BAB 33

Romance Completed 25825

Urusan dia dengan Dato Ekrem dah selesai. Syarikatnya akan mulakan projek dengan Dato Ekrem sebaik saja mendapat persetujuan abi. Bukan senang abi nak tandatangan mana-mana projek walaupun projek itu dengan kawan baik sendiri. Abi akan pastikan semua sudut dikaji dengan teliti terutama yang melibatkan undang-undang. Abi tidak mahu kena scam apalagi terlibat dengan pengumpalan wang haram.

Qays mengambil sekeping lagi Pizza Lamb Keema kegemarannya. Dia dengan abi dulu selalu juga ke restoran ini. Abi suka makan Spicy Duck Ragout dengan Apple Ginger Cooler. Qays lihat sekeliling. Tidak ramai pelanggan pada waktu ni. Setahunya, restoran ini penuh pada waktu makan malam.

Qays melihat jam di tangan. Dia dah hantar location kepada Faaz. Faaz kata pukul lima dia datang. Bermaksud lagi lapan minit. Hairan juga kenapa tiba-tiba Faaz hantar mesej nak jumpa. Apa yang penting sangat. Sebab Ishakah?

Tepat pada waktunya, Faaz muncul. Mai ai berserabut. Ini peguam atau dah aim nak masuk jadi rocker? Rambut yang melepasi leher seperti di sisir hanya dengan menggunakan tangan. Dah berjambang. Tak kuasa nak bercukur agaknya. Hari ini Faaz memakai t-shirt dan seluar jeans. Mana pergi imej korporat?

“Sorry to bother you like this.” Faaz tarik kerusi setelah berjabat tangan dengan Qays

“It’s ok. You nak order apa-apa?”

Qays senyum apabila seorang pelayan wanita begitu cepat muncul untuk ambil pesanan. Bersinar mata. Terpegun dengan Faaz agaknya.

“Just drink. Golden Passion please.”

Ok, Si Hero buat tak kesahpun apabila beberapa minute kemudisn, pelayan yang sama hantar minuman dengan senyuman terlebih manis.

“You ada masalahkah?” Qays teguk minuman kegemarannya, Mango Tango.

“You dengan Isha bercintakah?”

Oops nasib baik tak tersedak. Qays letak gelas minuman dan lihat Faaz. Sebab inikah Faaz berserabut?

“Nope. I’m more to her sister.”

“So, you out. How about Zafrul?” Pertanyaan Faaz lebih kepada diri sendiri.

“Zafrul juga. They are just friend.” Qays tolong jawab. Dia tahu sebab dia pernah tanya Isha.

Faaz tarik nafas lega. Lurut rambutnya ke belakang. Tapi masalahnya tak selesai.

“Bermakna, seratus peratus Isha benci I.”

“Benci dan sayang. Who knows?”

Qays jongket bahu. Yang mereka sedang bicara sekarang ialah Isha. Isha sama seperti Ifza, kedua-duanya degil. Sukar nak ubah. Mereka dah bina tembok besar sekeliling hati mereka. Penjarakan diri demi keselamatan yang mereka fikir mereka selamat.

“Dulu masa sekolah, kita orang rapat. I tak pernah jumpa gadis fearles macam dia. Full of live. Ada saja akalnya. I pun terbawa-bawa dengan perangai dia. Entah berapa kali, both of us kena summon guru disiplin.”
Faaz senyum sejenak. Teringat kenakalan mereka. Mungkin sebab itulah daddy dia tak suka Isha. Bad influence. Suruh dia jauhkan diri daripada Isha.

“Daddy I kata, she is a bad influence. Kakak dia pula kata I yang bad influence kat adik dia. Both of them right. When we are together, we go nuts.” Faaz termenung melihat hujung gelasnya.

“I take it, Isha cinta you tapi you just dump her for Nisreena.”

Faaz angguk lemah. Kemunculan Nisreena yang mengubah segala-galanya.

“Nisreena is like a princess. Beautiful. Elegant. That time, I’m just like a bee to honey. She’s my everything.”
Qays jadi pendengar yang baik. Lelaki tidak akan persoalkan dengan siapa dia luahkan perasaannya. Mungkin juga, Faaz tidak ada sesiapa yang akan dengar keluhannya.

“Maaf, boleh I tahu apa yang berlaku. Kenapa you dengan Nisreena berpisah?”

“Differences. Mulanya everything ok. We are happy. Then... I’m not perfect for her family. I cuba adapt dengan cara hidup mereka. There’s so many rules to follow. Push myself to be a good business man like her dad wants. My dad pula desak I libatkan diri dalam politik. Used my status as Nisreena’s husband.”

Wow, inilah dikatakan wang dan kedudukan membutakan manusia. Lupa yang semuanya milik Allah. Semua di dunia ini hanya pinjaman. Qays bersyukur keluarganya tidak begitu.

“Nis berubah selepas lahirkan Fadl. Masa dia mengandung pun dia dah lain. Sebenarnya dia belum bersedia nak ada anak. Dia tidak mahu terikat. Kami sering bertengkar. Keadaan lebih teruk selepas mama dia meninggal dunia. Dia ambil alih perusahaan mama dia dan, dia bertemu semula dengan kekasih lama dia. Her first love. Dia mengaku yang dia masih cinta lelaki tu, suaminya sekarang. Yang menyakitkan hati I, bila dia letakkan keruntuhan rumahtangga kami, sebab I tak setia dengan dia.”

“Betulkah?”

“Mana ada. I bukan kaki perempuan. Hanya ada Nis dan Isha dalam hidup I. Tak ada perempuan lain.”
Fadl urut leher. Nis dan Isha yang berjaya goncang dunianya.

“Nis desak I ceraikan dia secepat mungkin selepas lahirkan Fadl. Dia nak segera ke Dubai. Handle business orang tua dia di sana. Dia tak nak pening-pening kepala fasal apa-apa tuntutan. Of course, dia dah kaya dan dia tak perlu duit I pun. Keluarga kita orang pula, tak mahu sebarang publisiti. So, kita orang tak ada naik turun mahkamah tuntut apa-apa pun. I ambil Fadl kerana mama dia tak mahu dia dari awal lagi.”

“So sekarang you nak Isha balik kepada you?”

“Ya. You boleh kata I arrogant, ego, selfish and you are right but I love her.”

Memang Qays nak kata, semua yang Faza katakan tadi, namun tiga perkataan terakhir Faaz yang buat dia terdiam. Lelaki ini betul-betul cinta Isha.

“You know, dengan Isha I feel like I’m totally me. My daddy, Nis, her family always have this string. Tie my down. Live in their world with their rules. Tapi Isha lain. Dia tak perlu nak kawal gila I.”

“Sebab dia pun gila.” Ngomel Qays.

Isha gila sebab itu dengan sekeping kertas, Isha bawa Ifza masuk ke dunianya. Ifza yang kucar kacirkan hatinya. Sekarang dia pun gila. Hahaha...

“Ya. Tapi sekarang, dia buat I gila dengan kata-kata dia. Setiap kali dia buka mulut, I feel like slapping her or...”

“Or... kiss her.” Qays habiskan. Qays ketawa. Faaz ikut.

Sekejap, Ifza ni belajar silat atau judo tak? Nahas kalau dia belajar. Boleh lebam mata.

“So tell me, kenapa Isha marah sampai nak bunuh you.”

“I nak dia kahwin dengan I.”

“Ahhh... sebab tu dia nak bunuh you.” Sekarang Qays dah semakin faham.

“Bukan sebab tu saja. Dia tahu I cinta dia. Dah banyak kali I cakap. Kali ini I desperate bukan sebab I saja, tapi sebab Fadl. Nis nak I kahwin dengan Isha, kalau tidak dia akan tuntut hak penjagaan Fadl dan bawa Fadl tinggal dengan dia.”

“What! You are not making this up right, Faaz?”

“Seriouly no. Kata Nis, dia nak Fadl dapat kasih sayang seorang ibu. Since Fadl kata dia sayang Isha, terus Nis suruh I kahwin dengan Isha. Kalau tak, dia nak tuntut hak penjagaan Fadl.”

“Man are you in trouble.” Nis di kiri. Isha di kanan. Habislah Faaz.

“I know. I serabut sekarang. Rasa macam nak ikat Nis dan Isha dengan rantai kapal. Buang ke laut. Mungkin tenang hidup I.” Cakap jer, hakikatnya dia tak akan tenang. Masakan nak buang Isha? Rindu gila kot.

“You wish!” Qays ketawa. Faaz nak buang Isha? Tak rindukah?

“Seriouly I tak tahu nak buat apa. Isha tak percaya I. Dia kata I tipu. Buat cerita mengarut. Dia kata, apahal pula ex I nak libatkan dia. Kalau yer pun Fadl sayang dia, tak semestinya dia kena kahwin dengan I.”
Faaz garu cuping telinga. Qays garu hujung dagu. Ok, kaum Adam nak buat sekarang? Fikir.

“I tahu you rapat dengan Isha. I really need your help, Qays. Tolong cakap dengan Isha to consider and be reasonable. I and Fadl need her.”

“Maaf I tak boleh nak janji. Isha very close dengan kakak dan ibu dia. Mereka pengaruh terbesar Isha. Mungkin you boleh minta pertolongan mereka.”

“Masalahnya, mereka tak suka I dari awal I berkawan dengan Isha, terutama kakak dia. I cannot get Isha through them.” Faaz lepas keluhan.

Kasihan pula dia lihat Faaz. Masalahnya, dia tak tahu bagaimana nak tolong.

“Ok, I’ll try my best but no promises.”

“Thanks.” Bagi Faaz itu pun dah cukup. Faaz meneguk minumannya.

“Ex you tinggal sinikah?”

“Tak. Tinggal di Istanbul. Dia dan suami dia ada ofis kat sana.”

“So dia nak bawa Fadl tinggal di sana?”

“Ya. I tak akan biarkan. Isha kena tolong I.”

“Kalau Isha setuju. You sure your ex will keep her words?”

“I hope so. You know, there’s a big chance my ex can win this custody. I’ll go crazy if it happens. Fadl is everything to me.” Faaz mengusap wajah. Keperitan di hati menyeksakan.

“Bagaimana dengan Fadl? Nakkah dia ikut mama dia?”

“Dia nak stay dengan I. Kasihan I lihat dia. Dia asyik kurung diri dia dalam bilik.”

Sayu Qays mendengar. Inilah padah bila berlaku penceraian. Anak-anak jadi mangsa dengan keegoan orang tua mereka.

Salam. Sorry ambil masa sikit sambung. No matter what, thanks for still reading this story. Ok saya ingat nak tukar nama novel ini. Tunang Kertas Encik Qays rasanya dah tak sesuai. Sebab, penumpuan cerita dah tak kepada Ifza dan Qays saja. Actually saya nak banyakkan bab. Tak nak statik kepada dua watak saja. Do you guys think its to heavy? I think I set it to 40 chaps only. Any way thanks for reading. Please comment and follow me. How about I change it to - BERPAUT DI RANTING CINTA

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience