Ok, sekarang masa untuk hidangkan sarapan. Ifza dan Isha masih tidur agaknya. Maklumlah mereka balik ke rumah ni pun dah hampir pukul dua belas setengah malam. Itu pun setelah puas dia pujuk Isha. Isha masih nak cari ibunya. Degil adik dengan kakak sama saja.
Qays buka tutup pintu kabinet. Keluarkan apa yang dia perlu. Cawan, piring dan pinggan. Di atas meja sudah tersedia sandwich telor, roti, jem dan keju. Emm pagi-pagi dah selongkar dapur orang untuk buat sarapan.
Dia senyum. Terpaksa demi insan tersayang.
“Awak buat apa ni?” Soal Ifza tiba-tiba. Berdiri di gerbang dapur.
Wajah polos Ifza buat Qays terpegun seketika. Emm cantik.
“Awak, saya tanya awak buat apa?”
Ifza ulang sampil memperbetulkan tudung labuh instant Syria berwarna kelabu yang dipakainya. Tidak senang dengan renungan Qays.
“Sarapan. Awak nak minum apa? Teh, kopi atau milo?” Qays senyum.
“Kopi.”
“Ingat nak buat bihun goreng untuk awak tapi tak jumpa pula bihun. Lain kali, ok.”
Laa ruginya. Bihun goreng Qays ni sedap. Aik, Cik Hati behave!
“Err... awak tahu mana abah saya? Saya cari kat bilik tapi tak ada.”
“Di luar. Tengah telefon. Isha macam mana?”
Qays tuang kopi dalam cawan dan letak depan Ifza.
“Masih tidur. Alhamdullillah suhu badan dia dah turun. Tak panas macam semalam.”
“Saya dah beritahu Zafri, Isha MC dua hari. Dia kata kalau masih tak sihat, bawa saja ke hospital.”
“Isha mesti tak nak selagi tak jumpa ibu. Saya kena cari ibu dulu.”
“Biar saya saja cari ibu awak. Awak kerja tak?”
“Saya ingat nak ambil cuti sampai saya jumpa ibu. Harap bos saya bagi saya cuti.”
Semalaman tercari-cari alasan nak di beri. Biar apa pun bukan alasan sebenar. Tak boleh aib keluarga sendiri. Alasan apa yer? Nak jaga adik sakit? Emmm....
“Berhenti saja kalau dia tak bagi. Awak boleh kerja dengan saya.”
“No thanks. Saya suka kerja saya.”
Berbudi, berbudi juga tapi no way dia kena pindahkan body dia kerja dengan Qays. Rasa tak selamat.
Qays biarkan. Bukan masa nak bertengkar. Sekarang masa nak habiskan masa berharga dengan kekasih hati. Hari ini akan jadi memori indah.
“Ini, sarapan dulu.”
Qays letakkan sandwish di depan Ifza. Dia mengambil tempat duduk bertentangan dengan Ifza. Posisi terbaik. Boleh tengok muka Ifza. Qyas tuangkan secawan teh untuk diri sendiri. Menongkat dagu atas meja.
Suka melihat Ifza makan.
“Awak tak sarapan sama?”
“Tak lapar lagi. Awak tu yang kena makan. Semalam awak makan biskut saja.”
“Hmm sandwish awak ni sedap.”
Ifza gigit lagi seinci sandwish. Emm memang sedap. Pandai Qays buat. Boleh buat suami. Ha ha ha. Siapa nak?
“Saya boleh ajar awak buat kalau awak nak. So that you can keep you man’s belly with you. Impress him. He will love you more.”
Kenapa dialog ni yang keluar? Issh kenapa lelaki ini mula nak bagi dia marah.
“Awak nak penampar tanpa niat saya?” Pertanyaan keluar dengan senyuman sinis.
Erk penampar tanpa niat! Boleh selepas Ifza sah jadi isterinya. Dia pula akan beri ciuman dengan niat. Ha ha ha...
“Nope. Seperti saya kata dulu, saya tak nak awak tambah dosa. Dahlah sekarang saya nak balik dulu. Saya akan usaha cari di mana ibu awak berada. Saya rasa ibu awak mesti ada kat KL lagi.”
“Err... awak boleh tanya kat umi awak tak? Saya nak tanya semalam tapi saya…saya malu. Ini soal keluarga saya.” Kalau boleh dia tidak mahu libatkan Auntie Seena.
“Boleh.”
Qays senyum. Senyuman yang buat Cik Hati berdetik lebih cepat. Issh Cik Hati ni!
“Awak, terima kasih yer.” Lembut bicara. Bersyukur lelaki ini sudi menolong.
“Sama-sama kasih, sayang.”
Qays tinggalkan Ifza. Ketawa kecil bila mendengar bantahan panggilan sayang dari Ifza.
Ifza geleng. Dah-dah Cik Hati jangan nak main papan lungsur pula. Jom bawa sarapan kepada Isha. Kena pastikan Isha, yang masih marahnya, sarapan.
Ifza letak dulang di atas meja kecil sebelah katil. Isha sedang merenung keluar jendela. Dia dekati Isha. Melepas pandangan yang sama seperti Isha. Di bawah sana, abah sedang bercakap di telefon. Daripada riak wajah dan tubuh badan kelihatan seperti sedang berkonflik. Dengan siapa? Bini muda?
“Isha masih ingat kata abah dulu. Masa tu, cikgu suruh buat karangan tentang pentingnya hidup berkeluarga. Isha minta pendapat abah. Abah kata, dia sebagai ketua keluarga boleh diumpamakan sebagai nakhoda kapal. Di situ tergalas tanggungjawab kejayaan sebuah pelayaran untuk sampai ke sesuatu pelabuhan. Sekarang kita dah tak ada pelabuhan untuk kita berlabuh kak. Sebab, nakhoda kapal kita dah musnahkan kapal kita dan bina yang baru. Ibu, kakak, Isha bukan lagi anak kapal yang abah perlukan. Dah tak ada pelabuhan...” Bicara Isha berlalu sayu.
Mengenang air mata Ifza. Dia nak kuat untuk Isha, untuk ibu tapi hakikat dia tak kuat. Jauh di dalam hati, dia masih salahkan diri sendiri. Dia yang biarkan abah terus menipu ibu dan Isha.
“Kak minta maaf. Kak salah...”
“Isha juga salah... Isha pernah pergi tinggalkan...” Bicara Isha kali ini diiringi dengan air mata. Dia tega tinggalkan keluarga kerana pentingkan diri sendiri.
Ifza merangkul bahu adiknya. Menyapu air mata yang mengalir. Mengumpul semua kekuatan dalam diri sendiri. Dia tak boleh lemah. Kelemahan tidak akan menyelesaikan masalah.
“Dengar sini sayang, kita akan bina kembali keluarga kita. Kakak akan jadi nakhoda kapal. Kakak janji kakak akan cari ibu. Kalau ibu tak nak tinggal di sini, kakak cari rumah lain. Ikut mana saja ibu nak tinggal. Kakak akan hadap abah kalau abah tak setuju. Yang penting ibu dan Isha gembira...”
Walaupun kegembiraan itu tak sama. Ifza habiskan ayat di dalam hati. Tentu sekali kapal yang dah rosak dilanda badai tak akan sama lagi.
Di bawah sana, Hafiy masih bertengkar dengan Nida di telefon.
“I tak boleh balik sekarang ni! Faham boleh tak!”
“You yang tak faham. Iqah tu yang nak tinggalkan rumah tu. Bukan salah you.”
“You ni dah kenapa? Memang salah I! I bohong dekat dia.”
“Bohong sebab nak lindungi dia. So what? Dia kena reda.”
Cakap memang senang. Hafiy matikan talian. Urut belakang leher. Mendongak ke dada langit. Tension. Tak pernah menyangka masalah akan jadi seteruk ini. Hampir hilang akal dengan rajuk Haziqah hingga tinggalkan rumah dan api desakkan Nida yang tak pernah padam.
“Uncle, Qays balik dulu.” Ujar Qays di belakangnya.
Hafiy pusing. Semalam Qays bawa Ifza dan Isha pulang. Kedua-dua anak perempuannya kelihatan pucat. Qays beritahu yang Isha kena gastrik. Mereka baru balik dari klinik. Dia cuba tolong papah Isha ke bilik tapi, Isha tolak. Pandang mukanya pun Isha tak mahu.
“Terima kasih tolong anak-anak uncle.”
Hafiy tepuk bahu Qays. Nasib baiklah lelaki ni ada. Semalam lupa nak tanya bagaimana Qays boleh muncul bersama anak-anaknya. Ifza minta tolong Qays agaknya.
“Err... kalau boleh uncle jangan bagi Ifza dan Isha keluar. Biar Qays saja cari auntie.”
Terasa diri di tampar. Dia ketua keluarga dalam rumah ini tapi, dia tak berdaya berbuat apa-apa. Semua anak kapal benci dan tak sabar nak tinggalkan kapal agaknya.
“Uncle cuba.”
Qays senyum. Sedar, memang susah Uncle Hafiy ni nak kawal kedegilan anak-anaknya terutama Ifza.
Tiba saja di rumah, Qays terus mendapatkan umi. Dia temui umi di dapur. Baru habis sarapan. Ahli keluarga yang lain dah ke tempat kerja.
“Qays tidur mana?” Tanya Datin Jaseena sebaik saja melihat anak lelakinya. Qays tidak ada di dalam bilik semasa dia nak ajar Qays solat berjemaah.
“Rumah Auntie Iqah.”
Apa? Tak percaya dengar jawapan anak. Pagi-pagi buat lawak apa? Mungkin dia silap dengar.
“Umi tak salah dengar, kan? Qays kata rumah Auntie Iqah, kan?”
Qays tarik kerusi. Ambil cekodok pisang dan terus masuk ke dalam mulut. Emm sedap.
“Qays!” Issh boleh pula anak ini tak jawab. Jantung dahlah rasa macam tercabut.
“Iyalah bu. Salahkah?” Qays tersengih. Dia memang suka lihat muka tension umi. Comel.
“Ya Allah, Qays dah gila!” Membulat melihat anaknya.
“Tak baik umi kata Qays gila. Qays belum kahwin lagi tau.” Terus sakat uminya.
“Kena tangkap basah kalau macam mana? Iqah kan tak ada kat rumah tu.”
Qays tercenggang. Aip mana umi tahu? Tentu sekali bukan daripada Ifza. Jadi? Auntie Iqah?
“So my dear umi tahulah kat mana Auntie Iqah.”
Qays renung mata umi. Terkial-kial Datin Jaseena. Inilah padah kalau cepat melenting. Sekarang nak buat apa?
“Umi?” Qays mendekati uminya. Paut bahu umi.
“Umi, Ifza dan Isha semalaman cari ibu mereka. Kalau Qays tak pujuk mereka balik dan kalau Isha tak kena gastrik, Qays yakin mereka masih kat luar sana cari ibu mereka. Tolonglah umi, beritahu Qays mana Auntie Iqah.”
“Umi dah janji, Qays. Umi tak boleh mungkir janji. Iqah perlu ruang. Dia rasa terseksa tinggal dalam rumah tu. Curang seorang suami boleh membunuh jiwa seorang isteri. Lebih-lebih isteri yang begitu setia dan percaya suaminya.”
“Qays faham. Tapi Auntie Iqah juga harus faham dengan menghilang diri begini buat anak-anak dia susah hati. Jiwa mereka juga derita, umi. Mereka nak ibu mereka.”
Datin Jaseena diam seketika. Berfikir langkah yang terbaik untuk mengatasi masalah ini.
“Macam ni lah, biar umi sendiri cakap dengan mereka.”
“Ok. Nanti Qays bawa umi ke rumah mereka. Qays pergi mandi kejap. Ingatkan nak mandi sana tapi itulah, takut pula nanti betul-betul kena tangkap basah. Baru umi Qays ni pengsan setahun.”
“Yang Qays berani tidur sana tu, kenapa? Kalau abi tahu, mesti Qays kena marah.”
“Sebab itu Qays tak beritahu umi semalam. Umi mesti beritahu abi. Umi, Qays tidur atas permintaan Uncle Hafiy. Qays tidur kat sofa ruang tamu saja pun.”
“Kenapa pula Si Hafiy suruh Qays tidur situ?”
“Entahlah. Mungkin takut anak-anak dia mengamuk lagi. Bunuh dia mungkin...” Qays naik-naikkan kening.
“Ish, ke situ pula. Tapi tahu pun Hafiy tu takut. Buat dosa tak takut.”
“Manusia umi. Tak lari daripada buat dosa. Dahlah umi, Qays nak mandi. Kita kan nak pergi rumah kekasih hati Qays tu.”
Qays tersengih dengan ayat sendiri. Issh alangkah bagus kalau ibu boleh merisik dan letak cincin tunang sekali.
Iyalah tu... awak boleh terus berangan, Encik Qays.
Laaa suara Isha kah tu?
Hello guys. Hari ini Cik Akal malas sikit. Monday mood. Tapi, Cik Hati desak nak tuan tanah menulis juga. Tulis utk you guys. So, here I am again. Kindly give feedback. Cik Akal masih nak rasionalkan semua watak seperti Qays kata, manusia tidak lari daripada buat dosa. Oh ya, minta tolong sangat you guys rajin hulurkan bantuan kepada rumah anak-anak yatim dan fakir miskin. Beras sekampit pun jadilah. Kalau boleh lawat mereka. Nak elak scammer. Semoga Allah murahkan rezeki you guys hingga ke akhir hayat. Thanks.
Share this novel