Qays ubah rancangan pada saat-saat akhir disebabkan tanah runtuh yang berlaku di Cameron Highlands. Destinasi baru mereka ke Genting Highlands. Yang penting, rancangan bercuti ini mesti diteruskan. Tidak mahu lepaskan pelung untuk bersama Ifza.
Namun keresahan Auntie Iqah membuatkan Qays mula mempersoalkan kewajaran tindakannya. “Maaflah auntie, ubah rancangan macam ni. Qays ingatkan auntie tak kesah.”
“Tak apa Qays, auntie cuma risau sikit. Selalunya auntie akan beritahu uncle mana auntie nak pergi.”
“Ibu, Isha yakin abah tak kesahlah. Lagi pun hari tu abah dah beri izin. Tak payahlah ibu nak risau sangat.”
“Iyalah abah beri izin untuk ke Cameron Highlands bukan Genting Highlands.” Ngomel Haziqah. Entah kenapa dia rasa tak sedap hati kali ini. Lebih-lebih lagi bila dia tidak dapat menghubungi suami. Suami tutup telefon pintarnya.
“Macam ni lah, Isha akan terus cuba call abah. Ibu relaks saja, ok?”
Isha senyum. Tepuk-tepuk tangan ibu yang duduk di sebelahnya.
“Tak kalau, kita balik saja. Lain kali kita pergi.”
Ifza, yang duduk sebelah Qays, beri cadangan. Sengaja nak lepas geram kepada Qays. Kenapa yer?
Pertama, sebab Qays berjaya pujuk ibu dan dia terpaksa ikut sebab ibu. Yeap sebab ibu.
Kedua, sebab Isha. Hai, bernanah telinga asyik dengar bebelan adiknya. Dia kata Qays suka bebel, dia pun sama. Penyakit Qays dah berjangkit.
Ketiga, dia dipaksa duduk di depan dengan Qays. Isha awal-awal lagi dah duduk belakang dengan ibu. Ini mesti rancangan Qays. Ibu pula larang dia duduk di belakang dengan mereka. Katanya Qays bukan drebar.
“No way! Saya tak kan patah balik. Awak tu sengaja nak cari fasal kan?”
“Apa pula? Kalau ibu saya dah tak ada mood nak ke sana, baik balik.”
“Ibu awak tu ok. Awak tu yang memandai buat cerita.”
“Cerita? Tolong sikit…”
“Dahlah Ifza. Qays tu kan tengah drive. Ibu ok jer.”
Haziqah kuis bahu Ifza. Anak ini kalau tidak ditegur boleh bertegang leher. Entah apalah yang nak marah sangat dengan Qays.
“See.” Qays angkat-angkat kening. Sukalah tu.
Zapp Ifza paling. Mengecil lihat Qays. Semakin geram. Semakin sakit hati.
“Apa kata awak bagi saya bawa? Awak duduk tepi tutup mulut.”
Ifza senyum senget. Cik Hati tepuk tangan. Betul tu. Jangan lupa ikat kaki tangan dan mulut dia. Lepas tu kita speed balik. Oh ya, sebelum tu tinggal Mr Qays tepi jalan. Dia boleh balik sendiri. Ha ha ha...
“Not on your nelly, mate.” Qays balas dengan senyuman senget juga.
“Kenapa, awak ingat saya tak boleh bawa kereta mahal awak ni?”
“Awak boleh bawa bila awak jadi isteri saya. Deal?”
“Huh, keep dreaming!” Ifza getus
“Memang saya selalu dream awak. Err... siapkan makan minum saya.”
Perlahan saja bicara Qays. Senget sedikit badan ke arah Ifza. Tak manis rasanya bakal ibu mertua dengar. Ha ha ha.
“Saya pun mimpi awak. Tanam awak hidup-hidup!”
Ifza tampar bahu Qays. Melampau dah lelaki ini.
Semakin galak Qays ketawa.
“Ifza buat apa tu!”
Membulat Haziqah melihat telatah Ifza. Eeee betullah menjadi-jadi perangai anak ni. Dah main sentuh anak teruna orang pula. Anak siapalah ni?
“Qays ni bu” Ifza merungut.
“Qays tu tengah bawa kereta. Terbabas macam mana? Dah duduk diam.”
Qays berhenti ketawa. Bakal mak mertua dah marah. Namun dia senyum bila melihat Ifza muncung. Comel. Macam nak cubit-cubit pipi dia.
“Isha, tak payahlah call abah. Mungkin abah tengah sebok. Malam nantilah ibu cuba call abah.”
“Ok bu.”
Ah, lega! Tak payah nak cuba lagi. Isha simpan telefon dalam beg. Sekarang masa untuk menikmati pemandangan di luar. Cantik sungguh bumi ciptaan Allah. Kalau Fadl ada tentu seronok. Sejak pertelingkahan di rumah Faaz, dia sering teringatkan Fadl. Pernah terlintas nak tanya Faaz tentang Fadl, tapi sikap dingin Faaz buat dia meluat nak tanya apa-apa. Bila ada hal pejabat saja baru dia cakap dengan Faaz. Faaz pun sama. Encik Zafri perasan dengan perang dingin mereka berdua. Encik Zafri suruh dia bersabar bila dia kata dia nak berhenti kerja. Iyalah dia sabar demi Encik Zafri.
Akhirnya mereka tiba di Genting Highlands. Qays tempah bilik untuk dua malam di First World Hotel memandangkan hari Isnin cuti umum. Tidak kesah dengan bantahan Ifza. Ifza hanya nak tinggal semalam saja. Bagi Ifza, tidak ada apa-apa yang menarik sebab ini bukan pertama kali dia ke Genting. Tapi, ibunya sekali lagi menangkan Qays. Hai, kalah lagi Ifza. Itu yang buat Ifza semakin geram.
Hari pertama mereka melawat tempat-tempat menarik di Genting seperti Butterfly Wonderland, Genting Strawberry Leisure Farm, Happy Bee Farm dan World of Phalaenopsis Genting. Ifza tidak menafikan percutiannya kali ini lain. Ialah dulu dengan rakan-rakan asrama tapi kali ini dengan insan-insan tersayang, ibu dan Isha. Oops tidak termasuk Qays yer! Lelaki itu duduk dalam kategori menyakitkan hati walaupun kadang-kadang buat dia ketawa. Tapi yang bagusnya tentang Qays ni, dia pandai ambil hati ibu. Ifza boleh tabiklah cara Qays layan ibu. Ibu kelihatan benar-benar gembira.
Hari kedua, mereka ke Genting Theme Park. Ifza kata Qays nak jadi budak-budak. Tak sedar dia dah tua. Tapi di Theme Park, Ifza dan Isha yang terlebih budak. Teruja main. Hampir semua permainan mereka main. Keceriaan dan kegembiraan Ifza dan Isha mengingatkan Haziqah semasa suaminya bekerja sebagai pegawai di pejabat kerajaan dulu. Mereka seisi keluarga sering pergi bercuti. Tapi keadaan berubah bila suaminya berhenti dan pekerja di syarikat swasta. Masa suami bersama mereka amat terhad.
Hafiqah duduk menunggu sementara Qays beratur untuk membeli tiket untuk masuk ke Snow World. Ifza teman Isha ke bilik air. Pengunjung semakin ramai terutama ibu bapa yang membawa anak-anak mereka bercuti. Al maklum cuti sekolah.
Tiba-tiba matanya tertangkap dengan susuk tubuh seorang lelaki yang mirip suaminya yang berdiri tidak jauh dari tempat dia berada. Mungkin pelanduk dua serupa. Setahunya suami berada di Singapura. Lagipun muka lelaki itu tidak jelas sebab memakai hoodie.
Dia senyum. Ini mesti kes rindu suami. Dia ambil telefon dalam beg galas dan menekan nombor suami. Ah, off lagi.
Entah kenapa lelaki itu masih menarik perhatiannya. Dia mengekori lelaki itu sehingga ke kaunter minuman.
“Three hot chocolate, please.”
Suara itu? Ya Allah, betullah suami dia. Tapi kenapa di sini? Tidak di Singapura?
Haziqah kuatkan diri. Menyentuh bahu suami.
Hafiy pusing. Terkejut melihat isteri. Haziqah! Di sini? Ah, kacau! Mungkin ini cuma bayangan hati sebab dah lama dia tidak jumpa Haziqah. Ini salah Nida yang memaksa dia berjanji untuk tidak menghubungi sesiapa selama mana mereka di sini malah iPhonenya disimpan Nida.
Haziqah senyum. Tentu bersebab Hafiy berada di sini. Mungkin ini kejutan anak-anak. Apa pun dia gembira suami berada di depan mata. Segala kebimbangan bila dia tidak dapat menghubungi Hafiy, terlerai sudah. Namun, kegembiraan mati dengan sekelip mata apabila seorang kanak-kanak lelaki mendekati Hafiy dan menarik tangan Hafiy.
“Papa, Ariq nak masuk Snow World. Lekaslah papa.”
“Sayang, lambat lagikah?” Menyusul pertanyaan seorang wanita yang bersama budak lelaki itu. Wanita itu merangkul lengan Hafiy.
Papa? Sayang? Ya Allah… Haziqah dah pucat. Bagai bumi terbelah dan menelannya. Terkubur dia dalam kelukaan dan kesakitan yang teramat perit. Kini dia menjadi saksi akan kemusnahan cinta suami. Dunianya bagai sudah berhenti berputar. Kebahagiaannya sudah diragut dengan rakus dalam sekelip mata.
“Itu pun ibu.”
Laung Isha sebaik saja melihat ibunya. Lega betul. Dia, Ifza dan Qays panik bila mendapati ibu tidak berada di tempat yang mereka suruh ibu tunggu. Hai siapa pula dengan ibu tu? Dia segera dapatkan ibunya. Tergamam bila melihat abah turut berada dengan ibu. Eh, siapa pula perempuan dan budak lelaki sebelah abah? Bukan main perempuan itu merangkul tangan abah.
“Siapa ni, abah?” Isha dah merah muka.
Ifza tunduk. Diamkan diri. Di dalam hati dah mengalun ombak-ombak ganas yang tentu akan melemaskan insan-insan yang dia sayang terutama ibu. Qays tak tahu nak buat apa. Drama apa yang bermain di depan mata.
“Saya Nida, isteri dia dan ini anak kami, Ariq.”
Nida jawab bila Hafiy terus membisu. Tak perlu nak takut. Dia memang dah lama persiapkan diri untuk hadapi saat-saat begini. Sekarang Hafiy tidak perlu rahsiakan perkahwinan mereka.
“What!” Isha menyela keras. Berderau darahnya.
“Abah dah gilakah?” Kali ini Isha jerit.
“Tolong sikit! Lelaki yang you kata gila tu suami I.”
Nida pertahankan suami walaupun dia mula geram dengan sikap suami yang asyik merenung isteri pertama. Sebelum dia kahwin dengan Hafiy, dia sudah siasat status Hafiy. Demi cinta, dia sanggup jadi isteri kedua dan rahsiakan perkahwinan mereka atas permintaan suami. Dia sedar sukar bagi isteri dan anak-anak Hafiy ini terima kenyataannya tapi, tolonglah tak perlu nak berdrama sangat.
“So, yang gilanya awak! Awak ni tentu penyondol yang dah tak laku sebab itu ambil hak orang.”
Isha panah ayat marah. Dua-dua kaki sudah masuk gelenggang perang. Bersedia nak berperang. Tak kesah kalau peperangan nanti pasti akan tarik perhatian.
“Why you little devil! For you info…”
“Papa, Ariq takut…” Rintih Ariq.
Dia memeluk kaki papanya erat. Tidak faham kenapa mamanya menjerit dan kenapa kakak ini marah mamanya. Papa pula buat tidak tahu.
“Papa?”
Pengulangan panggilan yang menyemarakkan lagi marah dan kekecewaan Isha. Membuntang melihat Ariq.
“Inikan yang abah mahu dari dulu? Anak lelaki yang boleh teruskan zuriat abah! Tahniah. Sekarang abah boleh buang dua-dua anak perempuan abah ni. Kami tak perlu hadir dalam hidup abah.” Isha terus meletup.
Menitis juga air mata Haziqah. Dia juga tidak perlu hadir lagi dalam hidup suami. Dia meletak tapak tangan di dada. Sakit ini begitu perit dan dalam. Dia berundur ke belakang sebelum paling dan berlari anak tinggalkan suami yang tega menyakitkan hatinya. Suami yang pernah berjanji tidak akan melukakan hatinya dengan kecurangan begini.
“Isha dahlah.”
Ifza genggam lengan Isha. Inilah yang dia takutkan. Kecurangan abah tentu sekali menghancurkan hati ibu dan Isha.
“Isha benci abah.” Bergetar suara Isha. Masih tidak mahu bergerak.
“Isha, kita cari ibu. Kasihan ibu.”
Ifza tarik Isha. Ibu lebih penting. Mereka berdua berlari anak di celahan pengunjung. Qays sudah terlebih dahulu melangkah mengikut ibu mereka.
Hafiy tetap kaku. Pertama kali dia melihat air mata Iqah mengalir. Pertama kali dia melihat kebencian anak-anak perempuannya. Pertama kali merasa diri begitu kejam terhadap mereka. Pertama kali, air matanya mengalir. Dia benci diri sendiri. Ya Allah...
“Sayang…“ Nida menyentuh pipi suami. Tidak sangka suami boleh menitis air mata begini.
“Papa…” Ariq semakin takut. Tidak faham kenapa papanya menangis.
“You bawa Ariq balik bilik. I nak cari Iqah dan anak-anak I.”
“Ariq juga anak you. You tidak boleh tinggalkan kami untuk mereka. I tak kan benarkan you buat begitu.”
Nida menggenggam erat tangan suami. Mula takut Hafiy akan lebihkan keluarga isteri pertama. Lebih menakutkan membayang Ariq membesar tanpa Hafiy di sisi.
“Nida please, I need them.” Dia melangkah meninggalkan Nida dan Ariq.
Malangnya, Hafiy tidak ketemu mereka walaupun puas dia mencari. Nasib baik dia terserempak dengan Qays di lobi. Dia kenal Qays semasa dia menemani Iqah ke butik Datin Jaseena dulu.
“Qays, mana mereka? Uncle perlu jumpa mereka.”
“Uncle, Qays tahu Qays tak boleh masuk campur. Ini hal keluarga uncle tapi, Qays minta sangat buat masa ini uncle biarkan mereka dulu. Biar mereka cool down. Qays risau lihat mereka terutama Auntie Iqah.”
“Uncle tahu tapi uncle mesti jumpa mereka.” Pinta Hafiy
“Untuk apa?”
Mereka berdua toleh ke arah suara yang bertanya.
Ifza silang tangan di dada. Renung tajam muka insan yang buat ibunya menangis. Mulanya, dia mahu berjalan pergi saja bila melihat abahnya dengan Qays tapi dia sedar, dah tak perlu. Ibu dan Isha dah tahu. Kecurangan abah bukan rahsia lagi.
“Abah nak minta maaf. Abah tak berniat nak tipu ibu kamu Ifza.”
“Tak berniat? Dah bertahun abah tipu ibu. Dah berkali abah bohong dekat ibu. Itu abah kata tak berniat? Abah sebut perkataan sayang yang tak dak makna apa-apa pun. Ibu saja yang setia. Tapi abah tak! Tolonglah, abah pergilah jaga keluarga abah tu. Ifza akan jaga ibu dan Isha.”
Ifza luah kemarahan dan kekecewaan yang bertahun dipendamnya.
Qays urut dahi. Sekarang baru terjawab soalannya. Kenapa Ifza letak sempadan. Tidak membenarkan mana-mana lelaki mendekatinya apa lagi mencintai mereka.
“Tak, Ifza. Abah benar-benar sayang ibu kamu.”
“Sayang yang tak ada maknanya kalau abah curang!”
“Ifza…” Ayat Hafiy terhenti bila Nida muncul dengan Ariq.
Nida terus meraih lengan Hafiy. Mata tajam melihat Ifza.
“I suruh you tunggu kat bilik kan?” Letus Hafiy. Mula rimas dengan kedegilan isteri.
“Ariq tak nak. Dia nak you, sayang.”
Ifza ketap bibir. Bernanah telinga mendengar. Sayang ini bukan hak ibu lagi. Ya Allah...
“Awak, saya nak bawa ibu dan Isha balik sekarang. Kalau awak nak terus tinggal kat sini, saya boleh cari transport lain.”
Ifza toleh lihat Qays. Tidak perlu nak sakitkan mata membalas renungan tajam isteri muda abah. Ternyata
isteri abah ini bukan di antara perempuan-perempuan yang dia pernah lihat bersama abah dulu.
“Saya bawa awak bertiga balik.”
Ifza terus melangkah. Qays ikut di belakang.
Hafiy tidak berdaya berbuat apa-apa. Betul kata Qays, sekarang bukan masanya untuk memujuk Haziqah.
Ok saya dah bina sebab musabab Ifza tak percaya kaum Adam. So, Iqah, Ifza dan Isha, ketiga-tiga watak ni dah ada masalah mereka sendiri. Where do we go from here? Total penyesalan dan kemaafan, macam cliche pula. Matikan semua watak kaum Adam agar kaum Hawa boleh bernafas lega akhirnya? Hahaha macam over drama pula. Emm Cik Akal kena kreatif sikit. Anyway you guys have a happy and enjoyable Sunday. Can I have at least one comment from you guys? Please everyone can comment. Just say - Hello. Today one of my best friend is leaving me. So sad...
Share this novel
hai...