“Kenapa ni? Sejak balik, kakak lihat Isha resah semacam. Qays buat apa-apa yang tak elok kat Isha tadi?” Soal Ifza serius.
Dia baring di sebelah adiknya sebaik saja mukanya yang ditampal bedak sejuk hampir kering. Bedak ni ibu sendiri yang buat. Rajinkan?
“Tak adalah. Abang Qays tu baik.”
Isha baring mengiring. Issh kakak ni tak habis dengan muka pedak sejuknya. Pakai sajalah masker muka.
“Iyalah tu. Habis ni fikir apa sampai muka berkerut macam monyet makan asam?”
Bandingan monyet? Melampau. Isha lepaskan nafas dari mulut. Bunyi whoosh. Kira kosong hingga sepuluh. Baru lapan, kakaknya dah tutup mulutnya. Ifza tahu cara pernafasan adiknya nak tenangkan fikiranlah konon.
“Isha, out with it.”
Isha tolak tangannya. “Kak, Isha jumpa Faaz. Dia salah seorang bos kat tempat Isha kerja..”
“What!” Tubuh melantun naik bersama satu perkataan tidak percaya. Dalam banyak-banyak orang kenapa Faaz tak guna tu!
“Sshhh kak janganlah jerit. Isha tak nak ibu tahu.”
“Isha nak buat perangai macam dulu lagi yer? Nak sembunyi daripada ibu?”
“Taklah. Isha cuma tak nak ibu susah hati. Bila semuanya dah ok, barulah Isha beritahu ibu.”
“Dah ok! Ok tu maksud apa? Isha jangan nak mula. Kan Faaz tu dah kahwin?”
“Dah cerai. Dia ada anak sorang.”
Oh tidak! Tidak sama sekali. Sudah berbunyi siren amaran di telinga. Ifza menarik muka adiknya agar melihatnya.
“Isha, jangan bodohkan diri sendiri nak harap Faaz balik kat Isha. Biarkan saja cinta Faaz tu mati. Don’t let him destroy you again. He’s not worth it.”
“Isha tahu. Percayalah kak, Isha tak kan jadi bodoh lagi.”
“So, berhenti kerja. Cari kerja lain.”
“Tak, Isha nak buktikan pada diri sendiri yang Isha kuat. Cinta Faaz dah mati. I’m totally over him!”
“Betul?” tanya Ifza.
Dia tidak boleh terima anggukkan Isha sebagai jawapan. Ini soal hati. Cinta adalah mainan hati yang paling bahaya. Dia tidak rela adiknya merana seperti dahulu.
“Apa yang betul?” tanya Haziqah yang muncul tiba-tiba. Dia berjalan masuk dan letakkan kain batik Isha yang telah dilipatnya di atas meja.
“Isha nak beritahu atau kakak?” Ifza naikkan sebelah kening. Tala anak mata ke arah adiknya.
“Isha saja.” Isha turun dari katil dan terus mendapatkan ibunya. Rangkul lengan ibu.
“Ibu, salah seorang bos tempat Isha kerja ialah Faaz.”
Tergamam Haziqah. Hati dah dipanah kerisauan.
“Berhenti saja, Isha. Cari kerja lain.”
Ifza senyum. Arahan ibu sama saja seperti arahannya.
“Ibu, maafkan Isha tapi buat masa ini Isha tak nak berhenti. Isha tak boleh lari setiap kali Faaz muncul dalam hidup Isha.”
“Anak ibu ni nak buktikan yang cinta Faaz dah mati dalam diri dia.” Sampuk Ifza.
“Kalau betul tak apa, tapi bagaimana kalau cinta yang dikatakan mati tu masih hidup? Masih sembunyi dalam hati anak ibu ni? Ibu tak sanggup lihat Isha derita lagi.”
Haziqah melurut rambut anaknya yang sanggup hidup berjauhan darinya bertahun-tahun sebab Faaz. Isha guna alasan nak sambung belajar. Hakikatnya Isha tidak dapat terima Faaz permainkan cintanya dan kahwin dengan perempuan lain.
“Ibu, Isha tak nak lari lagi. Isha kena face dia untuk move on. Ibu fahamkan?”
“Ibu faham tapi bagi ibu, Isha dah move on pun. Kepulangan Isha ke sini dah membuktikannya.”
“Betul tapi kalau Isha berhenti sekarang, Faaz akan kibarkan bendera kemenangan. Dia memang nak Isha berhenti. Isha tak kan biarkan dia menang bu.”
Laa apa hal anak kesayangan pusing ke situ. Hafiqah urut dahi. Fikir dulu.
“Ok ibu terima. Tapi ibu nak Isha janji, jangan berdendam dengan Faaz. Biarkan dia bahagia dengan isteri dia.”
“Masalahnya sekarang Faaz tu duda anak sorang.” Ujar Ifza.
“Haa! Isha…” Haziqah kembali panik.
“Issh, kakak ni sengaja tahu!” Dengus Isha.
Kakak ni dah macam batu api. Ifza hanya senyum nakal.
“Ibu tolonglah jangan macam ni. Takut pula Isha lihat muka ibu. Percayalah status Faaz tidak akan ubah pendirian Isha. Isha dah tak ada hati dengan dia.”
Haziqah meraup mukanya. Ok…dia boleh percaya Isha tapi bagaimana dengan Faaz. Mahunya Si Faaz tu merayu nak kat Isha balik, macam mana? Hati perempuan ni mudah berubah. Ah, tak boleh jadi! Faaz tidak boleh mempermainkan perasaan anaknya untuk kali kedua.
“Ini bukan soal percaya atau tak. Ini soal hati. Perasaan cinta ini bukan mainan Isha.”
“Ok macam ni lah bu. Isha akan main cinta tapi dengan lelaki lain. Bukan dengan Faaz. Kalau Isha menangis pun mesti rentak tangisan tu lain bunyinya.”
Eh, logik apa yang adiknya ni pakai? Bodohnya sanggup nak menangis kerana cinta lelaki. Ifza sama sekali tidak boleh terima.
“Tak perlu menangis...”
Ayat Haziqah tergantung apabila Ifza melintas masuk.
“Sebab tak perlu bercinta. Buang masa.” Bentak Ifza. Ah, dah melodramatik pula suasana begini gara-gara kaum lelaki macam Faaz tu.
“Ibu baik pergi tidur saja. Pandai-pandailah Isha ni tentukan hidup dia. Kalau esok-esok ni dia menangis hanya kerana cinta lelaki, kita sumbat saja mulut dia dengan kain. Buang dia dalam laut.”
“Pastikan kain tu bersih dan air laut tidak bergelora!”
Isha ketawa. Tidak marah dengan kata-kata kakaknya. Dia bertekad tidak akan menangis lagi sebab cinta. Lelaki macam Faaz tidak akan dibenarkan mengganggu ketenteraman hatinya.
Namun kenyataan tidak begitu. Ketenteraman hati mula goyah bila Faaz muncul setiap kali dia pejam mata. Sakit hati. Tak boleh biarkan hati ini ada Faaz. Dia toleh sana sini. Tak boleh tidur. Bila jam menunjukkan pukul tiga sepuluh minit, dia bangun dan buat solat tahajud dan solat witir sebelas rakaat. Dia dapat tidur sekejap selepas itu. Dia bangun semula bila telefon pintar bergema azan subuh. Usai solat dia terus bersiap untuk ke tempat kerja. Dia pakai baju kurung warna merah bersama tudung Fazura Asmara Manja.
“Wow, ini nak pergi kerja atau pergi perang?” Tegur Ifza.
“Pergi perang!” Isha ketawa melihat diri sendiri di cermin.
“Yes! That’s my girl!” Bagus, Si Adik ada semangat berjuang.
Penting, Kaum Hawa tidak boleh lemah. Kaum Adam tidak boleh sentiasa menang.
“Kak, kalau Isha bawa beg tangan merah ni ok tak?”
Isha mula gayakan beg tangan warna merah terik yang dibeli di New Zealand di depan kakaknya.
“Ok sangat. Jomlah kak boleh drop Isha kat tempat kerja.”
Isha capai beg galasnya dan mula melangkah ke arah pintu bilik
“Eh, tak apa. Abang Qays semalam kata dia nak hantar. Dia nak sarapan kat sini dulu.”
Bersahaja bicara Isha sedangkan dalam hati ketawa bukan main melihat perubahan riak wajah Ifza. Sekarang muka Ifza pula terlebih merah tanpa perlu mekap.
“Kenapa kena sarapan kat sini?” Dup dap dup dap Cik Hati berdegup kencang.
“Sebab dia nak lihat wajah sebam kakak pagi-pagi begini.” Usik Isha.
“Hah!” Meletus Ifza kuat.
“Kak Ifza jangan nak panik sangat. Kak pergi turun dulu. Isha nak betulkan tudung Isha ni. Nampak senget pula. Tapi ingat, ceriakan wajah kakak dulu untuk Abang Qays.”
“Hah!” Meletup satu perkataan lagi sekali sebelum Ifza buat kawat kaki menuruni anak-anak tangga. Isha ni mesti buat lawak. Masakan lelaki itu berani sarapan di sini.
Cis, lelaki itu memang berani! Dah bertenggek pun di meja makan.
Cik Ifza nak buat apa sekarang? Buat bodoh saja, Miss Brainy!
“Hai.” Tegur Qays. Sengihan pagi jadi penyeri wajah.
“Assalammualaikum, Encik Qays.”
Ifza beri salam dengan muka ketat. Berdiri di hujung meja. Mata tajam melihat tetamu yang tidak dijemput.
“ Wa'alaikumussalam Cik Ifza.” Salam disambut dengan ketawa.
“Laa Ifza kenapa tercegat kat situ? Sini, duduk.” Ujar Haziqah yang baru masuk dari dapur. Diletakkan semangkuk besar bihun goreng di atas meja.
“Rasa bihun ni. Baik benar Qays ni bawa untuk kita.” Disendukkan bihun goreng ke dalam pinggan.
Ifza terpaksa bergerak. Mengambil tempat duduk di sebelah ibu. Terpaksa pula makan bihun yang telah ibu letak di depannya. Hmm sedap.
“Sedap?” tanya Qays. Masih rajin merenung Ifza.
“Sedap.” Ifza jawab dengan jujur. Ibu kata soal makan tak baik bohong lebih-lebih bila dah masuk dalam mulut.
“Wah, Abang Qays dah nampak macam part of this family.” Isha masuk set dengan ceria. Mengambil tempat duduk di sebelah Qays.
“Really? That’s good. Ini, rasa bihun yang Abang Qays goreng sendiri khas untuk famili ni.”
Ifza yang sedang minum teh-O tersedak. Tersembur keluar. Biar betul burung helang ni yang goreng bihun
yang sedap ni. Menyesal tak bohong. Patut kata tak sedap tadi.
Qays pecah ketawa. Haziqah dan Isha tidak berani ikut ketawa. Tak nak spoilt mood Ifza pagi-pagi begini.
“Awak bohongkan?” Ifza tak nak percaya.
“Nope. For your info I’m a good cook.”
“Bestnya. Nanti bolehlah masak untuk kita orang. Isha dan Ifza ni tak tahu masak. Kita orang tak mewarisi kepakaran ibu.”
Informasi Isha buat Ifza macam nak ketuk kepala adiknya.
“Ruginya. Both of you should learn how to cook. Nak jadi isteri, mesti kena tahu masak.”
“Saya tak setuju. Kalau suami sendiri dah tahu masak, biarlah dia sendiri yang masak. Isteri boleh buat bodoh dalam soal ni.” Ifza lebih pantas atur ayat balas.
Isha hanya tersengih. Biarkan saja kakak mendominasi perselisihan pendapat. Seperti ibu, mereka berdua lebih suka jadi pemerhati.
“Mana boleh, Miss Ifza, haven’t you heard that you can get and keep your man through his belly.” Qays parkirkan sebelah kening di atas.
“Mr Qays, disebabkan saya tak nak belly any man so, saya tak perlu susahkan diri sendiri nak keep any troublesome man’s belly with me.” Isha juga pakirkan sebelah kening di atas.
Qays ketawa lagi sekali. Hah, tak nak belly any man! We’ll see about that!
“Rugi. Awak tahu tak, seorang lelaki boleh bahagiakan 4 orang wanita.”
“Bagi saya, seorang lelaki yang ego seperti awak boleh jadi a pain in the ass bagi puluhan wanita. Lebih baik awak jangan kahwin.”
“Ifza!” Terkejut Haziqah dengan bentakan anaknya.
Isha tidak dapat bertahan lagi. Ketawanya memenuhi ruang makan.
“Bravo, my sister sure know how to fight, right Mr Qays?” usik Isha.
“Yap. Itu yang buat Abang Qays nak sangat dapatkan dia. If I get her, I make sure she learnt how to cook.” Qays tidak mahu mengalah. Menatap mata Ifza yang semakin menarik perhatian.
“IF - is a big word Mr Qays. IF - that will never happen.” Balas Ifza. Hati semakin panas.
“Wanna bet, girl?”
“Saya bukan girl awak. Jadi, tak payah saya nak rosak mentaliti saya dengan bet gila awak tu.” Getus Ifza.
“Dahlah buang masa saja layan awak. Ibu, Ifza pergi kerja dulu.” Ifza bangun dan salam ibunya.
“Bye kak.”
Isha hanya gerakkan dua jarinya. Senyum melihat wajah kakak yang masih merah. Hai, macam mana agaknya kalau kakak kesayangan benar-benar jadi isteri Abang Qays? Nampak gaya seperti Abang Qays yang kena masak.
“Bye.” Ifza balas.
“Bye sayang.” Usik Qays.
“Bye orang gila!” Laung Ifza geram.
Haziqah geleng. Hai kenapalah perangai buruk Ifza terhadap Qays ni menjadi-jadi?
“Auntie, umi beritahu auntie tentang majlis derma anak-anak yatim dia tak?” Soal Qays. Tidak ambil hati dengan laungan Ifza.
“Ada. Auntie dah beritahu umi Qays, kalau boleh auntie nak pamerkan beberapa lukisan auntie hari tu. Mana tahu ada yang sudi beli. Hasil jualan lukisan tu bolehlah auntie dermakan kepada yayasan anak yatim umi Qays tu. Auntie dah dapat kebenaran suami auntie. Jadi senanglah sikit kerja auntie nanti.”
“Mesti ada yang beli. Lukisan ibu ada kelas tersendiri.”
Puji Isha. Lukisan ibu, baginya memang menarik dan cantik.
“Boleh Qays lihat?”
“Boleh tapi lukisan auntie semuanya auntie tak frame. Maklumlah hobi melukis ni sekadar suka-suka saja.”
“Tak mengapa auntie. Auntie pilih yang mana auntie nak derma, nanti Qays framekan.”
Terbit rasa kegembiraan, teruja tapi takut juga kemungkinan lukisannya tidak mendapat sambutan langsung. Haziqah memang teringin hendak pamerkan karya lukisannya.
“Ibu, boleh tak petang nanti Abang Qays datang balik tengok lukisan-lukisan ibu? Isha takut lambat pula Isha sampai ke tempat kerja.”
“Iyalah tapi Qays ok tak?”
“Ok auntie. Saya boleh ambil Isha lepas dia habis kerja dan terus ke sini.”
Qays setuju saja. Mana tahu petang nanti bila dia sampai, Ifza dah ada kat rumah. Bolehlah dia menjamu mata.
“Abang Qays tak kan tolak punya ibu. Itu mesti dah bayangkan kebahagiaan nak jumpa Kak Ifza lagi.”
“Betul.” Qays tak nafikan. Tersengih melihat Isha.
“Let’s go r boy or we’ll be late.”
Desak Isha sampil menyalami tangan ibunya sebelum melangkah ke luar.
Alhamdullilah satu lagi bab. Sekarang dah mula kait. Hmm... lepas ni apa yer?
Share this novel