Qays jalan mundar-mandir. Tak faham. Benar-benar tak faham. Isha boikot diakah? Telefon tak jawap. Mesej tak balas. Malah ada mesej yang Isha tak baca langsung. Ifza? Tunang kertas tu lagilah. Blok nombor dia terus. Issh apa hal?
Ok tak payah nak merungut. Nak payah letak segala tanda soal. Terus saja cari sebabnya. Dapat tahu sebabnya, baru boleh selesai masalah.
Qays ambil kunci kereta dan keluar mendapatkan Stella, setiausahanya. Dia arah Stella tukar jadual mesyuarat dengan pegawai-pegawainya ke lain hari. Setelah itu dia terus ke pejabat Zafri. Berdepan dengan Isha lebih mudah fikirnya daripada berdepan dengan Ifza.
Tiba saja di pejabat Zafri, Qays terus ke meja Isha. Kosong. Emm mungkin di bilik bos.
“Hai Encik Qays, nak ajak Encik Zafri lunch kah?”
Yani tegur bila nampak Qays. Dia letak fail di atas meja Isha.
“Nak jumpa Isha, Kak Yani. Nak ajak dia lunch.”
“Hai untunglah Isha tu. Kak Yani ni tak ada orang yang nak ajak.”
“Bukan tak nak. Takut kena lepuk dengan suami Kak Yani. Isteri inspektor polis kot.”
Yani ketawa. Emm kalau ajak pun, dia tak akan ikut. Kena jaga nama baik suami. Ramai kenalan suami kat luar sana. Tak boleh jatuhkan maruah suami tersayang.
“Isha mana Kak Yani?”
“Dalam bilik Encik Faaz. Baru datang dah summon Isha masuk. Ada yang kenalah tu.”
Yani geleng. Kasihan Isha. Iyalah kalau bos datang dengan muka rimau tak cukup tidur, tanda bos sedang tension. Bila bos tension, staf yang kena. Dalam soal ni, Isha yang jadi punching bag bos. Tapi hairan juga, apa yang tak kena? Sepanjang Encik Faaz tak datang ofis, semua masalah yang berkaitan dengan kerja, Encik Zafri dan Isha dah selesaikan. Tak ada sebab nak mengamuk. Agaknya ini masalah peribadi kot.
“Err saya tunggu sini saja boleh?”
“Boleh. Lagipun Kak Yani dah nak keluar lunch dengan adik ipar.”
Yani atur langkah setelah membalas senyuman Qays. Qays ke tingkap yang tidak jauh dari meja Isha. Keluarkan iPhone dan layan mesej di telefonnya.
Isha keluar dari bilik Faaz dengan muka merah.
“Damn it!” Dengus Isha.
Pen di tangan dilontar. Melantun ke bawah. Dia duduk lemah. Sandar dahi di hujung meja. Renung lantai. Terasa dunia semakin gelap hanya kerana Faaz.
“Isha, kenapa ni?” Dah kenapa Isha marah sangat ni? Faaz buat apa?
Pantas Isha mendongak. Issh bila masa pula Qays datang?
“Abang Qays pun sama!” Kelemahan diri ditendang dengan kemarahan.
Qays tergamam. Aip, kenapa dia yang kena?
Isha capai beg tangan dan berjalan keluar sepantas yang boleh. Tak kesah dengan panggilan Qays. Dia perlu udara yang tidak ada Faaz. Cik Hati boleh mati begini.
Bergegas Qays ikut Isha. Dia sempat masuk ke dalam lif yang sama dengan Isha. Di dalam lif itu dah ada beberapa orang staf yung lain. Isha berdiri sejauh mungkin darinya. Muka tegang seribu masalah ditayangnya. Kalau ada staf yang kenal pun, mereka tak berani nak tegur. Termasuklah Qays. Bukan apa, takut Isha menjerit macam tadi.
Sebaik saja pintu lif terbuka, Isha terus meluru keluar. Percayalah, dia sendiri tak tahu ke mana arah tuju. Cik Akal dah blur, kosong, blur, kosong... ah...
Qays percepatkan langkahn mengejar Isha.
“Isha, please tell me what’s your problems? Faaz?”
Soal Qays sebaik saja dapat berjalan di sebelah Isha. Isha tak jawab. Kalih tengok dia pun tak. Ok, kali ini dia melintas depan Isha. Berhenti. Isha terpaksa berhenti. Membuntang melihat Qays.
“What’s wrong Isha?” Ngomel Qays perlahan.
“Isha benci lelaki yang selfish! Yang pembohong! Yang ego! Yang bullshit!” Isha lepas kemarahan seperti naga semburkan api.
Wow! Faaz buat apa dekat Isha?
Beberapa orang di sekeliling mula perhati mereka. Arg, jangan ada yang berani ambil video untuk diviralkan pula. Qays mula pening.
“Isha relaks ok. Kita pergi makan.”
Nak makan? Hah, nak muntah lagi adalah! Boleh dia tampar Qays?
“Abang Qays pergilah. Jangan kacau Isha.” Suhu kemarahan Isha dah seperti suhu kepanasan matahari yang memancar ketika itu.
“Now you being childish. Look, kalau Isha tak nak tantrum Isha diviralkan, baik ikut abang,”
Isha lihat sekeliling. Ramai mata dah tala ke arah mereka. Issh sibok! Mahu tak mahu, dia terpaksa ikut Qays ke restoran yang Qays kata tadi. Tak ramai pelanggan sebab harga makanan di restoran eklusif ini mahal. Orang sekarang berkira nak berbelanja lebih untuk perut sendiri. Baik berbelanja untuk famili di rumah. Almaklum barang semakin mahal. Gaji naik seciput. Mana boleh bermewah.
Qays pilih meja yang terletak di hujung berdekatan dengan dinding. Di sini lebih private. Dia sering juga ke sini dengan Zafri. Qays lihat Isha. Muka masam mencuka. Issh, bakal berdentum meja kalau dia tanya Isha apa nak makan. Biar dia yang oder sajalah.
Seorang pelayang wanita muncul membawa menu. Senyum manis. Qays oder tanpa melihat menu. Oder yang simple dan senang.
“Abang Qays oder set nasi ayam dan jus tembikai. Makan dengar. Takut Isha kena gastrik. Kalau sakit, siapa yang susah. Abang Qays juga.” Qays senyum. Dia sendiri oder set yang sama.
Isha bersilang tangan di dada. Tak minat dengan lawak Qays. Itu pun kalau boleh dikategorikan sebagai lawak. Ah, kalau Shuib dan Jep Sepahtu buat lawak depan muka pun, dia tak kan ketawa sebab mereka lelaki! Kaum yang dah diangkat jadi musuhnya sekarang.
“Sakit gastrik lebih baik daripada sakit hati.” Tukas Isha.
“Ini soal Faaz, kan. Dia buat apa?” Qays masih nak cari sebab musabab kenapa Isha mengamuk.
“Dia lelaki yang paling Isha benci!”
Isha cengkam serbet di atas piring. Ibarat dia mencengkam hati Faaz.
Qays garu hujung hidung. Pening. Issh tak jawab soalan pun.
“Ok Isha benci dia. Sebab apa?”
“Ah, Isha tak nak cakap fasal dia.”
Pulak? Qays geleng. Memang kaum hawa ni suka bagi kaum adam pening. Boleh tak terus jawab soalan? Ambil jalan terus tak bolehkah? Korner bukan main.
Pelayan tadi bawa makanan yang Qays oder. Letak di atas meja dengan senyuman mesra. Setelah dia pergi, Qays baca doa dan mula makan. Emm memang sedap nasi ayam di sini terutama sambal yang disertakan bersama nasi ayam. Jadi, mahal sikit pun tak apa.
Isha hanya minum seteguk air tembikai. Tak sentuh pun nasi ayam di dalam pinggan. Tengok sup dalam mangkok pun dah nampak muka Faaz. Ah tak payah tengok. Lihat saja lelaki yang sedang sedap makan di depannya. Lapar sangatkah? Tiba-tiba bayangan kemesraan Qays dengan gadis di Sungei Wang Plaza muncul. Dasar lelaki!
“Abang Qays dating dengan siapa di Sungei Wang Plaza?” Ifza lastik soalan.
Ternganga Qays. Dating? Bila masa pula dia pergi dating? Dating dalam mimpi dengan Ifza, adalah. Banyak kali. Selalu dating di Mont Blanc. Sejuk. Romantik.
“Abang Qays jangan nak buat muka blur. Isha dan Kak Ifza nampak Abang Qays dengan perempuan tu. Bukan main mesra. Boleh bertepuk bertampar lagi.”
Qays terkebil-kebil. Dahi berkerut. Bertepuk bertampar? Dengan siapa?
Satu saat. Dua saat. Masuk tiga saat, dia ketawa. Ketawa yang buat Isha lagi marah.
“Abang Qays dating dengan Aqila, adik Abang Qays.”
“Jangan bohong. Mana mai lagi satu adik perempuan?”
Isha jegil. Kalau nak bohong, biarlah logik! Mungkin...
“Hah, ini mesti kes adik angkat! Adik yang ditepuk-tepuk letak atas riba.”
“Emm tak pernah buat tapi, ok juga cadangan tu.”
Qays semakin galak ketawa. Dah bayang tapi muncul bayangan Aqila benam dia kalau berani buat. Budak tu belajar silat cekak kot.
Argh Cik Hati dah jerit. Bermuak-muak kebencian kepada kaum Adam. Ada tak kaum Hawa kata luar sana nak tanam kaum Adam hari ini? Tolong jawab!
“Eh, nak ke mana? Nasi ayam tu Isha tak makan pun.”
“Abang Qays saja makan. Isha nak balik ofis. Ada ular yang Isha nak bunuh!” Isha berdiri dan capai beg tangannya.
Nak bunuh? Hati dah rasa tak sedap. Qays terus bayar dan bergegas ikut Isha yang dah pun melangkah keluar. Masakan nak biar bakal adik ipar jadi pembunuh.
“Isha, jangan jadi bodoh! Tak berbaloi nak bunuh Faaz walau sesakit mana pun dia sakiti hati Isha.”
“Betul! Bunuh bukan sekali gus tapi Isha nak hiris dia sikit sikit. Kill him softly but not with a song. With penknife. More blood.” Isha macam duduk dalam dunia sendiri. Dia ketawa jahat. Ada dracula nak darah percuma tak?
“Tolong beritahu abang masalah Isha dengan dia.” Risau. Ketawa jahat Isha menggerunkan.
Isha berhenti. Pusing. Lihat Qays yang dah berpeluh dek sinaran matahari.
“Tak. Dengar sini, Faaz tu masalah Isha. Masalah Abang Qays sekarang dengan Kak Ifza. Abang Qays dah kecewa dan sakitkan hati dia. So gook luck dengan cerita adik angkat yang tak masuk akal tu.”
“Masalahnya dia dah blok nombor abang.”
Qays merungut. Berdiri kaku. Kasihan dengan diri sendiri. Tak adil dihukum tanpa dibicara.
“Good luck then.” Isha senyum sinis.
Memang patut pun Kak Ifza layan Abang Qays begitu. Mungkin dia pun boleh buat begitu. Blok bukan setakat nombor telefon tapi keujudan Faaz tu sendiri. Swipe terus hilang.
Ah, dahlah. Baik, masuk kerja balik. Mana ular tu? Emm... ada pisau lipat tak?
Malangnya, ular dah menghilang. Faaz tinggalkan mesej di atas kertas yang diletakkan di meja Isha. Dia keluar. Tak balik ofis. Beri Isha tiga hari untuk fikirkan.
Hah! Dia ingat ofis ni bapa dia punya! Keluar ikut suka. Degus Isha.
Tapi betul pun. Ini ofis bapa Faaz dan Faaz anak bos yang tak akan dibuang kerja walau bertahun tak masuk ofis. Boleh dapat gaji buta pula tu. Jahat betul.
Teringat kerja, teringat yang dia kena aturkan pertemuan Encik Zafri dengan Mr Thomas Musk. Pertemuan ini penting. Encik Zafri dah minta dia terus bekerja hingga kes melibatkan pengubahan wang haram seorang ahli politik selesai. Encik Zafri tu tak yakin dengan kecekapan staf-staf lain. Tapi Isha tahu, Encik Zafri sebenarnya risau segala maklumat tentang kes ini jatuh ke tangan orang yang tak sepatutnya sebelum masuk mahkamah. Kasihan Encik Zafri. Dia saja bos yang tekun bekerja.
Ok, kasihan Encik Zafri tapi siapa nak kasihan dia pula? Asyik nak hadap Faaz. Lelaki tu boleh bunuh jiwa dia kot. Ah, kita terikat lagi. Dengus Cik Hati.
Sementara itu, Qays masih termanggu. Nak buat apa? Dia rindu Cik Tunang Kertas. Hakikatnya, dia saja yang rindu. Cik Tunang tak. Itu dialog yang dah berkali dimainkan. Argh.
Tapi, Encik Akal bersuara. Kenapa Ifza nak kecewa dan sakit hati hanya dengan melihat dia dengan gadis lain? Cemburu? Ya, Ifza cemburu. Dia ketawa. Cemburu itu tanda dah ada bibit-bibit sayang. Hati kekasih hati dah mula cair. Tembok dah ada retakan. Walaupun kecil. Dah boleh bina lalauan cinta masuk. Jadi...
Qays ambil telefon di dalam jaketnya. Perlu tahu di mana Ifza berada sekarang. Dia senyum. Tak susah nak tahu sebenarnya. Ha ha ha telefon saja pejabat Ifza. Berdoa Ifza ada di pejabat.
Suara perempuan menyambut panggilan Qays. Bila Qays kata nak cakap dengan Ifza, dia terus sambungkan talian.
“Saya Ifza. Boleh saya bantu?” Ujar Ifza lembut sebaik saja dia jawab panggilan
“Hi sayang.”
Pap letak. Terbeliak Qays lihat telefon sendiri. Issh, Ifza matikan talian. Telefon lagi.
Eeee... lelaki tu telefon lagi! Bentak Ifza kasar. Cengkam gagang telefon pejabat yang menggunakan sistem PBX.
“Awak nak apa Encik Qays?”
“Nak awak.”
“Go jump in the lake mister.”
Qays ketawa. Terbukti ayat itu menunjukkan apa yang ada di dalam hati.
“Saya tahu kenapa awak marah hingga blok nombor saya. Sebab awak cemburu, kan?”
Ifza urut dahi. Cik Hati rasa seperti kena tampar. Betullah tu.
“Ok let me explain. Perempuan yang awak nampak dengan saya di Sungei Wang Plaza tu, adik saya, Aqila.”
“Jangan bohong. Mana mai lagi satu adik perempuan?”
Ifza jegil. Kalau nak bohong, biarlah logik! Mungkin...
“Hah, ini mesti kes adik angkat! Adik yang ditepuk-tepuk letak atas riba.”
Kali ini ketawa Qays lebih kuat. Wheoi, dialog Ifza samalah dengan Isha. Lagi sekali bayangkan. Issh kali ini nampak Aqila bukan benam dia tapi dada dah sakit kena tumbukan judo budak tu.
“Taklah. Aqila tu...”
“Honey, bos panggil. Meeting dah nak mula.”
“Coming, sweetheart.”
Suara lelaki tu! Menyerap darah Qays. Tegang urat-urat lelakinya. Honey! Sweetheart! Ada juga orang yang akan mati hari ni.
“Bye.”
Ifza matikan talian. Cik Hati dan Cik Jantung dah bertepuk bertampar. Cik Akal dah ketawa. Encik Qays tentu
dengar. Rasakan! Lihat siapa yang lebih cemburu!
Qays dah berkira-kira nak ke pejabat Ifza. Serang lelaki yang panggil Ifza honey.
Biar betul nak ke sana? Tembak Encik Akal. Ifza akan semakin benci awak kalau awak serang. Cemburu tu simpan sikit untuk anak cucu ya Encik Qays. Ingat Ifza tu keras hatinya.
Iyalah. Nak buat apa sekarang? Nak kena minta tolong siapa?
Issh, Cik Tunang Kertas ini selalu huru harakan hatinya.
Hello, I'm back. Sorry ambil masa update cerita ni. Ada urgent matters nak selesai. So, how are you guys? Still strong and happy? If the answer is yes. Good for you. If not, don't be sad. Live is a circle. Akan tiba masa nanti, you guys will be on the top. But if you already on top, please look down. There are people that needs your help. For me, please keep reading my story. Boleh komen dan ambil iktibar. Hahaha...
Share this novel