BAB 10

Romance Completed 25825

“Awak masih di sini?” Soal Faaz dengan sinis.

“Encik Faaz nak apa?”

Pertanyaan tidak ada jawapan sebaliknya diajukan dengan pertanyaan yang senada dengan nada sinis Faaz. Dah seminggu dia kerja dan dalam masa seminggu itulah Faaz tak habis-habis nak cari fasal dengannya.

“Masuk pejabat saya.”

“Cakap di sini saja Encik Faaz. Saya tengah tunggu panggilan penting.”

“In my room Kayla Farisha! Now!” Keras bentakan Faaz sebelum berjalan menuju ke pejabatnya.

Mengecil Isha melihat belakang Faaz. Mengetuk-getuk batang pen yang dipegang. Nak terus degil atau tak?

“Kenapa ni?” tanya Kak Yani yang baru keluar dari bilik Encik Zafri.

“Mr Annoying tu suruh masuk bilik. Entah apa lagi yang tak kena. Pagi-pagi mood dah tak betul. Dahlah datang lambat. Ringan dah tangan Isha ni nak baling pen kat dia.”

“Sabar sayang. Masuk saja. Ingat, baca Bismillah dalam setiap langkah.”

“Masalahnya Isha tengah tunggu call PA Datin Ellez untuk confirm meeting datin dengan Encik Zafri nanti. Datin Ellez dah nak ke Istanbul esok. Encik Zafri mesti bising kalau meeting ni cancel.”

“Biar Kaki Yani handle. Sayang pergi jumpa Encik Faaz dulu. Bising Encik Zafri boleh tahan lagi tapi bising Encik Faaz boleh meruap darah kita dibuatnya.”

“Terutama darah saya. Oklah Kaki Yani, Isha jumpa Mat Meruap tu sebelum pejabat ni terbakar. Doakan Isha tak jadi abu kat dalam tu.”

Isha ambil buku nota dan pen. Buat kawat kaki masuk ke bilik Faaz.

“Enam minit awak ambil masa untuk masuk. Awak memang lembab!” Faaz lontar panahan kata-kata yang memang bertujuan untuk buat Isha marah.

“Encik Faaz nak apa?” Isha biarkan. Tiupkan saja sindiran Faaz keluar daripada hati. Dah lali kata-kata begini sejak dia kerja di sini. Ditarik kerusi dan duduk.

“Mak Esah, pembantu rumah saya buat medical check up kat hospital hari ni. Tak tahu bila habis. So, saya nak awak teman anak saya lunch dan jaga dia sampai saya habis meeting.”

“Haaa?”

Membulat Isha melihat Faaz. Ini dah over! Dia bangun dan bersilang tangan. Melampau sungguh lelaki ini.

“Jangan harap saya nak ulang.” Faaz tendang ayat.

“Dan jangan harap saya nak jaga anak awak!” Isha tendang balik.

Awak! Mana panggilan encik? Faaz senyum. Dia bangun dan mendekati Isha.

“Kenapa tidak? Masakan saya nak bawa anak saya sekali untuk attend meeting dengan Datuk Mokhzan, atau mungkin awak batalkan saja meeting saya tu?”

“Batalkan! Mana boleh batalkan. Awak tahu tak bagaimana susahnya saya nak atur meeting tu? Jadual Datuk Mokhzan tu sentiasa penuh. Tak mungkin saya boleh set another meeting awak dengan dia!”

“So jaga anak saya. Fadl won’t eat you, Isha.”

“Ok saya suruh Kak Yani jaga. Saya boleh temankan anak awak lunch saja.”

Isha terpaksa mengalah. Menolak badan Faaz yang dirasakan terlebih dekat dengannya.

“No! Saya nak awak yang jaga. Hanya awak Isha. Nobody else.”

“Issh awak ni memang suka menyusahkan hidup saya!” Bentak Isha.

“So you wanna quit?”

Kata YA, Isha. Kata YA! Dua huruf saja. Cik Hati dah jerit.

“Tentu sekali tak.” Tapi lain pula perkataan yang keluar. Kena terus degil. Ngomel Cik Akal.

“Mana anak Encik Faaz?”

Encik Faaz? Mana perkataan awak? Faaz kecewa. Dia lebih prefer Isha guna panggilan awak daripada Encik Faaz.

“Nanti driver saya hantar dia ke sini.”

“Kenapa tak hantar ke rumah mama dia?”

“None of your business! Awak boleh keluar sekarang.”

Keluar? Hah! Sakitnya hati kena halau.

“Lega akhirnya Isha keluar juga. Kak Yani fikir Encik Faaz dah telan Isha tadi.” Usik Kak Yani sebaik saja nampak Isha. Ketawa bila Isha tarik muka senget.

“Hissh Isha rasa nak cekik-cekik dia! Adakah suruh Isha jaga anak dia? Isha ni PA bukannya nanny! Eeeeee…”

Eeee Isha terhenti bila Faaz muncul macam pelesit di depannya.

“Miss Grumpy boleh berhenti kerja kalau tak tahan. Ingat jaga anak saya baik-baik.”

“Encik Faaz nak saya mandikan dia? Mungkin saya boleh pakaikan dia Pampers.” Kena strick back. Kena bagi hati lelaki ego ni sakit walaupun sedikit.

"Funny!” Dengus Faaz sebelum berjalan dengan membawa briefcasenya.

“Hairan, kenapa pula suruh Isha? Sebelum ni tak pernah pula dia arah sesiapa pun kat sini jaga anak dia.”
Nada suara Kaki Yani lebih kepada pertanyaan untuk diri sendiri.

“Kak Yani, gossiplah sedikit. Nama bekas isteri Encik Faaz tu Nisreena, kan? Kenapa mereka bercerai? Nisreena sekarang kat mana? Kenapa tak bawa Fadl tinggal dengan dia? Kenapa biarkan Encik Faaz yang jaga? Kenapa…”

“Whoa-whoa berhenti! Kak Yani serius tak tahu. Kak Yani hanya tahu Nisreena ke London selepas mereka bercerai. Masih kat sana atau tidak, itu Kak Yani tak tahu.”

“Dah lama mereka bercerai?” Ini mesti kes Faaz tak tahu makna setia. Hipokrit betul.

Kak Yani geleng. Hai, budak ni masih sibuk. Tak boleh begini.

“Isha, Kak Yani nak ke tandas kejap.”

“Sebab tak nak layan soalan Isha la tu.”

“Yap tapi air berkocak kat dalam ni memang nak kena keluarkan. Oh ya PA Datin Ellez tak call pun. Kak Yani rasa baik Isha saja call dia.”

Ok, back to work. Isha mula tumpu kepada kerjanya hinggalah Mahat, driver Faaz muncul dengan Fadl, anak bos besar.

Wow, ini budak yang nak masuk umur enam tahun bulan Disember ni kah? Smart. Seriously smart gila. Tak bohong! Penampilan kemas seperti inspektor muda yang baru habis latihan di Pulapol. Rambut pendek disisir rapi. Fadl, memiliki lekok kecil di dagu seperti Faaz. Sepasang mata hitam ibarat mata helang memandang Isha. Emm rasa macam Faaz yang melihatnya.

“Fadl ini Cik Isha, PA daddy Fadl. Cik Isha, Tuan Faaz kata Cik Isha tahu nak buat apa.” Kata Mahat yang masih ragu-ragu dengan kebolehan Isha nak jaga Fadl.

Isha batuk kecil. Nak buat apa yer?

Bawa anak saya pergi lunch!

Eh, suara Faazkah tu? Isha tersengih sendiri. Betullah Faaz dah mula berkata-kata dalam diri ni seperti dulu. Arggh tak boleh jadi! Kena berhenti! Kena…

“Cik Isha?” Menerjah panggilan Mahat, bekas aggota tentera wataniah.

Terjahan Mahat ibarat menjentik telinga Isha.

“Oh ya, saya sepatutnya bawa dia pergi lunch. Mahat boleh tinggalkan Fadl kat sini. Nanti saya bawa dia.”

“Tuan Faaz dah atur tempat makan. Saya akan bawa Cik Isha dan Fadl ke sana. Boleh kita pergi sekarang?”
Faaz dah atur? Yakin betul lelaki itu yang dia akan ikut arahan. Melampau!

“Cik Isha?” Tendang lagi panggilan Mahat.

Lagi sekali Isha terasa telinganya dijentik.

“Ok, tunggu sini sekejap. Saya nak beritahu Encik Zafri dulu.”

“Tak perlu. Tuan Zafri dah tahu. Tuan Faaz dah call dia. Cik Isha, boleh kita pergi sekarang? Saya ada urusan lain yang perlu saya buat untuk Tuan Faaz.”

Isha ketuk pen. Kalau ikutkan hati, dia nak oder pizza saja dan makan kat pantry. Serius dia tak ada mood nak keluar makan lebih-lebih lagi dengan anak Faaz dengan Nisreena.

“Cik Isha tak suka saya.” Ujar Fadl tiba-tiba.

Tersentak Isha. Ayat itu tidak ada tanda soal. Ayat yang buat Isha rasa bodoh sekali. Ya Allah, I’m sulking like a fool. Nak lunch yer pun bukannya dengan Faaz, dengan anak Faaz. So what? Makan saja.

“Cik Isha kerja dengan daddy Fadl. Hanya pekerja syarikat. Tak penting sama ada dia suka atau tidak dengan Fadl.” Ujar Mahat serius.

Yap, put me in my place Mr Mahat. Ternyata Mahat ni tak suka aku. Ngomel Isha. Kenapa?

“You are right, Mr Mahat. Hanya pekerja. So Fadl apa kata kita pergi makan dulu. Boleh kita pergi sekarang, Mr Mahat?” Smash Isha.

Isha capai beg tangannya. Berjalan mengatasi Mahat dan Fadl. Tidak peduli cara Mahat melihatnya.

Mahat bawa mereka ke sebuah kelab eksklusif. Seorang pelayan restoran terus menunjukkan mereka ke meja. Mahat terus keluar setelah memberitahu yang dia akan datang semula untuk ambil mereka nanti.

“Fadl nak makan apa?”

“Fish and chips dan milo panas, Cik Isha.”

Cik Isha? Formalnya. Ubahlah.

“Apa kata Fadl panggil saya, Auntie Isha?”

“Ok.” Jawap Fadl setelah beberapa saat berdiam diri.

“Fadl, saya suka Fadl. Tak ada sebab saya tak suka Fadl, ok?”

Isha senyum dengan niat nak pancing senyuman Fadl.

“Ok.”

Hmm budak ni tak tahu senyum. Faaz tak ajarkah? Faaz tak tahukah yang Rasulullah SAW bersabda:

“Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

Emm apa kata Cik Isha beritahu Encik Faaz nanti. Senyum jangan tak senyum. Dapat pahala. Komen Cik Akal. Cik Hati dah angkat bendera putih. Jangan cari nahas.

Isha oder makanan dan minuman yang sama seperti Fadl. Malas hendak fikir makanan lain. Lagipun fikirannya sudah melencong ke lain. Kenapa Faaz dan Nisreena berpisah? Boleh pula Nisreena tinggalkan anaknya ini. Tak kan tak sayang anak sendiri?

“Fadl, mana mama Fadl?” soal Isha.

Fadl hanya angkat bahu. Itu saja.

Ok... tak nak beritahu. Tak boleh berputus asa. Kena cuba cara lain. Oh ya, tunggu makanan dihidang dulu. Tunggu Fadl makan, baru tanya soalan. Maka, di pertengahan masa makan, Isha bertanya lagi.

“Fadl tentu selalu makan kat sini dengan mama Fadl. Mama Fadl suka makan apa?”

Fadl angkat bahu juga. Tak keluarkan satu perkataan pun.

Ok, fine. Cuba beri soalan yang jawapannya hanya perlu ya atau tidak.

“Emmm Fadl tentu rindu mama Fadl, kan?”

Tiada jawapan ya mahupun tak.

“Mesti papa Fadl selalu bawa Fadl jumpa mama Fadl, kan?”

Tidak ada anggukkan mahupun gelengan. Sebutan ya atau tidak, lagilah tidak ada.

“Guna taktik yang sama masa sekolah, Kayla Farisha? Soalan yang hanya perlu jawapan ya atau tidak saja?”

Pertanyaan Faaz betul-betul di belakangnya. Terkedu Isha. Arghh tidak! Lelaki ini masih ingat taktik lama dia dulu. Masa tu mereka tengah hangat bercinta. Bukan mereka tapi dia saja. Faaz hanya berlakon.

“Fadl, Pakcik Mahat akan bawa Fadl balik villa. Makcik Esah dah balik.”

“Baik daddy. Daddy, Cik Isha suruh Fadl panggil dia Auntie Isha. Fadl kata ok.”

Ah, silap! Sepatutnya panggil kak bukan auntie. Baru nampak lebih muda. Lagipun diakan muda dua tahun daripada Faaz. Faaz tu dah tua. Dah masuk kategori datuk. Ha ha ha.

Faaz kerling lihat Isha. Bibir disengetkan sebelah.

Isha ketap bibir. Tahu sangat maksud bibir senget Faaz. Maksudnya - Nope I hated it.

“So be it. Fadl boleh panggil dia Auntie Isha. Sekarang Fadl pergi kat kereta. Jangan bagi Pakcik Mahat tunggu.”

“Bukan bibir senget sebelah tu tanda Encik Faaz tak setuju?” Getus Isha sebaik saja Fadl berjalan pergi.

“Itu dulu masa saya dengan awak. Awak dah habis makan?”

"Dah.” Isha bangun. Dia juga tidak boleh bagi Pakcik Mahat tu tunggu.

“Awak balik pejabat dengan saya.”

“Kenapa? Encik Faaz kan ada satu lagi meeting di Putrajaya?”

“Dah cancel Miss Kayla Farisha. Datuk Mirzi personally call saya. Dia ada urgent matters nak settle.”

“O ok.”

O ok hanya di bibir tapi Cik Hati dah menggila kata tak ok. Berdua-duaan dengan Faaz dalam kereta memang tak ok malah menakutkan. Tetapi entah dari mana dia dapat kekuatan untuk terus mengikut Faaz ke kereta. Dalam kereta dia bertekad untuk duduk diam-diam. Ala-ala budak baik yang tidak perlu bicara apa-apa.

“Jangan tanya Fadl tentang mamanya.”

“Ok.” Budak baik jawab dengan baik.

“Kenapa awak tak kahwin Isha?”

“Jangan tanya saya tentang hal peribadi saya.” Argh budak baik mula nak jadi tak baik.

“Awak tak kahwin sebab saya, kan? Masih mengharapkan saya terima awak.”

Wheoi, ini dah melampau! Suka-suka nak langgar sempadan. Sengaja nak sakitkan hatinya. Tak kan dia biarkan. Kena pertahankan maruah. Isha senyum manis. Mula.

“Actually, saya dah kahwin di New Zealand. Dah ada anak pun. Sorang lelaki sorang perempuan. Saya tinggalkan mereka dengan daddy mereka. Sengaja nak datang sini. You know, have a little bit of fun. Lepas dah boring kat sini, saya akan balik kepada mereka.”

“What!”

Perkataan kejutan Faaz itu datang dengan nafas naga. Isha peduli apa. Itulah padahnya nak tunjuk ego sangat.

“Suami saya very sporting. Dia tak kesah pun. Sebab, dia sayang sangat dengan saya. Kalau Encik Faaz nak tahu, mata dia memang mempesonakan, warna biru. I just love it. Anak-anak saya pun mata biru. Saya happy sangat. Nasib baiklah saya tak melekat dekat Encik Faaz dulu. Kalau tak, melepas saya. Encik Faaz sendiri tak happy dengan Nisreena kan?”

Isha senyum manis. Wah, macam best jer episode ni.

“You’re lucky I’m driving, if not I’m sure gonna strangle you Kayla Farisha.” Bunyi hissing ibarat ular yang tunggu masa nak patuk.

Isha ketawa. Yap akhirnya dia berjaya hit lelaki ini. Feel great.

Perjalanan di teruskan tanpa bicara. Faaz berdengus beberapa kali seperti singa tak cukup tidur. Tak cukup makan. Boleh terasa kehangatan. Isha rasa lega bila akhirnya kereta Faaz parkir di tempat parking kereta di tepi bangunan pejabat. Cepat-cepat Isha keluar.

“Hai love, I cari you dari tadi. I nak bawa you dinner tonight, is it ok?” Suara ceria Zafrul, sepupu Zafri menyambut Isha daripada muka pintu utama bangunan.

“Kena tanya ibu dulu sayang.” Jawap Isha.

Kerenyeh hingga ke telinga. Dia suka Zafrul, seorang pramugara MAS. Dia kenal Zafrul semasa dia berkunjung ke rumah Hana. Perangai Zafrul yang ala kebudak-budakan dan gila ternyata menarik. Tak boring. Tak demanding. Itu yang penting.

“She’s married with two kids. You’re life will be better off without her boy!” Merekah kata-kata Faaz dari belakang Isha.

“Wow, betulkah?” Pertanyaan Zafrul diikuti dengan ketawa.

Mata nakal Zafrul terus menatap Isha. Kata-kata Faaz tidak memberi sebarang efek. Zafrul tahu Isha suka menyakat. Ini mesti kes nak menyakat Faaz.

“Zaf, awak kesahkah kalau saya dah kahwin dan ada anak?”

Isha ketawa kecil. Zafrul, yang dua tahun muda daripadanya, pasti tak kesah punyalah.

“Not at all.”

“Bagus.” Isha balas renungan nakal Zafrul. Sengaja nak bagi bos marah.

“Dahlah masa untuk kerja. Nanti Isha call you. Bye.”

Isha terus masuk. Faaz masih tercegat dengan muka kelatnya di sebelah Zafrul.

“Saya suka dia.”

Pengakuan Zafrul ibarat tembakkan yang mengaktifkan lagi sel-sel kemarahan Faaz.

“Dia bukan untuk you, playboy!” Dengus Faaz kasar.

Dia juga buat kawat kaki masuk. Zafrul geleng. Tak faham kenapa Faaz nak marah sangat. Kalau betul pun dia playboy, dia tak ganggu hak Faaz kot. Lainlah kalau Faaz tu yang tergila-gilakan Isha. Aip, tak kan kot. Ah, yang penting Isha tak tergila-gila duda anak seorang tu.

“In my room, Kayla Farisha!” bentak Faaz kuat sebaik saja lalu di depan meja Isha.

Dia terus berjalan ke pejabatnya dan menghempas daun pintu. Kata-kata Isha - For you, I’m still single just for the sake of having fun, bermain berkali-kali. Arghhh sakitnya.

Zafri yang sedang berbincang dengan Siti, terkejut. Menggeleng. Apa lagi yang tak kena? Semakin sukar hendak faham dengan rakannya ini. Dia juga tidak faham, kenapa Isha disuruh jaga Fadl.

“Isha, biar saya masuk dulu.” Ujar Zafri. Kasihan melihat Isha yang berat hati untuk masuk ke bilik Faaz.

“I tak nak Isha resign, so please control yourself.” ujar Zafri sebaik saja dia masuk dan duduk di depan meja Faaz.

“Do you know that she’s married with 2 kids in New Zealand?” Dengus Faaz.

Dia bertambah marah bila Zafri yang masuk bukan Isha.

Tergamam Zafri. Biar betul? Hana tentu beritahu dia kalau Isha dah kahwin. Ada anak pula tu. Dia yakin Isha sendiri akan beritahu dia. Buat apa Isha nak rahsiakan? Dia tak percaya. Mungkin Isha kata sebab perangai Faaz yang anti sungguh dengannya.

“Kalau dia dah kahwin pun, itu soal dia. I akan cakap dengan dia sebab I yang ambil dia. You tak payah nak high tension macam ni. Please cool down.”

“Masalahnya I tak suka orang bohong I!” Faaz tepuk meja kuat.

“Masalahnya daripada awal you memang tak suka dia!” Dengus Zafri.

“Look Faaz, jangan mix hal kerja dengan your personal problems. Isha seorang pekerja yang baik. Fast leaner dan dia pandai handle klien walaupun dia baru kerja. I tak nak dia berhenti sebab you.”

Zafri keluar. Berdoa Faaz tidak buat hal lagi. Sebelum Isha, ramai PA yang berhenti sebab tak tahan dengan perangai panas baran Faaz. Hanya Darin itu sajalah yang bertahan lama sedikit, tapi itulah terpaksa berhenti pula ikut suami.

Isha masuk setelah Encik Zafri keluar. Dia sudah bersedia menghadap Faaz. Kemarahan Faaz tidak akan menelan egonya.

“Are you married?”

Tembakkan 3 perkataan Faaz buat Isha ketawa.

“Kayla Farisha!” Faaz tendang nama Isha dengan kuat.

Emm sedap juga tendangan nama tu. Zapp masuk gol! Cik Hati semakin nakal. Diam saja. Tak payah beri sebarang aksi. Tunggu lagi satu gol. Isha zip mulut.

“Damn it Isha, answer me!” Faaz menggenggam kedua-dua tapak tangan.

“Relaks ok. Saya main-main sajalah tadi.”

“Main-main!” Membulat Faaz melihat Isha. “Perangai awak sama macam dulu!”

“Awak juga. Nothing different.”

“We are different Isha. I grow-up but I don’t think you did. You still that foolish girl who likes to play with fire!”

“You’re right! Dulu saya bakar diri saya sendiri bila saya main cinta dengan awak. Tapi saya dah get over it walaupun masih ada parutnya. Parut yang tidak akan buat saya takut menyerahkan cinta saya kepada lelaki yang benar-benar ikhlas terima saya.”

“Lelaki playboy seperti Zafrul. Seperti Qays.”

“Setidak-tidaknya mereka menghiburkan dan menghargai saya. Tapi saya percaya manusia boleh berubah. Awakkan berubah? Malah awaklah lelaki yang saya kenal yang cepat berubah. Petik jari saja, awak boleh tinggalkan sesiapa saja yang tidak penting bagi awak. Kesetiaan tidak ada dalam kamus hidup awak.”
Merah padam muka Faaz. Jika hanya Isha tahu sebab dia berubah.

“Look who’s talking. Awak setiakah dengan cinta awak? Awak juga senang buang cinta kita.”

“Cinta kita? Hah! Tak ada istilah cinta kita. Dulu, ada cinta saya pada awak. Cinta bodoh saya. Tapi, apa pun cinta tu dah mati. Saya dah kuburkan. Saya dah pijak-pijak. Dah letak batu nisan pun. Saya tak kan jadi bodoh lagi. Saya akan terima lelaki yang cinta saya dulu dan terhegeh-hegeh nak kan saya. Saya rasa Abang Qays dan Zafrul dah half way there. I just need to choose.”

Isha buat lawak bodoh sebab nak sakitkan hati Faaz. Entah untuk apa sebab lelaki ini mana ada hati. Lelaki ini hanya ada ego yang tinggi. Ya Allah...

Terbakar hati Faaz mendengar pengakuan Isha. Dia tarik nafas dalam-dalam. Tak boleh begini. Kemarahan tidak akan menyelesaikan masalah hatinya.

“Jika sekarang saya mahu awak kembali kepada saya. Cinta saya semula. Awak nak?”

Mai ai semakin besar ego lelaki ini! Cik Hati suruh tampar muka dia.

Dah dah tak perlu layan. Isha berdiri. Kena letak titik.

“Untuk apa nak kembalikan cinta yang dah mati. Nak suruh saya jadi zombie. No way.”

Kata-kata Isha ibarat pisau yang menikam dada. Cinta yang dah mati! Isha tidak boleh matikan cintanya. Dia hanya mahu Isha cinta dirinya saja. Tidak boleh cinta lelaki lain.

“Encik Faaz, saya di sini sebab saya nak kerja. Titik. So please, kalau Encik Faaz tak ada apa-apa hal yang bersangkutan dengan kerja, saya keluar dulu.”

Tak payah tunggu, Isha terus keluar. Dia dah penat layan karenah Faaz hari ini. Terbawa-bawa kepenatan hingga ke rumah. Nasib baik ibunya terus leka melukis. Hobi yang ibu gemar lakukan pada waktu lapang.
Isha merebahkan diri ke atas katil. Tutup wajah dengan bantal. Malangnya, kata-kata Faaz mula bermain. Jika sekarang saya mahu awak kembali kepada saya. Cinta saya semula! Awak nak?

Jauh di dalam hati, sejujurnya dia nak sangat tapi dia tidak boleh biarkan diri masuk perangkap Faaz lagi. Tidak boleh. Dia mesti belajar mencintai lelaki lain. Cinta Faaz dah mati. Dah mati. Dah mati. Ya Allah...

Cik Akal over aktif pula beri idea. Sebab makan buah oren kot. Hahaha. Anyway hope you guys still reading my story. Hmm hari ini Jumaat. You guys dah sedekah? Senyum pun boleh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience