BAB 8

Romance Completed 25825

Haziqah dan Ifza terpaksa ikut Isha ke Pavilion. Dah hampir semua kedai terutama butik di mall tu mereka masuk tapi Isha hanya beli sehelai baju dan sepasang kasut. Sekarang Isha nak ke The Garden Mall pula.

“Tak naklah. Penat tahu tak? Kaki dah rasa macam nak tercabut. Ibu, kita masuk Dunkin Donuts dulu. Rehat. Kalau kita ikut rentak Isha ni, boleh pengsan kita.” Ifza raih tangan ibunya masuk Dunkin Donut.

“Mengada betullah kakak ni.” Rungut Isha. Dia duduk di sebelah Ifza setelah mreka masuk Dunkin Donut.

“Dah laa, kita minum dulu. Ibu pun dahaga ni.”

“Isha kena belanja.” Arah Ifza.

“Boleh. Janji lepas ni kita shopping lagi.”

Ifza bakal kata sesuatu tetapi terdiam. Hati bagai belon meletup dipanah oleh anak mata Qays yang baru masuk. Wheoi, biar betul! Siapa panggil dia? Ah, tak boleh! Kena halau. Shoo shoo. Mulut dah muncung. Malangnya hanya angin yang keluar. Issh shoo shoo dia seperti panggilan masuk pula. Qays sudah berdiri di depannya. Frust betul.

“Emm saya pun rindu awak.” Perlahan bait-bait kata itu diungkapkan.

Mai ai, bila masa pula aku sebut rindu. Ifza dah meruap.

“Awak memang gila atau degree kegilaan awak naik bila awak lihat muka saya?” tanya Ifza sinis.

“Pertama kali saya jumpa awak, degree kegilaan saya memang shoot up tremendously. So you girl, are the one who is responsible for my madness” Qays tersengeh. Serius dia tak bohong.

“I’m going to kill you one day, mister!” Suara maut ibarat ular berbisa memberi amaran. Kerlingan senget menerjah wajah Qays

“Ifza!” Terkejut Haziqah dengan bentakan anak. Kill? Eh, ini dah lebih!

“Tak mengapa auntie. Salah saya.” Qays hanya ketawa dengan bentakan Ifza.

“Auntie, Isha apa khabar?”

Qays mengalih perhatian kepada Haziqah dan Isha. Isha turut ketawa lihat gelagat Qays. Langkah kanan sungguh Abang Qays. Bukan main bagai boleh terhidu mana kakak berada.

Qays tanpa segan silu terus duduk sebelah Haziqah. Tidak perlu undangan.

“Kami dua-dua baik termasuk Kak Ifza.” Jawab Isha. Menjeling manis melihat kakaknya yang sudah menunjukkan muka tujuh suku.

“Abang Qays nak beli donutkah?”

“Yap. Abang Qays nak ke rumah Zafri. Ingat nak beli donut untuk anak-anak Zafri. Mereka suka makan donut ni. Ini dah oder atau dah nak balik?”

“Tak jadi oder sebab AWAK. Dah nak balik, juga sebab AWAK.”

Ifza tekan perkataan awak dalam dan jelas. Hai, kalau boleh sekarang juga dia nak angkat kaki. Bawa ibunya sama. Biar Isha saja layan burung helang ni.

“Ifza dah.” Tegur Haziqah sebelum tumpu kepada Qays. “Jangan pedulikan dia Qays. Ifza sebenarnya penat ikut Isha ke hulu ke hilir dalam kompleks ni.”

“Kak Ifza sebenarnya tak suka shopping, Abang Qays.”

Isha seperti selalu tidak kesah dengan mood kakaknya.

“Eh, bukan perempuan suka shopping kah?”

“Kak Ifza lain daripada yang lain.” Usik Isha sambil menepuk-nepuk bahu kakaknya.

“That’s what make your sister more exciting and interesting. I feel like pilling her stuborn skin off and see her truth colour.“

“Really?” Isha ikut rentak Qays. Mata bersinar nakal.

“Yap. Hopefully it will be rainbow colours. Beautiful and unique.” Qays kedip mata sebelah.

“Wow, imagine all that colours just burst out from my dear sister.”
Imaginasi Isha telah melangkahi Qays atau mungkin sama dengan Qays. Hahaha.

“Do both of you know that it’s rude to talk about someone when she is in front of you? Anyway, it’s what you see, is what you get mister!”

Tahap kemarahan Ifza lebih kepada Qays daripada Isha.

Qays pecah ketawa. Tentu sekali apa yang ada di depan mata amat menyenangkan dirinya. Get? Emmm bila agaknya dia boleh dapat?

“Maaf auntie. Entah kenapa bila ada Ifza, Qays jadi tak betul.” Qays minta maaf kepada Haziqah tidak kepada Ifza yang tajam melihatnya.

“Tolong sikit, awak tu memang tak betul sejak azali!”

“Ifza, tak baik cakap macam tu.” Tegur Haziqah. Entah kali ke berapa dia tegur perangai anaknya ni.

“Ibu, Ifza nak balik. Malas dah Ifza nak ikut rama-rama ni pergi shopping.”

Ifza tampar lengan adiknya. Cik Hati dah bayangkan tuan tanah tampar lengan Qays. Baru cun.

“Laa kak, mana boleh.” Renget Isha. “Banyak lagi Isha belum beli.”

“Isha, kita shopping lagi lain kali. Kasihan kakak Isha ni. Awal pagi esok kakak kamu dah nak drive ke Seremban pula.”

“Iya laa.” Mood Isha dah merundum. Dah dititikkan warna hitam dan kelabu.

“Isha kalau nak, Abang Qays boleh temankan. Isha nak beli apa lagi? Kalau baju boleh ke butik kawan mama. Butik dia tak jauh dari sini. Abang Qays boleh dapatkan harga istimewa.”

“Betul?” Mood Isha dah melantun naik. Entah kenapa mood Ifza pula meleret turun.

“Ah, bagus juga tu. Boleh ibu dan Ifza balik. Qays boleh hantar Isha pulangkan nanti?”

“Tentu boleh. Tapi lambat sikitlah auntie sebab Isha kena temankan Qays ke rumah Zafri dulu. Isha tak kesahkan?”

“Eh, Isha tak kesah. Lagi pun teringin juga Isha nak tengok rumah bos sendiri.”

“Ibu jom balik.”

Ifza dah tak sabar nak keluar daripada episode yang semak dengan adanya watak jahat yang tidak dijemput.

“Sabarlah kak, minum dulu. Kasihan ibu.”

Ifza terpaksa diam. Perkataan kasihan ibu ini dah jadi seperti senjata pula. Suka benar adiknya mengikat kemahuannya dengan dua perkataan tu.

Mereka buat pesanan. Tentu sekali Qays yang bayar dan seperti biasa Ifza akan makan seperti insan yang dipaksa makan. Rasa donut yang manis dah hilang rasa manisnya. Tawar dan pahit dek renungan Qays.

“Oh ya, hari Sabtu ni umi nak anjurkan majlis kutipan derma untuk yayasan anak-anak yatim di Hotel Istana. Umi suruh Qays jemput auntie dan ambil auntie di rumah. Isha dan Ifza boleh ikut.”

“Tak boleh. Saya ada kerja.” Pantas Ifza menolak. Memang taklah dia akan ikut lelaki gila ni.

“Kak Ifza tolak bagi pihak dia. Isha dan ibu ok jer. Kan ibu?”

“InsyaAllah.” Ujar Haziqah.

“Ibu, jomlah balik.” Ifza bangun. Meraih tangan ibunya.

“Auntie balik dulu Qays. Kirim salam dekat umi Qays yer.”

Qays angguk padahal kalau ikutkan hati dia mahu tarik Ifza duduk semula. Sembang lama-lama. Oh ya, tentulah Auntie Iqah kena ada sama. Tawan hati ibu dulu sebelum dapat tawan hati anak. Lebih-lebih lagi anak dara yang degil.

“Isha, ada idea tak macam mana nak paksa kakak Isha tu? Abang Qays nak dia ikut sama.” Ngomel Qays sebaik saja Haziqah dan Isha melangkah pergi.

“Susahlah Abang Qays. Kakak Isha tu over sensitif sangat dengan Abang Qays. Sebut saja nama Abang Qays, Kak Ifza dah macam kena electric shock.”

“Eh, that’s good! My energy can make her freak out. It shows I have the power over her.”

“You wish!” Isha ketawa. Berangan kuatlah Abang Qays ni.

“Oklah, susah-susah sangat Abang Qays sendiri ke rumah Isha hari tu. Paksa dia ikut Abang Qays.” Qays menongkat dagu di atas meja.

“Haa itu Isha nak tengok. Tapikan, lebih baik Isha cuba cara Isha. Abang Qays relaks dulu ok. Bukan apa, Isha tak nak kakak declare war bukan saja dengan Abang Qays tapi dengan semua kaum Adam.”

“Yes, mem.”

“Abang Qays ni betul-betul suka kakak Isha?”

“Entahlah... tapi kakak Isha tu lain…”

Qays garu kening. Emm ambil masa sekejap untuk analisa persepsi sendiri.

“Feel like I’m in hunting games. She’s confusing, irritating but very interesting. I want to win her but in the same time I scare to have her.” Ngomel Qays lebih kepada diri sendiri.

Definasi apa tu? Isha ketawa. Qays ikut ketawa.

“Tak sabar Isha nak tahu the end of this hunting games. Isha salute kalau Abang Qays menang.”

“Really?” Dia akan salute diri dia sendiri jika dia menang. He he he... Game on!

“Iya. Jomlah Abang Qays kita ke butik kawan Abang Qays. Mana tahu Isha boleh dapatkan semua yang Isha nak kat situ.”

Qays dan Isha keluar setelah Qays dapatkan donut untuk anak-anak Zafri.

Setelah selesai Isha mendapatkan apa yang diperlukan, mereka terus menuju ke rumah Zafri. Kedengaran suara kanak-kanak bermain dari pintu luar lagi bila mereka sampai. Qays beri salam. Kali kedua baru salamnya disambut.

Haziq buka pintu. Dia yang sambut salam Qays tadi.

“Mama, Uncle Qays datang. Dia bawa girl friend.” Jerit Haziq. Adik-adiknya berdiri di sebelahnya.

“Isha, ini anak-anak Zafri. Haziq, Hairi dan yang kecil tapi lincah ni, Hanis. Tiga H. Salam lekas dengan Auntie Isha, kawan uncle.” Arah Qays.

“Wah, ni lebih cantik dari dulu! Pakai tudung lagi. Uncle Qays dah tak nak yang seksi kah?” tanya Haziq yang berusia lapan tahun.

Terbeliak Isha. Berapa ramai girl friend Abang Qays bawa ke sini? Issh, macam tak selamat jer nak matchmade dengan Kak Ifza.

“Issh, budak ni! Itu semua kawanlah. Auntie Isha ni pun kawan. Nanti uncle bawa yang spesial. Tunggu dan lihat.”

“Isha pun nak tengok.” Isha senyum. Nak juga dia tahu siapa.

Qays ketawa. Aip, buat tak tahu pula Si Isha ni.

“Dahlah, bawa donat ni, mana mama Haziq.”

“Ada kat dalam.”

Haziq bawa kotak donat masuk. Adik-adiknya ikut. Gembira dapat donat kesukaan mereka.

“Laa dah sampai rupanya. Masuk-masuk.” Ngomel seorang wanita yang baru melangkah daripada ruang makan.

“Ini girl friend baru…” Ayat Haziq tergantung bila Qays melintas dulu.

“Hana, kenalkan PA baru suami Hana, Kayla Farisha. Isha, ini Hana, isteri Zafri.”

“Hana Hungary!” Teriak Isha.

“Isha Bollywood!” Teriak Hana.

Berpelukan kedua-duanya. Lompat-lompat sambil pusing. Alahai dah seperti budak-budak pula. Gembira dengan pertemuan yang tidak disangka-sangka.

“Aip, tolong sikit. Isha Bollywood dah tak dak. Sekarang Isha Malaywood!”

Adakah Malaywood? Teruknya. Bantah Cik Akal. Malaywood jer lah! Isha Melay. Tak payah ada kayu kat belakang. Huh begitu.

“Iyalah. Macam mana kau boleh jadi PA suami aku? Tapi kalau kau, aku tak payah nak buat sport check dah.”

“Macamlah sayang pernah buat sport check.” ngomel Zafri yang baru muncul. “Ini mesti dah kenal?”

“Kita orang satu sekolah daripada darjah 1 hingga tingkatan 2. Berpisah sebab arwah abah pindah ke Perlis masa tu. Isha ni kalau abang nak tahu terkenal dengan perangai buruk dia. Satu penghuni sekolah kenai dia.” Hana menarik kawannya duduk.

“Hello, kita satu geng ok.” Isha dah tersengih.

“Yes. Geng First to Nothing.”

“First to Nothing?” tanya Qays.

“Iya maksudnya geng yang akan mula daripada benda yang tidak ada apa-apa! Logik tak?”

“Semestinya tak.” Gerutu Zafri. Geng? Biar betul isteri dulu ahli gengster

“Itulah uniknya. Abang nak tahu, Faaz tu dulu pun pernah dibuli Isha ni.”

“Ah, sudah!” Isha dah tepuk dahi. Inilah padahnya bila bertemu geng lama. Cerita yang tidak sepatutnya keluar bukan main suka dibawa keluar.

“Hana Hungary please stop! Saya baru mula kerja dan Mr Tiang Gol tu, kalau awak sedar atau buat-buat tak sedar adalah salah sorang bos saya.”

Isha cuit hidung Hana. Kena letak titik. Hana ni bukan kenal erti titik. Koma pun kadang-kadang buat lupa. Susunan ayat main redah saja. Dia tahulah sebab dia pernah ketawa berdekah-dekah baca karangan Hana dulu. Adakah panggil bomba untuk bawa orang sakit ke hospital. Dah tu panggil ambulance untuk tangkap ular. Betul blur Si Hana ni.

“Mr Tiang Gol? Wow, ini dah semakin menarik.” Qays dah teruja sibuk nak tahu. Zafri pun sama.

“Abang Qays, tolong yer jangan over excited. Kalau MTG tu tahu, alamat Abang Qays kena rekomen kerja lain kat Isha.” Isha dah mula susah hati.

“Tak dak hal punya. Lekas, Abang Qays nak tahu kenapa panggil dia Mr Tiang Gol.”

“Sebab Isha ni gantung kasut sekolah Faaz kat tiang gol sekolah. Masa tu Faaz baru tukar ke sekolah kita orang. Bukan main Faaz mengamuk.”

Zip zap zip zap Hana melintas masuk. Seronok keluarkan cerita lama.

“Salah dia juga. Dah pijak kasut orang, boleh buat bodoh. Bukan nak minta maaf. Malah boleh kata Isha yang salah. Orang masuk surau sekolah, mestilah buka kasut. Letak luar. Dia tu yang buta. Jalan tengok langit. Main redah pijak kasut orang. Tapak kasut dia berselut pula tu. Mentang-mentang anak tan sri, nak tunjuk lagak. Memang taklah Isha nak lepaskan.” Ngomel Isha. Masih teringat sejarah hitam yang mahu dilupakannya.

“Sebab itu, esoknya, Si Isha ni aim kasut Faaz. Sebaik saja Faaz tinggal kasut dia di luar surau, terus kena grab. Tahu-tahu saja dah tergantung kat tiang gol dengan kad board yang tertulis - Ini padahnya jika Mr Tiang Gol tak tahu nak minta maaf! Bukan main Faaz mengamuk. Tapi Si Isha ni, bukan dia kesah pun walaupun dia di summon jumpa guru disiplin. Tapi sejak tu, Faaz lebih dikenali dengan panggilan Mr Tiang Gol. Bukan setakat pelajar, cikgu sekolah semua kenal siapa yang dimaksudkan MTG.” Hana ketawa. Teringat muka merah Faaz yang tak pudar berhari-hari.

“Ooo sebab itu Faaz lihat Isha macam nak dimakannya.” Seloroh Qays.

“Try tengok! Isha bakar dan gantung dia macam ikan salai atas Menara KLCC.” Spontan Isha jawab. No way dia akan biarkan dirinya jadi ratahan lelaki ego tu.

Yang lain ketawa dengan bentakan Isha.

“Abang, cerita Faaz dengan Isha ni tak berakhir kat situ saja tau?” Hai dah semakin seronok Hana Hungary buka cerita.

“Abang nak tahu, Isha ni pernah dengan selamba pergi duduk kat meja Faaz yang tengah syok dating. Perempuan tu punyalah cun. Anak Pengetua Sekolah pula tu. Bukan setakat tu, boleh pula mengaku Faaz hak dia hingga ke Jannah. Mengamuk Faaz lebih-lebih lagi bila budak perempuan tu percaya.”

“Ni Puan Hana oii, aku buat semua itu sebab kau yang cabar aku.” Getus Isha. Hai, itulah permulaan perbalahan yang paling sengit antara dia dengan Faaz.

Hana ketawa. “Betul. Isha ni pantang dicabar.”

“Itu dulu. Sekarang dah letak full-stop. Terutama cabaran yang bawa masalah. Tapi Isha minta sangat, tolonglah cerita ni habis kat sini saja. Encik Zafri, Isha benar-benar nak kerja dengan Encik Zafri. Lebih-lebih lagi bila tahu Hana Hungary ni isteri kesayangan Encik Zafri.”

“Boleh asalkan beritahu saya, mana timbulnya nama Hana Hungary ni?”

“Sebab dulu, tengok muka Isha saja, dia cakap, Isha aku lapar. Isha,jom makan. Isha jom saperdek dulu. Itu yang buat saya panggil dia Hana Hungary. Asyik lapar saja tapi badan tak gemuk-gemuk pun. Entah mana pi makanan semua.”

“Hantu A-Go-Go makan.” Hana ketawa.

“Ok… dan kenapa pula panggil Isha Bollywood?”

“Cikgu disiplin yang mula panggil. Sebab, PA abang ni kan, akan pancarkan mata sportlight dia macam Kareena Kapoor bila kena marah! Tak takut langsung.” Isteri kesayangan yang terpa jawapan. Isha tidak berpeluang nak jawap.

“Ifza pun sama. Gangster macam Isha?” Teruja Qays nak tahu.

“Kak Isha to Miss Goody Two Shoes, Abang Qays. Disiplin dalam semua hal. Tak pernah kena marah dengan cikgu. Puji lagi adalah. Keputusan dia selalu straight A. Nombor satu dalam kelas dah memang hak dia sepanjang tahun. Yang jadi mangsa, Isha ni lah. Selalu jadi bandingan. Cikgu kelas siap kata Isha dengan Kak Ifza, macam langit dengan bumi. Kak Ifza duduk atas awan. Isha duduk dalam lumpur. Perbandingan yang berat sebelah. Tak adil betul.”

Hai nasib baiklah selepas PMR, kakak terus masuk asrama. Kalau tidak, boleh bernanah telinganya.

Qays tersengih. Patut pun.

“Abang Qays jangan seronok sangat sebab Miss Goody Two Shoes to kalau mengamuk, boleh terbenam Gunung Jerai.”

“Kakak Isha tu dah kahwin?”

Hana masih ingat kakak Isha ni. Bukan setakat otak geliga, tapi lawa. Ramai pelajar lelaki cuba nak couple. Satu pun tak berjaya. Malah ada yang kena tampar. Kakak Isha ni ada tali pinggang taekwondo kot.

“Belum lagi. Ini yang Abang Quys nak try masuk.”

Hana ketawa. Habislah Qays. Gigit jarilah kalau nak kan kakak Isha ni.

“Dia tu suka kau kah, Qays?” Zafri teruja nak tahu.

Qays kerling Isha. Nak jawab macam yer?

“Kak Ifza tu tak suka Abang Qays, Encik Zafri.” Isha tolong jawab.

“Tentu kakak Isha ini special. Tak pernah saya dengar mana-mana gadis yang tak suka Mr Romeo ni.” Zafri ketawa.

“Itulah pasal! First time kena reject teruk. Masalahnya hanya dia saja boleh buat I feel alive. Keep kicking my heart every time we meet.”

“Jadi yang sebelum ni tak kick? Zafina Yara, for instance. Doesn’t she made you feel alive?”

“Nope. Ifza lain. I like everything about her. Mata dia paling cantik. Sharp and shining. Her eyes can make me crash down like an avalanche.”

“Wow, abang Qays describe kakak Isha kah tu?” Sakat Isha.

“Yap.”

“Sah Qays dah jadi numb kat kakak kau, Isha. Kau macam mana? Tak ada scarecrow lagi?” Tanya Hana.

Terkebil-kebil Zafri. Numb? Scarecrow? Biar betul isteri aku ni!

“Scarecrow? Belum ada scarecrow nak pacak kat tanah aku. Aku masih mencari.”

“Tanah kau tu mahal sangat.” Komen Hana.

“Tanah baik punya, mesti mahal.”

Terkekek-kekek Isha ketawa. Sebenarnya scarecrow tak terpacak atas tanahnya bersebab.

“Tanah yang ditanam terus berbuah. Tak payah taruh baja,” tambah Hana. Dia turut ketawa.

Zafri tepuk dahi. Rosak mentaliti. Diraih jari isteri.

“Sayang, tadi kata buat roti jala. Tak nak hidang kat tetamu?”

“Oh ya, maaf. Lupalah bang. Jom Isha tolong aku kat dapur.” Hana bangun dan menarik tangan Isha. Seronok betul hari ni.

“So tell me more about Isha’s sister. You serious about her?” Zafri ubah tempat duduk. Duduk di depan Qays.

“Seriously, I sendiri tak sure. Ifza ni saja yang boleh buat I rasa seperti I’m surfing into a glassy wave. The more you fall, the more you still want to have a go at it. Very mysterious.”

Zafri ketawa. Qays ikut. Mysterious indeed!

“So you nak buat apa? Nak terus pursue her.”

“Eh, itu semestinya. Unofficially Ifza and I are engaged. Thanks to our mama.”

Haaa? Pertunangan apa macam ni? Kenapa dia, sebagai sepupu tak tahu pun. Abi Qays ni, pak long dia kot.

“Sayang dah siap. Jom makan.” Kedengaran panggilan isteri daripada ruang makan.

Zafri dan Qays segera ke ruang makan. Zafri senyum bangga. Isteri mamang pandai masak. Masaklah apa saja, mesti terbuka seleranya. Selain roti jala yang dihidangkan dengan kari ayam, terdapat juga kuih ketayap dan bihun goreng. Dihidang bersama jus laici dan teh tarik.

“Anak-anak kau tak makan sama kah Hana?” tanya Isha.

“Anak-anak aku kalau dah dapat donat, dah tak payah semawa lain. Dah melekat main games pula, lagilah tak kesah. Tapi takat sejam saja mereka main. Tak boleh lama-lama. Nanti pelajaran ke mana, mereka ke mana. Aku kena tunjuk garang untuk disiplinkan mereka.”

“Wow, Hana sekarang dah lain daripada Hana dulu! Encik Zafri kalau nak tahu, dulu isteri
Encik Zafri ni, pelajar yang paling malas belajar. Kadang-kadang datang sekolah bawa dua buku tulis saja. Pen pun kerap pinjam kat pelajar lain. Bab disiplin? Memang tak dak dalam kamus dia. Kadang datang sekolah, pakai selipar jer. Tapi sekarang, wah bukan main. Isha tabiklah dengan perubahan dia.”

“Aku berubah sebab suami tercinta aku ni.” Hana sentuh pipi suami.

“Hana ni kalau bab disiplinkan anak, serah kat dia. Bos Isha ni pun boleh kalah dalam bab tu.” Komen Qays.

“Betul.” Zafri setuju. Dia bersyukur dapat isteri seperti Hana yang bijak menguruskan anak-anak dan rumah tangga mereka.

“Ok, balik kepada bertunang secara tidak rasmi you dengan kakak Isha ni tadi, kenapa I, sepupu you pun tak tahu?”

“Qays dah bertunang? Bila?” Terkejut Hana. Sampai hati tak beritahu mereka. Sepupu kot.

Isha ketawa. Hai, siapalah suruh Abang Qays masukkan bab tu? Kan tak pasal-pasal benda ni akan tersebar dalam keluarga Abang Qays. Kak Ifza kalau tahu, mesti mengamuk habis. Eh, tak boleh biarkan. Dia yang nak kena hadap Kak Ifza.

“Abang Qays, tolong jangan spread benda ni. Kalau kakak Isha tahu, habis Isha. Tak berkakaklah Isha nanti.”

“Tak kanlah Ifza nak buang Isha?”

“Tak boleh buang sebab pertalian darah. Tapi, dia boleh letak Isha dalam rejection box berminggu-minggu. Jawab bila perlu, tengok kalau terpaksa. Boleh sakit jiwa tau bila kakak buat perangai hati kering dia tu. Dulu Stella, kawan sebilik dia pernah kena. Kalau Abang Qays nak tahu, Kak Ifza tak suka tengok wayang.”

“Ishh susah nak dapat macam ni. Tak suka shopping. Tak suka tengok wayang, habis tu apa yang kakak Isha tu suka?” Merungut Qays. Pelik betul perempuan ni.

“Suka Abang Qays.” Usik Isha. Dia ketawa.

Wah, menyerlah wajah Qays macam lampu stadium baru dipasang!

“Hai, sukalah tu. Isha melawak sajalah.”

“Tahu…” Walaupun melawak, dia suka. “Dahlah, lepas tu apa jadi?”

“Stella ajak kakak tengok wayang. Berpuluh-puluh kali dah sebelum itu Stella ajak tapi kakak tak nak ikut. Hari tu kakak ikut sebab hari tu birthday Stella. Stella kata berdua saja. Tapi dalam panggung, dah ada teman lelaki Stella dan budak senior yang suka dekat kakak. Kakak sabar lagi tapi, bila budak tu mula sentuh tangan kakak, apa lagi mengamuklah kakak. Sejak hari tu, dia langsung tak hiraukan Stella walaupun berkali-kali Stella minta maaf. Keras betul hati kakak tu.”

“Memang patut. Kalau abang ada masa tu, dah tentu teruk budak senior tu abang kerjakan.” Wah, Qays pula yang terlebih marah.

“Ok-ok kita stop bab tu, Sekarang cerita mai, bila masa Qays ni bertunang dengan kakak kau.” Hana dah tak sabar nak tahu.

“Tunang atas kertas saja. Sebenarnya, ibu aku dan umi Abang Qays ni dulu kawan rapat masa sekolah. Bila keluarga masing-masing kena pindah, ibu dan umi Abang Qays buat surat perjanjian. Mereka memandai tunangkan anak sulung mereka.”

“Wah, ada pula perjanjian macam tu! Wheoi tak pernah dibuat orang. Ni dah boleh buat drama.”

“Gila kau nak buat drama. Kakak aku boleh jadi pembunuh kalau cerita ni disensasikan.”

“Rugilah kalau jadi pembunuh, habis Abang Qays kau ni nak letak mana? Kesian… meranalah dia macam pungguk rindu bulan.” Seloroh Hana.

Telefon pintar Isha berbunyi tanda mesej masuk. Dia senyum.

“Abang Qays, Kak Ifza mesej. Dia kata ibu suruh Ifza balik sekarang. Takut Isha kena tangkap basah dengan Abang Qays. Merana pula kakak Isha nanti.” Ngomel Isha. Boleh pula tambah ayat yang tidak disebut ibunya.

“Abang Qays pun akan merana. Silap orang kot kena tangkap basah.”

“Iyalah, Isha ni siapa kalau dibandingkan dengan kakak Isha tu.”

Isha sengaja tarik mulut muncung. Konon-konon terasa dengan kata-kata Qays.

“Don’t get me wrong girl, I like you but I prefer your sister. Yap definitely her. Nobody else.” Qays tersengeh.

“Laa kalau Qays tak nak Isha, mungkin Mr Tiang Gol nak?” usik Zafri.

“Eh, nakkah anak dara ni kat duda anak sorang tu? That scarecrow doesn’t suit her land, honey.” Komen Hana. Kawannya patut dapat anak teruna.

Isha tersentak. Duda? Faaz duda? Kenapa duda? Bukankah Faaz kahwin sebab cinta? Gila punya cinta. Mungkin Faaz ni jenis lelaki yang cepat jemu? Dah jemu, dapatkan yang lain. Ah, dasar playboy! Lelaki seperti ini harus dikerat sebelas bahagian. Buang dalam kandang buaya. Hah, gitu!

Cik Isha, buat apa Kaum Hawa jadi pembunuh yang merugikan diri sendiri? Dunia, akhirat tak selamat. Apa kata awak ambil iktibar. Rasulullah telah bersabda:

“Ada tiga doa mustajab yang tidak diragukan lagi, iaitu doa orang yang teraniaya, doa musafir dan doa ibu bapa untuk anaknya.” – Riwayat Tirmidzi.

Jadi, Kaum Hawa yang rasa diri dianiaya, doa banyak-banyak. Insya-Allah makbul.

Berbalik kepada Faaz, kenapa Faaz duda? Kena tahu ni. Boleh buka topik tu sekarang? Issh nampak macam sibuk nak jaga tepi kain orang pula. Nanti-nantilah.

“Isha, you ok?” Tanya Qays.

“Ok. Abang Qays lepas makan, tolong hantar Isha balik.”

Qays angguk. Hairan. Kenapa riak muka Isha berubah bila dengar Faaz duda? Budak ni ada apa-apa dengan Faaz kah dulu? Issh, tak mungkin. Faaz tu mana bagi orang sembarangan dekat dengan dia? Habis tu sebab apa?

Selamat pagi semua. Sihat? Ok, hari ni saya try olah idea baru. Keep reading ok. Bye.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience