BAB 40

Romance Completed 25825

“Ibu ok?” Ifza meraih tangan sementara adiknya dah paut bahu ibu mereka.

Haziqah angguk lemah. Tiba saja di sebuah hospital swasta tadi, suaminya terus dibawa ke Unit Rawatan Koronori dan dia masih belum dapat apa-apa berita tentang keadaan suaminya.

“Mana abah?” Ifza bawa ibunya duduk di kerusi yang berdekatan.

“Dalam bilik rawatan.” Haziqah meraup wajah. Penantian ini menyeksakan.

“Apa yang berlaku bu? Selama ini Ifza tak tahu pula abah sakit jantung.”

“Entahlah. Ibu rasa, abah Ifza pun tak tahu.” Suaminya tak pernah nak buat pemeriksaan kesihatan. Kalau sakit, main telan Panadol saja.

“Apa perempuan tu buat kat sini?” Dengus Isha apabila melihat Nida berjalan ke arah mereka.

“Ini semua salah kau orang! Pressure dia sampai dia sakit!” Tukas Nida.

“Apa! Kita orang?” Isha meletus kasar.

“Isha... ni hospital. Jangan buat ibu lagi susah hati.”

Ifza tarik lengan Isha yang dah nak meluru ke arah Nida. Namun begitu, dia sendiri menuding jari beri amaran kepada Nida.

“Awak diam!” Ibarat mata helang, tegas dan tajam menerjah anak mata Nida.

Nida kecut. Dia sorang. Nak lawan tiga. Ah, dah mai pula dua hero hingusan! Kalah begini.

“Ifza, abah awak macam mana?” tanya Qays yang muncul bersama Faaz.

“Entahlah. Kami...” Belum sempat Ifza habiskan ayat, seorang doktor Melayu keluar dari bilik rawatan dengan seorang jururawat dan berjalan ke arah mereka.

“Maaf, ini keluarga Hafiy Bin Ahmad Haziq?” tanya doktor yang dalam lingkungan umur empat puluhan itu

“Ya.” Jawab Ifza dan dia, seperti ibu dan adiknya berdiri menghadap doktor itu.

“Saya Dr Shazly, doktor jantung. Encik Hafiy perlu dibedah dengan segera untuk membuka semula salur darah di jantungnya yang tersumbat. Tapi sebelum pihak hospital boleh melakukan pembedahan, pihak hospital kena mendapatkan persetujuan keluarga terlebih dulu.”
Isha terpaksa paut erat ibunya yang sudah menggeletar.

“Bahayakah?” Ifza semakin gusar.

“Setiap pembedahan ada risikonya. Hopefully tak ada komplikasi lain timbul semasa pembedahan dijalankan. Kalau semuanya ok dan setelah saya puas hati dengan kesihatan dia, dia boleh balik. Tapi dia kena datang buat regular check up.”

“Ibu macam mana?” Sayu Ifza melihat keadaan ibunya.

“Ibu ikut keputusan Ifza.”

“Makcik?” Sekarang tumpuan Ifza kepada Nida. Sedar dia tak boleh ketepikan Nida.

Nida yang sandar di dinding, hanya angguk lemah. Perasaan takut kehilangan suami membuat jiwanya tak keruan.

“Ok. Saya kena fill up apa-apa form untuk operation ini?”

“Ya. Nurse ini akan tolong cik. Ok, kita sama-sama doa operation ini berjaya.” Ujar Dr Shazly sebelum masuk kembali ke bilik rawatan.

“Isha jaga ibu. Biar kakak uruskan.”

Ifza ikut jururawat yang bersama Dr Shazly. Qays ikut di belakang mereka. Faaz setia duduk menunggu di kerusi di depan Isha. Sayu melihat Isha. Kalau ikutkan, dia mahu duduk di sebelah Isha. Rangkul dan tenangkan Isha. Dia lepas keluhan. Ah, berangan saja. Akui saja, Isha tak kan tenang dengan dia.

Beberapa minit kemudian Isha dan Qays muncul. Qays duduk di sebelah Faaz sementara Ifza kembali duduk di sebelah ibunya. Nida tidak kelihatan. Tidak tahu menghilang ke mana.

iPhone Faaz berdering. Mesej daripada Makcik Esah. Fadl demam. Faaz terpaksa balik. Qays pula terpaksa menghadiri mesyuarat penting dengan klient menggantikan tempat Datuk Qabil yang ada urusan lain.

“Isha nak ke kantin beli air kejap. Ibu, kak nak apa-apa?” Ujar Isha. Tekaknya dah rasa perit. Ibu dan kakaknya hanya geleng.

“Bu, abah rebah di rumah, kan? Boleh Ifza tahu apa yang terjadi?”

“Salah ibu. Ibu tak sepatutnya desak abah kamu ikut Nida.”

“Hah? Nida di rumah kita?” Terkejut Ifza. Perempuan tu dah semakin kemarukkah?

Haziqah angguk. Teringat apa yang berlaku ketika suaminya muncul di depannya di rumah mereka dan setiap yang berlaku bermain semula di depan mata. Dia dan suami terpaku melihat satu sama lain sebelum suami mendekati dan memeluknya. Dia jadi kaku. Hanya air mata yang mengalir.

“Tolong jangan benci abang. Abang sayang Iqah.”

“Maaf, Iqah tak boleh jadi Iqah dulu.” Ujar Iqah perlahan.

“Abang tahu, tapi setidak-tidaknya jangan buang abang daripada hidup Iqah. Abang rindu Iqah setiap saat.” Hafiq melurut mesra rambut isterinya.

Haziqah lepas keluhan perlahan. Sandar dahinya di dada suami.

“You dah kenapa?” Tukas Nida tiba-tiba di muka pintu. Sakit mata melihat kemesraan suami.

Tercengang Hafiy. “Nida, you buat apa di sini?”

“Ikut you lah sayang. Sayang tak penatkah? Kitakan baru balik semalam.” Ujar Nida. Dia dekati suami dan melirik jelingan manja.

“Kak Iqah nak tahu, tahun ini kami sambut ulang tahun perkahwinan kami di Filipina. Seminggu kami di sana. Memang best sangat.”

Haziqah tunduk. Pejam mata seketika. Benam kesayuan dalam kelukaan hatinya. Baru saja suami mengaku rindu dia setiap saat. Rindu dia dalam dakapan Nida. Sakitnya dengan pembohongan suami. Ya Allah...

“Pergi balik!” Dengus Hafiy. Dia tahu Nida sengaja nak sakitkan hati Haziqah.

“You ikut I balik. Rehat dan luangkan masa you dengan Ariq. Seminggu kita tinggalkan dia dengan kakak I. Dia tentu rindu you. Kak Iqah tentu faham, kan?” Sengaja lihat madunya.

“Jangan melampau Nida! Balik!” Herdik Hafiy.

“I tak kan balik tanpa you, sayang. Kita boleh sambung honeymoon kita kat rumah.” Nida sengaja melurut mesra pipi suami.

“Balik!” Teriak Hafiy sambil menolak tangan Nida.

Nida hanya sengetkan bibir. Memang taklah dia nak berputih mata dan biar suami bermadu kasih dengan isteri tua hingga lupa dirinya.

“Tak! I tak akan benarkan you lebih pentingkan keluarga you kat sini.”

“Dammit it! Dari awal perhubungan kita lagi I dah kata, you terima I, you kena terima mereka! I tak kan tinggalkan mereka untuk you.”

“Kenapa I saja? Sekarang mereka dah tahu I dan Ariq ujud dalam hidup you. Jadi, mereka juga kena terima. Tapi I tak rasa mereka boleh terima. Lihat saja kedudukan you dalam hidup mereka sekarang. You sendiri dah tak penting bagi mereka. Itu kenyataan!” Nida tembak setiap perkataan dengan ledakan.

Membuntang Hafiy melihat Nida. Rasa seperti ditampar. Sakit. Tapi, betul pun kata Nida. Dia dah tak penting. Haziqah sendiri dah bina kehidupannya sendiri.

“Dahlah. Abang ikutlah dia.” Haziqah lepas keluhan. Beralah saja. Tak perlu nak berbalah.

“Kenapa mesti abang ikut dia? Iqah dah tak nak abang dekat Iqah, kan?” Hafiy terjang kemarahannya. Kecewa dengan sikap Iqah yang tak pentingkan lagi dirinya.

“Abang nak Iqah buat apa?” Sesabar mungkin Haziqah bertanya.

“Fight untuk dapatkan abang. Kenapa nak menyerah?”

Anak mata Haziqah dah arah ke atas. Dia duduk. Raup wajahnya. Dia geleng. Rasa bodoh. Kenapa alam perkahwinan kena jadi medan rebutan?

“Betulkan kata I? You dah tak diperlukan di sini sayang.” Nida senyum sinis.

“Di...am...” Suara Hafiy bergetar lemah. Kepalanya rasa macam nak meletup. Sukar nak bernafas. Dia cengkam dada sebelum rebah ke lantai.

“Bu, ok tak ni?” Menyesal pula bertanya.

“Ifza, Nida nak suami dia.”

“Tapi suami dia, suami ibu. Dia tak boleh selfish.”

“Biarlah. Ibu tak nak fikir tentang tu. Yang penting sekarang, abah kamu.”

“Ya abah...” Ifza merangkul bahu ibunya. Abah penting untuk ibu.

Salam pada yang masih sudi membaca. Sorry ambil masa nak teruskan menulis tapi dah aim nak habiskan. Novel ni saya tak edit, so banyak kesalahan. Maaf masa tak mengizinkan untuk baiki kesalahan. Almaklum hidup ini tak lari daripada masalah. Begitu juga saya. Kena hadap. Anyway, you guys please be happy. Keep reaching for the star even if there's someone pulling your leg.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience