BAB 35

Romance Completed 25825

Sejam sepuluh minit, Qays tolak pintu Cafe Al Fath. Meliar mencari susuk tubuh Ifza dengan kegusaran di hati. Malangnya, kelibat pertama yang dia lihat ialah lampaian Raisya di meja yang boleh melihat pemandangan kolam ikan. Kolam ikan minimalis dibina dengan gaya etnik dan kombinasikan dengan kaca. Jadi para pelanggan boleh melihat ikan-ikan emas bebas berenang ke sana ke mari.

Dahi dah berpeluh. Apa pula kali ini? Pengacau mana bawa Raisya masuk kembali. Jangan kata Raisya masih tergila-gila nak dia. Itu zaman sekolah. Titik saja di situ. Masalahnya riak Raisya sekarang kelihatan masih sama.

“Hello Qays, I’m so happy at last I can meet you again.”

Raisya dah depakan tangan. Ifza duduk silang tangan. Renung pasu bunga kecil di atas meja.

Qays pandang semacam. Jangan kata nak peluk. Qays sengaja berdiri di belakang kerusi Ifza dan mengenggam besi kerusi Ifza. Raisya, berkulit cerah dan daripada dulu orangnya tinggi kurus. Tapi yang pasti penampilan Raisya dah lain. Dah bertudung. Dia memakai baju baggy dipadankan dengan pleated skirt warna maroon.

“Raisya, perangai you masih macam dulu. Lupa yang gadis Melayu ada adat dan sebagai orang Islam ada larangannya.”

“Yap, you tetap sama. Imam muda yang tetap handsome dan awesome. Sebab tu I suka you.”

Raisya ketawa. Tarik kerusi sebelahnya. Tepuk-tepuk lagak pelawa Qays duduk. Tapi Qays tarik kerusi sebelah Ifza. Buat renungan sekilas ke muka insan tersayang yang tidak menunjukkan sebarang efek apa-apa. Dia sepatutnya rasa lega atau marah? Issh, masakan tak cemburu? Mahu saja dia cubit pipi Ifza.

“Awak ok?”

Ifza angguk. Tak toleh lihat Qays. Rasanya tak perlu.

“Laa kenapa tak tanya I? You happy tak jumpa I?”

Issh, perangai Raisya ni masih tak berubah. Gedik. Bersyukur ditakdirkan cinta dia bukan milik Raisya. Tidak kalau. pening seumur hidup.

“No. Ifza tak beritahu you, I ni tunang dia?”

“Tunang atas kertas yang tak ada makna pun.” Ngomel Ifza.

Raisya pecah ketawa. Patutlah Ifza tak berapa ramah apabila dia buka tajuk nak jumpa Qays. Masa seminar hari tu, bukan main ramah. Cemburu atau memang Ifza tak suka? Siapa agaknya yang tunangkan mereka?

“Wow, you kena beritahu I cerita tunang atas kertas ni. I sekarang sedang cari idea untuk novel I. I aim nak jadi penulis popular. I will definately use your story. I nampak dah tajuk novel pertama I, Tunang Kertas Encik Qays.”

“No. Cerita I dan Ifza bukan untuk jadi tatapan sesiapa pun.”

“We see about that.” Raisya angkat-angkat kening.

“Macam mana you berdua boleh kenal?” Mai ai main kening pula. Qays geleng-geleng. Gila.

“I contact Ifza. I attend seminar dia di Melaka. I nampak you dengan dia di tempat parkir hotel hari tu. Malangnya, I dalam kereta dengan hubby. Jadi tak boleh nak turun tegur. Hubby I nak cepat-cepat ke airport. Nak ambil mama I.”

Alhamdullilah. Qays urut dada. Lega. Sekarang dah boleh oder kot. Dia panggil pelayan dan oder Ice Caramel Macchiato.

“So, bila both of you nak make it official. Jangan tak jemput I ke wedding you pula.”

“I any time. Just waiting my love here to come up with a date.”

“Stop being cynical Mr Qays or I will leave.” Ifza gertak. Jari jemari dah ketuk-ketuk gelas yang di depannya. Senang-senang panggil dia, my love. Hah!

“Ok-ok sorry.” Masakan nak biar Ifza pergi. Bukan senang nak dapat momen-momen begini.

“Both of you look cute together.”

Mengerlip mata Raisya. Wow, crush dia ini dah tawan singa. Habislah atau, itukah yang membahagiakan hero ini? Perlu seseorang tendang hati agaknya.

“You macam mana? Mana you grab hubby you?” Tanya Qays.

Qays terpaksa alih topik. Risau Ifza betul-betul angkat kaki. Meloponglah dia.

“Tak grab pun. Suami I, Kemal diletak atas dulang dan diberikan kepada I.”

Raisya ketawa. Betul pun tapi taklah diletak atas dulang.

“Papa I dan atok dia aturkan. Orang kata manusia merancang, Allah tentukan. Allah makbulkan doa mereka. So, kahwinlah I dengan lelaki yang I tak kenal langsung. Tapi itulah bila dah kenal, I sayang dia gila-gila. Dia pun. Kita orang tak boleh berpisah walau seminit. Kita orang dah kahwin dua tahun tapi masih dalam fasa honeymoon walaupun dah ada sepasang anak kembar.” Raisya ketawa bahagia.

Qays geleng. Ifza tahan ketawa. Sewel betul kawan Qays ni. Tapikan, jalan cerita Raisya dengn Kemel seakan-akan sama dengan dia dan Qays. Cuma yang uniknya, mereka dipadankan sebelum keujudan mereka. Bolehkah arah hidup mereka seperti Raisya dan Kemel ni? Timbul perasaan sayang yang gila-gila? Ifza tunduk. Berbolak-balik hatinya.

Qays perhati Ifza. Mungkin arah fikiran juga sama macam Ifza. Dia dah terlebih sayang Ifza. Ifza bagaimana? Masih sukarkah Ifza nak terima?

“Psst both of you should try. Ujian akan tetap ada. Nabi kita dahulu pun banyak ujian, sahabat Nabi pun banyak ujian. Kita tak upaya kerana semua itu hak Allah. Ujian sakit, harta, perkahwinan, keluarga dan macam-macam lagi. Semua itu kita sebagai hamba Allah kena syukur dan reda kerana kalau kita bersabar Allah akan bagi pahala dan angkat darjat kita.”

“Amboi dah jadi ustazah tak bertauliahkah?”

Terpegun Qays mendengar. Dulu zaman sekolah mana ada Raisya nak cakap macam ini. Dialog semua merapu dan menyakitkan hati. Pantang ditegur pula tu. Melenting bukan main.

“Bukan ayat I. I just quote kata atok Kemal. Dia pula quote kata-kata daripada ulama tersohor di Kedah, Tok Guru Sheikh Sanusi Salleh. Kata-kata atok Kemal yang banyak pengaruh I sekarang ni terutama bila sentuh bab mati. Issh, takut I bila ingatkan mati.”

Ketiga-tiga mereka diam seketika. Ingat mati? Yap, kerana itu dah tentu pasti berlaku. Kembali ketiga-tiganya apabila telefon pintar Raisya berdering. Raisya jawab. Panggilan daripada suami.

“Sorry, my hubby ada kat luar. Dia nak bawa I ke rumah atok dia. So, next time we meet again. For sure I akan bawa hubby dan anak I sekali. Ok see you. Assalammualaikum.”

“Wa'alaikumussalam” Qays dan Ifza jawab serentak.

Raisya salam Ifza dan senyum nakal kepada Qays sebelum melangkah.

Ifza turut berdiri. Dia nak balik ke rumah yang tidak ada sesiapa. Isha hantar mesej dia balik lambat. Entah ke mana adiknya pergi. Tersentaplah tu. Tapi, Isha tak salah. Dia yang salah. Ah, penat begini. Rasa diri tak berguna langsung. Tapi bukan itu saja masalahnya.

“Hey, tunggulah kejap. Saya nak cakap dengan awak. Please...” Rayu Qays. Kalau boleh dia nak tarik lengan baju Ifza tapi macam tak manis pula.

Ifza lihat Qays buat seketika sebelum bergerak ke tempat duduk yang Raisya duduk tadi. Taklah dia duduk sebelah Qays. Rasa tak selesa.

“Awak betul ok? Awak nampak down. Mungkin awak cemburu Raisya...”

“Stop!” Bentak Ifza.

Ifza lepas keluhan. Urut dahi. Tak perlu nak jentik Cik Hati fasal tu. Lantaklah. Dia panggil pelayan yang berdekatan dan oder segelas air jus tembikai.

“Kenapa ni?” tanya Qays perlahan.

Ifza hanya diam. Teringat kata Raisya tadi, ujian akan tetap ada. Dia sedar itu. Sedar juga dia insan yang lemah. Terkadang dia rasa tak berdaya nak hadapnya seperti sekarang.

Pelayan yang mengambil oder tadi bawakan minuman yang Ifza pesan. Letak di depannya. Ifza sekadar merenung hujung gelas. Cik Akal seperti berada dalam gerabak kereta api zaman penjajaj.

“Ifza, please tell me.”

“Boss nak saya handle beberapa courses di Sabah kalau management di sana perlukan staf. Kalau saya pergi, Isha macam mana?” Ini antara masalah yang memeningkan.

“Berhenti saja.” Ujar Qays pantas.

“Not funny Mr Qays.”

“I’m not being funny. High time you settle down Ifza.”

“Cadangan awak tak menyelesaikan masalah. Bertambah masalah lagi adalah.”

Qays senyum. Ifza sengetkan bibir. Issh nak mula merapulah tu.

“Apa pula. Look at the positive side, awak for sure dapat bersama Isha, ibu awak dan saya. Awak tidak akan keseorangan.”

Senangnya cakap. Positif celah mana? Cuba awak bayang awak Raisya. Bisik Cik Hati. Agaknya apa Raisya akan buat? Tentu dia terima dengan senang hati.

“I wish I was like her.” Ujar Ifza.

Tentu bersebab kenapa dia dan Qays diketemukan dengan Raisya hari ini. Allah Maha Mengetahui. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Raisya cuit bab kematian yang sering kali kita alpa akan apa yang kita nak bawa ke hadapan Pencipta kita nanti.

“Siapa?”

“Raisya. Dia terima apa saja yang datang dan dia ok with it.”

“Ujian tetap ada.” Qays teringat kata-kata Raisya. Hai, berguna juga budak tu sekarang.

“Iya.” Ifza tunduk. Allah Ya Muqtabir Yang Maha Menentukan segala sesuatu dan Allah memegang kekuasaan mutlak.

“Ifza you need to learn to let go.”

Ifza hanya senyum kelat. “Maksud awak lepaskan kerja saya?”

“Awak tahu maksud saya. Stop putting everything on your shoulder.”

“I wish I can. Tapi bagus juga jika saya tak perlu fikirkan apa-apa. Hidup dalam dunia yang kosong.”

“Nope. Awak kena ada saya.”

“Penyemak yang nak merayap masuk dalam dunia saya. Awak semakin dekat Encik Qays. Haruskah saya merasa takut?”

“Tak. Kerana awak selamat dengan saya, Cik Ifza.”

“Mungkin. Hairan, bila awak guna ayat in, Ifza please tell me. Macam, awak petik satu suis, saya just trash out masalah saya pada awak. Awak satu-satunya lelaki yang boleh buat begitu. Jadi, awak bahaya bagi saya dan tentu sekali saya harus rasa takut.”

Ifza pejam seketika. Ah, kenapa dia biarkan dirinya emosi begini. Dah kenapa?

“Amboi, kakak dating sini. Adik dating tempat lainkah? Tak lama lagi bolehlah makan dua nasi minyak.” Ujar Nida tiba-tiba. Tidak sia-sia dia bergegas ke sini apabila Wani menelefon dan memberitahu yang dia nampak Ifza dengan seorang lelaki.

Wani yang berdiri sebelah Nida, terpegun melihat Qays. Eh, macam pernah tengok. Kat mana? Laa ini anak sulung Datin Jaseena. Dia kenal sebab dia lihat lelaki ini dengan datin semasa dia menghadiri Majlis Amal Lukisan yang dianjurkan Datin Jaseena. Sayangnya Nida tak hadir hari tu sebab Ariq demam. Issh kacak betul. Dapat pun bagus juga. Agak-agak boleh tak dia jadi menyondol seperti Nida ni dulu? Tapi macam tak akan berjaya. Lelaki ini hanya ada mata untuk Ifza. Rugi.

“Bukan urusan makcik.” Dengus Ifza. Perlukah dia hormat kepada wanita yang memang berniat nak sakiti hatinya?

“Iyakah? Tak apalah. Setidak-tidak suami saya tu tak perlu nak peningkan kepala fikirkan anak-anak dara dia. Dia dah boleh lepaskan tanggungjawab dia, kan?”

Nida senyum sinis. Dia dah nekad, dia akan jauhkan Haziqah, Ifza dan Isha daripada suaminya. Mereka tidak boleh miliki Hafiy. Masa Hafiy dengan mereka dah tamat tempoh.

“Kenapa tanya saya? Tanyalah dia. Makcik kan kenal dia luar dalam.” Ifza lihat Nida atas bawah.

“Aku tahulah sebab itu kau dan adik kau kena keluar daripada hidup dia. Jangan bergantung pada dia. Grow up and get out!” Tukas Nida.

Bernanah Cik Hati. Letupan bom-bom kecil meletup-letup di dalam. Ifza berdiri. Tajamkan mata melihat mak tiri yang celupar mulutnya.

“Nama di belakang nama kita orang, dia. Wali kita orang, dia. Darah kita orang, jenis darah dia. Sperma kita
daripada dia. So, sebesar mana pun kita orang grow up, kita orang tak boleh get out daripada hidup dia. Allah tak bagi deletion key. Kekal selamanya. Perhubungan anak dengan abah saling bergantung. Faham tak? Tapi kalau ada, makcik boleh masukkan nama anak makcik sekali sebab di belakang nama dia ada nama abah kita orang. Sack him before you want to sake someone else!” Menuding jari telunjuk ke muka mak tiri.
Membuntang Nida terjah wajah Ifza. Hati dah muntahkan darah.

“Saya akan pastikan abah kau orang sendiri yang keluar daripada hidup kau orang.”

“Cubalah. Makcik kan pakar dalam ambil hak orang.”

“Kurang ajar!”

“Qays, saya nak balik.”

Ifza capai beg tangan. Keluar sebelum perempuan ni terus meroyan. Memalukan saja.

“Ok tapi awak tunggu saya di kereta awak. Saya pergi bayar bil dulu.”

Ifza tak kata apa, dia berjalan menuju ke pintu. Qays ambil iPhone dan terus ke kaunter. Malangnya bila dia keluar, kereta Ifza dah tak ada. Dia raup wajah. Kecewa dan takut. Ya takut Ifza kembali jadi Ifza yang tidak perlukan mana-mana lelaki terutama dirinya.

Hi guys saya sambung balik cerita ini. Terhenti sebab ada masalah nak kena hadap. So, hopefully you guys are happy every minute of the day. Oh ya dah baca novel saya, Prisoner of Tariq Zayyan? Kalau belum, sudi-sudilah baca.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience