“Encik Faaz tak ada di pejabat.”
Rasa bodoh pula dia cakap begitu. Nisreena ni tentu tahu Faaz di mana dan kenapa Faaz tak muncul-muncul di pejabat. Entah-entah hari ni Faaz tu tak muncul lagi. Encik Zafri dah terbang ke Indonesia. Esok baru balik. Peguam yang ada hanya Cik Reeta dan Encik Edward, seorang lagi peguam muda yang baru bertugas. Berdoalah mereka berdua boleh handle jika ada apa-apa masalah timbul.
“I bukan nak jumpa Faaz. I ke sini sebab you.”
Nisreena sandar. Silang kaki. Lihat sekeliling. Ini bilik pejabat atau perpustakaan? Tempat kerja macam ni?
Penuh buku dan fail. Manalah nak produktif? Konsep pejabat ni pun masih menerapkan elemen kubikel dan bilik-bilik khas yang dah lapuk. Sekarang ni, kebanyakkan syarikat dah guna konsep pejabat yang terbuka dengan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang canggih dan terkini. Dia senyum. Patutlah Faaz tak boleh jadi ahli perniagaan yang berjaya. Masih sempit pemikirannya dan tak berani nak move on.
Isha terkial-kial. Masih berdiri di hujung meja. Lihat jam di tangan. Sepuluh minit lagi waktu makan tengah hari. Hari ini dia dah janji nak keluar makan dengan Abang Qays. Entah apalah yang mustahak sangat nak jumpa.
“I straight to the point ok. You cinta Faaz?” Ujar Nisreena. Sepasang anak mata tepat melihat Isha. Reaksi Isha yang pertama apabila dengar soalan ini penting.
Isha gigit bibir bawah. Sebelah tangan dah ke dada. Jangan mengiyakan. Teruk padahnya.
“Tak.” Isha ikut nasihat Cik Akal. Jangan bahayakan Cik Hati.
“Ok... tapi Faaz cinta you.”
“Dia cinta you.” Isha perbetulkan tanggapan. Cinta Faaz selama-lamanya milik Nisreena.
“Cinta I? I don’t thing so. Cinta tak akan simply fade away. It’s stay with you like my love to my dear husband now and his love for me. Bertahun kita orang berpisah sebab ego. But end up we put aside our ego and get back together. We are happy.”
Isha terjeda. Ini ruangan luahkan perasaankah? Dia tak nak jadi salah seorang peserta boleh tak? Dia dah penat dengan drama ini semua.
“You know puppy love? Itulah cinta I dengan Faaz. Dia tertarik dengan kecantikkan I. I pula tertarik dengan kekacakkan dia ketika itu. For a while everything was perfect until...”
Suara Nisreena berlalu pergi apabila ingatannya kembali kepada pertengkaran demi pertengkaran antara dia dengan Faaz termasuklah desakkan Faaz nak ada anak.
Isha ketuk-ketuk dagu. Di universiti dulu dia tak ambil bidang Kaunseling dan Psikologi. Jadi, dia bukan pakar psikologi. Bermakna boleh tak Nisreena yang nampak terlebih pandai pergi main jauh-jauh? Cari pakar yang boleh belah otak berkeceramuk dia tu. Sambung urat-urat yang putus. Oh ya, termasuk otak Faaz.
“Maaf, saya ada kerja. You boleh tunggu sini kalau you nak.”
Isha dah nak melangkah tapi terhenti bila Nisreena menarik lengannya.
“Don’t run away, Isha. We really need to talk. Please marry Faaz.”
“Seriouly saya tak faham kenapa nak libatkan saya?”
Isha tarik lengannya. Cik Akal dah tarik urat kemarahan. Seluruh urat badan dah tegang.
“Fadl sayang you.”
“Tapi saya bukan ibu dia! You are! You nak lepas tangan macam tu sajakah? Damn it, you and your ego with your selfish attitute will kill his happiness.”
Isha menyumpah. Lantaklah. Tak perlu nak kawal ledakkan depan perempuan high class ni. Nisreena miliki segala-galanya. Kecantikan, kemewahan, famili terhormat dan dapat cinta lelaki-lelaki yang dia nak. Beruntungkan? Beruntung kalau sedar diri.
Terbelakang kepala Nisreena. Dah rasa seperti ditolak kasar hanya dengan kata-kata saja. Dia ketap bibir. Tak pernah sesiapa berani kurang ajar begini.
“You’re right. I ego. I selfish. But I will never ever let my son unhappy. I tinggalkan Fadl dengan Faaz kerana I tahu Faaz akan jaga dia jauh lebih baik daripada I. I nak Fadl gembira. As strange as it may seem to you, I nak Faaz bahagia.”
“So, jangan tuntut Fadl! Selama ini mereka ok tanpa you. So leave it as it is.” Isha jegil. Tak kan itu pun nak kena ajar!
“Ok? You nampak mereka ok kah? Faaz selalu tinggalkan Fadl dengan Makcik Esah who don’t give a shit about him. Then, my ex father in law tunggu masa saja nak hantar Fadl ke boarding school. You ingat Faaz tu boleh halang daddy dia? Nama saja peguam tapi tak boleh nak menang kes untuk diri sendiri.”
“Seperti mana dia tak akan menang jika you nak tuntut hak penjagaan Fadl.”
“I won’t if you marry Faaz. I tahu you akan jadi mama yang baik untuk Fadl dan isteri yang setia dengan Faaz.”
Mak ai suka-suka saja perempuan ini letak dia di atas garisan. Ini hidup dia kot. Tukas Cik Hati. Betul dia sayang Fadl dan dia akan jaga Fadl kalau diberi peluang. Tapi, iya ada tapi, bagaimana dengan Faaz?
“Faaz boleh setiakah dengan saya?”
“Of course. Sebab believe it or not, hanya you saja yang dia cinta.”
Ok, ini dialog yang tak masuk akal di awal cerita mahupun di pertengahan cerita. Tolonglah, satu-satunya insan yang Faaz cinta? Hah, tentu tidak. Itu mungkin berlaku dalam cerita dongeng.
“You know, Faaz talk in his sleeps. Not always though. Dia pernah beberapa kali call your name. I tanya dia tapi dia kata I silap dengar. I know what I hear. He said he love you, Isha. Keep saying he is sorry for hurting you.” Nisreena keluh perlahan.
Isha yang masih berdiri, pegang buju meja. Rasa seperti lantai yang dipijak bergerak.
“You... you... just said that to get me accept your crazy proposal.” Itu saja yang terlintas di kepala Isha.
“No, I’m not that crazy. Faaz love you. He won’t admit it that time but I know he did.”
“Sukar untuk saya percaya.”
“Kenapa?”
“Perlu ada sebabkah?”
Nisreena senyum. Mestilah ada sebab.
“He really hurts you bad, doesn’t he?”
“Yes, I did.” Ujar Faaz perlahan. Dia masuk dan berdiri di depan Isha.
Muka Isha dah merah. Marah bercampur malu. Permainan apa yang Nisreena dan Faaz main ni? Arrghhhh...
Isha terus keluar. Tiba di mejanya dia capai beg tangan dan berjalan ke arah lif. Sekarang dia rasa seperti nak berhenti berfikir. Ah, lambat laun dia mesti buat keputusan juga.
“You dengar semuanya?”
“Only the part I hurt her.”
Nisreen ketawa. “High time you amend her broken heart, my dear ex.”
Faaz senyum tawar. Macam mana dia nak ubati kalau tuan punya hati sendiri yang tidak mahu diubati? Nak dekat pun tak boleh. Jika kehidupan itu menakutkan, perhubungan lebih menakutkan.
“Kenapa tidak Isha saja jadi Tunang Kertas Abang Qays?”
Isha renung gelas di depannya. Dia senyum kelat. Soalan bodoh apa ni?
“Kerana tidak tertulis begitu.”
Qays letak sudu dan garpu ke atas pinggan. Dia capai gelas yang mengandungi air kosong dan minum sehingga habis. Sejak Isha masuk ke dalam keretanya tadi, Isha dah tension.
“Faaz beritahu abang tentang ex dia nak tuntut hak penjagaan Fadl.” Qays renung Isha.
Isha menongkat dagu. Berpaut kesepuluh jari jemari dan disandar ke bibir. Kak Ifza, ibu dan sekarang Abang Qays pula.
“Abang rasa Faaz tidak mereka cerita tentang...”
“Mereka berdua gila. Isha tak akan libatkan diri Isha. Perkahwinan bukan perkara main-main.”
“Itu keputusan Isha?”
“Ya. Isha tak fikir Nisreena serius. Tapi, kalau dia serius pun, Fadl anak dia. High time dia jaga anak dia.”
“Nisreena akan bawa Fadl ke Istanbul.” Ujar Qays.
Isha pejam seketika. Muncul bayangan Fadl. Dia sayang Fadl. Cik Hati berbolak balik. Isha lepas keluhan. Dia akan rindu Fadl. Mungkin lebih daripada rindunya kepada Faaz. Ah, mudahnya hati ini ditakluki oleh dua kaum Adam tu.
Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya hati anak cucu Adam lebih cepat perubahannya dari cerek yang berisi air mendidih.” Hadis Riwayat Ahmad.
Ya Allah...
Kasihan Qays melihat Isha. Dia sendiri tak tahu macam mana nak tolong. Ini soal hati, kan?
“Haruskah Isha letak Fadl di depan? Ubah keputusan Isha?”
“Sejujurnya, abang tak tahu nak nasihat macam mana. Ini hiudp Isha. Kakak Isha tentu dah tahu tentang hal ini. Dia kata apa?”
“Kak Ifza kata, sayangi diri sendiri sebelum sibuk nak sayangi orang lain terutama yang bukan hak kita. Be selfish if need be. It’s your heart. Your life.”
“Arg, sebab itu sampai sekarang susah abang nak tawan hati dia.”
Qays sandar lemah. Tarik muka seperti peminat bola yang kecewa dan marah apabila pasukan bola kegemarannya kalah.
Jika bukan sebab kemelut diri sendiri, tentu Isha dah ketawa.
“Semalam kakak ajak Isha pindah ke Sabah. Bawa ibu. Bina hidup baru di sana. Abah boleh datang melawat kalau dia mahu. Isha agak kakak kecewa dengan abah. Dah lama abah tak balik rumah kita orang. Tak telefon. Tak tanya pasal ibu. Dah lupa agaknya yang abah masih ada kita orang.”
Qays dah pucat. Pindah Sabah? Semakin susahlah dia nak dapatkan Ifza. Nak buat apa ni?
Salam... blur kejap otak ni. Kena twist sikit. Pernah dengar tak nama ini, Achilles — In Greek mythology, he was a hero of the Trojan War. Nak sebut macam mana yer? Kaan: King of Kings. ini nama lelaki Turkish. Ingat nak try guna nama ini next round. Watak hero ni mesti above the king. Hahaha... Psst apa kata kita matikan watak Faaz? What do you guys think?
Share this novel