“Awal hari ni Isha.” Tegur Kak Yani. Dia tarik laci untuk simpan beg tangannya.
“Awal sikit saja daripada kak. Encik Zafri mesej semalam suruh check email dari Encik Tajuddin. Dia nak Encik Zafri sediakan paperwork untuk menyelesaikan hal undang-undang pembelian hartanah di Kedah sebelum dia berangkat ke US. Dia dah lampir beberapa dokumen. Saya nak print semua sebelum Encik Zafri datang ofis.”
“O ok. Kak bawa nasi lemak untuk Isha dan staf lain. Mak mertua masak. Dia datang cuti di sini seminggu. Lepas tu, dia nak terbang ke Brunei pula. Lawat anak sulung dia kat sana.”
“Wah, seronoklah Kak Yani. Untung dapat mak mertua baik.”
“Tahu tak pa. Nanti kak doa Isha dapat sebiji macam mak mertua kak.” Yani ketawa kecil.
Tak payah kot laung Cik Akal sebab kalau dapat mak mertua kena kahwin dengan anak dia dulu. Hai, lambat lagilah dia nak jadi isteri sesiapa. Pengalaman jadikan pengajaran. Haa gitu. Isha sekadar angguk. Tak payahlah nak komen. Nanti panjang cerita pula. Kerja tak jadi. Jadi dia mula kerja. Kak Yani dah berjalan ke pantri.
Setelah habis cetak, Isha kumpul semua dokumen dan letak di meja Encik Zafri. Keluar bilik saja, dia bertempung dengan Faaz. Masing-masing tidak mengucapkan selamat pagi. Senyum pun tak. Serius jer.
“Masuk pejabat saya.” Arah Faaz sebelum dia sendiri masuk ke pejabatnya.
Isha lihat jam di dinding. Belum masuk waktu kerja. Ada sepuluh minit lagi. Nak ikut atau nak buat degil? Isha pegang perut. Lapar ni. Nasi lemak mak mertua Kak Yani tu dah gamit-gamit panggil. Ah, buat degil jer. Isha terus ke pantri.
Mana dia? Argg pagi-pagi dah buat hal! Faaz dah seperti singa lapar. Dah boleh makan orang. Orang tu sudah tentu Isha. Tak boleh jadi. Dia keluar. Tak nampak batang hidung Isha. Terdengar suara di pantri. Hai, budak degil tu mesti di situ. Dia berkawat ke sana. Betul pun ada. Isha dan beberapa orang staf sedang menjamah nasi lemak.
“Isha in my room now!” Terjah Faaz.
Terkejut semua yang ada. Kecut perut. Pagi-pagi bos dah nak angin. Cuma Isha yang relaks. Dia dah agak
Faaz akan jadi singa pagi ini. Almaklum semalam dia tak layan langsung mesej mahupun panggilan Faaz. Isha ke sinki. Basuh sudu dan mug. Dah habis dia toleh melihat jam di dinding pantri. Ok tepat masa untuk bekerja.
“Ok jom.” Isha berjalan melintas Faaz. Bos ikut.
Staff lain lihat satu sama lain. Oops siapa bos sekarang?
Isha capai pen dan kertas. Sebab, PA kena ambil nota. Catat arahan bos. Dia masuk. Tarik kerusi. Duduk depan meja bos. Faaz masuk dan duduk di kerusinya. Dia sandar. Renung Isha.
“Saya cinta awak Isha.”
Isha dah agak akan ada episod ini. Lelaki ini tak kan lepaskan. Mesti nak menang.
“Saya dah pernah kata saya dah tak cinta Encik Faaz.”
Cik Jantung senyum sinis. Semalamkan dia dah bunuh ex dia. Faazlah tu.
“Saya tak percaya.”
“Itu bukan masalah saya.”
“Awak sengaja nak balas dendam, kan?”
“Macam inilah Encik Faaz, saya dah janji dengan Encik Zafri saya akan kerja hingga dia dapat PA baru. So tak ada istilah dendam. Encik Faaz tak akan jumpa saya selepas itu. I’m gone for good this time.”
Isha rasa nak ketawa dengan ayat sendiri. Hai, lari lagi! Mungkin kali ini dia boleh bawa ibu dan Kak Ifza tinggal di New Zealand.
“No you’re not leaving me!” Faaz panik. Issh kenapa Zafri pandai-pandai terima.
“Encik Faaz, you will get over it. Look kalau saya boleh, awak dah tentu boleh. Ini bukan kali pertama. Nisreena juga tinggalkan awak, kan?”
Cik Akal dan Cik Jantung dah hi-five. Cik Hati ikut hi-five. Tekad tak boleh lemah.
“Gosh you sure know how to throw salt on my wound.” Rungut Faaz kasar.
“I’m being realistic.”
Huh! Mahu saja dia goncang tubuh gadis ini. Masa ni nak realistik! Gila. Namun Faaz tak boleh ikut desakan hati. Dia perlu Isha mencintainya kembali.
“Ok, saya cinta Nisreena dan dia tinggalkan saya. Sekarang saya cinta awak Isha dan saya tak nak awak tinggalkan saya.”
“So saya duduk nombor dua dalam cerita cinta Encik Faaz.” Ujar Isha lebih kepada diri sendiri.
Dia senyum bengkok. Dari satu sisi ok lah baik tapi, dari satu sisi lagi sebaliknya. Cinta kedua? Di situ saja status cinta dia?
Faaz urut belakang leher. Ah, selalunya perempuan tidak mahu duduk di tangga kedua di hati lelaki walaupun di belakang mak mertua sendiri. Tak boleh begini. Dia berdiri dan berjalan mendekati Isha.
“Isha, I love you. Please give me a second chance.” Ikutkah hati dia nak peluk Isha mesra.
“Tak boleh.” Isha berdiri dan berundur agar kerusi berada di antara dia dengan Faaz.
“Faaz.” Reeta masuk dan spontan pandang Isha. Issh pagi-pagi dah ada drama.
“Don’t you know how to knock Reeta?” Tanya Reeta tapi mata Faaz masih melihat Isha.
“Nope.” Reeta berdiri di belakang kerusi di antara Faaz dan Isha. Lihat Faaz.
“Damn it!” Laung Faaz kasar.
Ok, Faaz dah mula menyumpah. Isha rasa dia perlu angkat kaki. Anehnya selepas itu, Faaz dah tak sibuk nak panggil dia masuk bilik. Nak apa-apa, panggil staf lain. Emm agaknya Reeta dah berjaya takluki cinta Faaz. Faaz tak perlu dia. Dia, Kayla Farisha dah tak bernombor lagi dalam cerita cinta Faaz. Sedih. Ah, lantaklah. Dia di situ untuk berkerja, jadi kerja saja. Itu yang dia janji dengan kakaknya semalam. Kerja. Jangan layan drama Faaz.
Isha leka buat kerja hingga pukul enam. Tak sedar yang semua staf dah balik. Pejabat dah sunyi. Dia ambil begnya. Masa untuk dia sendiri balik. Dia menuju ke keretanya yang di parkir di bahu jalan.
“Issh apa hal pula tak boleh start. Pagi tadi ok jer.” Isha merungut. Dia buka bonet depan. Laa boleh tengok saja. Tak tahu nak buat apa.
Dia ambil telefon bimbit di dalam beg tangan. Nak panggil siapa? Kak Isha di Melaka. Abang Qays masih di
Tokyo. Habis tu nak minta tolong siapa? Abah? Kak Ifza kata abah di Singapore. Siapa lagi yang boleh tolong? Teringat Kak Yani. Emm minta Kak Yani rekomen mekanik yang boleh dipercayai. Takut kena tipu. Tapi belum sempat dia telefon Kak Yani, sebuah kereta berhenti di sebelah keretanya.
Ah tidak! Kereta Faaz. Isha tepuk dahi. Boleh tak dapat hero lain? Hun Haqeem satu!
“Kereta rosak.” Faaz keluar dan menyandar di pintu keretanya. Muka serius.
“Ya.”
Tak nampak pun Faaz nak tolong. Herolah sangat. Buang masa. Baik telefon Kak Yani. Tapi, belum sempat Isha telefon, Faaz dah tarik telefonnya. Issh pantas pula Faaz bergerak.
“Mekanik on the way.”
Isha terngangga. Bila Faaz telefon atau mungkin, ini rancangan Faaz? Faaz yang rosakkan.
“Sekejap, jadi awak yang rosakkan kereta saya?” Kecil besar Isha melihat Faaz.
“Ya. Sebab saya nak culik awak.” Faaz masih tayang muka serius.
Ok, ini lawak. Culik tepi jalan pada siang hari. Dengan orang ramai lalu lalang. Faaz nak tuntut apa? Cinta? Gilakah apa?
“Encik Faaz jangan buat kerja gila.”
Isha cuba mengambil telefon bimbitnya dari tangan Faaz. Malangnya Faaz dah masukkan ke dalam poket seluar. Jangan nak buat kerja gila selok pula! Cik Akal dah tendang sebab Cik Hati bukan main suruh selok.
Atan, mekanik yang Faaz telefon tiba dengan menunggang motosikal bersama kawannya. Lagak dia macam dah lama kenal Faaz. Boleh tepuk-tepuk belakang lagi.
“Cik, pam minyak kereta ni rosak. Motor kipas ni pun ada masalah. Saya kena tunda ke bengkel.” Ujar Atan setelah memeriksa kereta Isha.
“Errr... bila boleh siap.” Tak kan rosak teruk kot. Kereta baru beli jer.
“Tak tahu lagi cik. Apa-apa saya call cik.” Ujar Atan sambil menutup bonet depan.
Isha lepas keluhan. Laa macam mana dia nak travel pergi balik kerja? Boleh minta tolong Kak Ifza. Tapi, kalau Kak Ifza out station? Naik grablah nampaknya. Pokai lagilah bulan ni.
“Atan, apa-apa you call saya.” Faaz bisek di telinga Atan. Atan angguk.
Isha ke kereta. Ambil beg tangan dan beberapa barang peribadinya. Aip, satu lagi barang yang dia perlu, telefon bimbitnya yang ada pada Faaz.
“Bak handphone saya.” Isha tadah tangan. Faaz sekadar melihat.
“Saya hantar awak ke mana awak nak pergi, ok?”
“Ke tandas perempuan yang awak tak boleh masuk.”
Isha angkat kening sebelah. Dia pun boleh main ayat bodoh. Dah kenapa sibuk nak hantar. Bagi sajalah telefon dia.
Terdengar Atan di sebelah Faaz ketawa. Faaz jeling. Mula kepada Atan kemudian kepada Isha. Tak rasa lawak pun sebab masa sekolah dahulu, dia pernah masuk tandas perempuan sebab Isha cabar dia.
“Atan, dah pergi panggil towing truck. Isha, awak masuk dalam kereta saya.”
Atan ikut perintah. Isha bagaimana? Memang taklah dia nak ikut.
“Sekarang bukan waktu pejabat. Encik Faaz bukan bos saya kat sini.”
Hai, ingat Faaz nak hairan. Memang taklah. Dia pun degil.
“Masuk Isha kalau awak nak phone awak. Atau awak nak saya call kakak awak?” Ujar Faaz.
Dia masuk ke dalam kereta. Turunkan kedua-dua belah cermin kereta. Tunggu.
Isha ketap bibir. Menyusah betul! Mahu tak mahu Isha terpaksa masuk. Tak nak ambil risiko Faaz telefon Kak Ifza. Baik lawan cakap dengan Faaz daripada Kak Ifza yang anti betul dengan Faaz. Hai, kalau ada ibu, mesti ibu pertahankan dia dan sejukkan hati Kak Ifza tu.
Sebaik saja Ifza masuk, Faaz terus pandu keretanya. Ke mana? Soalan yang bagus. Tak cakap pun ke mana.
Diam saja. Telefon tak dapat juga. Isha semakin geram. Tak guna betul.
Beberapa minit kemudian baru Faaz keluarkan telefon dan letak di atas riba Isha. Riak tetap serius. Hatinya masih sakit dengan penolakkan Isha.
“Kita pergi makan.”
“Tak. Encik Faaz berhenti di 7-Eleven depan tu. Saya boleh ambil grab.”
“No way.” Tentu sekali Faaz tak ikut.
“Encik Faaz nak apa sebenarnya? Memang hobi Encik Faaz nak sakitkan hati saya.” Nada dah tinggi. Muka dah merah.
“Look who’s talking!” Faaz terlebih tekan minyak. Nasib baik di depan tidak ada kenderaan.
Whoa whoa cool down Cik Isha. Ujar Cik Akal. Faaz sedang tension tu. Tension sebab cintakah? Iya, sebab Kayla Farisha tolak cintanya. Hah, tensionlah sangat!
“Fine. Encik Faaz nak ke mana? Saya tak nak pergi makan.”
Faaz diam. Dia selawat ke atas Nabi Muhammad saw di dalam hati. Tenangkan diri sendiri.
Diam pula. Ok, Isha pun ikut diam. Dia mula baca Surah Ikhlas berulang-ulang. Ingat surah itu sebanding dengan sepertiga al-Quran. Hidup seorang mukmin kena ingat akhirat.
“Isha, can we start all over. Let’s be friend.” Ngomel Faaz. Toleh sekejap melihat Isha.
“Encik Faaz bos saya. Kita berhenti di situ saja.”
“Di ofis saya bos. Di luar awak tadi kata saya bukan bos. So?”
“Ini bukan zaman sekolah nak minta berkawan segala.”
“Betul. Tapi perangai awak tu macam budak sekolah. Fine, awak tak payah cinta saya. Jadi kawan saya atau itu pun awak takut?”
Faaz jongket kening sebelah. Itulah gaya dia dulu masa cabar Isha. Isha akan sentiasa sambut cabarannya. Berani tak kena tempat budak ni.
Eh eh lelaki ego ni cabar dia pula. Ah, setakat kawan nak takut apa. Dalam dunia persahabatan ada saja waktu nak berkelahi. Bukan sentiasa baik. Kawan boleh jadi musuh. Tikam kawan dari belakang. Betulkan?
“Ok.”
Isha teleng. Hai, bukan main Faaz tayang senyuman katak. Menanglah konon.
“Persahabatan ini akan bermula tujuh tahun akan datang.”
Isha smash. Terus senyuman katak hilang. Ha ha ha...
Belum sempat Faaz nak balas, Iphonenya berdering. Faaz tekan pembesar suara.
“Mak Esah nak apa?” terus meluru pertanyaan. Kacau betul Mak Esah ni.
“Encik Faaz, badan Fadl panas. Dia menangis-nangis nak Encik Faaz.” Suara Mak Esah kedengaran macam takut-takut.
“Ok saya balik sekarang. Suruh Mahat telefon Dr Jagdis. Kalau perlu suruh Mahat ambil doktor tu.”
Faaz matikan talian. Cemas dan bimbang fikirkan keadaan Fadl. Fadl jarang sakit. Tapi kalau dia sakit, memang teruk.
“Isha, saya kena balik. Awak...”
“Saya ikut awak.”
Isha panik bila dengar Fadl demam. Takut Fadl kena denggi seperti dia pernah kena dulu. Sakit gila.
Sebaik saja tiba. Isha terus ikut Faaz ke bilik Fadl. Dr Jagdis Singh sedang merawat Fadl. Mak Esah berdiri di sebelahnya.
“Daddy... kepala Fadl...sakit...” Fadl renget. Mukanya merah dan berpeluh.
“Fadl sabar ok. Daddy kan ada. Daddy akan jaga Fadl. Look Auntie Isha pun ada.”
Faaz duduk di sebelah anaknya. Usap peluh di dahi anaknya. Panas.
Isha dekati Fadl. Sambut tangan yang dihulurkan Fadl. Kasihan melihat Fadl.
“Doktor macam mana?”
Faaz berdiri dan menghadap Dr Jagdis Singh, doktor keluarganya.
“Suhu dia tinggi...”
“Denggi?”
Isha mencelah. Takut benar dengan penyakit tu. Dia duduk sebelah Fadl. Sentuh dahi Fadl. Panas. Kasihannya.
“No, err Cik...?”
“Isha. PA I.” Faaz perkenalkan Isha kepada Dr Jagdis.
Dr Jagdis senyum dan meneruskan bicaranya.
“Fadl tidak menunjuk sebarang gejala penyakit tu. Dia demam panas saja. I prescribe ubat demam dan antibodi untuk dia. Kalau suhu dia tak turun, you call me again ok Faaz” Dr Jagdis masukkan peralatannya semula ke dalam beg.
“Sekarang apa yang you boleh buat, lakukan tepid sponging. Guna air yang room temperature. Jangan guna air sejuk. Jangan bagi dia mandi Tunggu suhu dia turun dulu. Nanti you suruh Megat ambil ubat kat klinik I.”
Faaz angguk. Dia suruh Mak Esah beritahu Megat hantar Dr Jagdis.
“So, I balik klinik dulu. Anything you call me.”
Faaz dan Mak Esah ikut Dr Jagdis keluar. Isha temani Fadl. Beberapa minit kemudian Faaz kembali dengan bekas plastik yang mengandungi air dan tuala kecil. Lengan bajunya disingsing. Dia mula lap Fadl. Berhati-hati sungguh Faaz uruskan Fadl. Pastikan Fadl selesa.
Ok mengaku awak silap Cik Isha. Ujar Cik Jantung. Betul! Cik Hati setuju. Cik Hati tak habis-habis merenung Faaz. Puji Faaz. Pandai betul Faaz urus Fadl. Pokok pangkalnya Cik Hati dah cair. Cuma Cik Akal dok tegang urat. Faaz tu bahaya. Jadi abah yang baik tak semestinya boleh jadi suami yang baik! Jadikan kecurangan dan penipuan abah sendiri sebagai contoh. Betul. Cik Hati beralih arah. Cik Hati tak mahu dipermainkan lagi. Sakit.
“Encik Faaz, ini ubat Fadl.” Ujar Megat. Dia terus ke bilik Fadl sebaik saja dia sampai.
“Terima kasih Megat. Letak situ.”
Megat letak ubat di atas meja seperti di arah. Sebelum keluar dia kerling lihat Isha. Hai, setakat nak duduk jadi permerhati, baik balik. Menyemak saja perempuan ni.
“Fadl... tak nak ubat...” Fadl merenget.
“Fadl tahukan, nak sihat kena makan ubat. So, Fadl kena makan ubat ni.”
Faaz terpaksa bertegas kerana anaknya ini takut makan ubat.
“Tapi...”
Faaz lihat label di botol pertama. Ambil picagari ubat dan sedut jumlah ubat yang tertulis ke dalam sudu. Emm baru satu botol. Ada dua botol ubat lagi.
“No nonsense, boy. Cepat buka mulut.” Faaz dekatkan picagari.
Fadl tutup mulut. Geleng kepala. Rela kena marah daripda makan ubat. Hampir sepuluh minit Faaz dan Fadl mainkan episod kena makan dan tak nak makan.
“Errr boleh saya cuba?” Isha senyum bodoh. Bodoh, sebab dia tak pandai pun dalam bab ini.
Cik Jantung dah tampar Cik Hati. Ada hati tuan rumah nak cuba. Tengok Cik Akal dah pening. Korek kot-kot ada pengalaman berjaya pujuk budak penakut makan ubat dahulu. Memang tak ada. Nak buat apa ni?
“Be my guest.”
Serius kedegilan Fadl dah mula buat dia hilang sabar. Dia ambil tempat duduk di sofa berdekatan dengan tingkap. Bersilang tangan di dada.
“Fadl tak suka ubat yer?”
Fadl geleng. Tarik selimut ke paras dadanya.
Wah, mengerlip mata Isha tiba-tiba. Cara Fadl tarik selimut serupa macam Kak Ifza buat dahulu. Emm Kak Ifza dulu pun tak suka maksn ubat. Ibu buat apa? Isha senyum. Boleh cuba kot teknik ibu. Isha bisek sesuatu di telinga Fadl. Fadl ambil masa nak ikut tapi seminit kemudian dia duduk. Isha senyum walaupun Fadl tidak balas senyumannya.
Isha titis setitik ubat dalam picagari ke hujung jari telunjuk Fadl. Fadl rasa dulu. Ok ubat ini manis. Fadl ambil picagari dan masukkan ke dalam mulut. Tekan perlahan-lahan. Dah habis dia berikan picagari semula kepada Isha. Isha masukkan ubat kedua mengikut ukuran yang tertulis di botol. Ulang balik langkah tadi. Ubat ini ok jer. Taklah manis seperti yang mula tadi. Berperisa dan berbau oren. Ubat ketiga, Fadl tak nak makan. Pahit dan mempunyai bau yang Fadl tak suka. Kali ini Isha terpaksa bisek lagi sekali. Fadl angguk lemah. Dia muka mulut. Picit hidung. Isha masukkan picagari ke hujung mulut agar ubat itu tak terkena lidah. Jadi, Fald tak rasa kepahitan ubat itu. Yes, dia berjaya. Alhamdullilah. Isha berikan air untuk Fadl minum.
Faaz geleng. Dia berdiri dan dekati Isha. Apa agaknya yang dibisek Isha?
“Awak bisek apa, Cik Isha?”
Senyum lihat Fadl dah baring dan tarik selimut. Bersedia nak tidur.
“Eerr... Encik Faaz kena bawa Fadl ke Legoland bila dia dah sihat.”
Isha tayang lagi senyuman bodoh. Bodoh sebab dia buat tanpa mendapat persetujuan tuan punya badan.
Terngangg Faaz. Cis, main sedap mulut jer Isha ni!
“No.”
“Laa bawa pergi Legoland jer.”
“So, setiap kali dia kena makan ubat, saya kena sogok dia. Saya tak pernah dan tak akan buat begitu, Cik Isha.”
Faaz cekak pinggang. Geram. Tak mahu Fadl amalkan sikap nak habuan atau hadiah setiap kali dia suruh Fadl buat sesuatu. Tak ada keikhlasan nanti.
“Jangan nak geram sangat. Setidak-tidaknya Fadl dah makan ubat.”
Isha perhati Fadl. Aip, dah lena budak ni. Dia perbetulkan selimut Fadl.
“Kalau kita ada anak nanti, awak jangan memandai buat teknik janji ni. Lebih banyak kesan negatif dari positif.”
Faaz susun botol ubat. Emm dia sedar tak dialog dia tadi?
What! Anak kita? Ishh ini dah melampau. Sekarang Isha pula yang cekak pinggang.
“Jangan mimpi. Benda tu tak kan berlaku!”
“Mana awak tahu?”
Faaz dah mula nakal walaupun masih mengekalkan muka tegang.
Eh eh dia tahulah sebab dia yang nak beranak! Tapi kalau lelaki ini keluar bab takdir nanti, bakal kalah dia. Jadi jalan selamat, baik balik. Hari pun dah malam. Kalau Kak Ifza ada di rumah, bakal meletup pula bebelan Kak Ifza.
“Saya tahu. Dahlah saya nak balik.”
Masalahnya nak balik dengan apa? Boleh kot panggil Grap.
“Fine. Saya suruh Megat hantar awak.” Ujar Faaz.
“Err ok.”
Isha tak tunggu lagi. Ambil beg dan terus keluar. Harap-harap Megat tu dah ada di bawah. Megat hantar Isha balik. Malang bagi Isha, kakaknya dan tercegat di muka pintu. Hai, bengkaklah telinga dia kali ini.
Yes! Satu lagi bab. Kali ni lebih banyak kesah Isha. Emmm nak kemana bawa bab-bab seterusnya? Still thingking. Sabar yer pembaca. Anyway thanks for still reading this story.
Share this novel