Haziqah perhati kunci pintu pagar dan pintu masuk ruang tamu di tangannya. Tiga hari lepas dia terjumpa kunci itu di dalam beg galasnya. Tentu kerja salah seorang anaknya.
Dia masih berdiri. Merenung rumah yang dia tinggalkan. Rasa janggal. Patutkah dia masuk?
Masuk saja. Masa untuk berhenti berlari, Puan Haziqah. Sesakit macam mana pun, dia suami awak dan selagi dia suami, awak hormat dia. Tukas Cik Akal.
Iyalah.
Dia masukkan anak kunci. Tap. Buka. Ditolak pintu pagar perlahan-lahan. Berjalan ke pintu depan rumah. Masukkan anak kunci kedua. Tolak daun pintu sedikit.
Hai Puan Haziqah, dah tak tahu beri salam dulu?
Iyalah.
Bukan setakat beri salam, kena baca Surah Al-Ikhlas seperti mana diajar arwah nenek.
Iyalah. Dia mula baca.
Agaknya apa lagi Cik Akal nak tegur? Sejak jumpa suami hari tu, tak habis-habis Cik Akal nak bersuara.
Haziqah ke ruang tamu. Dia letak dua buah beg yang dipegangnya ke atas meja. Lihat sekeliling. Tetap sama. Dia ke dapur. Emm bersih. Rajin juga anak-anak daranya kemas atau anak-anak ni tak masak sebab itu bersih? Dia senyum.
Agaknyalah, kalau dua-dua asyik kerja. Cik Akal bersuara.
Haziqah menaiki anak-anak tangga dan berjalan menuju ke biliknya. Masih sama. Tak ubah apa-apa pun. Dia duduk di birai katil. Leraikan tudung. Lihat diri di releksi cermin panjang di dinding depannya. Dia lepas keluhan. Dia yang bukan dirinya yang dulu. Pandangan hidup dah berbeza. Kedudukan dia dah berbeza. Dia berkongsi kasih dengan wanita yang tidak ada sehelai pun rambut putih sepertinya. Hai, betullah istilah isteri tua, isteri muda. Yang tua beruban dan berkedut. Yang muda sebaliknya. Bergetah lagi. Sedihnya.
Berhenti kasihan diri sendiri. Lihat jam. Isha dan Ifza dah nak balik kerja. Pergi masak. Tegur Cik Akal.
Iyalah. Masak apa?
Masak apa saja yang ada di dapur. Salin baju sebelum turun ke dapur. Arah Cik Akal.
Iyalah. Hai, makin menjadi Cik Akal ni.
Ya Salam, budak-budak ni tak ke pasarkah? Peti sejuk kosong saja. Tak ada bahan mentah basah apa pun.
Hampir sejam kemudian, Ifza pulang. Terkejut bila masuk, bau wangi daun pandan. Eh, bau nasi lemak. Isha dah balik dan masak nasi lemak? Tapi tak nampak pula kereta Isha. Tak kan kereta rosak lagi? Mungkin abah? Eh, macam tak saja. Habis tu? Meremang bulu roma. Issh pergi jengah saja kat dapur tu. Siang-siang nak takut apa. Cik Kaki jom ke dapur.
“Ibu?”
Wah, cantiknya! Ibu di dapur. Cepat-cepat dia ambil telefon pintar. Tangkap gambar ibu tengah pegang senduk.
“Eh, dah kenapa tangkap gambar ibu?” Geleng tengok perangai anak.
“Sebab ibu terangi dapur ni. Cantik.” Ifza cium tangan ibunya.
“Jadi ibu dah jadi lampu?” Haziqah ketawa. Ada saja anak dia ni.
“Ibu betul-betul nak tinggal sini, kan?” Perlahan pertanyaan Ifza.
“Ya, jika itu yang abah kamu mahukan. Tapi, ibu terpaksa letak syarat demi ketenangan ibu. Tak salahkan?” Haziqah masih ragu-ragu. Betulkah tindakannya ini?
“Tak. Bagi Ifza, yang penting ibu bahagia. Kadang-kadang kita perlu selfish.”
“Eh, apa hal ni?” Isha muncul. Terkejut dengan kehadiran ibu. Cemburu kenapa Ifza dalam pelukan ibu. Ayuh Cik Kaki dekati ibu. Cik Tangan tolak Cik Ifza. Diri sendiri ambil alih. Emm dah ambil tempat yang paling membahagiakan diri. Peluk ibu erat.
“Kacaulah adik ni.” Ifza merungut namun lebarkan senyuman. Suasana ini yang dah lama dia impikan. Terima kasih Ya Allah.
“Dah-dah pergi mandi. Anak-anak ibu ni mesti belum Solat Asar lagi, kan?”
“Ifza dah solat kat pejabat tadi. Takut tak sempat. Kesesakan jalan laa ni semakin teruk.”
Ifza ambil sudu, cuit setengah sudu sambal ikan bilis dan masukkan ke dalam mulut. Emm sedapnya. Kenapa dia buat tak sama rasanya seperti ibu?
Ibu awak mula dengan Bismillah dan masak dengan penuh kasih sayang. Awak boleh ikut.
Aip, mana mai suara Qays? Ifza geleng. Hai dah gila lagi.
“Isha pun.” Isha duduk sebelah Ifza. Ikut merasa sambal tumis ikan bilis ibu. Yummy.
“Ibu, kita makan dulu.” Ifza lurut-lurut perut. Lapar
“Pergi mandi dulu. Ibu pun nak naik atas mandi. Oh ya, lepas makan nanti bawa ibu ke supermarket. Beli barang dapur. Esok kita pergi pasar. Peti sejuk tu kosong saja. Jangan kata ayam, ikan, sebiji telur ayam pun tak ada. Yang ada cuma ketul ais. Anak-anak ibu ni asyik makan luar kot. Tak masak. Lagi satu, dua-dua bilik air kata atas tu cuci kah tak? Tingkap bilik cuci tak? Lantai mop...”
Yap, bebelan dah mula. Isha paut bahu ibunya. Ok, dulu rindu tapi sekarang... kena pintas.
“Ibu tahu tak gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun masih aktif untuk meletus. Tapi berdasarkan kajian pakar geografi, api elektrik di rumah tidak akan aktif jika tidak bayar bil tiga bulan jer. Anehkan bu?” Isha lurut-lurut lengan ibunya.
Haa... Tenganga Haziqah. Issh, dia pun tahu tu. Tak payah jadi pakar. Tangan melayang tampar lengan anak yang sedang tersengeh. Nakal.
“Sayaaang... ibu. Jom mandi. Kak, naik mandi!”
Kena ajak kakak sama kalau tidak, habis sambal tumis kakak makan. Nasib baik ikan bilis yang dia beli dua hari lepas masih berbaki.
Setelah mandi dan makan, mereka ke Pasaraya Mydin beli semua barang keperluan. Ibu memang suka membeli belah di pasar raya tu. Semua ada dan harganya berpatutan.
Malam itu, Isha dan Ifza lepak di bilik ibu mereka setelah menunaikan solat Isyak bersama. Isha baring di katil sambil membelik telefonnya sementara Ifza membaca buku di sofa.
“Abah kamu tahu ibu balik sini?” Haziqah letak bajunya yang dah dilipat ke dalam almari.
“Ifza hantar mesej beritahu abah. Abah baca tapi tak balas apa pun. Mungkin abah...”
“Tak kesah.”
Isha sambung ayat Ifza perlahan. Kakak sendiri dah gantung ayat. Tak tahu alasan apa nak bagilah tu.
“Tak apalah.” Haziqah perbetulkan kain cadar sebelum melabuhkan dirinya di atas katil.
Isha dekati ibunya dan baring di sebelah. Sandar pipi di bahu ibu. Kasihan ibu.
“Boleh Isha tahu, kenapa tiba-tiba ibu decide balik sini?”
Haziqah senyum tawar. “Sebab ibu nak abah kamu terima ibu yang sekarang. Bukan yang dulu. Ibu nak ada ruang ibu sendiri. Ibu tak nak berhenti pada anak tangga yang tidak ada arah.”
“Seperti lukisan ibu, Part of My Steps.” Ujar Ifza. Dia duduk di sebelah ibunya. Menyandar di kepala katil.
“Ya. Ibu berdoa sangat abah kamu faham dan terima.”
“Abah kena terima. Dia tak boleh pentingkan diri dia saja. Lagipun abah dah ada bini tebuan dia.”
“Issh tak baik gelar orang macam tu.” Haziqah tepuk lengan Isha.
“Betul apa. Ibu tahukan dia tak suka kita? Ada pelung saja dia akan sengat kita.”
“Biarlah. Dia urusan abah Isha. Kita jangan dekat.”
Masalahnya bukan kita. Tapi tebuan tu. Tamak nak abah. Isha merungut di dalam.
“Auntie Seena tak kata apa-apakah ibu balik ni?”
“Tak. Tapi ibu dah beritahu dia, kalau boleh ibu nak terus mengajar anak-anak kat sana melukis. Harap-harap sangat abah kau tak halang.” Lemah bicara Haziqah.
“Kita sama-sama doa.” Ifza mula bersuara. Dia senyum. Ibu tetap sama.
Isha bakal kata sesuatu tapi tak jadi sebab telefon pintarnya berbunyi. Siapa pula hantar mesej?
Emm Abang Qays. Amboi cepat betul Abang Qays ni ambil peluang.
“Bu, Abang Qays kata esok dia bawa sarapan. Martabak, nasi lemak dan bihun goreng. Ibu cuma sediakan minuman panas. Dia nak sarapan sini.”
“Tahu saja orang tua tu ibu dah balik!” Ifza merungut. Issh tak bolehkah main jauh-jauh?
Haziqah hanya geleng. Hai, Qays tu masih belum berjaya takluk hati anak dara dia inikah?
“Mesti umi dia bagi tahu dia. Cubalah Isha berbaik dengan Qays tu. Kasihan dia.”
“Ibu sepatutnya kasihan Ifza. Ibu tahu tak, hari tu dia hantar sebelas kuntum bunga ros kat ofis. Budak Si Iqin tu pula sibuk Google cari makna. Sebelas kuntum bunga bermaksud, hanya kamu seorang yang aku cinta dalam hidup aku. Habis gamat satu ofis. Ketawakan Ifza. Yalah mana pernah Ifza terima bunga. Bos siap tanya siapa yang hantar. Takut yang hantar tu klient psiko yang nak kat Ifza.”
“Mana Ifza tahu Qays yang hantar?”
“Dia teks, minta maaf tapi tak menyesal buat benda bodoh tu. Terus Ifza call dia bagi warning jangan buat lagi. Ibu tahu. dia hanya ketawa dan putuskan talian. Eeee sakit hati betul.”
“Wah, Si Tunang Kertas kakak dah semakin pandai main drama. Dah masuk episode romantik. Marah-marah sayang gitu.” Ifza sakat.
Ifza ambil bantal dan baling kepada adiknya.
“Hai, ada saja kau orang berdua ni. Dah pergi tidur.”
Ifza bergerak tapi tidak Isha. Nak tidur dengan ibulah tu. Siap boleh lampai bye-bye.
Ifza senyum. Suasana inilah yang dia rindu. Ibu, Isha dan dia tinggal bersama semula.
Di luar Ifza muka mesej yang baru masuk di telefon pintarnya. Mesej daripada abah.
Mesej abah - Abah out station. Abah ke sana bila abah balik nanti.
Ok...
Mesej lagi satu masuk. Kali ini nombor yang dia tak tahu. Dia buka mesej. Gambar ibu tirinya dengan abah sedang makan malam.
Tertera mesej - Romantik candle light dinner at Two Seasons Coron Island Resort Philippines. I’m still IN and your mum OUT!
Ifza menyandar lemah di daun pintu. Menitis air mata. Kasihan ibu. Akan kalahkah ibu mendapatkan semula cinta abah? Ya Allah...
Salam. Hahaha I'm back after mostly one year!????????Stuck dengan personal matters. Harap-harap boleh habiskan novel ni. So you readers still IN? Jangan lupa be happy. Yang mana nak jatuhkan kita, kita kasi kick sikit. Hahaha...
Share this novel