Suasana di rumah Hafiy dah panas. Insan-insan yang ada, tunggu masa nak meletup. Isha bergegas turun. Muka merah padam. Berpeluh. Dia dah cari setiap ruang dalam rumah itu. Ibu tak ada. Betul kata abah. Buat pertama kali, ibu tak ada. Ibu keluar. Sorang-sorang. Penyesalan menyesak diri. Dia sepatutnya tidak ke tempat kerja. Tapi ibu desak dia dan Ifza pergi. Rupanya ibu dah rancang nak tinggalkan mereka.
Mana ibu? Ya Allah...
“Puas hati abah kan!” Bergema kuat suara Isha.
Begitu marah dengan tindakan abahnya membenarkan ibu mereka pergi.
Ifza terus duduk di sofa. Pucat. Peluk tubuh. Inilah yang dia takutkan. Ibu tinggalkan mereka. Rajuk ibu entah ke mana dibawa. Terasa diri benar-benar bersalah dan berdosa. Ya Allah...
Hafiy duduk di sofa depan Ifza. Dia picit dahi. Lemah lesu. Gementar. Takut fikirkan keadaan isteri di luar sana.
“Abah memang nak ibu tinggalkan rumah ni, kan!” Isha berdentum. Masih tidak puas hati.
“Tak. Sumpah abah tak nak ibu kamu pergi tapi…”
“Sumpah abah dah tak dak makna! Isha tak sangka abah boleh kejam macam ni. Isha tak kan maafkan abah kalau apa-apa berlaku pada ibu.”
“Isha nak ke mana?” Ifza menarik tangan Isha bila Isha sudah meluru hendak ke luar.
“Cari ibu. Isha tak akan tinggal dalam rumah ni selagi ibu tak balik ke sini.”
“Isha, tolong be rasional.”
“Rasional? Kakak saja BE RASIONAL! Kakak kan pakar dalam soal tu?”
Isha menolak kasar tangan kakaknya dan berjalan keluar.
“Isha!”
Panggilan Ifza tidak diendahkan. Isha masuk ke dalam perut keretanya dan terus pandu.
“Ifza, abah minta maaf. Ini semua salah abah.”
Hafiy terkulai lemah. Tidak tahu bagaimana hendak menghadapi kemarahan anak-anaknya.
“Habis tu abah nak berhenti setakat situ saja? Setakat nak minta maaf. Setakat nak kata salah abah? Masalah keluarga kita tak kan selesai setakat penyesalan abah, setakat nak maafkan abah. Abah nak kah kehilangan ibu? Tolonglah, abah mesti buat sesuatu.” Rayu Ifza dalam kekecewaan yang teramat sangat.
“Abah tak tahu nak buat apa. Ibu Ifza tak nak terima abah. Tak nak maafkan abah.”
“Habis tu abah nak berpisah dengan ibu? Itukah yang abah nak selama ini?”
Ifza meletus geram. Abah bagai dah putus asa. Memang betul agaknya kata Isha. Abah tak nak ibu lagi.
“Abah tak nak berpisah dengan ibu kamu. Abah tak pernah berhenti sayang ibu kamu.”
Menitis jua air mata Hafiy. Ya Allah dia tak nak kehilangan Haziqah. Tolonglah dia tak boleh berpisah dengan Haziqah.
Tersentuh hati Ifza. Pertama kali dia melihat abah menangis. Dia tahu abah tak nak kehilangan ibu tapi masalahnya, abah dah pun kehilangan ibu. Buktinya, ibu tega tinggalkan abah yang sebelum ini, sepanjang hidupnya, tak pernah ibu buat begitu. Hidup ibu hanya abah.
“Ibu kamu benci abah...”
“Jangan salahkan ibu.”
Orang kata, berani buat berani tanggung.
“Memang dia tak salah. Abah yang salah. Abah kena cari ibu kamu.” Hafiy bangun.
Ifza juga bangun. Tak kan nak biarkan abah cari. Abah nak cari mana? Kalau abah jumpa pun, belum tentu ibu ikut abah. Ibu kan lari daripada abah?
“Tak, biar Ifza yang cari. Abah tunggu sini. Apa-apa nanti Isha call.”
“Iya.”
Hafiy iya kan saja. Fikirannya kusut. Bukan sebab Haziqah saja tapi Nida yang asyik telefon dan hantar mesej. Gila begini.
Ifza capai beg & kunci kereta. Di dalam kereta dia menyandar lemah. Mana nak cari? Tidak tahu mana nak tuju. Isha? Dia telefon Isha. Isha tak jawab. Cuba lagi. Masih tak jawab. Ternyata adiknya tidak akan jawab panggilannya. Hantar mesej pula. Tetap tak balas. Cari ibu? Ibu lagi sukar untuk dicari sebab ibu tidak membawa telefon bersama. Ibu bagai tinggalkan apa saja pemberian abah kepadanya.
Ah, ikut saja gerak hati lalu Ifza mula memandu keretanya. Dia singgah di hotel-hotel sekitar KL, tempat-tempat riadah, masjid malah ke pasar raya di sekitar KL namun tidak menemui ibu mahupun adiknya. Dilihat jam, dah pukul 10:45 malam bermakna sudah hampir 6 jam dia melilau mencari mereka. Ke mana lagi hendak dituju? Dia berhenti di tepi jalan. Dia perlu berehat. Benar-benar keletihan. Dipejamkan matanya.
Tiba-tiba telefon pintarnya berdering. Qays? Direnung skrin bagai tidak percaya. Kenapa Qays telefon? Isha dengan Qays kah?
“Isha, dengan awak?” Terus tembak soalan.
“Tak. Kenapa?” Qays kedengaran hairan.
Soalan Qays tidak dijawab. Tidak perlu kerana ternyata Isha tidak bersama Qays. Kekecewaan kembali merayap dan duduk dalam hati. Dia matikan talian. Mendakap diri sendiri. Dia sunyi. Dia mahukan ibunya.
Telefon pintarnya berdering. Ditatapnya. Qays. Dia biarkan hingga berhenti sendiri. Namun, belum sesaat, telefon berdering lagi. Insan yang sama. Ah, bising. Jika hanya dia dapat matikan telefon, tapi tak boleh. Takut dia terlepas panggilan ibu, Isha mahupun abah jika mereka menelefonnya.
Mahu atau tak, Isha terpaksa jawab.
“Ifza, awak kenapa?”
“Awak nak apa?” Soalan lawan soalan.
“Saya nak awak.” Senang saja Qays menjawab.
“Saya dah ada banyak masalah. Awak jangan nak tambah masalah saya boleh tak?”
Melantun nada Ifza daripada nada datar ke nada tinggi. Lelaki ni memang gila!
“Ok now you beginning to tick, so tell me what’s bodering you.”
Ifza diam. Wajarkah dia beritahu Qays?
“Ifza, please tell me. I’m seriously worry about you.”
Lembut bicara Qays. Bila dah sayang, bicara ikut rentak sayang.
Oh, so sweetnya. Worry about me? Cik Hati nak nangis lebih-lebih lagi dalam situasi Cik Hati sedang resah begini. Cik Akal pula dah penat memikir mana lagi nak cari.
“Ibu dan Isha dah tinggalkan saya. Saya dah tak tahu mana nak cari mereka. Dah merata tempat saya cari tapi tak jumpa.” Terkeluar juga keresahan di hati.
“Awak di mana?”
Keresahan Ifza kini berpindah kepada Qays. Malam-malam begini kekasih hati di luar sana sorang-sorang? Tak boleh jadi. Kenapa pula Auntie Iqah dan Isha tinggalkan Ifza?
“Err...”
Mana yer? Ifza lihat sekeliling. Beberapa buah bangunan di depan. Kiri kanan gelap. Serius dia tak tahu di mana. Asyik main reda saja tanpa arah. Ok cari nama jalan atau bangunan yang mungkin dia tahu.
Issh budak ni mesti tak tahu di mana dia berada. Qays dah urut dahi.
“Hantar location awak dan tunggu situ. Saya on the way. Jangan bergerak ke mana-mana. Kunci pintu kereta tu. Ifza, awak dengar tak? Hantar sekarang Ifza!” Melatun arahan Qays.
“Awak tak payahlah datang sini. Ini masalah saya.”
“Damn it Ifza! Jangan sombong boleh tak?”
“Yalah.” Ifza mengalah. Issh pening dengan lelaki ni.
“Tunggu situ. Jangan berani awak gerak ke mana-mana.”
Ifza tak sempat membantah lagi sebab Qays dah matikan talian.
Issh, lelaki ni memang penyibuk, tapi, ok juga.
Setidak-tidak Qays boleh handle Isha. Akui juga sekarang perhubungannya dengan Isha semakin renggang. Isha masih menyalahkan dirinya. Ifza tidak salahkan adiknya. Dia sendiri masih menyalahkan diri sendiri.
Dipejamkan mata kembali. Bibir menyebut Ya Allah. Diulang perkataan itu berkali-kali kerana hanya dengan mengingati Allah memberikan dia kekuatan untuk terus menghadapi dugaan ini dan semoga Allah juga memberi kekuatan kepada abah, ibu dan adiknya. Ya Allah.
Entah bila Qays tiba. Ifza hanya sedar bila Qays mengetuk cermin tingkap kereta. Ifza buka pintu. Belum sempat dia kata apa-apa, Qays dah arah dia keluar. Macam insan bodoh, dia mengikut saja.
“By the look of you, I know you haven’t eaten yet. Let’s go.”
“Haa?” Yap, macam insan bodoh juga dia keluarkan perkataan haa.
“Tinggal saja kereta awak kat sini. Naik kereta saya. Lepas awak makan, baru awak beritahu saya apa yang berlaku. Let’s go Ifza.”
“Saya tak lapar. Kita cari ibu dan adik saya dulu.”
Kali ni dia tak nak jadi bodoh. Tolonglah keluarga dia lebih penting daripada makan.
“Ifza, awak jangan degil!” Qays cekak pinggang. Dah tahu sangat budak ni mesti nak degil.
“Saya memang degil.” Balas Ifza. Tak boleh menyerah. Renung tajam mata Qays.
“Fine.”
Ah, kena beralah. Tak boleh tahan dengan sinaran tajam mata Ifza. Dikeluarkan iPhone dari kocek seluar. Dial. Tak ada jawapan. Cuba lagi. Tak ada juga. Akhirnya hantar mesej. Tunggu. Menyandar di kereta.
Bersilang tangan di dada. Merenung insan yang masih degil di depannya. Nasib baik tidak perlu menunggu lama. Mesej diterima.
“Jom. Naik kereta saya.”
“Ke mana?”
“Jumpa Isha. Dia dah hantar mesej kat mana nak jumpa dia.”
“Isha mesej awak?”
“Iya.”
“Jahatnya. Mesej saya dia tak jawab langsung. Baca pun tak.” Ifza merungut.
Qays terlepas ketawa bila melihat muka monyok Ifza.
“Tak, Isha tu sayang awak. Ini, baca mesej saya.” Qays berikan iPhone kepada Ifza.
Tertera mesej - Jumpa Abang Qays sekarang kalau Isha tak nak Abang Qays bunuh kakak Isha tanpa niat. Sakit hati Abang Qays dengan kedegilan gila dia!
Ternganga Ifza. Biar betul? Bunuh tanpa niat!
“Awak!” Mengecil Ifza melihat Qays! Lihat siapa yang akan bunuh tanpa niat!
Qays hanya senyum. Comelnya. Rasa macam nak bawa balik rumah. Buat perhiasan di atas katil. Tengok tak boleh sentuh. Hai, budak ni memang boleh buat dia gila. Masakan nak bunuh kekasih hati tanpa niat. Nak kahwin dengan niat adalah.
“Ok sorry. Jom naik kereta saya.”
“Tak! Kita naik kereta masing-masing.”
Issh, degil betul! Kali ini Qays nekad tak bagi Ifza menang. Dia buka pintu kereta Ifza. Keluarkan kunci kereta. Capai beg tangan di tempat duduk. Tutup pintu semula. Tekan punat kunci. Masukkan kunci dalam poketnya.
“Awak!” Ifza cekak pinggang. Eee lelaki ni dah hilang akal! Mana boleh buat sesuka hati.
Nak ambil kunci? Tanya Cik Hati. Masalahnya kunci dalam poket lelaki tu. Habis tu?
“Masuk Ifza atau awak nak saya dukung awak masuk?”
Qays buka pintu keretanya. Tunggu. Tunang kertas tersayang masih berdiri tegak. Nak degillah tu. Mahu dia dukung juga tunang kertas masuk kereta.
“Fine. Tapi ingat kalau apa-apa jadi kat kereta saya, saya errr saman awak.” Ifza masuk.
“Yeah yeah.”
“Saya ikut awak hanya sebab Isha, ok.” Ifza tuding jari. Betullah tu, kerana Isha.
“Yeah yeah.”
Qays geleng. Hai, siapa yang tension sekarang ni?
Qays menuju ke tempat yang Isha mesej. Malangnya, Isha tidak ada.
Ifza terjenguk-jenguk di persekitaran tempat yang Isha kata dia berada. Banyak kereta yang parkir di tepi jalan ni tapi tak nampak pun kereta Isha. Qays dah masuk dalam 7-Elevan cari Isha. Keluar beberapa minit kemudian. Isha tak ada.
“Mana dia?” Ifza semakin cemas. Mungkin Isha masih marah dengannya. Tak nak jumpa.
“Entahlah. Kita tunggu kejap. Mungkin nanti dia sampai.”
“Awak try call dia dulu boleh?” Ifza tarik lengan baju Qays. Mungkin Isha jawab.
Qays telefon. Tak ada jawapan. Hantar mesej pun tak dibaca. Ke mana gadis tu menghilang? Dia semakin risau.
“Ya Allah, ke mana Isha dan ibu pergi?” Ifza sandar di kereta. Peluk tubuhnya. Air mata berkolam di kelopak mata.
“Awak tunggu sini. Saya cari belah sana. Ingat jangan pergi mana-mana.”
Qays turut cemas. Hari dah jauh malam. Takut apa-apa terjadi kepada Isha. Takut juga Ifza buat kerja gila. Merayau sorang-sorang cari Isha.
“Awak, macam mana ni? Saya tak fikir Isha akan datang.” Tanya Ifza sebaik saja Qays kembali ke kereta.
Tahap kerisauan dah melangit.
Qays tak sempat jawab bila iPhonenya berdering.
“Abang Qays, kereta Isha pancit. Isha...” Suara Isha kedengaran lemah.
“Isha tunggu situ. Hantar lokasi.”
Bergegas Qays masuk kereta. Ifza ikut. Kereta meluru ke lokasi yang dihantar Isha. Bila tiba di lokasi, mereka melihat Isha sedang duduk di kerusi belakang. Menyandar lemah.
“Kak, perut Isha sakit.” Ujar Isha sebaik saja melihat Ifza dengan wajah yang pucat lesi.
“Ya Allah. Isha, ini mesti gastrik. Isha tak makankah tadi?”
Ifza merangkul wajah Isha. Bersyukur dia jumpa Isha. Air matanya mengalir.
“Kita ke klinik.” Ujar Qays.
“Tak. Isha nak cari ibu...” Air mata Isha merembes mengalir.
“Abang janji abang akan cari ibu Isha. Yang penting sekarang Isha kena jumpa doktor, ok?”
Isha angguk. Dia tahu dia tidak boleh terus mencari ibunya dalam keadaan begini.
“Isha bersalah pada ibu, kan kak? Sebab itu ibu pergi...” Berlalu saja ayat sayu Isha ke lembah pilu.
“Tak, kakak yang salah.” Ifza peluk adiknya. Dia yang salah.
Dia...
Hello guys. I'm back (^◕ω◕^). Saja nak up kan bab ni malam ni juga walaupun Cik Akal dah suruh masuk tidur. Sedap tidur hujan-hujan begini. Emm agak-agak boleh tulis lagi satu bab tak? (ᴗ˳ᴗ) (●ᴗ,ᴗ)
Share this novel