boleh diguna pakai Isha. Sebab?
Faaz akan beri jawapan yang sama. Dah sinonim jawapan itu dengan soalan tu. Gila.
“Dah lambat. Saya dah bertunang. Jadi jawapan tu dah tak relevan.”
Oops dialog kali ini lain tapi dengar tersangat ok. Pandai Cik Akal bagi jawapan.
“Tunang. Bukan kahwin. Bermakna saya masih ada peluang Cik Ifza. Lagipun mana cincin tunang awak?”
Faaz tala anak mata tajam ke jari manis Isha. Nak buat ayat pun, logiklah sikit.
“Pertunangan ini di tulis di atas kertas. Tak perlu cincin. Merisik pun tak payah. Nikah bila tiba masanya. Oh ya, Encik Faaz tak dijemput ke majlis pernikahan saya nanti.”
Isha sengit bibir. Wah, semakin pandai Cik Akal atur dialog. Sekejap, kita kena cari lelaki untuk jadi tunang kita. Siapa nak? Orang yang dah berpunya, tolong jangan angkat tangan. Kita nak single and available. Hormat hati kaum Hawa yang lain.
“Funny.”
“Oklah back to work. Kenapa Encik Faaz summon saya.”
“Malam ini kita dinner. Sambut my birthday.”
What? Eh, siapa padam lampu ni? Gelap. Sebab dah aim nak candlelight dinner. Hah!
“Saya ambil awak kat rumah pukul... err.. lapan setengah.”
Ewah ewah memandai buat rancangan. Memang taklah dia nak ikut.
“No. Lagipun setahu saya birthday Encik Faaz dua hari lagi.”
Orang tua ni dah lupa tarikh agaknya. Issh nama pun nak tua lagi dua hari. Bukan nak muda.
“Tak salah saya nak sambut awal dengan awak. Awak kan kata kita kawan.”
Faaz berdiri. Dia berjalan dan berhenti depan Isha. Dia lepas keluhan. Dia dah penat dengan penolakkan gadis ini.
“Tell me Isha, are you scare of your own feeling? Maybe deep inside your little heart, there is still a little spark of love that belong to me.”
Mak ai ayat dia sentuh hati kita? Cik Hati jangan sibuk nak cari percikan cinta tu. Tak ada!
“Jangan mengarut. Macam inilah Encik Faaz, saya pergi kalau awak bawa Fadl. Saya bawa ibu saya. Ok?”
“Really?” Terbeliak Faaz. Mana boleh! Watak-watak extra ni kacau daun kot.
“Really. Saya tak kan tinggalkan ibu saya sorang-sorang di rumah. Encik Faaz juga tak boleh tinggalkan Fadl. Kasihan dia.”
Isha ukir senyuman nakal. Ok Encik Faaz, dah bersedia nak batalkah?
“Ok.”
Laa kenapa bos kata ok? Senyum pula tu. Ah, kalah kita. Masalahnya ibu awak nak ikutkah Cik Isha? Nak heret ibu jumpa Faaz? Kalau kakak awak tahu, mati awak.
Ah, tidak! Ini semua salah Cik Akal. Idea tak boleh pakai.
“Err... tak jadi. Encik cancel saja dinner encik atau lebih baik bagi saya cancel.” Isha dan panik.
Faaz ketuk dahi sendiri, kalau tak tangan dah menyinggah ke dahi Isha.
“You will be going to this dinner with me and Fadl or I will be knocking on your door until you come out. See what your mum have to say about that.” Tegas Faaz. Penat dengan kedegilan budak ni.
Whey kau orang rasa Si Faaz ni akan buatkah? Tengok muka tegang dia, macam ya saja.
“Fine! Encik Faaz hantar lokasi, saya pergi sendiri.” Dengan atau tanpa ibu. Isha dah pening.
Faaz pun pening. Boleh percayakah? Ah, percaya saja. Kalau tak muncul, tahulah dia nak buat apa.
“Ok. Just be there Isha.”
Eeee betullah bos ni dah jerat dia. Ah, bukan bos tapi diri sendiri yang jerat. Bodohnya masukkan ibu ke dalam masalah dia sekarang.
Ok tik tok tik tok maka berlaku juga makan malam Faaz dengan Isha. Oh ya dengan extra mereka, Fadl dan Haziqah. Fadl suka bukan main. Haziqah ikut sebab nak berdepan dengan Faaz. Dia akan letak titik jika Faaz sekadar nak main perasaan Isha sekali lagi.
Faaz terpaksa tukar tempat dari restoren di awangan hotel lima bintang ke restoren di tepi pantai. Buffet not candle light dinner. Ah, rugi.
“Auntie Isha, Fadl nak sate boleh?” Meliur Fadl melihat sate yang sedang dibakar.
“Boleh sayang. Jom kita pergi ambil.”
Isha raih tangan Fadl. Berjalan kedua-dua untuk dapatkan sate. Isha dah aim nak ambil cendol selepas itu. Emm aiskrim pun sedap juga.
“Isha dah sayang Fadl. Faaz tahukan?” Haziqah ambil peluang dengan ketiadaaan Isha.
“Ya.”
“Faaz juga tahu, Isha tu bila dah sayang, susah untuk dia lepaskan?”
“Ya.”
“Faaz sayang Isha?”
“Ya.”
“Tapi dia dah tak sayang Faaz.”
Tiga ayat soalan. Kenapakah yang keempat ini ayat nyata? Faaz mengeluh. Ah, Auntie Iqah dah temui cara yang terbaik untuk membunuh moodnya. Mungkin ini sebabnya Auntie Iqah muncul dengan Isha. Nak suruh dia berhenti ganggu Isha. Nak sakitkan hatinya.
“Faaz tahu. Salah Faaz. Faaz yang bodoh tinggalkan dia. Tapi Faaz nak menangi dia balik.”
“Faaz tak rasakan dah terlambat untuk itu semua?”
“Tak auntie. Faaz sedar Faaz tak sempurna. Tapi Faaz nak jadi sesempurna mungkin dalam sisa usia yang masih ada dengan Isha dan Fadl. Setiap doa Faaz, itu yang Faaz mohon kepada Yang Maha Esa. Faaz harap sangat auntie faham. Auntie sendiri lihat Fadl sayang Isha. Tolong beri Faaz dan Fadl peluang. Restui usaha Faaz unuk jadikan Isha isteri Faaz dan Fadl yang nak Isha jadi mama dia. Tolong doa kebahagiaan kami.”
Tersentuh hati Haziqah dengan pengakuan Faaz. Siapalah dia nak halang. Kebahagian manusia itu milik Allah. Bukan milik manusia. Lihat saja perjalanan hidup diri sendiri. Kebahagiaan bersama suami disangka hingga ke hujung usia tapi...
“Auntie, Fadl nak ais krim juga. Auntie kongsi dengan Fadl, ok?” ujar Fadl yang sudah sampai di meja dengan sepinggan sate. Isha pula membawa mangkuk yang mengandungi ais krim dan cendol.
“Tentulah sayang. Dah habis ais krim vanila ni, auntie ambil perasa coklat pula, ok?”
Seronok Isha layan Fadl. Issh, tak sabar nak makan semua perasa ais krim yang ada.
“Yes!” Fadl dah high five dengan Isha.
“Fadl tak boleh makan ais krim banyak-banyak. Selsema nanti.”
“It’s ok daddy. Auntie Isha boleh jaga Fadl kalau Fadl selsema. Kan, auntie?”
“Ha’ah kita selsema sama-sama.”
Isha ketawa. Paut bahu Fadl. Mai ai dialog budak manalah ni.
Haziqah tersenyum. Alhamdulillah, dia dapat melihat sendiri kegembiraan Isha bersama Fadl. Senyumannya semakin lebar apabila melihat riak wajah Faaz yang penuh harapan memandang Isha. Hai, mungkin Faaz sedang berdoa agar Isha menjadi isterinya. Hanya Allah Maha Mengetahui dan hanya Allah yang menentukannya
“Faaz, auntie doakan.” Semoga Allah izinkan Isha bahagia dengan Faaz dan Fadl.
“Doa apa bu?”
Terkebil-kebil Isha. Ish, Faaz ni cakap apa dengan ibu tadi? Tiba-tiba nak doa. Faaz sakitkah? Eh, tak kan kot.
“Doa semoga Allah bahagiakan kamu bertiga.”
“Hah? Kenapa pula bu?”
“Laa ibu tak boleh doakah? Kebahagiaan itu milik Allah. Ibu minta untuk semua terutama untuk anak ibu ni.”
“Ya Salam, peliklah dialog tetiba ibu ni.”
Eh, kenapa Faaz terlebih senyum? Ishh semakin pelik.
“Auntie, lekaslah ambil lagi ais krim. Tengok dah habis.” Fadl angkat mangkuk ais krim.
“Laa cepatnya Fadl makan. Kata nak share.”
Isha merungut sambil menguis hidung Fadl. Emm nak pergi ambil yang coklat pulalah. Eh, strawberi pun sedap juga.
“Let’s go then, my dear boy. Auntie ambil strawberi. Fadl ambil coklat.”
“Eh, daddy pun nak. Daddy nak perasa jagung.” Faaz ikut anak yang dah genggam tangan Isha. Teruja nak ambil aiskrim.
“Encik Faaz tak takut kena selsema? Kalau Encik Faaz sakit, saya tak jaga tahu.” Usik Isha.
“You will.”
“Nope.”
Isha mempercepatkan langkah apabila Faaz cuba menarik tangan Fadl. Hahaha malam ini Fadl dia punya.
Haziqah geleng. Hai, anak sendiri boleh pula tarik anak orang. Tarik anak orang kena tarik bapa orang juga. Macam mana tu?
Doa saja yang terbaik. Gerak suara hati. Doa agar Isha dan Ifza tidak terus menutup pintu hati mereka. Beri peluang kepada Faaz dan Qays. Kehidupan tak selalu menjanjikan kebahagiaan, tapi manusia tidak perlu takut untuk menjalani hidupnya. Mulakan dengan ungkapan Bismillah.
Oh ya, kena doa untuk diri sendiri juga. Sedih. Suami dah lama tak telefon. Bila dia telefon pun, suami tak jawab. Mungkin suami dah mula sibuk kerja atau dia dah memang tak diperlukan suami?
Ya Allah…
Ok dah nak landing cerita ini. Emm berapa bab lagi? Perasan tak hidup selalu ada butang "CARI". Cari rezeki. Cari kebahagiaan. Cari keikhlasan. Cari kesetiaan. Cari cari cari... emmm...
Share this novel