BAB 7

Romance Completed 25825

“Ready to enter your new domain?” tanya Qays.
Qays senyum melihat Isha. Isha kelihatan manis dengan baju kurung moden gabungan warna hijau tua dan hijau muda dengan tudung dililit kemas.

“Yap. Tapi, Isha nak tahu tentang bos Isha. Single and available or totally not available?”

“Not available. Dah ada 3 anak, satu isteri. Lagipun dia tak padan dengan Isha. Cari lain, sayang.”

Qays menolak pintu pejabat yang tertera nama Hakeem, Hamzi & Partners. Firma ini ialah sebuah firma guaman yang menawarkan perkhidmatan perundangan, sokongan serta penyelesaian permasalahan undang-undang Syariah dan Sivil.

Qays ketawa bila melihat Isha sengetkan bibir. Ketawanya menarik perhatian seorang lelaki yang baru keluar daripada lif. Terhenti langkah lelaki itu. Terasa bagai ada yang tak kena.

“Faaz, kenapa?” tanya seorang wanita yang mengekori rapat di belakangnya.

Lelaki yang bernama Faaz tidak berkata apa-apa. Dia terus merenung belakang wanita yang bersama Qays. Jantungnya berdegup laju. Kenapa?

“Hi Faaz, Reeta. Baguslah both of you kat sini. Ini, I kenalkan PA baru Zafri. Kayla Farisha.” Ujar Qays bila dia pusing dan melihat Faaz dan Reeta di belakangnya. Isha turut pusing

Faaz pucat. Pintu sejarah bagai terbuka perlahan-lahan di depan muka dan membebaskan anak-anak panah menuju ke hatinya. Sakit. Dia tunduk. Cuba selindung. Tapi untuk apa? Kenyataan tetap di depan mata. Dia kena terima.

Isha juga bertukar riak wajah. Ya Allah, firma ni, Hakeem, Hamzi & Partners! Firma ini milik Hamzi, daddy Faaz. Issh, kenapa tadi tak perasan?

Kalau perasan, awak nak lari lagikah? Tak nak kerja sini? Kalau jawapannya, ya. Awak memang bodoh. Tendang Cik Akal.

“Sayang, you ok?” Hai, tak kan Isha dah cool feet kot.

Errr sayang? Isha dongak. Matanya bertembung dengan mata Qays. Sinaran mata yang bawa dia kembali ke dunia nyata.

“Ok.” Isha berdehem kecil dan mula senyum.

Cik Hati tanya Cik Jantung, tuan tanah nak mula main dramakah? Cik Akal yang suruh? Masalahnya tuan tanah kuatkah? Boleh gila kita lagi nanti.

“Isha, ni Abang Qays kenalkan Partner cum bos kat sini, Faaz Tan Sri Hamzi. Sebelah dia tu, Reeta Dato Amri. Dia salah seorang peguam di sini.”

Wow, Si Reeta ni pun anak kayangan! Jadi, Faaz dan Reeta ibarat burung helang. Dia? Ibarat burung pipit. Helang dan pipit terbang tak sama tinggi. Masih ingat kata-kata itu, Cik Isha? Kerana insan yang mengatakannya ada di depan mata. Ulas Cik Hati.

So what? Bentak Cik Akal. Tak payah jadi pipit. Jadi pemburu yang akan bunuh helang.

”I tak tahu pun yang Zafri nak ambil PA baru.” Ngomel Reeta.

Dia rangkul lengan Faaz. Hantar mesej kepada PA baru yang Faaz ni miliknya dan dia insan yang sentiasa lindungi haknya.

“Salah I. I yang paksa Zafri ambil girl friend baru I ni.” Qays ketawa kecil. Renung wajah Isha. Laa kenapa nampak wajah Ifza pula. Ha ha ha sah dah angau.

“Macamlah I boleh dipaksa.” Ujar Zafri yang baru muncul. Zafri senyum.

“Paksa atau tak, you kena ambil girl friend I ni. Jangan spoilt rancangan I, Zaf.”

“Depend. I nak interview dia dulu. Come Kayla Farisha. We can do it in my office.”

Zafri kuak pintu yang tertera namanya, Zafri Dato Sufyan. Dia masih pegang tombol pintu untuk Isha masuk.

“Jangan risau Isha. Abang Qays tahu Isha boleh.” Qays buat gerak tangan thumps up.

Isha senyum namun hatinya berdebar. Bukan sebab nak hadapi temuduga tapi sebab dia akan melangkah masuk dunia yang ada Faaz. Wajarkah dia masuk? Jika dia berundur sekarang bermakna sekali lagi Faaz akan menang. Dia sama sekali tidak akan benarkan Faaz menang kali ini. Sama sekali tidak!

“Qays, ingat you owe me one.” Laung Zafri.

“Kalau you ambil my girl kerja.”

“Isha, Abang Qays ke pejabat dulu. Nak balik nanti call Abang Qays. Abang Qays datang ambil, ok sayang.”

Wah, dah seperti pasangan kekasih pula! Bukan kekasih tapi sayang kepada bakal adik ipar. Sakat hati sendiri. Ha ha ha.

Qays masih belum bergerak walaupun Isha dah masuk ke dalam pejabat Zafri. Berdoa Isha dapat kerja ini.

“Err... macam mana you kenal your Isha.” Faaz urut leher. Ah, perlukah dia tahu?

“Emm my Isha? Well, throught magic” Jawab Qays. Dia ketawa kecil. Sepatutnya My Ifza. Baru betul.

Haip, kenapa tegang muka Faaz. Tension? Faaz ni kenal Isha kah? Tak mungkin. Ah, Faaz tegang mungkin sebab tidak suka Zafri buat keputusan tanpa mendapat persetujuannya dulu. Faaz kan ego. Dia ingat dunia ni berputar sekelilingnya saja. Biarlah. Masa untuk bergerak. Qays beri salam sebelum keluar.

Faaz tension bukan sebab Zafri tapi sebab Qays. Qays begitu senang guna panggilan sayang, my girl dan boleh pula dekatkan mukanya dengan Isha. Isha pula bukan main suka. Tak tolak pun. Dasar perempuan lupa diri. Dia mengepal kedua-dua tangan hingga terasa kuku menusuk ke dalam isi. Sakit hati mengakui yang Kayla Farisha masih ada efek terhadap hatinya. Arg hanya gadis itu saja yang boleh buat dia begitu walau dah bertahun mereka berpisah.

“Faaz, you ok? You tension ni kenapa?” Reeta lebarkan tapak tangan di dada Faaz.

“I tak faham kenapa Zafri tak bincang dengan I dulu sebelum ambil PA baru. PA tu pun akan serve I juga.” Getus Faaz sedangkan bukan itu sebabnya. Masakan dia nak beritahu Reeta sebab sebenar.

“Sebab Qays laa. Partner you tu kan baik sangat dengan Qays. Biarlah, girl friend Qays tu belum tentu dapat kerja tu. Honey, I nak tanya pendapat you tentang kes yang baru I handle. Boleh kita bincang?”

Faaz hanya angguk. Fikirannya masih dengan Kayla Farisha. Suka atau tidak, dia akui Isha masih cantik. Kecantikan kali ini lebih anggun. Beza daripada kecantikan zaman sekolah dulu. Tapi bagaimana dengan perangai Isha? Gila macam dulu juga? Mungkin tak. Tentu dah mature ikut umur. Yakinkah? Tapi kenapa Isha nak jadi PA. Setahunya Isha ambil business studies masa di universiti. Tak kan dia tukar jurusan atau half way dia berhenti belajar? Boleh jadi juga dia berhenti belajar. Budak tu bukan betul sangat.

“Faaz are you coming?”

Hai, melayang ke mana pula otak heronya ni. Rungut Reeta. Tak kan melayang ke girl friend Qays pula. Issh boleh meletup Qays nanti kalau hak dia diganggu.

“Err yeah.”

Argh, parah ni. Belum apa-apa Isha dah berligar dalam kepala. Harap-harap Zaf tak ambil Isha kerja. Dia sama sekali tidak mahu Isha kerja jadi PA dia. Sakit jiwanya nanti. So, demi ketenangan jiwa, Isha tak boleh kerja di sini.

Hampir sejam Isha dalam bilik Encik Zafri. Berbagai-bagai soalan diajukan. Iyalah, daripada buat kerja marketing, nak ubah buat kerja ofis, bolehkah? Errr... boleh sebab, sebelum graduasi dia pernah bekerja sebagai kerani sambilan di sebuah firma guaman. Ini menunjukkan dia ada pengalaman bekerja. Ok, bab apa lagi? Kerajinan, kebolehan simpan rahsia firma, motivasi, err... setia dengan firma? Tak ada masalah tentang itu semua. Cuma masalahnya sekarang ialah Faaz. Faaz, partner Encik Zafri. Lebih teruk lagi, Encik Zafri kata dia juga kena jadi PA Faaz. Hai, bab ni yang tak sedap dengar.

Terima jer. Anggap ini dugaan bagi membuktikan hati Cik Kayla Farisha betul-betul dah tak lut dengan Faaz Bin Tan Sri Hamzi. Mula dugaan dengan Bismillah.

“I think itu saja. You diterima untuk jawatan PA ni. Tahniah.”

“Terima kasih Encik Zafri.”

Isha letak tangan di dada. Dup dap dup dap dah sah Faaz akan berada dalam dunianya kembali. Tahniah untuk itu Cik Hati. Argg tidak... Cik Hati jerit. Cik Akal mula zikir.

“I think I perkenalkan you dengan Yani dulu. Buat masa sekarang dia galas kerja PA. Yani tu exec yang menguruskan akaun. At least tomorrow you dah dapat some idea how things work here. Ok with you?”

“Ok.” Isha dah teruja. Dia akan tunjukkan kepada Faaz yang dia tak terkesan dengan kesah lampau mereka. Ini Kayla Farisha yang baru, Yap, baru!

Isha ikut Encik Zafri.

“Yani, I dah dapatkan PA baru, Kayla Farisha. You tolong tunjukkan dia apa yang perlu dia buat ok. So, I leave her in your good hands. I need to call Mr Cam.”

“Ok bos.” Yani senyum. Leganya. Sekarang, bolehlah dia tumpu perhatian sepenuhnya kepada kerja sendiri. Menguruskan akaun firma bukannya senang.

Zafri tinggalkan mereka dan menuju ke pejabatnya.

“Welcome aboard, Kayla Farisha.”

Yani hulur tangannya. Isha sambut mesra.

“Panggil saya Isha saja. Terima kasih Puan Yani sudi tolong saya.”

“Eh tak payah puan puan segala. Panggil jer Kak Yani. Kak ni dah nak masuk 40. Let see, apa yer yang perlu Isha tahu. Emm.. oh ya, kak ada senarai kerja daripada Darin, PA dulu. Darin tu berhenti sebab ikut suami dia ke Jepun.”

Yani selak beberapa helai kertas dalam laci meja. Dah jumpa. Dia mengambilnya dan diberikan kepada Isha.

Wow, banyak juga. Antaranya, menyediakan inventori, menjalankan carian seperti SSM, menyediakan minit mesyuarat dan lain-lain.

“Yang penting, Isha kena cari dan kumpul maklumat yang relevan bagi kes yang bos kita handle. Luna, akan bantu Isha. Dia kerani cum penolong Isha. Hari ni Luna cuti. Esok dia ada.”

Wah, dia ada pembantu. Ok, seterusnya?

“Tempat Isha di sini. Dekat dengan bilik Encik Zafri dan Encik Faaz. Kak tak tahu sama ada Isha dah jumpa Encik Faaz ke belum.”

“Err dah tadi dengan Cik Reeta.”

Isha duduk di kerusi yang tersedia di mejanya. Cuma ada desktop komputer atas meja.

“Dah lama Kak Yani kerja sini?”

“Dah masuk lima belas tahun. Kalau Isha nak tahu, bos-bos yang ada sekarang ini ambil alih firma daddy mereka.”

Agaknya boleh kot dia korek rahsia tentang keluarga Faaz daripada Kak Yani ni. Misalnya, mana pergi daddy high class Faaz tu? Hidup lagikah? Cik Akal dah tendang dinding kepala. Jangan nak sibuk! Tuan tanah di sini untuk kerja. Bukan untuk buka buku sejarah!

“Dulu Isha kerja di mana?”

“Di New Zealand. Isha belajar di sana. Habis belajar terus kerja kat sana di bahagian marketing. Sebenarnya Isha baru saja balik ke sini.”

“Wow, balik sini sebab nak kahwin?”

“Taklah kak. Isha balik sebab rindu kat keluarga. High time Isha duduk dengan mereka. Sebab itu Isha minta Abang Qays carikan Isha kerja. Dia yang rekomen kerja kat sini.”

“Oh, patutlah hari tu beria-ia Encik Qays telefon kakak. Tanya sama ada jawatan PA tu dah diisi kah tak. Bagus juga dia rekomen Isha kerja sini. Kak dah tak larat nak cover kerja PA ni. Kak Yani harap sangat Isha bertahan dengan kerja ni.”

“InsyaAllah kak. Dulu Isha pernah kerja sebagai kerani sambilan beberapa bulan di firma guaman daddy kawan Isha. Jadi sedikit sebanyak Isha tahulah kerja di firma guaman macam mana. Tapi, Isha harap sangat Kak Yani tolong ajar Isha. Percayalah Isha ni a good learner.” Isha ketawa. Aip, sempat puji diri sendiri.

“Iyakah? Ok kita try seminggu dulu. Tak sabar nak tengok macam mana Isha deal dengan bos-bos kat sini. Untuk pengetahuan Isha, ada bos yang cerewet kalahkan perempuan.” Ngomel Yani perlahan.

“Err... Encik Zafri nampak ok saja.” Kak Yani ni sengaja nak takutkan diakah?

“Encik Zafri memang ok. Tapi, Encik Faaz tu very particular. Dia nak everything perfect. Kalau tak, boleh bergegar bangunan ni.”

“She’s right you know.” Suara Faaz tiba-tiba melantun dari belakang mereka. Mata tajam melihat mereka. Eh, bukan mereka, tapi Isha saja.

”Awak boleh berhenti sekarang sebelum gegaran bermula. Saya boleh deal dengan Zafri. You just need to walk out through that door, Kayla Farisha… and never come back.” Kata Faaz serius. Anak mata dah menuding ke arah pintu.

Ouch sakitnya Cik Hati mendengar. Hah, berani dia halau kita!

“Nope. Saya di sini sebab Abang Qays. Tak adil bagi Abang Qays jika saya step out. I’ll stick around for his sake.” Balas Isha dengan senyum manis.

“Abang Qays awak bukan bos di sini. Saya yang akan jadi bos awak jika awak terus nak kerja di sini Kayla Farisha.”

“No problem. Nama pun kerja. Tapi saya hairan apa masalah Encik Faaz dengan saya?”

Satu badan Faaz kejang. Masalahnya awak muncul semula depan saya!

“Encik Faaz, saya bukan Kayla Farisha dulu. Saya dah move on. Encik Faaz tak perlu nak pandang rendah pada saya lagi.”

Faaz tak balas. Dia terus masuk pejabatnya dan tutup pintu dengan kuat.

Yani terkebil-kebil. Wow, ada drama realiti. Ini dah kira bagus. Taklah boring.

“Errr ada sejarah hitam antara Isha dengan Encik Faaz tu kah?”

“Emm malangnya memang ada sejarah hitam. Dia pijak kaki Isha tanpa minta maaf. Itu yang buat Isha marah sangat kat dia.” Isha ketawa. Masakan dia hendak buka kebodohan sendiri.

“Laa bila?” Sibuknya Yani nak tahu.

“Zaman sekolah. Tapi Isha harap sangat Kak Yani jangan beritahu sesiapa. Isha benar-benar nak kerja kat sini. Bolehkan?”

“Boleh. Kak Yani memang pakar dalam simpan rahsia. Kerja kat sini memang kena pandai zip mulut. Kena pandai baca mood boss terutama mood Encik Faaz.”

“Mood yang kerap kali ada halilintar?”

“Betul.” Kak Yani setuju. “Jadi Isha kena tahu apa yang Encik Faaz suka dan tak suka.”

“Dalam bab kerja saja, ok?” Ini kena tekankan. Tak perlu nak sentuh bab-bab peribadi bos yang menyakitkan hati ini.

Yani ketawa. Macam mana ni, awal-awal dah anti bos? Ah, biarlah. Yang penting dah ada orang jaga big-big bos. Bukan kerja dia dah.

Yani bawa Isha sekeliling ofis dan perkenalkan semua staf yang ada. Setelah itu, dia mula ajar Isha cara mengendalikan pengkatalogan berkala dan sebagainya.

Isha dengar dengan tekun dan catat agar dia boleh rujuk balik. Dah aim nak jadi PA yang terbaik. Dia senyum. Faaz tidak boleh cari alasan nak tendang dia keluar. Emm agaknya Faaz dah atur rancangan nak buat begitu?

Tak boleh. Kena lawan dan doa banyak-banyak supaya kali ini dia yang menang fizikal dan mental. Faaz tak boleh menang. Haa gitu.

Sekarang dah pukul 1:22 pagi. Tidur lambat sikit malam ni. Esokkan cuti Maulidurasul. Anyway saya ingat nak cuba perluaskan watak Isha. Mana tahu boleh relate kenapa Ifza terus tolak Qays. Hopefully it work and you guys still interested to keep reading. Good night guys. Sweet dreams.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience