BAB 3

Romance Completed 25825

Issh, menyusahkan. Dah sambut di rumah, kenapa kena keluar lagi? Apa benda yang spesial sangat hingga nak sambut di luar? Hari lahir saja pun. Hari dah sah-sah memang tua. Dua puluh enam tahun tua. Kalau bukan dek desakkan yang keterlaluan adik sorang ni, tentu tak kuasa dia nak ikut. Menyusahkan saja.

Isha menoleh lihat adik di sebelah. Bukan main ceria semacam. Cis, mungkin Si Kancil ni dah rancang sesuatu! Apa agaknya? Tak kan nak buat surprise party? Kan dia dah beri amaran jangan buat. Habis tu apa?

“Lekaslah kak. Kita dah lambat ni.”

Isha menarik tangan kakaknya sebaik saja mereka keluar dari kereta. Ifza terpaksa ikut walaupun mulut masih kumat kamit merungut. Kalau nak makan pun, tak kan di hotel lima bintang ni. Kan mahal? Isha kan tak kerja lagi. Agaknya Isha nak dia yang bayar? Nak pekena dia. Tak dak makna dia nak bayar. Lagipun tak dak sapa suruh makan kat sini. Membazir kot. Lebih baik adiknya ni belikan hadiah. Tak beli cincin berlian, belikan saja rantai emas sebagai hadiah. Haa itu baru kata hadiah untuk kakak tersayang kekal sampai bila-bila.

“Ok, kita cuma perlu cari dia.”

Isha terjenguk-jenguk antara para pelanggan yang ada. Dari satu meja ke satu meja. Akhirnya dia senyum. Dah jumpa. Di meja luar rupanya. Bagus juga. Ada privasi.

Cari dia? Siapa pula yang dicari Isha. Eh, jangan kata Isha betul-betul dapatkan imam muda? Ifza mula cemas. Malu kot kalau adik dia betul-betul buat. Eeee...

“Kak, jom. Meja kita kat luar sana.” Isha tolak kakak yang tak mahu bergerak.

“Isha nak buat prank apa ni? Isha jangan lebih-lebih. Kakak balik nanti.”

Ifza ugut. Dia berdiri kaku. Biar ditolak macam mana pun, dia tidak akan bergerak selagi adiknya tidak memberitahu apa yang telah dirancang.

“Laa kak jangan macam ni boleh tak? Malu orang tengok. Percayalah ini bukan prank. Kakak cuma duduk dan makan saja. Tak payah bayar. Itu saja. Lekaslah.”

Isha cengkam kedua-dua lengan Ifza. Kakak tidak boleh gagalkan rancangannya. Penat tahu dia rancang ini semua.

“Betul?” Ifza masih curiga.

“Betul.”

Isha dah angkat tangan ke dada. Kalau nak angkat terus ke kepala pun dia sanggup. Janji, rancangannya tidak gagal.

Ifza terpaksa ikut Isha lebih-lebih bila dia sedar mereka dah jadi perhatian pelanggan-pelanggan di meja berdekatan. Cik Jantung terlebih degup apabila mereka berhenti di sebuah meja yang terletak di bahagian luar. Cuma ada beberapa meja saja di situ. Seorang lelaki berdiri sebaik saja melihat mereka. Mata lelaki itu terus menangkap matanya. Paku dalam-dalam. Cik Hati bagai terkena sihir. Cik Akal tampar Cik Hati suruh selawat. Ah, dah kenapa?

Untuk pertama kali, Ifza rasa mahu menjauhkan diri sejauh mungkin. Bukan berjalan. Bukan berlari anak tapi lari sepantas yang boleh. Perasaan ini menakutkan. Lelaki ini yang menakutkan. Tangan yang dihulurkan lelaki itu bagai mahu menarik jantungnya keluar. Pancaran tajam mata lelaki itu ibarat dah turun ke hatinya. Menikam hatinya. Berdarah. Lirikan senyuman nipis yang menyusul kemudian umpama mengikis kewarasan yang masih berbaki dalam kepala. Eeee benar-benar menakutkan.

Snap-out Ifza! Kenapa mesti takut? Awak tak pernah lari. Awak konsultan. Awak dah buktikan yang awak boleh handle dan kalahkan mana-mana lelaki semasa awak bekerja, kan? Awak pasang perisai tak kesah awak tu. Dia cuma seorang lelaki. Titik.

Masalahnya, issh... aura lelaki ini seperti tak boleh diketepikan. Bagaikan, ada kuasa tak boleh dikalahkan. Ada kekuatan untuk tembusi perisainya. Mana Isha kenal lelaki ini? Jangan kata lelaki ini hadiah kejutan Isha. Isha! Cik Akal dah berdentum.

Isha? Ok, Isha sudah menayangkan lesung pipit yang dalam. Kakak dia pun mewarisi lesung pipit daripada ibu. Wah, permainan yang dia begitu teruja nak lihat akan bermula. Pemainnya mesti kakak dan abang ini. Ok, mula... oops.

“Apa oops? Jangan Isha nak tayang emoji hugging face. Kenapa kita di sini?” Desis Ifza.

Dia mencengkam kedua-kedua pipi adiknya. Pusing muka adik tengok muka marahnya.
Issh adik tak terkesan pun dengan kemarahannya. Boleh ukir senyum makrifat pula tu.

“Taaraa… ini hadiah istimewa Isha untuk kakak. Tunang kertas kakak yang ditandatangani ibu kita dan umi dia. Sign and seal.”

Isha seperti penari balet melebarkan kedua-dua tangan. Bibir terbuka sedikit. Mata bersinar. Kedua-dua kening parkir di atas bagai tidak mahu turun.

Lelaki kejutan Isha turut lakukan lagak taaraa ikut rentak Isha. Sebiji. Tanpa segan.

What? No no no no! This is not happening! Somebody please shoot me!

Ifza rasa seperti dihumban ke tengah lautan. Terkapa-kapa nak selamatkan diri.
Isha betul-betul buat. Di mana dia cari lelaki ini? Tak! Tak mungkin! Ini mesti prank.

“Kakak mesti tak percaya sebab itu Isha bawa bukti. Ini kak, gambar kelas ibu kita dan umi dia. Isha dapatkan dalam majalah sekolah. Isha guna semua multi media untuk trak down kawan ibu tu. Wallah this is the result! He is here, in person! Qays Bin Qabil, anak lelaki sulung Jaseena Binti Ahmad Akbar. Real and alive. Pandai tak Isha!”

Teruja betul bicara Isha. Merasa bangga kerana dianugerahi otak yang geliga.

“I’m going to kill you!”

Suara tajam Ifza menerjah. Mengecil mata melihat adiknya. Boleh dicekik-cekik adik yang terlebih pandai dan bodoh dalam satu masa.

“You boleh bunuh dia selepas kita makan.”

“Awak!” Ifza menuding jari ke arah lelaki yang berani menghalangnya “Boleh diam!” Disambung ayat dengan memanah anak matanya.

You? Hah, tak mainlah dia nak ber – you- I. Panggilan – awak- tu pun dah cukup baik. Kalau ikut hati dia nak guna perkataan – buster saja.

“Tak boleh.” Qays dengan senang menepis dua ayat terakhir Isha.

Ok, kalau dah bakal tunang yang baru ujud nak ber-awak, dia ok saja. Buang perkataan you dan I ini dan ganti dengan perkataan awak - saya. Ayuh, kita mulakan permainan ini. Qays Bin Qabil dah teruja.

“Saya lapar. Adik awak dah susah payah aturkan ini semua. Isha, awak nak mula atau awak nak more audience nyanyikan happy birthday untuk kakak awak!”

“Don’t you dare!” Keras bentakan Ifza. Menggenggam tangan adiknya.

“Ok-ok. Abang Qays, sorry kakak Isha ini tak suka orang menyanyi lagu happy birthday untuk dia. Kakak allergik dengan lagu itu. Boleh menangis dia kat sini.” Sakan Isha mengusik. Ketawa mengiringi kata-katanya.

Qays perhati tingkah Isha dan Ifza bertengkar dengan hanya menggunakan gerak mata. Sepasang mata sinar tajam. Sepasang lagi suram. Minta dimaafkan. Siapa nak menang ni? Qays senyum bila kedua-duanya tarik kerusi dan duduk. Seorang lepas nafas naga. Seorang lagi dah jadi kancil nakal.

“So let’s eat.” Ujar Qays. Dia juga tarik kerusi dan mula mengambil makanan.

“Angkat tangan, saya nak baca doa.”

Qays beri arahan. Dia sekadar mengangkat kening sebelah apabila Cik Tunang Kertas, tajam melihatnya. Comel. Issh rasa nak cubit kedua-dua pipi yang dah merah macam strawberi itu.

“Ok sekarang makan.” Arahan diberi sekadar nak menyakiti hati seseorang. Mula menghiris daging kambing bakar dalam pinggan.

“Awak memang bossy.” Ifza tembak. Tahap benci kepada lelaki ini naik senada.

“Sejak azali. So you better get use to it.”

“For what? Our path will NEVER EVER cross again, mister!”

Mengecil Ifza melihat lelaki yang cepat benar buat dia marah.
Qays senyum dengan ledakkan Ifza. Ok biarkan Ifza menang untuk pusingan ini sebab dia dah boleh agak akan ada banyak pusingan selepas ini. Dalam pusingan lain, dia akan pastikan dia menang.

“Kakak dahlah. Kita makan ok.”

“No.”

Ifza tolak pinggan di depannya. Menyandar dengan kedua-dua tangan di riba. Pamerkan muka bosan dan geram.

Issh buruknya lihat muka muncung kakak. Mana pergi lesung pipit kakak?

“Ok, Isha minta maaf. Isha tahu Isha dah over tapi Isha cuma nak buat something special untuk kakak. Dah bertahun Isha kat luar negara. Tak berpeluang nak sambut birthday sama-sama. Isha just taught this will be fun and special for both of us.” Ujar Isha perlahan.

Pamer muka minta dikasihani. Dulu masa kanak-kanak, riak muka ni berjaya lembutkan hati kakak. Masih berkesan tak dah tua-tua begini? Wah, masih ok! Rajuk kakak dah retak bila terdengar keluhan kecil.

“Dahlah makan cepat. Nanti gastrik pula.” Ujar Ifza. Melurut lengan adiknya.

Sejak kecil kemarahan dia kepada Isha tidak pernah bertahan lama. Dia selalu beralah walau seteruk mana pun kenakalan adiknya. Percayalah, adiknya memang nakal. Masa kanak-kanak dulu, kenakalan adiknya sering buat mereka berperang mulut hingga memeningkan ibu. Bila meningkat dewasa, dia belajar beralah hinggalah sekarang. Agaknya Isha akan tetap nakal walaupun usia sudah meningkat.

“Kakak pun makan. Ikan salmon dan udang ini Isha oder khas. Yang bestnya kak, Abang Qays bayar semua. Baikkan dia.” Isha letak kedua-duanya dalam pinggan kakaknya dengan senyuman.

“Baik ada makna.” Ujar Qays

Dia kerling melihat Ifza dan senyum. Ok cari maksudnya, sayang. Perempuan kan suka bab-bab analisa ayat walaupun tak ada apa-apa maksud pun di sebaliknya.

Ifza mencebik bibir. Baik ada makna. Apa maknanya? Kenapa Qays ni nak keluar beratus ringgit untuk belanja mereka makan? Bukannya kenal. Jumpa pun tak pernah. Jauh sekali bertegur sapa. Aneh.

Ah, biarlah! Orang kata rezeki jangan ditolak. Musuh jangan dicari. Tapi bila dia lihat Qays, perkataan MUSUH bagai sudah termateri dalam hati. Bercampur perasaan takut dan benci. Eeee menggerunkan.

Hai, parah begini. Kena tenangkan diri sendiri. Biarkan alunan lagu I Lay My Love On You nyanyian Westlife yang dimainkan pihak hotel menyusup masuk. Disejukkan dengan alunan angin yang mendayu. Nyaman dan segar. Ifza mula menikmati makanan. Emm sedap...

“Aaaa at last you finished your food, my dear.”

Qays perhati Ifza di sebalik gelas minumannya. Encik Hati dah ketawa. Permainan dah jadi semakin menarik.

Eeee lelaki ini mesti dah pasang misi nak sakitkan hati. Ah, buat tak tahu saja, Cik Ifza.

“Isha, jom balik. Ibu tentu risau.”

“Yap, saya boleh dengar suara kerisauan ibu awak dibawa angin. Merdu betul suara bakal ibu mertua saya.” Usik Qays. Malam masih muda nak tamatkan hari bersejarah ni.

“Funny!” Dengus Ifza

“Umph... sepatutnya awak ketawa.”

“Ha! Ha! Ha!” Tiada rentak ketawa. Hanya rentak sindir dan geram.

“So tell me my fiancee, do you always hide behind your mum or you can take care of yourself?”

“In the first place, I’m not your fiancé and second, I can take care of myself. God, this is ridiculous! I’m not going to sit here and entertain you, mister! Isha, you better put a stop to these foolish games of yours! Don’t you ever think what abah will says about this stupid engagement! Abah will freak-out or even worst he will most properly have heart-attack.”

Singa Orang Putih dah bersuara! Cik Hati tendang Cik Akal. Apa hal? Tuan tanah dah hilang kredibilitinya. Mana pergi bahasa ibunda? Siap masukkan abah lagi sedangkan dia tahu abah tak kan kesah pun. Sibuk dengan hal lain.

“Wow, Abang Qays baguslah! Boleh buat kakak Isha tergeliat lidah! Pertama kali Isha dengar tembakan bertubi-tubi dalam bahasa Angelina Jolie!”

Isha ketawa. Suka dengan drama realiti di depan mata. Tidak kesah dengan ledakkan kakaknya mahupun pandangan bahaya Sang Singa.

“Really? Sometimes it’s good to communicate in other languages as some expert said, we must be prepared to innovate, to be unorthodox. Knowing other languages is a real asset. Don’t you think so, my dear?” Pertanyaan dituju khas kepada Cik Tunang Kertas.

My dear! Hah! Double hah-hah!

“You sound like sarcastic papa bear!”

Ifza menyilangkan tangan di dada. Adiknya masih tak bergerak. Dok tayang muka seri muka, dah kenapa? Nak mati agaknya.

Cik Hati tolong ingat tuan tanah. Itu adik awak. Satu-satunya adik awak. Kasihan dia.

Arg, habis dirinya siapa nak kasihan!

Qays senyum. Emm... papa bear. Interesting. Tidak pernah ada kaum Hawa yang label dia papa bear. Ada perkataan sarcastic pula tu. Dia suka. Dialog gadis ini lain daripada yang lain. Boleh menyakitkan hati tapi dalam masa sama boleh hiburkan hatinya. Wajah tunang kertas dah kelihatan seperti mama bear sulking. Cute.

“Jadi selain daripada bahasa ibunda bahasa apa lagi yang Abang Qays tahu?” tanya Isha. Tidak pedulikan muka bosan yang kakak sendiri tunjukkan.

“Bahasa Perancis, Turki dan sekarang abang tengah fokus belajar Bahasa Rusia.”

“Show-off!”

Oops terkeluar! Tadi Ifza dah ain ak nak cakap apa-apa. Ubat terbaik, diam.

“Hey, awak sepatutnya suka hadiah awak. You should feel proud of me, honey.” Qays pasang senyuman kucing.

“No way! And I’m not your honey.” Issh tadi my fiancée sekarang honey! Melampau.

“I’m a papa bear, remember? This papa bear likes honey very much! And you are definitely my honey.” Sakat Qays, Mata melirik lihat wajah Ifza dari dahi ke hujung dagu.

“You are one crazy bear, mister!”

Muka Ifza dah merah. Tak tahu malu betul papa bear ni. Muka dia bukan tanah jajahan kot.

“Ahhh... but you are my hot chick now!”

Hot chick? Hot CHICK! Eee rasa ringan tangan betul nak cucuk mata papa bear ni.

“Actually I can be a chameleon for you. Ready to change my colour as my lady desire.” Usik Qays lagi. Semakin seronok dengan permainan ini.

“Really? Then I should sharpen my knife. Ready to kill you.”

Qays pecah ketawa. Boleh tahan garang rupanya gadis ni.

“Isha, jom balik. Kakak penat nak layan papa bear gila ni. Lagipun esok kakak nak travel. Kena bangun pagi.”

“Ok. Kakak nak Isha bungkus hadiah kakak ni balik.” Gurau Isha.

Isha menepuk-nepuk belakang kerusi Abang Qays. Lawa benar Abang Qays tersengih. Ternyata ketampanan jejaka campuran Melayu dan Arab ini ada tarikan tersendiri.

“Tak payah. Buang saja dalam laut. Biar jerung makan!” Getus Ifza dan berjalan keluar tanpa menunggu adiknya.

“Hey mama bear, happy birthday.”

Qays jerit. Tak kesah dengan pandangan orang-orang di situ. Yang dia kesah sekarang ini ialah Tunang Kertasnya. Yap, tunang pilihan uminya.

“Sorry Abang Qays. Tapi Abang Qays jangan risau, Isha akan jaga tunang kertas Abang Qays baik-baik. Sweet dreams.”

Isha ketawa. Dramatik sungguh malam ini. Pandai kakak dan Abang Qays bawa watak. Gaduh-gaduh sayang gitu. Tak sabar nak tengok adegan seterusnya.

Yang penting, rancangan untuk menarik kakak keluar dari kepompong hidup yang membosankan dan malap tanpa sinar cinta telah berjaya. Mana tahu, bermula dari malam ini, hati kakak akan terbuka untuk mencintai seseorang. Emm masalahnya bolehkah kakak terima tunang kertas? Mahukah tunang kertas terima kakak? Jawapannya mesti positif daripada kedua-duanya. Untuk ini jadi kenyataan, dia kena terus berusaha. Urat-urat saraf dalam otak kena bersambung lebih banyak. Kena terbitkan adegan-adegan baru.

See where the stories lead me. Ha ha ha...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience