“Kak, kita orang balik dulu.” Ujar Redzuan setelah memasukkan kotak terakhir yang mengandungi barang-barang seminar ke dalam kereta.
“Ok. Bawa kereta elok-elok. Ingat dalam tu ada anak dara orang.”
Ifza lambai kepada Iqin dan Yana, dua orang lagi pembantunya yang sudah pun berada di dalam kereta Redzuan. Hairan kenapa mereka tak nak tumpang kereta dia saja. Rumah sewa mereka sama jalan dengan rumah dia, Hai, budak-budak ni mesti nak kelencung ke tempat lain.
Pandai-pandai kau oranglah. Ifza lihat sekeliling. Cantik juga tempat ni. Alhamdullah seminar dua hari di Hotel Swiss-Garden Hotel Melaka untuk syarikat teknologi berjalan dengan lancar. Hari ini, hari terakhir dan seminar berlangsung separuh hari saja. Mr David Thomas, penceramah jemputan mereka pun dah ambil penerbangan ke Johor.
“Hi Ifza.”
Spontan sebelah tangan Ifza ke dada. Terkejut tiba-tiba nama dipanggil. Siapa? Dia toleh ke kereta yang baru parkir di sebelah keretanya.
Qaisara, Qays dan gadis yang dating dengan Qays malam tu, keluar dari kereta Qays. Qaisara yang panggil Ifza tadi terus peluk Ifza. Bakal kakak ipar katakan. Dia toleh lihat abang long. Aip, kenapa serius. Tadi bukan main kejan dia dan Aqila suruh ikut jumpa Ifza. Kata abang long, ini soal hidup dan mati. Pelik. Tak kan Ifza ni nak bunuh abang long.
“Err Ifza dah nak balikkah?” tanya Qaisara.
“Ya. Seminar dah habis.”
“Jangan balik dululah. Abang Qays nak belanja kita makan kat hotel ni. Bolehlah kak.”
Ifza terkial-kial. Adik beria-ia ajak tapi abang asyik renung muka dia dari tadi. Serius pula tu. Gadis yang dating dengan Qays pula, tayang muka gembira. Bukan main rangkul lengan Qays. Gatalnya.
“Eh, kenalkan ini Aqila, adik kita orang. Aqila salam Kak Ifza.”
Qaisarah cuit lengan Aqila suruh salam Ifza. Aqila senyum dan salam Ifza.
Ifza balas senyuman tapi Cik Hati dan Cik Jantung dah bergosip di dalam. Adik, abang mengaku Si Aqila ni adik? Adik angkat siapa sebenarnya? Kalau adik sekali pun, tetap bukan mahram. Qays pasti tahu benda tu.
“Awak tak perlu takut. Saya tak makan awak.” Ujar Qays. Dia berjalan masuk ke dalam hotel. Geram melihat Ifza keberatan nak ikut mereka.
“Maaf Ifza, abang long tu moody sejak dua tiga hari ini. Tak tahu kenapa.”
“Abang long frust with his girl friend.”
Frust? Ifza peluk diri sendiri. Terasa tiupan angin memanah jarum-jarum kecil ke tubuh. Cik Hati mengaduh. Menyesal biarkan diri dimainkan Qays. Arg, lawan perasaan bodoh ini! Lawan.
“Not funny Aqila.”
Qaisarah tepuk bahu Aqila sebelum merangkul lengan Ifza dan tarik Ifza pergi. Emm mana abang long ni? Tadi siapa yang sibuk buat rancangan nak datang sini?
Ifza terpaksa ikut. Cik Akal tidak mahu dia tunjuk kelemahan depan Qays. Lantaklah kalau Qays nak berkepit dengan berpuluh-puluh perempuan pun. Bukan urusan dia. Cik Hati sama sekali tidak cemburu. Ingat, dia tak perlu lelaki dalam hidupnya. Titik.
Mereka jumpa Qays di The Sky Deli Restaurant. Pemandangan daripada tingkat empat puluh dua ini memang menarik dan cantik. Ifza duduk sebelah Qaisarah sementara Aqila ambil tempat sebelah Qays. Mereka mula oder makanan.
“Aqila, please don’t speak with your mouth full.” Tegur Qaisarah. Hai, adik ni kalau tak bercakap, dia akan bernyanyi. Abi kata hobi yang memeningkan kepala.
Aqila angguk. Lihat Qays. Teruk betul Qays ni. Ditelan makanan di dalam mulut. Cuit lengan Qays.
“Long, you need to relax and cheer up. Find a new girl.”
Ifza ketap bibir. Jangan cari satu. Cari seramai mungkin. Buat koleksi. Lepas tu, boleh buat pameran atau tak pun, boleh tulis nama mereka di atas batu. Dah mati, boleh buat batu nisan.
“No, Qila. I am a one woman man.” Qays kerling lihat Ifza.
Aqila ketawa. Hai, susah nak cari lelaki macam abang long ni. Rugi, dia tak boleh nak masuk dalam list itu.
“I need to go to the restroom.” Aqila berdiri. Sakit perut pula. Emmm di mana yer?
iPhone Qays berbunyi. Qays juga berdiri. Perlu jawab panggilan tapi bukan depan Ifza. Dia dan Aqila tinggalkan Qaisarah dan Ifza.
“Maaflah, Aqila tu a bit cheeky.” Qaisarah senyum. Inilah peluang untuk jernihkan keadaan.
“Sebenarnya Aqila tu anak susuan umi. Uncle Maziz dan Auntie Alia, papa dan mama Aqila tu kawan baik abi dan umi. Masa Auntie Alia, mengandung Aqila, dia disahkan mengidap kanser payudara. Masa itu umi sedang mengandung adik Sara. Malangnya adik Sara meninggal dunia tiga hari selepas dia dilahirkan akibat jangkitan paru-paru. Hari yang sama Auntie Alia lahirkan Aqila. Auntie Alia minta umi susukan Aqila. Umi setuju tapi kena dapat keizinan abi. Abi izinkan bila Uncle Maziz sendiri minta. Malangnya Auntie Alia meninggal dunia setahun selepas itu. Kasihan Uncle Maziz.”
Qaisarah diam seketika. Teringat kesedihan Uncle Maziz dan mereka sekeluarga terutama umi.
“Abi dan umi pernah minta nak jaga Aqila. Uncle tak izinkan walaupun dia tahu kami se keluarga sayang Aqila. Tapi dia selalu bawa Aqila ke rumah kita orang kalau dia balik Malaysia. Kadang-kadang benarkan Aqila habiskan cuti sekolah dengan kita orang. Uncle Maziz tu prof di universiti Dubai sekarang ni. Dulu dia prof di Jepun. Dia bawa emak dan bapa dia ke mana saja dia kerja. Tolong jaga Aqila.”
“Jadi, dia bukan adik angkat saya. Adik yang ditepuk-tepuk letak atas riba.” Pintas suara Qays melintas.
“Hah! Matilah kalau abang long buat. Aqila tu belajar judo masa di Jepun. Atok dia pula ajar dia silat cekak. Nampak jer Aqila tu macam tu, boleh patah tulang rusuk kalau cari fasal dengan dia.” Qaisarah ketawa.
“I’m waiting for your apologies, Miss Ifza.”
Qays angkat kening sebelah. Kali ini dia ambil tempat duduk Aqila. Duduk berdepan dengan Ifza. Lawan mata dengan Ifza. Issh Encik Hati dah cair. Cantiknya mata Si Tunang Kertas ni.
“Fine. Saya minta maaf.”
Ifza sandar. Cik Akal suruh Cik Mata alih pandangan sebab Cik Hati dah sakit dek panahan sinar mata Qays. Tak boleh biarkan. Dosa mata kot.
Telefon Ifza berbunyi. Mesej daripada Isha meminta dia belikan ubat migrain dari farmasi.
Ifza berdiri. Nak kena balik ni. Dia risau. Sejak dua tiga hari, adiknya sering migraine. Ajak pergi klinik, tak nak. Semakin degil. Mood pula selalu nak marah. Tak faham betullah.
“Sara, maaf saya kena balik sekarang. Encik Qays, terima kasih belanja makan.” Ifza salam Sara sebelum berjalan keluar. Aqila masih tidak kelihatan.
“Ifza what’s the hurry?” tanya Qays yang ikut di belakang Ifza.
Dia turut masuk ke dalam lif. Hanya mereka berdua saja di dalam lif. Ifza berdiri sejauh mungkin dari Qays. Geram kenapa lelaki ini perlu mengikutnya.
Qays menyandar di dinding lif berdepan dengan Ifza. Kedua-dua tangan diselok ke dalam kocek seluar. Renung wajah Ifza. Ah, dah jadi tabiat pula suka renung Ifza. Renungan yang buat Ifza tak selesa.
“Awak, saya dah minta maafkan. Awak bawa Sarah dan Aqila ke sini sebab itukan? So, you win. Sekarang boleh tak jangan ganggu saya. Saya penatlah.”
“Tak boleh.”
“Ikut awaklah. I give up!” Getus Ifza.
Dia renung lantai. Nak elak daripada melihat Qays. Tapi Qays bergerak. Berdiri di depannya. Begitu dekat. Dia terpaksa mendongak sebab ketinggian Qays melepasi ketinggiannya. Kalau nak ikutkan, paras mata dia hanya sampai ke dada sasa Qays saja. Dekat begini buat dia susah nak bernafas. Dia meletak tapak tangan di dada.
“You know what your problem is Cik Ifza? You smart but damn scared!” Tuduh Qays serius.
“And you know what’s yours? You damn ego cannot accept NO!” Tuduhan Ifza juga serius.
Tuduhan yang dilempar antara satu lain bagaikan memberhentikan masa dari bergerak. Mereka saling berpandangan. Bahaya bagi Cik Hati. Cik Akal dah suruh beralah. Alihkan Cik Mata sebelum apa yang Cik Mata rasa turun ke Cik Hati. Cik Mata jelas dah terpegun.
“Awak bahaya bagi Cik Hati saya.”
Mata Qays berkedip. Sekali. Dua kali. Tiga kali. Dia senyum. Encik Hati dah sorak gila di dalam. Dah ada positif efek kepada Cik Hati.
Ya Salam, Cik Hati luahkah? Arg... habislah kita. Cik Akal merungut.
“Beritahu Cik Hati awak, saya tak bahaya. Dia boleh sayang saya. Malah, buka pintu dia untuk terima cinta saya sebab saya cinta awak, Cik Ifza.”
Hello Cik Ifza. Tolong bernafas. Cik Mata tolong tarik kelopak renung bumi. Jangan berada di awangan. Tapi
Cik Mata tak ikut kata Cik Akal. Cik Hati bagai dah bersedia nak buka pintu. Pertama kali dia dengar pengakuan Qays. Saya cinta awak. Qays serius? Dia boleh percayakah?
“Seperti cinta abah kepada ibu.” Luah Cik Hati. Kali ini dia pastikan Qays mendengarnya. Cik Hati tak jadi buka pintu. Tutup semula dan kunci. Tak kan benar cinta masuk.
“Jangan hukum saya sebab kegagalan abah awak. Awak tak adil dengan cinta kita.”
“Tidak ada istilah cinta kita. Awak yang cinta. Saya tak. Jadi, saya tak perlu adil.”
“Awak cinta saya, cuma awak tak nak mengaku. Awak penakut.”
“Ya, sebab cinta itu menakutkan. Encik Qays boleh cinta gadis lain. Yang berani nak hadap segala kerenah dan kebodohan yang dibawanya.”
Aaah rasa nak cekik-cekik Cik Tunang Kertas ni! Degil dia kalahkan keldai.
Sabar Qays sabar. Anak dara ni belum kahwin lagi. Rugi.
Eh, Encik Hati dah ke situ pula! Dia pun akan rugi sebab dia pun belum kahwin.
“Apa kata saya culik awak. Kurung awak hingga awak mengaku awak cinta saya?”
Qays jongket sebelah kening. Kedua-dua tangan dah memenjara Ifza kiri kanan. Muka Ifza dah merah. Marah. Tapi, Cik Hati dah kecut. Cik Jantung, eh kenapa Cik Jantung berdegup laju. Kejar apa? Bukan kejar tapi bila dekat begini, ada efek yang tak boleh nak gambarkan. Gatalnya tangan nak sentuh pipi Qays. Argh!
“Awak boleh culik saya tapi jawapan tetap sama.”
Ifza juga angkat kening. Tolak kedua-dua lengan Qays. Dia berjalan ke pintu lif yang masih tertutup. Hairan kenapa lama sangat lif ini nak turun. Qays buat sesuatukah? Laa kenapa dengar seperti Qays ketawa? Nak toleh lihatkah?
“Nope. It won’t be the same. Your lovely stubborn heart already crack with my love. Admit it.” Bisek Qays betul-betul di belakang Ifza.
“Hah, tentu sekali tak!” Tukas Ifza tapi Cik Hati tunduk. Akui kata-kata Qays.
“Ok prove it. Unblock my number.”
Ifza berkira-kira. Wajarkah? Cik Hati selamatkah?
“Awak block sebab awak cemburu, kan? Cemburu tanda Cik Hati awak ada saya.”
Eee boleh gila dia macam ni. Ini semua salah Cik Hati.
“Fine.”
Ifza ambil telefon bimbitnya. Tekan tu tekan ni. Tak sampai satu saat dia dah unblock nombor Qays. Angkat telefon depan muka Qays.
“Dah. Sekarang jangan ganggu saya. Saya unblock tak semestinya saya akan jawab panggilan awak Encik Qays. Happy?” Isha senyum sinis. Hah. padan muka!
“You will answer honey or I’m gonna visit your office every day. Oh yea, with flowers.” Qays pula tayang senyuman manis.
Menajam Ifza lihat Qays. Lelaki ini memang melampau.
“You do that, I gonna kill you!”
“Kill me with a song, love.” Ujar Qays. Dia ketawa.
Argh, lelaki ni memang gila! Tentu bukan dengan lagu sebab dia memang tak pandai menyanyi. Jangan kata menyanyi, nama dan lirik lagu mana pun dia tak tahu. Jadi, nak bunuh dengan apa?
Ah, tak jadi bunuh sebab pintu lif dah terbuka. Takut ada saksi. Ifza terus bergegas keluar ke keretanya. Tak payah nak main drama sebabak dalam lif. Tapikan, tak romantik lansung Encik Tunang Kertas tu ucap cinta dalam lif.
Cik Hati tolong diam!
Cik Akal tampar Cik Hati. Tuan tanah tolong ingat adik di rumah sedang sakit. Balik lekas.
Ifza ketuk dahi. Betul juga. Balik nanti, kena paksa juga Isha ke klinik. Tak kan nak main makan ubat farmasi saja.
“Awak, jangan bawa kereta laju-laju.” Ngomel Qays yang ikut belakang Ifza.
Laa ada lagi.
“Baik Papa Bear.”
Ifza buka pintu kereta. Masuk. Nak tutup pintu semula, tapi Qays pegang pintu. Issh apa hal!
“Awak ni nak balik terus atau nak pergi jumpa sweetheart awak?”
Cik Akal blur. Sweetheart? Siapa? Sekejap saja dia blur sebab dia dah mula senyum. Ini mesti kes Qays cemburu dengar panggilan di ofis hari tu. Nak jawab apa?
“Bukan hari ni. Saya nak balik. Nak paksa Isha ke klinik.”
“Isha sakit? Terukkah?”
Ok, bab sweetheart tu tolak tepi kejap. Yang penting sekarang kesihatan Isha.
“Dia asyik mengadu pening kepala sejak dua tiga hari ni. Ajak ke klinik, tak nak. Degil.”
Ifza merungut. Dah tahu sakit tapi Isha masih nak kerja.
Qays senyum. Samalah kakak dengan adik. Degil kalahkan Sang Keldai.
“Tak fahamlah saya. Dah suruh berhenti tapi masih nak kerja.”
“Sebab Faaz kot. Masa saya jumpa adik awak hari tu, bukan main dia marah Faaz sampai kata nak bunuh bos dia tu.” Ujar Qays.
“What!” Ifza dah meletup. Faaz lagi!
Qays ketawa. Adik dengan kakak bukan saja degil tapi gila. Senang-senang cakap nak bunuh orang. Isha nak bunuh Faaz. Ifza nak bunuh dia. Hai, kalau betul-betul jadi isterilah, kena sempunyi pisau kat rumah.
“Faaz buat apa?”
Ifza dah tak senang duduk. Ah, tak payah tunggu Qays jawab. Nak dengar jawapan daripada mulut Isha sendiri. Dia tolak tangan Qays. Tutup pintu dan terus start enjin. Had laju? Ah, laju sikit saja.
Sampai saja di rumah, dia terus dapatkan Isha. Adiknya tu sedang duduk meringkuk di atas sofa dengan memakai telekung. Sakit sangatkah?
“Jom ke klinik. Jangan berani kata tak nak pergi. Kalau tak, kakak akan panggil ambulans bawa Isha ke hospital. Pilih, klinik atau hospital?”
“Klinik.” Isha terpaksa buat pilihan. Seumur hidup tak pernah naik ambulans. Tapi, ok juga kalau dia ke klinik. Badan dah rasa panas. Demamkah?
“Lekas salin baju. Kak tunggu dalam kereta.”
Beberapa minit kemudian mereka dah dalam perjalanan ke klinik yang terdekat. Hampir setengah jam kemudian, mereka dah balik ke rumah. Isha bawa plastik yang mengandungi ubat ke bilik dan letak di atas meja. Dia baring di atas katil. Kakaknya masuk dan duduk di sebelah.
“Apa Faaz buat kat Isha? Qays kata Isha nak bunuh Faaz tu.”
Ah, dia tak nak cakap fasal Faaz, boleh tak? Dia tarik bantal di kepala dan tutup muka. Rungut bawah bantal. Abang Qays ni menyibuklah. Ini mesti dah berbaik dengan Kak Ifza.
“Isha!” Ifza tarik bantal. Biar apa pun, dia nak tahu.
Isha duduk. Mengadap Ifza. Jangan haraplah kakak nak lepaskan.
“Fine. Tapi kakak janji jangan marah. Jangan nak mengamuk tak tentu fasal, ok?” Isha rayu.
Kasihan pula tengok Isha. Tak sampai hati nak berkeras. Doktor dah kata Isha kena banyak berehat. Jangan stress. Tapi, dia kena tahu juga apa yang dah Faaz buat dekat Isha.
“Iyalah kakak janji. Lekas beritahu kakak.”
Isha raup wajah sebelum mula...
Hahaha ayat akhir tergantung sebab sedang fikir jalan cerita seterusnya. So sorry guys. I will get there... Emmm apa yer?
Share this novel