Hari ini Isha mula kerja walaupun Encik Zafri suruh dia ambil cuti untuk beberapa hari lagi. Datang kerja bila benar-benar ok. Tapi dia tidak mahu tinggal di rumah sorang-sorang. Kak Ifza terpaksa kerja. Tak boleh cuti. Tak ada staf nak ganti tempatnya. Abang Qay bising suruh Kak Ifza berhenti kerja. Kerja saja dengan syarikat Abang Qays. Abang Qays sanggup beri gaji dua kali ganda daripada gaji Kak Ifza sekarang, Tapi Kak Ifza tak nak. Tolak tuah betul Kak Ifza tu. Iyakah tolak tuah atau, Kak Ifza yang bertuah sebab tidak ada lelaki yang dia benarkan pegang hatinya walaupun lelaki itu Top 10 seperti Abang Qays? Emm...
Isha sandar. Tak payah fikirlah. Pandailah Kak Ifza urus Abang Qays tu. Sekarang ini, dia rindu ibu. Sunyinya hidup tanpa ibu. Auntie Seena masih tidak mahu memberitahu mereka di mana ibu berada malah menasihati dia dan Kak Ifza teruskan rutin harian. Beri ibu masa ubati hati sendiri. Bila ibu benar-benar dah bersedia, ibu akan balik. Isha lepas keluhan. Masalahnya bila? Sebulan. Dua bulan. Setahun. Dua tahun. Mungkin, lebih daripada itu.
Dia senyum pahit. Dulu dia juga begitu. Lagi teruk, lari hingga ke New Zealand bertahun-tahun. Jadi profesor ulat buku yang bertauliah hingga semua subjek dia lulus dengan cemerlang. Setelah habis belajar, masih tak nak pulang ke tanah air. Dapatkan kerja dan bekerja tidak kira waktu. Sukarela tawar diri jika ada staf yang tidak mahu buat kerja lebih masa. Semuanya sebab nak tampal hati yang berlubang-lubang dek cinta Faaz.
“Awak ok?”
Ah, speak of the devil! Isha seperti hendak tembak insan yang bertanya. Terasa bagai baru semalam Faaz menyakiti hatinya. Bunuh cintanya.
“Awak pekak?”
Diam Isha menguak luas pintu kemarahan Faaz. Tersembur keluar kemarahan yang dipendam sejak Qays memberitahu Isha MC. Apa hal Qays pula yang sibuk? Zafri boleh beritahu pula, Qays yang bawa Isha ke klinik dan jaga Isha tengah-tengah malam. Memang melampau!
“Saya ok dan tak pekak lagi. Encik Faaz nak apa?”
Isha ambil pen. Ketuk-ketuk atas kertas kosong di atas meja.
“Saya nak awak.”
“Go to hell!” Tiga perkataan dilontar kasar.
“Nope, saya nak ke syurga dengan awak.”
Faaz merenung bibir Isha. Tunggu bibir itu melingkar senyuman yang paling manis seperti dahulu. Ayat itu antara ayat yang dia berjaya tawan hati Isha. Masakan Isha lupa?
“Whatever.” Dengus Isha.
Bohonglah kalau dia kata dia tak ingat ayat itu. Tapi, dia dah lama tolak ayat-ayat jiwang itu ke hujung dunia. Kalau boleh dengan Faaz sekali. Itu pun kalau hujung dunia itu ujud seperti mana ujudnya keikhlasan cinta Faaz kepadanya.
Isha tarik papan kekunci. Buka email. Berderet mesej. Dia lepas keluhan. Kalau ikutkan hati, dia nak berhenti kerja. Nak bekerja semula di New Zealand. Di sana...
Lari lagi Isha? Kali ini daripada siapa? Bukan sebab Faaz, kan? Jadi, setiap kali masalah muncul depan muka, awak nak lari? Awak kata nak kuat, tak nak lemah, mana dia? Lagi sekali awak nak kecewa ibu awak? Kejam.
Isha pejam seketika. Suara hati mengutuk diri sendiri. Tak boleh lari. Terima kenyataan.
Ah, buat saja kerja hingga penat. Dia kan pakar dalam soal tu. Penatkan diri hingga tidak ada lagi ruang hendak fikirkan apa-apa, nak rasa apa-apa. Boleh jadi manusia berhati robot.
“Masuk pejabat saya Kayla Farisha.” Arah Faaz.
Ok. Isha ikut. Mood whatever dibawa sama. Duduk di kerusi depan meja. Mata jatuh atas kertas kosong yg dibawa. Tidak hairan hendak mendongak tengok bos yang asyik merenung wajahnya.
“Saya serius, saya nak awak balik Isha. Saya nak awak jadi isteri saya. I love you Kayla Farisha.”
Ok, dia dah cakap. Dah luahkan isi hati sejak Isha kembali ke dunianya. Serius dia nak Isha.
Isha ketawa pendek. Sumbang. Tidak ada saringan gembira mahupun bahagia. Cuma yang ada kesakitan dan keperitan. Lelaki ini tetap sama. Ego. Pentingkan diri sendiri.
“Awak nak? Jadi apa yang awak nak, saya kena ikut. Macam tu kah Encik Faaz?”
“Isha, please…”
“Orang kata, masa boleh menyembuhkan hati yang luka. Betul. Tapi untuk melalui setiap detik masa itu amat menyakitkan. Kesakitan bagai tidak mahu berhenti. Bertahun, penolakan dan penghinaan awak menyeksa jiwa saya. Saya akui bukannya mudah tapi saya berjaya. Sebab, saya tukar cinta jadi kebencian. Saya benar-benar benci awak, Faaz. Sepatutnya dari awal, awak tidak berhak dapat cinta saya.”
Isha keluar. Tidak perlu nak lanjutkan episode ini. Dia tidak percaya lagi pada cinta lelaki. Mereka tidak akan setia. Buktinya, cinta murahan Faaz dan abah sendiri.
Isha ambil beg. Masuk ke bilik Encik Zafri. Dia minta kebenaran untuk ambil cuti hari itu. Alasannya, dia masih sakit. Memang jiwa dia tengah sakit pun. Nasib baik Encik Zafri faham. Faaz? Ah, biarkan. Dia tidak perlu minta kebenaran lelaki itu.
Di dalam bilik, Faaz termangu. Penolakan Isha melorek luka yang amat dalam. Isha bukan saja tidak mahu cinta tapi Isha benci dia. Bolehkah dia salahkan Isha? Dulu dia juga buat Isha begitu. Malah lebih teruk lagi. Dia pernah hina Isha di depan kawan-kawan mereka. Tidak ada mana-mana perempuan yang akan memaafkan jika maruah mereka dipijak. Ya Allah…
Air mata lelakinya mengalir. Penyesalan merangkak dan bersarang dalam dada. Sesak nafas dengan kenyataan yang menyakitkan. Dia berjaya membunuh cinta Isha.
Isha termangu di dalam kereta. Ke mana arah nak dituju. Balik rumah? Semakin tension nanti. Kak Ifza baru saja hantar mesej. Dia terpaksa ke Melaka dan mungkin balik lambat. Abah? Di rumah isteri muda agaknya. Tak kesah pun abah nak pujuk ibu. Bila Auntie Seena kata dia tahu di mana ibu berada dan ibu perlu ruang, terus abah senyum. Boleh pula abah kata, ibu boleh ambil masa berapa lama pun, dia faham dan izinkan. Abah agaknya ingat ini drama yang pengakhiran isteri balik ke pangkuan. Bahagia kembali hingga ke akhir hayat bagai tidak ada badai mengubah pesisiran pantai. Ah, dasar lelaki ego tapi pengecut walaupun abah sendiri. Banyak lagi dia nak hentam tapi teringat yang teruk tu abah dia. Nama di belakang nama dia. Arg kenyataan menyakitkan. Dia pusing kunci kereta. Mula pandu dengan kemarahan.
Pusing punya pusing, kereta yang dipandunya berhenti di depan rumah Hana. Dia matikan enjin. Sandar dan merenung pemandangan di depan. Fikirannya kusut.
Ya Allah, dia nak ibu. Dia nak peluk ibu. Nak dengar suara ibu. Dia nak... tapi apa yang dia nak, tak ada. Ibu tak nak dia. Mungkin, ibu nak buang segala-galanya termasuk anak-anak ibu dengan abah. Tak mungkin.
Kenapa tidak? Bila hati disakiti, apa saja mungkin. Ya Allah...
Isha sandar dahi di stereng kereta. Air matanya mengalir.
“Eh, Isha.” Hana ketuk tingkap kereta beberapa kali.
Isha buka tingkap setelah menyeka air matanya. Hana sengih lawa melihatnya.
“Laa rumah aku tu dok jerit-jerit nama kau. Tak dengarkah?”
“Lawaklah sangat. Kau nak jemput aku masuk tak?”
“Masuklah tuan puteri. Kau tak kerjakah?”
“Aku cabut. Malas. Kau jangan dok bagi tau suami kau pulak.”
“Baiklah tuan puteri. Hamba menurut perintah.”
Isha keluar. Ikut Hana masuk.
“Sunyi saja. Mana anak-anak kau?”
“Haziq dan Hairi pergi tuition. Hanis tidur.”
“So, masa untuk mama relakslah.”
“Betul. Kau nak minum? Kalau nak makan, boleh aku masak mee bandung. Semua bahan dah ada. Tinggal nak masak jer.”
“Minum saja. Tak nak makan.” Balas Isha. Dia lepas punggung di sofa panjang.
Hana ke dapur. Kembali dengan membawa segelas jus oren. Diletaknya di atas meja.
“Ni minum. Lepas tu beritahu aku sebab sebenar kau cabut. Jangan kata sebab kerja.”
“Sebab kerjalah.”
“Jangan bohong. Tadi dalam kereta, kau tengah menangis kan?”
“Tajam betul mata kau.”
“Betul. Cepat beritahu Doktor Hana, pakar psikiatri masalah kau.” Hana jengkit kening.
“Banyaklah kau punya pakar.” Hai, gila Hana ni agaknya tak kan hilang.
“Mestilah. Kau tahu bukan senang nak urus suami dan anak-anak. Kena pakar baca mood mereka. Kadang tu boleh psiko juga tapi mereka kebahagiaan aku.”
“Semoga Allah tetap bahagia kau sekeluarga.” Ujar Isha perlahan.
“Aamiin ya rabbal alamin.”
Hana senyum senang namun senyuman itu mati bila melihat riak wajah Isha. Dia duduk bersila di sebelah Isha. Lurut lengan Isha. Hai, kawannya ini mesti ada masalah.
“Isha, kau putus cintakah?” Itu yang terlintas di kepala. Penyakit apa lagi kalau bukan cinta?
“Cinta? Apa yang ada pada cinta? Joshua, kawan aku kat New Zealand cakap kat aku. Love will only last, maybe few months. If you are lucky, maybe few years. Then it became sour, salty and end up, it doesn’t have any taste anymore. Both of them will find a new love and the same rotation goes on and on until they die.”
“Joshua kau tu gila! Cinta itu bukan perasa. Cinta itu kebahagiaan.”
“Bagi insan-insan yang beruntung seperti kau.”
“Kau juga akan beruntung kalau kau benarkan diri kau bahagia. Kau cakap siapa yang buat kau begini. Aku akan bunuh dia.”
“Bagaimana nak bunuh insan yang kau sayang dan hormat selama ini.”
Abah, Faaz sama saja. Menyakitkan. Air mata Isha menitis. Tak terdaya menahan. Pantas Hana memeluk Isha. Biarkan Isha menangis semahu-mahunya.
“Aku minta maaf...” Isha leraikan pelukan. Malu jadi lemah di depan Hana.
“Boleh aku tahu kenapa atau... kau tak boleh ceritakan kepada aku?”
“Tak apalah ini masalah aku.”
“Ok tapi jangan biarkan masalah kau melarat. Tak nak kau hidap penyakit kemurungan.”
“Naik tahap gila aku, kan.”
Isha ukir senyum dalam kelukaan. Usap air matanya bagai tidak tahu berhenti mengalir.
“Isha, kau beritahu aku masalah kau, boleh tak? Keluarkan. Jangan pendam. Aku janji aku tak kan beritahu sesiapa. Aku takut tengok kau begini. Isha please...” Hana melurut pipi Isha.
Isha diam. Memang tak tertanggung perasaan kecewa dan sakit ini. Akan jadi kemurungankah? Mampukah?
Tak, dia tak mampu. Dia kena luahkan.
“Ibu aku dah keluar dari rumah. Abah aku rupanya dah ada isteri lain. Bertahun abah aku sembunyikan. Perempuan tu muda. Mungkin tua sikit saja daripada kakak aku. Mereka ada anak, Hana. Usia anak tu mungkin sama dengan Hanis. Sanggup abah tipu. Kasihan ibu.”
“Ya Allah....” Keluh Hana. Dia pernah jumpa abah Isha. Segak. Tak sangka perangai buruk.
“Auntie Seena kata dia tahu di mana ibu berada. Tapi dia tak boleh beritahu kami. Ibu suruh rahsiakan. Ibu tak nak jumpa kita orang.”
“Kalau mak long yang kata, bermakna ibu kau berada di tempat yang selamat.” Hana lepas nafas lega. Mak long suaminya tu memang terbaik.
“Dulu, dia banyak tolong aku. Kau tahu sajalah keluarga Zafri tu kan semua high class. Zafri pula anak yatim piatu sejak umur dia sepuluh tahun. Kedua-dua orang tua dia meninggal dunia masa mereka buat umrah. Zafri tu anak tunggal. Jadi semua uncle dan auntie dia begitu ambil berat tentang dia. Bila dia kata dia nak kahwin dengan aku, mereka tak setuju. Keluarga mak long saja yang bagi green light. Aku hampir give up tapi mak long push aku. Alhamdullilah cinta Zafri pada aku kuat. Mak long yang urus segala-galanya hingga kami dapat kahwin.”
“Tapi kenapa mereka tak setuju?" Isha lupa seketika masalahnya. Tumpu kepada Hana.
“Iyalah Zafri tu peguam. Aku ni pekerja kilang jer. Miskin pula tu. Tak sama level.”
Isha tergamam. Aip miskin? Bab kerja kilang tu dia tak hairan sangat. Anak orang kaya pun boleh jer kerja kilang. Kalau Allah letak rezeki dia di situ, di situlah dia sepertimana Allah tetapkan kubur hambaNya. Tak mungkin boleh ubah.
“Aku tak faham. Miskin? Papa kau usahawan berjaya. Ada syarikat permaidani besar kot.”
“Iya tapi setelah papa meninggal dunia, pakcik aku ambil alih perniagaan papa. Mama aku mana tahu nak uruskan. Dia tahu sign saja. Sebab itulah pakcik aku berjaya tipu mama aku. Dia kata arwah papa banyak hutang dengan bank. Tak boleh bayar. Jadi terpaksa jual semua harta kita orang untuk bayar hutang. Syarikat arwah papa terpaksa tutup. Kami jatuh miskin. Anehnya, selepas beberapa bulan, pakcik aku buka syarikat permaidani dia sendiri. Ada orang kata, pakcik ambil permaidani daripada syarikat arwah papa buat niaga.”
“Maaf, aku tak tahu pun papa kau dah meninggal dunia. Tapi mama kau tak fight balikkah?”
“Mama aku tak nak gaduh-gaduh. Tapi, aku rasa dia takut pakcik aku apa-apakan aku dan Hakan, adik aku. Pakcik aku tu gangster sikit.”
“Laa kasihannya kau orang.” Isha lurut lengan Hana. Jahatnya pakcik Hana ni.
“Tak apa. Semuanya dah berlalu. Mama aku sekarang tinggal dengan Hakan di Dubai. Hakan kerja kat sana. Aku ajak mama tinggal dengan aku, tapi dia tak nak. Dia selesa kat sana. Lagipun kat sini, banyak kenangan pahit. Seperti kau, aku juga rindu mama aku.” Ujar Hana perlahan.
Isha paut bahu Hana. Sedar setiap insan pasti ada jalan ceritanya sendiri.
Hana geleng. Dah melalut ke lain pula.
“Eh, apa hal pula cakap pasal aku. Yang sedang bermasalah sekarang, kau. So, abah kau macam mana?”
“Abah aku? Tak terkesan pun. Dia ingat lambat laun ibu akan ok. Terima dan maafkan dia. Arg... sakitnya hati aku bila ingatkan perangai abah aku. Entahlah Hana, aku berdoa sangat-sangat agar Allah tolong jaga ibu aku.”
Tiba-tiba telefon pintar Isha berbunyi. Ditatap skrin. Terpapar nama Faaz. Isha berdengus perlahan. Ini mesti kes tak puas hati. Lantaklah. Dia leret. Tolak panggilan. Tapi tak sampai satu saat, berbunyi lagi. Tolak. Bunyi. Tolak.
“Laa kenapa tak jawab. Faaz kan tu?” Hana bukan nak sibuk tapi dah ternampak nama Faaz
“Malas. Ego lelaki itu mesti tercalar sebab aku tak beritahu dia. Dia kan bos juga.” Rungut Isha. Tolak lagi panggilan Faaz untuk kali keempat.
“Jangan kata kau dengan dia masih berbalah. Issh macam budak-budak kau orang ni.”
“Dia yang mula.” Isha dengus. Nak tutup telefon pintarnya, takut pula Kak Ifza telefon.
Telefonnya berdering. Kali ini mesej masuk. Faaz ugut nak ke rumahnya kalau dia tak jawab. Arg gila betul lelaki tu!
“Awak nak apa? Jangan kata nak saya. Seriously saya akan bunuh awak!”
Desis Isha kasar sebaik saja panggilannya dijawab. Cepat betul lelaki itu jawab panggilannya.
“Calm down. Saya hanya nak dengar suara awak. Nak pastikan awak ok.” Faaz bicara dengan tenang.
“Saya ok tanpa awak! Nahas kalau awak berani datang rumah saya!”
Wheoi, Faaz ketawa! Kenapa? Isha ketuk dahi. Serius dia tak buat lawak. Nada dia tinggi kot. Siap beri amaran lagi. Lelaki tu memang gila.
“Satu hari nanti saya pasti akan ke rumah awak sebagai suami awak.”
“Encik Faaz, go to hell.” Isha matikan talian. Ok, nada dia tak tinggi. Lembut jer. Hah!
Hana ternganga. Dia masuk dalam drama apa yer? Maaf, bukan curi-curi dengar tapi, dia kan duduk tepi Isha. Boleh dengar kot. Patah balik, Isha dengan Faaz ni main drama apa yer?
“Err... aku straight to the point ok. Faaz tu nak jadi suami kau?”
“Dia gila. Dia ingat dia boleh ambil flight terus landing dalam hati aku. Memang taklah aku nak jadi gila untuk kali kedua.” Tangan Isha dah mengerawang. Lepas geram.
“Sekejap, kau kata untuk kali kedua? Kau... dengan dia bercinta? Kenapa aku tak tahu?” Aip, ini macam kes tak hormat kawan baik. Kawan baik kan tahu semua. Tak ada rahsia.
“Aku yang bodoh jatuh cinta. Dia cuma main cinta.”
Isha sandar. Lemah. Cik Hati jangan nak nangis. Pesan Cik Akal.
“Serius? Barukah? Kau jatuh cinta dengan dia kat ofis suami aku? Wow!”
Issh, kenapa suami dia tak tahu? Ini cerita sensasi kot.
“Bukanlah. Selepas kau tukar sekolah dulu, aku dengan dia jadi rapat. Maksud aku, kami tak berkelahi. Cuma... err... apa orang kata, berjabat tangan jadi kawan. Tapi...”
“Daripada kawan... kau jatuh cinta dengan dia.” Hana sambung.
“Sebab aku fikir, aku tak bertepuk sebelah tangan. Dia kata dia juga cinta aku. Aku punyalah setia dengan dia. Dah masuk universiti pun, aku masih setia dengan dia. Cinta sampai matilah konon. Eeee bodohnya.”
Isha lepas geram. Ketuk dahi sendiri. Semua kenangan bersama Faaz masa tu melayang masuk. Sakitnya.
“Kau setia, dia tak. Half way dia berubah hati?”
“All the way hati dia bukan untuk aku. Dia cuma berlakon. Dia pernah kata aku ni bagai pungguk rindu bulan. Pungguk yang tak ada kelas. Pungguk yang hanya mainan dia.”
“Jahatnya!” Berapi hati Hana. Wheoi kurang ajar betul lelaki tu.
“Memang jahat. Bila famili dia bawa Nisreena, terus dia buang aku. Bukan setakat muka aku, bayang aku pun dia tak nak tengok. Dia dan Nisreena melangit bina tugu cinta.”
“Last-last runtuh juga.”
“Itulah fasal.”
Aik sebab apa? Runtuh fasal apa yer? Ah, tak perlu tahu!
“So, sekarang dia nak kau balik?”
“Dia kata dia cinta aku.”
“Just like that!” Hana petik jari. Geram. Ego betul Faaz tu. “Habis kau percaya dia?”
“Tentulah tak. Bukan senang kot aku ubat hati aku dulu. Aku pergi sampai ke New Zealand. Alasan, nak belajar. Lepas tu kerja macam nak mati kat sana. Sebab, hati aku ni bodoh masih ingat dekat dia. Ibu aku suruh aku balik pun, aku buat tak tahu. Sekarang baru padan muka aku. Ibu aku tak mahu aku.” Isha meraup wajah. Penyesalan kembali menyeksa diri.
“Kau sabar ok. Beri ibu kau masa. Aku percaya, rajuk ibu kau bukan pada kau tapi pada abah kau.”
Rajuk ibu yang abah tak kesah. Keluh Isha. Bagaimanakah pengakhirannya? Ya Allah...
Oops lagi satu bab hahaha. Salah Cik Hati yang ringankan jari jemari sambil mendengar lagu Shila Amzah. Bab seterusnya hari ini atau esok, kena tanya Cik Hati. Lapar pula. Kita makan tengahari dulu. Lauknya ikan temenung goreng, nasi dengan kicap pedas. Baca doa. Jemput makan guys.
Share this novel