BAB 2 I like you..|。・ω・)っ♡(*´∀`人)

Romance Completed 25825

Ifza menaiki anak-anak tangga. Ke mana pula ibu dan adiknya pergi. Masakan mereka ke IOI City Mall. Tempat tu yang paling dekat. Tapi kalau mereka pergi pun, tentu ibu beritahunya. Tidur agaknya. Issh ibu tak pernah buat kerja tidur petang-petang begini. Kalau Isha, mungkin. Budak tu bukannya tahu siang malam. Kalau dia nak tidur, matahari terik atas kepala pun dia boleh tidur.
Di biliknya tak ada. Bilik ibu pun tak ada. Bilik tetamu pun tak ada. Hanya tinggal satu lagi bilik, bilik Isha cum bilik stor. Di sini rupanya. Dua-dua sedang leka tengok gambar-gambar lama. Berselerak satu bilik. Bukan saja gambar tapi majalah-majalah lama dan barang-barang antik zaman berzaman. Memang hobi ibu simpan barang-barang lama terutama yang ada kenangan indah.

Macam best saja. Lepak jugalah. Ifza duduk bersila di depan ibunya.

“Eh, dah balik. Ifza, dah makan?” tanya Haziqah.

“Dah bu. Ini mengemas atau bagi semak lagi?”

Ifza mengambil beberapa keping gambar dalam kotak. Tersenyum melihat gambar dia dan Isha di Zoo Negara. Masa ni mereka berumur tujuh tahun, Bukan main berebut nak bagi rusa makan.

“Bagi semak. Kak, Isha tidur dengan kak dulu, boleh? Nampaknya bilik Isha ni berbulan baru boleh bersih.”

“No problem tapi awas, satu benda pun dalam bilik ni tak boleh berpindah ke bilik kakak.”

Ifza kerling tengok Isha. Tak boleh ambil risiko hobi adik yang suka menampal gambar di dinding. Hobi sejak kecil yang sering buat mereka bergaduh dulu. Yang paling dia tak suka bila adiknya tampal gambar-gambar penyanyi rocker orang putih dekat dinding. Eee menggerunkan dengan rambut panjang dan muka bercoreng macam hantu. Kalau tampal ayat-ayat suci Al-Quran tak apalah juga. Tampal satu dinding pun dia tak marah terutama Ayat Kursi. Tengok saja dah dapat pahala. Apalagi kalau membacanya. Siapa tak nak kutip pahala. Rugi.

Isha kerling balik. Dalam hati dah tersemat. Kalau bukan hari ini, esok masih ada untuknya. Dia dah pilih gambar dan poster kesayangannya yang akan temannya di bilik kakak nanti. Poster kesayangan semestinya gambar penyanyi pujaannya dulu. Poster tu mesti ditampal di sebelah katil. Barulah rock!

“Arahan dalam pertimbangan, sis.” Dia senyum bermakna.

“Ni bukan dalam pertimbangan tapi memang TAK BOLEH! Satu pun tak boleh! Kalau ada, out you go!”

Ifza kuatkan syaratnya. Senyuman adiknya dah boleh dibaca. Senyuman yang tak kan ikut arahan.

“Laa kak, sportinglah sikit. Sekarang Isha dah jumpa balik dengan barang-barang Isha ni, rasa rindulah pulak. Jiwa Isha rasa kosong tanpa benda-benda ni, kak.” Renget Isha. Dipeluk Mr Owl, bantal busuk kesayangannya dulu.

“Jangan menggada! Bilik kakak bukan muzium rocker.”

“Ikut saja kata kakak kamu, Isha. Ibu pun ingat nak buang barang-barang yang dah lapok ni. Majalah-majalah dalam kotak tu, segala piala dan kain baju yang dah bertahun berlonggok dalam timba-timba plastik tu, kita let go saja. Kumpul habuk lagi banyak kalau tak buang. Album-album ni saja kita susun dalam almari kat bawah tangga.”

“Sayangnya bu.” Setengah barang-barang ni ada sentimental value kot.

“Kalau Isha sayang, Isha duduk saja dalam bilik ni dengan barang-barang tu semua. Jadi penjaga terhormat.” Ifza bicara tanpa mendongak. Terus membelek gambarnya masa sekolah.

“Iyalah.”

Isha terpaksa mengalah. Kalau tak buang, mana dia nak tidur. Tapi sebelum buang dia nak tengok puas-puas. Hilangkan rindu. Dia ambil majalah sekolah ibunya daripada sebuah kotak. Tiba-tiba sekeping kertas terjatuh dari majalah itu. Dikutipnya. Kertasnya sudah lusuh dan kekuningan namun tulisan yang ditulis dengan pen, masih jelas.

Saya Jaseena Binti Ahmad Akbar dengan ini bersetuju untuk tunangkan anak lelaki pertama saya dengan anak perempuan pertama Haziqah Binti Hirzi.

Saya Haziqah Binti Hirzi bersetuju menerima pertunangan ini. Anak perempuan pertama saya akan jadi tunang anak lelaki pertama Jaseena Binti Ahmad Akbar.

Tandatangan: Jaseena dan Haziqah

“Wow, ini apa bu? Siap tandatangan lagi.” Isha hulurkan kertas kepada ibunya.

Haziqah ketawa. Masih ada rupanya perjanjian ini. Teringat kembali perjanjian yang sudah berusia berpuluh-puluh tahun. Emm di mana agaknya Seena sekarang?

“Siapa Jaseena ni bu?”

“Kawan baik ibu masa sekolah. Kami berkawan sejak darjah satu. Tapi selepas tingkatan tiga, kami terpaksa berpisah. Dia ikut keluarga dia pindah ke Melaka. Bapa Seena ni cikgu. Ibu pula pindah ke Perak. Maklumlah anak polis. Merata kena pindah. Sebab terlalu sedih nak berpisah, kami buat perjanjian ni.”

O ya? Isha senyum nakal. Mata meleret melihat Ifza. Dia bangun dan duduk di sebelah Ifza yang sedang leka melihat gambar masa mereka kecil.

“Kak, lihat ni.” Isha tunjukkan kepada kakaknya. Senyum lebar. “Ibu dah tunangkan kakak.”

Ifza kerling semacam. Apa pula Si Kancil ni merepek? Diambil kertas yang diberi Isha.

Haaa! Wheoi perjanjian ini dibuat sebelum dia ujud lagi. Mana boleh!

“Ibu biar betul.”

Haziqah cuma ketawa. “A’laa janji budak-budak.”

“Tapi bu, janji tetap janji. Mesti tunaikan. Kita kena cuba dapatkan tunang Kak Ifza ni!” Isha terus menyakat.

“Ni cik adik pernah dengar tak - promise are made to be broken? Tak dak maknanya kakak nak tunaikan janji budak-budak!” Bentak Ifza. Kertas perjanjian dilontarkan ke dalam kotak. Dia berdiri. Tepis-tepis habuk di bajunya.

“Ifza tak kan merajuk kot?”

“Taklah bu. Ifza nak mandi. Nak solat.”

Ifza cium pipi ibu. Takut tindakan dia tadi menghiris perasaan ibu.

“Iyalah, ibu dan Isha pun belum solat. Leka tengok gambar-gambar ni. Isha, jom kita solat.”

“Ok.” Isha segera bangun. Meraih lengan ibunya.

“Ibu, nanti ibu kena doa agar anak sulung ibu ni tunaikan janji ibu dengan kawan ibu tu.” Isha bisek namun kakaknya masih boleh mendengarnya.

“Isha!” Ifza dengus kasar.

Dia pantas mengejar Isha yang telah berlari keluar sambil ketawa. Haziqah menggeleng. Perangai nakal Isha tetap sama. Suka mengusik kakaknya. Dia bersyukur akhirnya Isha kembali ke pangkuan mereka setelah bertahun Isha merantau ke negara orang. Semoga sejarah hitam yang membelenggu hidup anaknya dulu tidak ada lagi.

Hasil bab kedua Cik Akal yang hopefully tak terhenti. Teruja nak tulis bab ketiga. Senyum sikit (^◕ω◕^)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience