Perjalanan hidup Qays tiga tahun selepas itu.
Qays masuk. Aip, belum habis lagi.
“Sayang jubah tu dah cantik. Apa lagi yang tak kena?”
“Abang, tudung belakang panjang tak?”
“Panjang.” Qays rangkul mesra bahu Ifza.
Dia teringat sabda Rasulullah SAW “Dunia adalah berupa kesenangan dan sebaik-baik kesenangan ialah isteri yang soleh.” (Riwayat Muslim).
Alhamdulillah, Ifza seorang isteri yang solehah. Cantik pula tu. Teringat pertama kali dia melihat Ifza tanpa tudung, bukan main melonjak hati memuji. Sesak nafas seketika. Rasa kecantikan bulan dan bintang dah kalah dengan kecantikan isteri. Beruntungnya dia.
Hai, ke manakah pula fikiran suami ni melayang?
“Canım seni seviyorum.” Ifza bisik di telinga sambil merangkul pipi suami.
“Aşkım, sen her zaman benim.” Suami balas dengan ayat yang isteri suka dengar. Kenangan berbulan madu di Turki mengamit memori.
“Aşkım, abang dah ambil cuti tiga hari. Jadi, abang cuti sampai Hari Merdeka.”
“Kenapa?” Aip, ada hari istimewa yang dia lupakah? Macam tak ada.
“Saja nak teman isteri kesayangan kat rumah.”
“Ooo teman isteri. So, Inara dan Isa kita hantar pergi rumah umi. Kita dua saja kat rumah ni, boleh?” Ifza pakir kening sebelah di atas. Rangkul pinggang suami.
“Boleh-boleh. Umi mesti suka.”
Amboi Encik Qays senyum sampai ke telinga.
“Suka yer.” Dicuit hidung suami.
“Mestilah. Lagipun Sara ada kat rumah tu. Diakan nak kahwin tak lama lagi. Biar dia belajar jaga. Mana tahu dia pun dapat anak kembar macam kita. Taklah dia kalut nanti.”
“Issh jangan takutkan adik abang tu. Lagipun Ifza melawak saja. Anak kita, kita jaga.”
“Emm.. anak ada pun kita boleh honeymoon, kan sayang? Mana tahu next round kita dapat triplet.” Qays naik turun kening.
“Boleh dengan syarat, abang masak masa Ifza mengandung, masa dalam pantang dan terus masak sampai umur anak kita yang paling kecil lima belas tahun, ok?”
Ifza ketawa. Sanggupkah?
Qays terkebil-kebil. Ok, satu hari dia masak. Satu hari beli lauk kedai dan satu hari ambil lauk dari rumah ibu atau rumah umi. Masalahnya, Ifza nakkah? Ifza selalu kata, masakan suami paling sedap terutama mihun goreng dan sandwish suami. Teringat semasa Ifza mengandung dulu, hari-hari dia kena goreng mihun. Hahaha keluar anak, dua-dua ikut muka dia.
“Dahlah. Jom kita pergi. Ibu tentu sedang tunggu kita.”
Ifza paut lengan suami. Ayuh ke rumah ibu tersayang yang tidak jauh dari rumahnya. Enam minit dah sampai. Tapi sebelum itu, dia ke dapur untuk mengambil bekas yang mengandungi kek keju Jepun kegemaran abahnya. Inara dan Isa, yang akan berusia dua tahun minggu depan, sudah celapak pinggang abi mereka. Gembira nak ke rumah wan. Tapi kali ini, hanya singgah untuk mengambil wan mereka saja.
Haziqah segera mencapai kunci pintu pagar apabila melihat kereta Qays. Dia mengambil tempat duduk sebelah Qays. Isha bersama anak-anaknya dah duduk di belakang.
Perjalanan mereka mengambil masa hampir sejam disebabkan kesesakan jalan raya. Mungkin masih ramai penghuni kota yang belum balik ke kampung atau pergi bercuti walaupun cuti sekolah sudah bermula.
“Assalamualaikum.” Wah, tuan rumah yang bagi salam.
“Waalaikumussalam.”
Haziqah jawab salam Isha. Senyum melihat anaknya yang sorang ni. Dah nampak seperti buah manggis dengan jubah berwarna ungu kemerahan. Nasib baik tudung hitam.
“Jemput masuk semua.” Ujar Faaz.
Faaz menyalami tangan ibu mertua dan abang iparnya. Yap, akhirnya dia berjaya jadi suami Isha setelah berbulan-bulan sakit jiwa menghadapi penolakkan Isha. Oh ya. Fadl yang banyak membantu melembutkan hati Isha terima dia. Ada saja alasan Fadl reka agar Isha meenghabiskan masa dengan mereka berdua. Alhamdulillah, Isha kini sedang mengandung anak pertama mereka, dan kandungannya sudah masuk lima bulan. Fadl dah tak sabar nak adik.
Mereka menuju ke ruang tamu. Isha dah tak ada pembantu rumah sebab Makcik Esah dah berhenti kerja dan balik kampung. Isha lebih suka urus rumah tangganya sendiri.
“Wan, lihat ni. Cantik tak?”
Fadl segera dapatkan Haziqah, penuh dengan kegembiraan untuk menunjukkan gambar yang dilukisnya di atas kanvas. Dia melukis Optimus Prime berdiri megah di tengah sawah padi yang hijau, dengan latar belakang langit biru yang cerah.
“Cantik. Pandainya cucu wan ni.”
Haziqah terpegun dengan kebolehan Fadl melukis pemandangan kontras yang menarik antara teknologi canggih dan keindahan alam tradisional dalam lukisannya dengan menggunakan cat air.
“Emm cantiknya sayang. Mama nak frame lukisan ni, boleh?”
Isha paut bahu Fadl mesra. Fadl angguk dan cium pipi Isha. “Fadl sayang mama.”
“Dan mama sayang Fadl lebih daripada mama sayang daddy Fadl.”
Isha senyum melihat riak muka suami yang dah senget bibir. Comelnya.
“Very funny, my love.” Ujar Faaz sebelum membisikkan sesuatu untuk pendengaran isteri tercinta saja.
“Errr.. jom kak kita ke dapur.” Isha tarik lengan kakaknya menuju ke dapur.
Aip apa yang Faaz bisik? Boleh pula Isha ni blush.
Ifza tolong adiknya menghidang makanan di atas meja. Banyak juga lauk yang adiknya masak. Ini mesti lauk pauk hasil daripada esperimen. Dia dan adiknya, sejak jadi suri rumah tangga sepenuh masa, jadikan hobi mencuba masakan daripada buku-buku resepi dan internet. Suami masing-masing jadi mangsa tukang rasa. Kadang-kadang suami suka. Kadang-kadang tak. Hahaha kasihan suami.
“Isha, abah jadi datang tak? Kak ada bawa kek keju Jepun kesukaan dia.”
“Tak. Kak tahu sajalah perangai Drama Queen abah tu. Kali ini entah drama apa pula yang dimainkan untuk halang abah ke sini.” Isha mencebik.
Dia masih tak faham kenapa Nida tu tak boleh berubah. Anak dah dua, tapi masih asyik nak kontrol abah. Masa abah lebih banyak di rumah Nida. Ibu dan Bella terpaksa beralah. Tapi ada juga hikmahnya, Bella semakin rapat dengan ibu. Ibarat adik dengan kakak.
“Nak buat macam mana, abah yang pilih. Pak mertua Isha macam mana pula. Masih boikot Isha?”
“Ok sikit kot. Semalam dia singgah sini sebelum ke Jepun. Isha hidang minuman, nampak macam dia senyum sikit kat Isha. Senyuman tu besar ertinya bagi Isha, kak. Isha hanya nak berdamai dengan keluarga mertua Isha tu demi Faaz dan Fadl.”
“Isha sabar yer. Kak yakin satu hari nanti mereka akan terima Isha.”
Ifza merangkul bahu adiknya dan menariknya dekat. Salah satu sebab Isha berat nak terima Faaz dulu sebab keluarga Faaz. Bagi mereka, Isha masih tak setaraf dengan keluarga terhormat mereka. Ah, manusia. Sombong dengan kemewaan hidup yang Allah pinjamkan saja. Mati tak bawa harta dan kedudukan pun.
“Nasib baik Isha dan Nisreena dah jadi kawan, kak. Setidak-tidaknya Fadl gembira dengan persahabatan kami. Kak tahulah Fadl tu macam mana. Kadang Isha rasa pemikiran dia tu lebih dewasa daripada orang dewasa. Dia ikut Nisreena kot.”
Isha ketawa. Kalau Faaz dengar, merajuk lagilah suami romantiknya tu.
“Aşkım, abang lapar.” Qays dekati isterinya. Rangkul mesra pinggang isteri.
“Wah, aşkım! Romantiknya. Abang Qays tak nak bawa Kak Isha ke Turki lagikah? Honeymoon lagi sekalikah?”
Isha kenyit mata. Wah, abang ipar dah senyum hingga ke telinga.
“Eh, mestilah nak! Mana tahu balik nanti, kakak Isha ni mengandung lagi. Triplet pula.”
“Sayang, kita boleh merancang, tapi Allah yang tentukan. Sekarang apa kata sayang pergi panggil yang lain. Kita dah boleh duduk makan.”
“Ok.”
“Kak, betulkah kak nak triplet. Laratkah?” Isha bisik setelah Qays melangkah.
Ifza senyum. Hai, sejak kahwin, suami tak pernah tak sensasikan keadaan.
“Isha tahu sajalah abang ipar Isha tu. Dia sama macam Fadl. Tapi, pemikiran dia terbalik. Lebih keanak-anakkan sejak ada anak.”
“Askim mengata abang yer. Nanti di rumah minta maaf ok. Abang nak permohonan maaf yang paling romantik. Tak romantik, abang tak maafkan.” Bisik Qays begitu dekat dengan isteri sambil memimpin tangan Inara dan Isa.
“Baik sayang.”
Ifza ketawa sambil mengangkat Inara ke atas kerusi sebelahnya. Qays duduk sebelah isteri. Isa diletak di sebelahnya. Faaz dah pun duduk di sebelah Isha. Fadl di sebelahnya.
“Isha, abah Isha tak datang?” Haziqah tarik kerusi di sebelah Isha.
“Err... tak. Mungkin abah ada hal.”
Haziqah lepas keluhan. Sejak Hafiy buka syarikat latihan dan perundingnya sendiri, semakin sukar dia nak berjumpa dengan Hafiy. Oh ya, termasuk masalah Nida yang tak tahu istilah adil dalam berkongsi masa suami mereka. Nasib baiklah Bella tak seperti Nida. Walaupun muda, Bella lebih memahami keadaan Hafiy. Dia tahu Bella benar-benar sayang Hafiy. Betullah agaknya orang kata, cinta tak kenal usia.
“Ibu, ok?” Isha lurut lengan ibunya. Kasihan ibu.
“Ok.”
Bersabar sajalah Haziqah. Ujar suara hati. Sabar dan memaafkan sudah menjadi rutin, terutama apabila menyentuh soal suami. Sekarang ini, yang ada di depan mata lebih penting. Ifza dan Isha, yang dulu takut dengan cinta, sekarang telah menemui cinta mereka. Qays dan Faaz berjaya menakluki cinta mereka dengan izin Yang Maha Esa. Pasti akan ada dugaan dalam perjalanan rumah tangga anak-anaknya, namun doanya sentiasa mengiringi mereka. Doa seorang ibu penting bagi seorang anak.
Haziqah senyum melihat Qays dan Ifza. Permulaan cerita cinta mereka, ibarat karya seorang penulis bermula dengan perjanjian dia dan Jaseena. Oh ya, jangan lupa Isha, watak penting yang bersungguh-sungguh temukan Ifza dengan Qays dengan hanya menggunakan sekeping kertas. Emm mana agaknya kertas pertunangan tu?
“Isha, mana kertas tunang yang ibu dan Auntie Seena buat dulu?”
“Kertas tu... err... Isha tak ingatlah bu.”
Mana ya? Tapikan, kenapa ibu tiba-tiba bertanya. Isha lihat Ifza yang sudah memapar riak hairan juga. Ada apa-apakah?
“Ada dengan Qays bu. Qays dah frame. Takut koyak.” Dengan senyuman Qays jawab.
Zapp Ifza toleh lihat suami. Bila masa pula kertas tu ada pada Qays?
“Abang buat apa?”
“Frame. Abang letak atas meja kat ofis. Abang siap tulis atas frame tu, Tunang Kertas Encik Qays.” Qays ketawa kecil. Teringat betapa susahnya dia nak dapatkan cinta Ifza dulu.
“Tunang Kertas Encik Qays? Aip. setahu I, you dan Ifza bertunang pada hari yang sama you berdua bernikah. Ada cerita di sebalik tunang kertas inikah?” Tanya Faaz kebingungan.
“Ada. Nanti Isha cerita, ok sayang.” Isha yang jawab.
Sekejap, kenapa suami nampak terlebih lawa hari ini? Terlebih manis. Hahaha.
Faaz perasan sinar mata isteri. Semestinya sinaran yang ada makna tersendiri. Dia dekatkan wajah dengan isteri.
“Honey, you smell so nice. Feeling like eating you.” Ujar Faaz berlahan.
Isha berdehem. Ah, ini bukan waktunya. Shoo shoo...
Dia mengambil sepotong lasagna daging rendang dengan keju dan meletakkannya ke dalam pinggan suami. Lasagna rekaannya itu dah jadi kesukaan Faaz dan Fadl. Pandaikan dia menawan selera mereka. Hehehe...
“Kertas tunang itu permulaan cerita cinta kita, kan sayang?” ujar Qays perlahan di telinga isterinya. Di dalam hati, dia berdoa agar kebahagiaan ini kekal selagi hayat dikandung badan. InsyaAllah.
“Iya. Terima kasih kepada ibu dan umi.”
Ifza melihat ibunya. Pada masa yang sama, Isha juga melihat ibu mereka. Ibu kelihatan sayu.
Mungkin ibu rindu abah. Kasihan ibu.
Ya Allah, tolong bahagia ibu. Berikanlah ketenangan dan kegembiraan dalam hatinya.
Gerak suara hati kedua-duanya. Doa untuk ibu tersayang.
Tiba-tiba loceng pintu berbunyi. Tercengang semua. Siapa pula?
“Biar Ifza pergi lihat.”
Ifza berdiri dan berjalan ke pintu. Dikuak daun pintu. Tergamam melihat abahnya. Kata tak boleh datang.
“Abang...” ujar Haziqah di belakang Ifza. Tergerak hatinya tadi ikut Ifza.
Dia menyalami tangan sebelum memeluk mesra suaminya. Inilah ketenangan dan kebahagiaannya. Air mata kesyukuran mengalir. Dia masih ada suaminya. Terima kasih Ya Allah.
“Abang rindu sayang. Rindu sangat-sangat.”
Hafiy membalas pelukan isterinya. Air mata bergenang di kelopak mata. Dia bersyukur Haziqah masih menerima dirinya dengan baik walaupun dia sering melukakan hati isterinya ini.
“Kak, siapa...”
Ayat Isha terhenti apabila melihat kemesraan ibu dan abahnya. Dia merangkul pinggang kakaknya. Spontan hati menjadi sayu, dan sepertinya, Ifza juga sayu melihat kedua-dua insan yang mereka sayangi. Pada saat itu, keempat-empat hati mensyukuri nikmat kasih sayang yang Allah berikan.
Terima kasih Ya Allah...
TAMAT
Akhirnya... tamat. Hahaha ini novel kedua yang saya berjaya siapkan. Novel pertama Prisoner of Tariq Zayyan. Ok, saya nak mula yang baru. Idea baru datang apabila telinga di banjiri dengan bunyi drill rumah jiran. Hahaha. Tapi, tajuk dah reka - Ezra dan Raz. Kisah cabaran. Hahaha ada perkataan tunang juga. Oh ya, ada yang tahu tak macam mana nak italic perkataan dalam novelplus ni?
Share this novel